1
|
Mohon pencerahan mengenai susunan yang tepat bagi tajuk majlis sambutan. Antara peringkat atau tahun, manakah yang perlu didahulukan pada penulisan?
Contoh:
1) Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024
atau
2) Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor.
Sekian. | Kedua-dua susunan tajuk majlis sambutan boleh digunakan bergantung
pada kehendak penganjur.
1)
Majlis
Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor 2024
2)
Majlis
Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor | 16/08/2025 | Tatabahasa |
2
|
Assalamualaikum Tuan,
Berkenaan frasa "Impact pathway" apabila menulis laporan, yang merujuk kepada strategi yang boleh diambil apabila melaksanakan sesuatu, apakah cadangan terjemahan yang sesuai, laluan impak atau strategi utama?
Sekian terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah impact pathway ialah laluan impak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 15/08/2025 | Istilah |
3
|
Merujuk perkara di atas, saya Mohd Faizal bin Mat Salleh, Penolong Pegawai Penyelidik dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), ingin memohon nasihat dan pandangan pakar daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengenai penggunaan istilah Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk papan tanda jalan raya. Papan tanda yang dimaksudkan bertujuan untuk memaklumkan advisory minimum speed bagi setiap lorong untuk melancarkan aliran trafik. Pihak kami sedang menilai frasa "HAD LAJU NASIHAT MINIMUM" yang digunakan pada masa ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan pengesahan sama ada frasa tersebut merupakan istilah yang paling tepat dan mudah difahami oleh orang awam. Sekiranya terdapat cadangan frasa yang betul secara gramatis dan berkesan atau istilah lain yang lebih sesuai, pandangan daripada pihak DBP amat kami alu-alukan. Bersama-sama e-mel ini, saya lampirkan imej papan tanda tersebut untuk rujukan dan semakan pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Cadangan kami: CADANGAN HAD LAJU MINIMUM | 14/08/2025 | Tatabahasa |
4
|
Maaf bertamya. Masih adakah pertandingan majalah sekolah | Salam puan yang budiman,
Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Sarawak masih lagi dilaksanakan pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, pada tahun 2025, pertandingan ini hanya terbuka untuk sekolah menengah di Sarawak dan penyertaan telah ditutup pada 30 April 2025.
Sekian, terima kasih.
| 14/08/2025 | Pengembangan |
5
|
Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/ puan untuk tentukan yang mana satukah betul.
1. antara 18 hingga 45 tahun
2. antara 18 dengan 45 tahun
Sekian, terima kasih | Ayat yang betul ialah ... antara 18 hingga 45 tahun. | 14/08/2025 | Tatabahasa |
6
|
Salam sejahtera. Saya Dr. Teh Kim Peng dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands ingin bertanya sama ada istilah "digital minimalisme" boleh diterima pakai atau sebaliknya. Menurut sumber yang saya peroleh, "digital minimalisme adalah gaya hidup yang menggalakkan penggunaan teknologi digital secara berfokus untuk tujuan profesional di samping mengurangkan gangguan kesejahteraan yang diakibatkan oleh teknologi tersebut.". Tujuan saya mengemukan pertanyaan ini adalah disebabkan saya perlu membangunkan modul e-pembelajaran berkaitan konsep ini di portal rasmi institusi kami. Oleh hal yang demikian, saya ingin memohon pencerahan daripada pihak DBP berhubung perkara ini.
Segala pencerahan dan khidmat bantu DBP dalam perkara ini amat saya hargai.
Sekian. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital minimalism ialah minimalisme digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 12/08/2025 | Istilah |
7
|
Kesesuaian dalam penggunaan perkataan Tuan/Puan dan Encik/Cik dalam ayat. | Penggunaan perkataan
Tuan/Puan dan Encik/Puan dalam ayat boleh digunakan bergantung pada situasi rasmi
dan tidak rasmi.
Contoh situasi rasmi:
Urusan
penulisan surat-menyurat rasmi, teks ucapan rasmi, protokol majlis atau acara
rasmi, penulisan ilmiah dan sebagainya.
Contoh situasi tidak rasmi:
Percakapan
sehari-hari, terutamanya panggilan untuk orang yang lebih tua atau orang yang baru
dikenali. | 11/08/2025 | Lain-lain |
8
|
Salam,
Saya temui kesilapan ejaan dalam buku terbitan DBP: Garis panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi. Pertama dalam prakata xvi: Urusetia. Kedua dalam Lampiran 11 halaman 145: Aturcara. | Salam tuan yang budiman,
Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas teguran kesalahan ejaan dalam buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi Kerajaan yang diterbitkan pada tahun 2017, cetakan kedua 2023. Kami memohon maaf tentang perkara tersebut.
Dimaklumkan bahawa pihak kami akan membuat cetak ulang judul berkenaan dan juga menerbitkannya secara digital. Semua kesalahan, termasuk kesilapan ejaan dan lain-lain, akan dibetulkan semasa semakan naskhah cetak ulang dan digital tersebut.
Sekian, dan terima kasih. | 10/08/2025 | Karya |
9
|
berpegang teguh pada janji atau berpegang teguh kepada janji? contoh ayat - Semoga kita sentiasa berpegang teguh kepada janji... | Kedua-dua kata sendi nama "pada" dan "kepada" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, kata sendi nama "pada" lebih lazim digunakan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2008), halaman 272-276.
| 08/08/2025 | Tatabahasa |
10
|
maaf. sama seperti soalan yang tadi, jika ditukar kepada ikrar.
berpegang teguh kepada ikrar atau berpegang teguh pada ikrar? terima kasih | Perkataan "janji" dan "ikrar" mempunyai maksud yang sama. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata sendi nama "pada" dan "kepada" boleh digunakan dalam contoh frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, kata sendi nama "pada" lebih lazim digunakan dalam frasa atau ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 272-276. | 08/08/2025 | Tatabahasa |
11
|
Saya ingin menerbit di Dewan Kosmik bawah kategori Teknologi dan Inovasi.
Bolehkah saya tahu siapa perlu saya hubungi? | Salam tuan yang budiman,
Permohonan penerbitan artikel majalah bolehlah dihantar kepada:
YBrs. Dr. Rosmani binti Omar,
Ketua Editor Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.
