Ruangan Pertanyaan dan Jawapan
menyediakan kemudahan untuk para pengguna untuk menanyakan sebarang kemusykilan
tentang bahasa kepada pihak DBP.Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum
menggunakan perkhidmatan ini.
Pertanyaan akan
dijawab oleh pemudahcara yang bertugas iaitu Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa dan
Pakar Rujuk Bahasa.
Cara
penggunaan:
- Dalam ruangan soal/jawab sila pilih jenis perkhidmatan sama
ada pertanyaan soalan atau pertanyaan penyemakan/penterjemahan.
- Masukkan tarikh bila diperlukan
- Masukkan soalan.
- Sila lampirkan sebarang fail sekiranya soalan anda terlalu
panjang. (sama ada dari jenis .doc atau txt sahaja)
- Sekiranya semua maklumat dipenuhi, sila klik butang Hantar.
-
Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa tidak akan menjawab soalan berbentuk
pertandingan.
- Jawapan akan diperolehi ketika itu atau mengambil masa
sedikit pada hari yang sama
atau mengambil masa sehari dua atau lebih bergantung pada jenis atau jumlah
pertanyaan yang dikemukakan dan keterdapatan maklumat jawapan yang ada dalam
sistem rujukan DBP.
- Untuk melihat jawapan, sila klik pada butang rekod
pertanyaan di mana pengguna boleh melihat semua pertanyaan dan jawapan.
- Pengguna diberi kemudahan untuk mencetak soalan dan jawapan.
- Sila klik log keluar untuk keluar dari perkhidmatan ini.
Ruangan ini adalah untuk membuat Pendaftaran bagi Pelanggan Web yang hendak
mengemukakan soalan kepada Petugas KNB.
Langkah-langkah untuk Pendaftaran Pelanggan :
Bahasa merupakan ruang sumber rujukan untuk menyemak perkataan dari Lembar
Bahasa yang diterbitkan oleh DBP dari tahun 2000 sehingga tahun 2003.
Kemudahan Lembar Bahasa :
i. Klik butang Pendaftaran Pelanggan untuk daftar.
ii. Lengkapkan borang yang dipaparkan pada skrin.
iii. Isikan bahagian yang bertanda (*).
iv. Anda boleh mengisi semula borang tersebut dengan klik butang Set Semula
Ruangan Carian kata membolehkan pengguna membuat sebarang carian kata
berdasarkan perkataan yang dimasukkan dan kategori yang dipilih .
Cara penggunaan:
i) Masukkan kata
kunci
ii) Pilih kategori sama ada Kamus, Istilah,
Ensiklopedia dan Semua Bahasa Sukuan di Malaysia atau Semua.
iii) Klik pada butang Cari untuk mendapatkan
output.
Ruangan Cadangan Perkataan ini membolehkan pengguna Sistem Khidmat Nasihat
Bahasa membuat cadangan baru perkataan untuk kategori Kamus, Istilah dan
Ensiklopedia.
Jika pelanggan tidak pasti kategori untuk sesuatu cadangan perkataan itu,
perkataan itu boleh dicadangkan di bawah kategori Umum.
Cara
penggunaan:
-
Sila klik pada mana-mana
kategori
-
Sila masukkan maklumat kata
baru, jenis kata dan contoh penggunaan di dalam ruangan yang telah disediakan.
-
Setelah semua maklumat dipenuhi
dan disemak sila klik pada butang Hantar.
Ruangan Pantau
Tegur Bahasa adalah merupakan satu kemudahan bagi pelanggan DBP untuk mengesan
dan memaklumkan kepada pihak DBP tentang kesilapan bahasa pada papan tanda dan
papan iklan sama ada di dalam bangunan atau di luar bangunan .
Pegawai DBP yang
bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat atau
agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan demi peningkatan kualiti bahasa di
tempat awam
Cara
penggunaannya:
-
Klik pada Pantau Tegur Bahasa
baru.
-
Masukkan maklumat berhubung
dengan tarikh pemantauan, tegur bahasa, jenis (cetak, elektronik, paparan,
peragaan, atau teks), maklumat kesilapan, lampiran, cadangan pembetulan dan
rujukan ke dalam ruangan yang telah disediakan
-
Pengguna boleh juga menghantar
lampiran dalam bentuk .doc, .jpg atau .tiff (jika ada gambar)
-
Klik pada butang hantar.
Ruangan Iklan
adalah merupakan satu kemudahan kepada pelanggan dan pengiklan khususnya agensi
pengiklanan yang ingin mendapatkan khidmat pengesahan Bahasa kebangsaan dalam
iklan samada ada iklan bergambar, iklan berteks serta iklan bergambar dan
berteks.
Pegawai Perancang Bahasa akan menyemak, membuat pembetulan dan membuat
pengesahan sebelum dikembalikan semula kepada pelanggan.
Cara
penggunaannya:
-
Sila klik pada iklan baru
-
Sila masukkan maklumat jenama,
bidang iklan, teks iklan dan lampiran visual (jika ada).
-
Klik pada butang Hantar
-
Pengguna boleh menyemak hasil
pengesahan dalam tempoh 24 jam kecuali iklan yang bermasalah akan mengambil masa
lebih dari satu(1) hari untuk disemak dan disahkan.
Ruangan Soalan
Lazim adalah merupakan koleksi soalan dan jawapan dari perkhidmatan Khidmat
Nasihat Bahasa.
Ruang ini membolehkan pengguna
membuat capaian secara carian dengan memasukkan kata kunci.