Atau e-mel kepada ros_omar@dbp.gov.my
No. telefon: 03-21479449
Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:
1. Salinan lembut artikel.
2. Salinan bercetak artikel berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.
Sekian, terima kasih. | 08/08/2025 | Karya |
12
|
dose-response | Padanan bahasa Melayu bagi istilah dose response ialah tindak balas dos. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 08/08/2025 | Istilah |
13
|
Salam sejahtera. | Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. | 08/08/2025 | Lain-lain |
14
|
1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja.
Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja
2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja
Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak.
2. Perkataan lain-lain
Cth:
Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat.
Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain
Terima kasih atas bantuan.
| 1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung
pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks
ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos”
atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos”
juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan.
2. Frasa
yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen
sokongan lain …”. | 08/08/2025 | Tatabahasa |
15
|
Justeru, penduduk menggesa agar
pemantauan berkala DILAKSANAKAN dan tindakan tegas diambil terhadap individu yang
membuang sampah secara haram.
SOALAN : Adakah perkataan DILAKSANAKAN boleh dikategorikan sebagai Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap? Jika YA , mengapa? Jika TIDAK, mengapa? Terima kasih | Perkataan “dilaksanakan” merupakan kata kerja
transitif pasif dan bukannya kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Perkataan “dilaksanakan” terhasil daripada kata kerja
transitif aktif “melaksanakan”.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan
DBP seperti yang berikut:
(i)
Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1219
(ii)
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008),
halaman 148
(iii)
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Golongan Kata (DBP,
2015), halaman 32 | 07/08/2025 | Tatabahasa |
16
|
Saya ingin mendapatkan kepastian yang jelas tentang kemusykilan tanda baca, iaitu tanda soal dan tanda seru dalam dialog. Hal ini kerana saya ada terbaca perkongsian seseorang tentang tanda baca ini seperti contoh di bawah.
1. "Awak pergi ke mana?" Soal Rahim.
2. "Pergi engkau dari sini!" Jerkah Pak Abu.
Menurut individu tersebut, selepas tanda baca tersebut, perkataan seterusnya perlulah huruf besar (Soal/Jerkah/Tanya/ Jerit).
Selama saya di bangku sekolah menengah dan di universiti (bidang kesusasteraan), saya diajar bahawa kedua-dua contoh ayat di atas itu, selepas tanda baca hendaklah disertakan perkataan huruf kecil (soal/jerkah/tanya/jerit).
Jika contoh di atas adalah tepat, apa alasannya? Saya juga merujuk Pusat Rujukan Persuratan, Gaya Dewan Edisi Ketiga, internet dan buku-buku rujukan Bahasa Melayu bahawa contoh-contoh ayat yang betul dan diberi penerangan, perkataan seterusnya hendaklah huruf kecil.
Saya minta pandangan daripada guru-guru subjek bahasa Melayu. Mereka tidak pernah mengajar contoh ayat seperti di atas. Di sini, kami juga jadi keliru. Untuk pengetahuan, saya juga mengajar penulisan kepada penulis-penulis menggunakan apa yang pernah saya belajar.
Mohon pencerahan yang tepat. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah:
1. “Awak pergi ke mana?" soal Rahim.
2. "Pergi engkau dari sini!" jerkah Pak Abu.
Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, hlm. 77 dan Gaya Dewan Edisi Keempat, hlm. 125 dan 196 untuk maklumat lanjut. | 06/08/2025 | Tatabahasa |
17
|
Salam Sejahtera,
Adakah tatabahasa ayat ini betul?
"Saya pernah dengar khabar tentang dia."
Adakah dia (kata ganti nama) boleh digunakan selepas perkataan "tentang"? | Ayat yang diberikan adalah
betul. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud
rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa
nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau
dibicarakan.
Untuk maklumat lanjut, sila
rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2015), halaman 278. | 06/08/2025 | Tatabahasa |
18
|
Dalam pembinaan ayat selepas nombor roman adakah ditulis huruf besar atau huruf kecil. Sebagai contoh seperti di bawah.
Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah :
i. merobohkan bangku konkrit;
ii. membina tandas baharu
iii. mengalihkan tiang gol ; dan
iv. membina pejalan kaki.
Mohon komen cara penulisan saya di atas adakah betul atau salah. Juga mohon diperbetulkan jika salah.
| Penggunaan huruf besar dan kecil pada pangkal ayat selepas
nombor roman bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Bagi contoh yang
diberikan, huruf pada pangkal ayat menggunakan huruf kecil kerana ayat tersebut
membahagikan satu ayat yang sama kepada beberapa bahagian.
Oleh yang demikan, kami mencadangkan susunan ayat seperti
yang berikut:
Antara
kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah
i. merobohkan bangku konkrit,
ii. membina tandas baharu,
iii. mengalihkan tiang gol, dan
iv. membina laluan pejalan kaki.
Manakala,
huruf besar pada pangkal ayat digunakan dalam bentuk isi penting (point form),
seperti contoh yang berikut:
Senarai
jabatan/bahagian yang terlibat adalah seperti yang berikut:
i. Jabatan Pengurusan Personel.
ii. Jabatan Dasar.
iii. Bahagian Pentadbiran Am.
iv. Bahagian Penguatkuasaan.
| 06/08/2025 | Lain-lain |
19
|
Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/puan untuk menjelaskan perbezaan antara penggunaan frasa "antara...dengan" dengan "antara...dan". Adakah benar bahawa "antara...dan" hanya boleh digunakan apabila ayat melibatkan lebih daripada dua frasa? Contohnya, adakah ayat "Perbincangan antara Ali, Ahkau dan Abu" dianggap betul dari segi tatabahasa? Sekian, terima kasih. | Perkataan “antara” ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Kata sendi nama “antara” boleh diikuti oleh kata sendi nama “dengan” atau kata
hubung “dan” berdasarkan konteks ayat. Apabila kata sendi nama “antara”
digunakan, kata yang dipadankan dengannya ialah kata sendi nama “dengan”, bukan
kata hubung “dan”. Kata hubung “dan” hanya dapat digunakan apabila kata sendi
nama “antara” diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama. Contoh ayat yang tuan/puan
berikan adalah betul dari segi tatabahasa kerana penggunaan kata sendi nama
“antara … dan” yang digunakan adalah untuk menunjukkan hubungan antara dua
pihak (perkara) atau lebih, atau anggota dalam satu kelompok.
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2015), halaman 284 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020),
halaman 114.
| 06/08/2025 | Tatabahasa |
20
|
Designed for young couples, growing families and multigenerational living, Aluna Residences bring in more light, more air and more connection within healthy spaces to grow together. Exclusive waterfront homes for families | Sila kemukakan soalan
kerana medan pertanyaan ini tidak mengandungi sebarang soalan.
Untuk makluman puan,
pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa
Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.
Sila hubungi
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | 05/08/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
21
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin dapatkan terjemahan yang tepat untuk Internet of Things (IoT).
Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Internet of things (IoT) ialah Internet
benda. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks
penggunaannya dalam bidang tertentu. | 05/08/2025 | Istilah |
22
|
Boleh kah saya menggunakan perkataan "Di tepian air" bagi "Exclusive waterfront living" dan juga penggunaan "keluarga kecil yang sedang berkembang" bagi penggunaan "growing families"
Terima kasih | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:
(a) Exclusive waterfront living - Kediaman eksklusif di tepian air. (b) Growing Families - Keluarga yang semakin berkembang.
| 05/08/2025 | Lain-lain |
23
|
Bagaimana sekiranya jenama Singapura tidak mempunyai TM atau R untuk DBP? Adakah mereka boleh mengemukakan nombor UEN? Terima kasih | Pihak tuan boleh kemukakan dokumen berkaitan
pendaftaran/pengesahan jenama tersebut dari Unique Entity Number (UEN) melalui Aduan DBP Sah Bahasa dan
nyatakan No. Aduan pada ruangan Maklumat tentang Iklan untuk semakan dan
rujukan pihak DBP. | 05/08/2025 | Lain-lain |
24
|
Ego-syntonic | Padanan bahasa Melayu bagi istilah ego-syntonic ialah sintonik ego. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 05/08/2025 | Istilah |
25
|
Saya penulis dgn Nama Pena Daeng MA Penner ke DBP Pada 9/7/2025 YG Lalu
Menyerahkan manuskrip novel remaja berjudul PERJUANGAN + Surat iringan + Satu pendrive.
Ia diserahkan Di Kaunter DBP tingkat 10 beralamat Di Pengarah Penerbitan DBP.
Tetapi Pada Hari ini 4/8/2025 saya Masih tidak menerima sebarang maklum balas berhubung perkara Di atas Sama Ada melalui EMEL atau Telefon.
Harapan PIHAK DBP dapat memberikan RESPON terhadap perkara ini.
Terima kasih.
Penulis.
Daeng MA Penner
dmap77@gmail.com
0133720512 | Salam tuan yang budiman,
Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.
Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my
Sekian, terima kasih. | 04/08/2025 | Karya |
26
|
Dalam struktur ayat Bahasa Melayu, adakah boleh kita menggunakan ayat "celakalah"? Sebab saya cari dalam pencarian, tiada perkataan "celakalah" digunakan. | “Celaka”
bermaksud kata makian yang diucapkan apabila terlalu marah, geram dan sebagainya
terhadap seseorang atau sesuatu.
Partikel -lah berfungsi sebagai kata
penegas yang memberikan penekanan pada kata atau frasa yang mengikutinya.
Dalam konteks wacana, partikel -lah
juga boleh memberikan makna tambahan atau interpretasi tertentu dalam pembinaan
ayat.
Oleh itu, “celakalah” merupakan gabungan kata dengan partikel
-lah yang membawa maksud penegasan dan boleh digunakan dalam ayat bergantung
pada konteks penggunaanya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 261 dan Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2021), hlm. 406. | 04/08/2025 | Sastera |
27
|
Salam Sejahtera,
Saya ingin memohon semakan serta pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami.
Frasa-frasa ini akan digunakan sebagai teaser bagi fasa seterusnya dalam kempen kami. Justeru, kami amat berharap pihak DBP dapat membantu menyemak kesesuaian frasa tersebut agar selari dengan tatabahasa yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam konteks komunikasi rasmi.
Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak:
Nantikannya di stesen PETRONAS.
Sesuatu yang istimewa akan tiba!
Nantikannya, pasti buat anda teruja!
Ada kejutan istimewa menanti. Tunggu!
Terimak kasih.
| Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang
berikut:
1. Hadiah
menarik menanti anda di
stesen PETRONAS!
2.
Nantikan ... anda pasti teruja!
3.
Kejutan istimewa menanti anda. Nantikan!
Ayat
ini betul dan boleh digunakan:
Sesuatu
yang istimewa akan tiba! | 04/08/2025 | Tatabahasa |
28
|
penggunaan hingga dan sehingga
1. harga bagi baju itu adalah RM100 sehingga RM120.
2. Ali telah berada di sana bagi tempoh Januari sehingga Mac 2025.
adakah ayat ini betul menggunakan sehingga atau yang betul adalah hingga? | Berdasarkan
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021),
kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat.
Manakala, sehingga digunakan sama maksud dengan hingga tetapi had
masa tidak tentu/ditetapkan. Oleh itu, hingga dan sehingga
mendukung makna yang sama.
Contoh
ayat pertama yang lebih tepat ialah “Harga baju itu adalah antara RM100 hingga
RM120.”. Kata sendi nama antara yang
digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (tentang
jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya).
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
(DBP, 2015), halaman 284, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 775
dan pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/
melalui Khidmat Bahasa DBP. | 04/08/2025 | Tatabahasa |
29
|
Pedagogi. Apakah padanan perkataan yang sesuai dal | Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. Mohon jasa baik tuan untuk mengemukakan semula soalan tersebut dengan lengkap dan jelas. | 04/08/2025 | Lain-lain |
30
|
"Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak." adakah ayat ini betul?
Setahu saya, kata pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam ayat ini, perkataan "dengan" berfungsi sebagai kata apa?
Harap tuan dapat membantu meleraikan kemusykilan ini. Sekian terima kasih. | Ayat yang diberi kurang tepat. Ayat yang betul ialah Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu termasuklah menjadi suri teladan kepada anak-anak. | 03/08/2025 | Tatabahasa |
31
|
Apakah sebutan yang sesuai utk "flying close to the ground" merujuk kepada kupu2 yg terbang di sekitar padang rumput. Terbang hampir dengan permukaan tanah?? | Terjemahan
bahasa Melayu secara langsung frasa “Flying close to the ground” ialah “Terbang
rendah hampir dengan permukaan tanah.” | 02/08/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
32
|
Ada jual buku teks biologi tingkatan 4 Dan teks bahasa melayu tingkatan 1 | Salam puan yang budiman,
Untuk makluman puan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:
•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598
•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)
•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358
•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569
•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092
atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//
Sekian, terima kasih. | 01/08/2025 | Lain-lain |
33
|
complementary mediator | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah complementary mediator ialah pengantara pelengkap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 01/08/2025 | Istilah |
34
|
1. Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek tenunannya.
2. Pekerja di kedai dobi itu sedang menggosok baju yang berbukit di dalam bakul.
Adakah 2 ayat di atas betul? kalau salah, salah di mana? terima kasih encik/puan. | Ayat
pertama “Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek
tenunannya” betul.
Ayat kedua diberi
penambahbaikan seperti yang berikut, “Pekerja di kedai dobi itu sedang
menggosok baju yang membukit di dalam bakul”. Perkataan berbukit dibetulkan kepada membukit
kerana berbukit merujuk kawasan yang
mempunyai bukit, manakala membukit
bermaksud sesuatu yang menimbun atau berlonggok sehingga menjadi tinggi seperti
bukit.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 337-338.
| 01/08/2025 | Tatabahasa |
35
|
From the attached image, may I know Saya akan meminta / memohon maaf daripada rakan saya is a correct sentence in terms of grammar rules in bahasa melayu?
What is the meaning of this sentence? I will seek forgiveness from my friend or I want my friend to apologies to me?
Your prompt reply is greatly appreciated.
Thanks and regards
Tan Cha Sin | Sila kemukakan soalan menggunakan bahasa Melayu. | 31/07/2025 | Tatabahasa |
36
|
Berdasarkan gambar pelita bahasa yang dilampirkan, frasa "Saya akan memohon / meminta maaf daripada rakan saya" adalah frasa betul dari segi rumus tatabahasa?
Apa maksud ayat tersebut di atas? Ayat tersebut di atas bermaksud (i will seek forgiveness from my friend) atau ayat ini memberi maksud seolah-olah sahabat itu yabg perlu meminta maaf kepada kamu? (i will request my friend to apologise to me)? | Sila rujuk jawapan yang diberikan pada 30 Julai 2025 dalam pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=meminta+maaf+kepada&d=175768&#LIHATSINI | 31/07/2025 | Tatabahasa |
37
|
Terdapat kekeliruan dalam memahami satu pernyataan. Sekiranya seseorang kakitangan adalah patuh untuk tidak berada di pejabat tanpa kebenaran, yang manakah jawapan terbaik untuk mencerminkan kepatuhan kakitangan bagi pernyataan di bawah:
TIDAK BERADA DI PEJABAT TANPA KEBENARAN
pilihan jawapan:
1. SANGAT KERAP
2. TIDAK PERNAH
mohon sertakan penerangan kepada jawapan yang dipilih.
Terima kasih. | Mohon maaf,
soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan mudah
difahami. | 31/07/2025 | Lain-lain |
38
|
1. Antara kemudahan Internet ialah mencari pelbagai info terkini melalui laman sesawang, menjalankan perniagaan melalui talian, membayar bil-bil atau pembelian barangan melalui talian dan berhubung dengan keluarga atau rakan melalui laman sosial.
Minta pencerahan, adakah penggunaan melalui dalam ayat di atas betul? atau kata dalam lebih sesuai. terima kasih encik/puan. | Ayat yang betul ialah:
Antara kemudahan Internet termasuklah mencari pelbagai maklumat terkini melalui laman sesawang, menjalankan perniagaan dalam talian, membayar bil-bil atau membeli barangan dan berhubung dengan keluarga atau rakan melalui media sosial. | 31/07/2025 | Tatabahasa |
39
|
Berdasarkan jawapan yang telah diberikan, apakah jawapan yang boleh diterima dalam konteks tersebut:
1) "saya akan meminta maaf daripada kawan saya" (I will SEEK forgiveness from my friend)
Ataupun
2) "saya akan meminta maaf kepada kawan saya" (I will apologies to my friend)
Ataupun kedua-duanya boleh diterima secara betul?
Anak saya mendapati ada pelajar (murid dari kelas lain) yang menggunakan frasa "meminta maaf daripada" disemak betul dan mendapat markah penuh dalam soalan 2. Tetapi anak saya tidak mendapat markah untuk soalan tersebut kerana Cikgu dia semak "meminta maaf daripada kawan" ialah jawapan kurang tepat dan markah anak saya telah ditolak.
Anak saya bertanya mengapa dia dikatakan salah sedangkan dulu cikgu darjah 3 & 4 di sekolah mengajar bahawa "meminta maaf daripada kawan" adalah betul. (Meminta maaf.. daripada sesiapa)
Saya juga telah meminta pandangan daripada 3 Munsyi Dewan (yakni Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Cikgu Azhar Salleh dan Cikgu Irsyad Khir, guru-guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Mereka berpendapat bahawa daripada boleh diterima dan digunakan secara betul. Bukti diberi oleh Munsyi Dewan dilampirkan untuk rujukan Puan
Saya berharap pihak DBP boleh memberi anak saya penjelasan yang lebih tepat dan muktamad berhubung penggunaan frasa daripada berbanding dengan kepada. | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.” (I’m seeking forgiveness to
my friend).
Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan
sasaran yang merujuk manusia.
Walau bagaimanapun, penggunaan kata
sendi nama “daripada” boleh juga digunakan bergantung pada konteks ayat
tertentu, contohnya “Saya meminta maaf daripada kawan.”
(I’m seeking forgiveness from my friend).
Oleh hal
yang demikian, kedua-dua penggunaan kata sendi nama “kepada” dan “daripada”
boleh digunakan, namun bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.
Untuk keterangan lanjut, sila
rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 -
273.
| 30/07/2025 | Tatabahasa |
40
|
Sekiranya saya ingin membeli buku aktiviti pendidikan khas masalah pembelajaran kerana ada masalah kekurangan buku apabila murid baru tiba-tiba masuk ke kelas pendidikan khas sedangkan buku sedia ada hanya mencukupi untuk murid sedia ada atas kekangan mengikut enrolmen murid ketika order dibuat melalui spbt pendidikan khas sekolah.Di mana saya boleh membelinya secara terus?Terima kasih. | Salam tuan yang budiman,
Untuk makluman tuan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:
•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598
•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)
•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358
•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569
•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092
atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//
Sekian, terima kasih.
| 30/07/2025 | Lain-lain |
41
|
Salam DBP, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan gabungan seperti: Mer-Duit-Ka.
Konteks: saya ingin menganjurkan kempen sempena Merdeka dan its involved with money/duit/cashback related, jadi saya ingin nak gabung utk ada rhyme in the word. Adakah dibenarkan utk guna Mer-Duit-Ka? (Merdeka + Duit). Mohon bantu, terima kasih. :) | Penggunaan perkataan
gabungan seperti: Mer-Duit-Ka ialah bentuk kata yang tidak sempurna dan tidak
mengikut rumus pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
Bahasa percakapan tidak
digunakan dalam paparan awam seperti iklan kerana iklan ialah urusan rasmi dan
iklan juga mendidik masyarakat menggunakan bahasa yang betul.
Cadangan kami, gabungkan perkataan yang lengkap dan
membawa maksud yang baik seperti “Duit Hari Merdeka”. | 30/07/2025 | Tatabahasa |
42
|
Saya ingin mengetahui imbuhan bagi ejaan perkataan : bekerjaya atau berkerjaya?
Adakah r bagi ejaan tersebut digugurkan seperti bekerja? Jika tidak, kenapa? | Ejaan
yang betul ialah “berkerjaya”. Kata “kerjaya” bukan
kata terbitan daripada “kerja”. Oleh itu, pembentukan kata “kerjaya” tidak sama
dengan kata terbitan yang terhasil daripada “kerja” seperti “bekerja”. | 30/07/2025 | Tatabahasa |
43
|
Large Language Model (LLM) | Padanan bahasa Melayu bagi istilah large language model (LLM) ialah model bahasa besar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 29/07/2025 | Istilah |
44
|
penggunaan haji. sebelum ini nama ustaz lokman. kini nak guna nama haji ustaz lokman atau ustaz haji lokman. mohon nasihat | Gelaran yang sesuai ialah "Haji Lokman" atau "Ustaz Lokman". | 29/07/2025 | Lain-lain |
45
|
Perbezaan perkataan hasil kutipan dan kutipan hasil serta cara penggunaannya di dalam ayat. | Kedua-dua perkataan “hasil kutipan” dan “kutipan hasil” boleh
digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Contohnya, “Dia
mencatat kutipan hasil jualan harian tertinggi pada hari Selasa.” dan “Hasil
kutipan daripada jualan amal itu mencecah sebanyak RM3,000.00.”.
Untuk maklumat lanjut
yang berkaitan dengan makna “hasil” dan “kutipan”, sila rujuk Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 787 dan 1241.
| 28/07/2025 | Lain-lain |
46
|
Adakah semua bandingan semacam seperti "lancar seperti air" atau "rajin macam semut" merupakan sebahagian daripada peribahasa? | Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis rangkai kata yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, perbilangan, kata hikmat dan perbandingan semacam. Istilah perbandingan semacam digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kurikulum bahasa Melayu, sedangkan bandingan semacam digunakan oleh sesetengah individu dan masih boleh difahami. Untuk pengetahuan saudari, perbandingan semacam termasuk dalam kategori peribahasa kerana mengandungi kiasan kepada maksud tertentu.
Untuk maklumat lebih lanjut, saudari boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua terbitan tahun 2016. | 27/07/2025 | Tatabahasa |
47
|
Contoh ayat bagi perkataan "Ketimbang" yang sesuai untuk digunakan dalam subjek Bahasa Melayu. |
Dikongsikan contoh ayat yang dipetik daripada data Korpus DBP untuk penggunaan kata KETIMBANG.
Contoh ayat I: Mereka
lebih prihatin terhadap haiwan itu ketimbang anak tunggal sendiri.
(Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu daripada anak tunggal sendiri.)
Contoh ayat II:Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok ketimbang tugas individu.
(Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat
meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok berbanding dengan tugas individu.)
Contoh ayat III: Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah ketimbang menentang!
(Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah daripada menentang!).
Berdasarkan sampel-sampel ayat tersebut saya pasti saudara memahami pola ayat yang sesuai dan dapat membina ayat yang tepat untuk penggunaan kata KETIMBANG (bersinonim dengan kata "daripada" atau "berbanding dengan").
| 27/07/2025 | Makna |
48
|
1. Apakah penjodoh bilangan untuk borang penyertaan? (keping atau helai)
2. menjana tenaga elektrik atau menjanakan tenaga elektrik? mana yang betul.
minta pencerahan, terima kasih encik/puan. | Jawapan soalan 1: helai atau keping boleh diterima untuk dokumen bercetak, termasuk borang.
Jawapan soalan 2:
Frasa
"menjana tenaga elektrik" adalah lebih gramatis. Bagaimanapun menjanakan
tenaga elektrik tidak menjadi satu kesalahan.
Sila
rujuk olahan menjana dan menjanakan yang terakam pada halaman 866 daripada Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020), iaitu:
menjana
منجان
kt
[psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll):
Institut tsb bertanggungjawab menjana
tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi
tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana
oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.
2
menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab
kita mengemukakan idea
praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana
oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.
3
menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis
hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan
yg betul.
menjanakan منجاناكن kt [psf: dijanakan, janakan] menjana. | 27/07/2025 | Tatabahasa |
49
|
Ali bermain bola. Bola dimain Ali. Ayat tersebut boleh ditukar jadi Ayat Pasif. Imbuhan ber- termasuk Kata Kerja Transitif? |
Awalan beR- membentuk
kata kerja tak transitif, sama ada memerlukan pelengkap atau tidak.
Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga (DBP, 2013), halaman 161.
| 27/07/2025 | Tatabahasa |
50
|
Psychastenia |
Cadangan istilah saudara boleh dirujuk di sini: https://prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=
Untuk pengetahuan saudara ejaan istilah sumber sepatutnya ialah psychasthenia. Harap maklum. | 26/07/2025 | Istilah |
51
|
Bagaimana kita mahu membezakan bahasa melayu dan bahasa indonesia? |
Secara genealogi, bahasa Melayu ialah bahasa "induk" kepada bangsa Indonesia dan bangsa Malaysia, bahasa rumpun Austronesia. Sebagai milik masyarakat, bahasa Melayu induk ini kian berkembang dalam kalangan masyarakat kedua-dua negara yang berjiran ini, sesuai dengan konteks budaya masyarakatnya. Maka tidak hairan jika kedua-dua bahasa itu setakat hari ini menghala ke arah yang berbeza. Secara umumnya, perkembangan leksikologi Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu di Malaysia memperlihatkan perkembangan leksikologi; ada aspek yang menunjukkan persamaan dan ada yang menunjukkan perbezaan dalam perbendaharaan katanya. Persamaan terjadi kerana kedua-dua bahasa itu secara genealogi adalah berasal daripada induk yang sama, sedangkan perbezaan itu terjadi kerana kedua-duanya secara geografi berada dalam lingkungan budaya yang berbeza, dan secara reseptif menerima pengaruh daripada sumber yang berbeza. (1) Ciri Perbezaan Dari Segi Sumber Pengaruh:
Bahasa Indonesia: Pengaruh Belanda yang kuat, pengaruh bahasa Jawa yang signifikan (kerana populasi Jawa yang dominan), pengaruh bahasa daerah di Indonesia yang pelbagai.
Bahasa Melayu di Malaysia: Pengaruh Inggeris yang kuat - dari zaman penjajahan British, pengaruh bahasa Cina dan Tamil (dari komuniti multietnik di Malaysia), pengaruh bahasa Arab (melalui amalan/penghayatan agama Islam sebagai agama rasmi). (2) Ciri Perbezaan Dari Segi Linguistik, termasuklah perbezaan istilah:
semula jadi (Malaysia) | alamiah (Indonesia)
pejabat (Malaysia) | kantor (Indonesia)
juruwang (Malaysia) | kasir (Indonesia)
| 25/07/2025 | Lain-lain |
52
|
Apakah penggunaan kata terbitan "menunggang" yang betul?
"Menungganglah motosikal dengan berhemat." atau "Tungganglah motosikal dengan berhemat"
Sekian, terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut boleh
digunakan "Menungganglah motosikal dengan berhemat." atau "Tungganglah motosikal dengan berhemat.".
Sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),
halaman 448 – 451. | 25/07/2025 | Tatabahasa |
53
|
Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.
Kata pemeri harus diikuti dengan frasa nama.
Ayat di atas dikatakan betul (daripada jawapan yang dijawab oleh pegawai DBP bagi pertanyaan pengguna lain pada 14.03.2018 di laman "khidmat nasihat".
Adakah "berlaku banjir lumpur" merujuk kepada the ocurrence (noun in English) of mud flood , harus ditukarkan kepada "Antara kesan tanah runtuh ialah "kejadian" banjir lumpur.
Biasanya, saya akan menulis "Antara kesan tanah runtuh ialah berlakunya banjir lumpur." untuk merujuk kepada maksud "the occurence of mud flood".
Antara kebaikan melancong dalam negara ialah menggalakkan ekonomi negara. Adakah ayat ini juga harus diubah
Bagaimanakah dengan ayat dalam "Istilah Bahasa Melayu - Kebaikan" - terpapar ayat "Antara kebaikan DTV ialah boleh dimampatkan dan mudah diedit. "
Minta pencerahan.
| Ayat “Antara kesan tanah runtuh adalah berlakunya
banjir lumpur.” Dalam ayat ini, kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif
dan lebih sesuai digunakan bagi menyampaikan makna yang dimaksudkan.
Ayat “Melancong dalam negara dapat
menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.” diberikan sedikit penambahbaikan.
Ayat yang sesuai ialah “Antara kebaikan DTV adalah boleh dimampatkan dan mudah diedit.”
Untuk makluman, bukan semua ayat sesuai menggunakan kata
pemeri, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. Penggunaan
kata pemeri ada, kalanya membawa unsur lewah, contohnya "Permohonan ini
adalah boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah."
Ayat ini dicadangkan
untuk digugurkan kata pemeri “adalah” kerana membawa unsur lewah. Ayat yang
sesuai digunakan ialah "Permohonan ini boleh
dipertimbangkan oleh pihak sekolah."
Untuk keterangan lanjut,
sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 2015) halaman 263
- 265. | 24/07/2025 | Tatabahasa |
54
|
Assalamualaikum WBT.
Saya bagi pihak Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membuat semakan mengenai penggunaan perkataan antara BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA, mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam borang-borang permohonan lesen / permit? Ini adalah kerana pentadbiran kami telah menerima aduan berbentuk teguran daripada orang awam mengenai penggunaan BAHASA MALAYSIA di dalam borang-borang permohonan yang disediakan oleh MPSepang untuk orang awam. Bersama-sama ini di sertakan sedikit kandungan aduan yang dikemukakan oleh orang awam tersebut
"Di dapati di laman borang lesen Majlis Perbandaran Sepang tertulis istilah Bahasa Malaysia. Istilah ini tidak betul. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 yang tak pernah dipinda, nama bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.
Sehubungan itu, adalah dimohon agar pihak DBP dapat memberikan panduan dan cadangan sewajarnya kepada kami di MPSepang dalam memastikan pentadbiran kami menggunakan nahu bahasa yang tepat di dalam borang-borang permohonan lesen / permit rasmi kami. Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian kandungan di dalam borang permohonan lesen MPSepang yang menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA untuk rujukan pihak tuan/puan. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
| Untuk makluman, Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu. Dalam sumber perundangan yang lain seperti Akta
Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan digunakan bersama-sama bahasa Melayu dan arahan pentadbiran
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan
Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam juga menggunakan istilah bahasa kebangsaan
dan bahasa Melayu. Sehubungan dengan
itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang sedang berkuat kuasa
istilah bahasa Melayu atau bahasa
kebangsaan yang sewajanya digunakan dalam konteks rasmi kerajaan. Maksud rasmi “ertinya
apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri,
dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu
pihak berkuasa awam”. | 24/07/2025 | Lain-lain |
55
|
Mohon pencerahan, bagi penggunaan arahan soalan dalam buku latihan murid seperti:
Warnakan
Tuliskan
Suaikan
Padankan
Tandakan
Adakah perlu dibuang "kan" di belakangnya? | Untuk makluman, perkataan seperti "Warnakan", "Tuliskan", "Suaikan", "Padankan" dan "Tandakan" perlu dikekalkan penggunaan "-kan" kerana bertujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448. | 24/07/2025 | Tatabahasa |
56
|
Pertanyaan berkenaan tajuk program, bersesuaian atau tidak. Cadangan tajuk program adalah KOLOKIUM BAHASA KEBANGSAAN. Mohon khidmat nasihat. Terima kasih. | Tajuk tersebut betul dan sesuai
digunakan. | 24/07/2025 | Tatabahasa |
57
|
Antara [di bawah] dan [bawah], yang manakah betul penggunaannya dalam ayat berikut?
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf secara sah [di bawah/bawah] Akta Universiti dan Kolej Universiit (AUKU) 1971. | Penggunaan frasa
yang betul ialah frasa sendi nama “di bawah”, contohnya “Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf secara sah di bawah Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) 1971.”
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2021), halaman 226. | 24/07/2025 | Tatabahasa |
58
|
Soalan tatabahasa:
"Anda tidak dibenarkan menggunakan kalkulator."
Adakah ayat di atas ini betul?
Ada apa-apa kesalahan?
Bolehkah dua perkataan dengan imbuhan "kan" diguna sama sekali dalam satu ayat? | Ayat "Anda tidak dibenarkan menggunakan kalkulator." adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kalkulator." | 24/07/2025 | Tatabahasa |
59
|
Ego dystonic | Padanan bahasa Melayu bagi istilah ego dystonic ialah distonik ego. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 24/07/2025 | Istilah |
60
|
Assalamualaikum wbh.
Apakah panggilan hormat yang sesuai bagi bekas Pengarah Kolej Matrikulasi tanpa gelaran? | Penggunaan
kata sapaan yang bersesuaian ialah Encik atau Tuan. | 23/07/2025 | Lain-lain |
61
|
Self-object | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah self-object ialah "objek diri". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 23/07/2025 | Istilah |
62
|
Cochlear (alat bantu dengar)
terjemahan mana yang betul:
koklea atau koklear? |
Jawapan: KOKLEAR
Boleh rujuk di sini: prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword= | 23/07/2025 | Istilah |
63
|
Laman web https://dbpsahbahasa.my/ tidak berfungsi | Untuk
makluman, sistem dbpsahbahasa.my mengalami gangguan pada 23 Julai 2025. Mohon
maaf atas segala kesulitan. | 23/07/2025 | Lain-lain |
64
|
Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan. | Salam puan yang budiman,
Permohonan penerbitan manuskrip ini
bolehlah dihantar kepada:
Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10,
Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.
Permohonan tersebut perlu disertakan
dengan:
1. Salinan lembut manuskrip.
2. Salinan bercetak manuskrip
berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor
telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
| 22/07/2025 | Karya |
65
|
Saya ingin bertanya soalan.
Arahan yang manakah betul dan sesuai?
1. Baca, kemudian salin.
2. Baca. Kemudian, salin.
Arahan ini ialah terjemahan langsung daripada bahasa Arab;
اِقْرَأْ ثُمَّ انْسَخْ
| Arahan yang betul ialah Baca, kemudian salin.
Kata “kemudian” tergolong dalam kata hubung gabungan yang
menghubungkan dua atau lebih kata yang setara sifatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1042. | 22/07/2025 | Tatabahasa |
66
|
Adakah penggunaan ayat berikut tepat dan sesuai untuk sijil penyertaan?
Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya Program “Mendengar, Memahami, Memberi Respons & Menang-Menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”.
Atau
Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya Program “Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”.
| Ayat yang betul dan sesuai adalah seperti yang berikut:
1. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Mendengar, Memahami, Memberikan Respons dan Menang-menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"
2. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"
| 22/07/2025 | Tatabahasa |
67
|
Ayat di bawah betul?
1.Bangunan itu dibina pada tahun bila?
2.Bangunan itu dibina pada tahun berapa?
3.Bangunan itu dibina bila? | Ketiga-tiga ayat
tersebut betul, namun begitu ayat-ayat itu merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi
bentuk bahasa tulisan, ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang
berikut:
1.
Pada tahun bilakah bangunan itu dibina?
2.
Pada tahun berapakah bangunan itu dibina?
3.
Bilakah bangunan itu dibina?
Untuk maklumat lanjut
yang berkaitan dengan ayat tanya, sila rujuk buku Tatabahasa
Dewan (DBP, 2015),
halaman 441-448. | 22/07/2025 | Tatabahasa |
68
|
nyah aktif (BM) = inactive (BI) | Padanan bahasa Melayu bagi istilah inactive ialah nyahaktif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | 21/07/2025 | Istilah |
69
|
Salam, DBP.
Saya temukan dalam Kamus Dalam Talian bahawa sinonim bagi "takoyaki" ialah "cucur kurita". Padanan yang cukup baik pada saya. Namun, tiada "kurita" dalam Kamus Dewan. Yang standard ialah "gurita". Mohon baiki. | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan Perdana (2020) telah memasukkan kata kurita dan gurita yang merujuk haiwan yang sama, iaitu sotong kurita. | 21/07/2025 | Istilah |
70
|
1. Bapa mengutip buah durian untuk dimakan.
2. Sandra mengemas katil supaya kemas.
3. Sin Ling mengemas katil di bilik tidur supaya cantik.
4. Guan Hong dan Fendi menyimpan gelung rotan dan bola baling di dalam bilik sukan.
5. Saya mengutip durian di dalam dusun.
6. Rina berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki.
Adakah 6 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat nombor (1),
(2), (3) dan (4) adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan.
Ayat nombor (5) perlu dibetulkan. “Saya mengutip durian
di dusun.”
Ayat nombor (6) perlu dibetulkan. “Rina berjalan kaki ke
sekolah.”
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila
rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575.
| 21/07/2025 | Tatabahasa |
71
|
Bagaimana meningkat koheren dan kohensi dalam penulisan formal dan bentuk cereka, novel dan cerpen. |
Bagus kerana saudara mengambil berat tentang prinsip asas dalam linguistik teks dan retorik terutama amalan praktis untuk meningkatkan koheren serta kohesi dalam penulisan formal dan kreatif.
Ringkasnya, koheren
tentang idea wacana tersusun dan logik, manakala kohesi tentang keterkaitan hubungan
antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk
menghasilkan satu wacana yang lengkap dan gramatis.
Tips
Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Formal:
Susun
Rangka Penulisan Secara Sistematik: Mulakan dengan pengenalan yang jelas,
diikuti isi utama yang tersusun mengikut topik, dan diakhiri dengan kesimpulan
yang menguatkan mesej.
Gunakan
Kata Hubung yang Sesuai: Antara misalan termasuklah "oleh itu",
"selain itu", "bagaimanapun", "seterusnya", untuk
mengaitkan idea agar aliran tulisan lebih lancar.
Jaga
Kesinambungan Idea: Setiap perenggan harus berpaut kepada idea utama. Elakkan
lompat dari satu perkara ke perkara lain secara tiba-tiba.
Periksa
Gaya Bahasa dan Tatabahasa: Penulisan formal memerlukan bahasa yang tepat dan
lengkap dari segi tatabahasa untuk memudahkan pemahaman.
Tips
Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Cerpen, Novel, dan Cereka:
Bangunkan Plot dan Tema dengan Jelas: Pastikan jalan cerita
tersusun dengan baik supaya pembaca boleh mengikuti perkembangan cerita dengan
mudah.
Gunakan Dialog dan Naratif yang Bersifat Kohesif: Dialog
antara watak harus berkaitan dengan keadaan cerita dan naratif menjelaskan
suasana, perasaan, atau tindakan watak secara jelas.
Pengulangan dan Sinonim: Penggunaan perkataan yang berulang
atau sinonim dapat membantu mengekalkan fokus pembaca dan sambungan antara ayat
dan perenggan.
Perhatikan Gaya Bahasa: Dalam bentuk sastera, bahasa boleh
bersifat lebih kreatif tetapi jangan sampai mengganggu kelancaran pemahaman.
Untuk rujukan tambahan, sila dapatkan buku tulisan Asmah Haji Omar, Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah di kedai Ujana Buku DBP atau layari DBPniaga (dbpniaga.my).
| 21/07/2025 | Karya |
72
|
Terminal Lucidity | Padanan bahasa Melayu bagi istilah terminal lucidity ialah lusiditi terminal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan. | 21/07/2025 | Istilah |
73
|
Pada peringkat awal dan dari peringkat awal yang mana betul dalam ayat ini. Seterusnya, pendidikan alam sekitar perlu dimulakan...peringkat awal. | Penggunaan kata sendi nama yang betul bagi ayat tersebut ialah "... dari peringkat awal." Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 268 dan 274 untuk keterangan lanjut. | 21/07/2025 | Tatabahasa |
74
|
1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermatnya.
2. Sila gunakan alat muzik dengan cermatnya.
3. Minta gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya.
4. Sila gunakan piring-ring seramik ini dengan cermatnya.
Adakah 4 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. | Fungsi “nya” sebagai kata ganti nama diri ketiga. Selain itu, “nya” bertindak sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contohnya, sesungguhnya dan nampaknya, seperti dalam ayat yang berikut:
1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, contohnya, lajunya dan sakitnya, seperti dalam ayat yang berikut:
1. Lajunya ialah 100 km sejam.
2. Bukan kepalang sakitnya.
Sehubungan dengan itu, penambahbaikan bagi ayat yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermat.
2. Sila gunakan alat muzik dengan cermat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 295 – 296.
| 21/07/2025 | Tatabahasa |
75
|
Saya ingi bertanya tentang ia adakah boleh digunakan dalam benda seperti alam sekitar. Dan, menyumbang kepada, menyumbangkan, menyumbang bagaimana digunakan dalam penulisan. | “Ia”
merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. Penggunaan “ia” bagi merujuk perkara,
seperti alam sekitar adalah tidak sesuai.
Penggunaan
“menyumbang kepada”, “menyumbangkan”, dan “menyumbang” perlu dilihat mengikut
konteks penggunaan dalam ayat.
Untuk maklumat lanjut, sila
rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2015), halaman 87 dan 104. | 21/07/2025 | Tatabahasa |
76
|
"Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus," kata Cikgu Zubir kepada pemain-pemain bola sepak sekolahnya.
Bolehkah saya tanya, ayat tersebut mana satu bahagian ialah subjek, mana satu bahagian ialah predikat?
terima kasih | Bahagian subjek
dan predikat dalam ayat “ Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya
akan pergi berkursus,” adalah seperti berikut:
Subjek: “tiada
latihan bola sepak”
Predikat: “kerana
saya akan pergi berkursus”
| 21/07/2025 | Tatabahasa |
77
|
"Too much finance effect" | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah too much finance effect ialah kesan kewangan berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 21/07/2025 | Lain-lain |
78
|
Dimana boleh sababat saya (warganegara Czech Republic) boleh mendaftar untuk belajar bahasa Melayu? Boleh berikan cadangan? | Salam puan yang budiman,
Untuk pertanyaan
berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, puan boleh e-melkan
kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian
03-21470201/0213/0232.
Sekian, terima kasih. | 20/07/2025 | Lain-lain |
79
|
Analysis of Moment Structures | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Analysis of Moment Structures ialah Analisis Struktur Momen. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 20/07/2025 | Istilah |
80
|
acceptable goodness-of-fit indices,
Root Mean Sq | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah acceptable goodness-of-fit indices ialah indeks ketepatan padanan boleh terima. Padanan bahasa Melayu bagi istilah root mean square ialah punca min kuasa dua. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 20/07/2025 | Istilah |
81
|
repository | Padanan bahasa Melayu bagi istilah repository ialah repositori. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | 19/07/2025 | Istilah |
82
|
Assalam. Saya Puan Idayu daripada Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan. Saya ingin bertanya tentang bagaimanakah prosedur untuk penerbitan jurnal penyelidikan? | Salam puan yang budiman,
Permohonan penerbitan manuskrip ini
bolehlah dihantar kepada:
Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10,
Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.
Permohonan tersebut perlu disertakan
dengan:
1. Salinan lembut manuskrip.
2. Salinan bercetak manuskrip
berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor
telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.
Sekian, terima kasih. | 19/07/2025 | Karya |
83
|
AI Sovereign | Cadangan padanan bagi istilah sovereign AI ialah AI berdaulat. Penggunaan istilah sovereign AI lebih banyak digunakan mengikut konteks tertentu. Cadangan padanan bagi istilah AI sovereignty ialah kedaulatan AI. | 19/07/2025 | Istilah |
84
|
Ejaan mana yang betul, "Aztec" atau "Aztek"? Kedua-duanya digunakan dalam PRPM jadi adakah kedua-duanya boleh dipakai, seperti "Mekah" dan "Makkah" hanyalah kelainan ejaan dan boleh dipakai kedua-duanya? |
Tiada kelainan ejaan dalam bahasa Melayu bagi Aztek.
Menurut data istilah bidang Sejarah, ejaan istilah sumber iaitu bahasa Inggeris ialah Aztec. Ejaan istilah sasar (bahasa Melayu) ialah Aztek.
Sila rujuk di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aztek&d=250808&#LIHATSINI
| 18/07/2025 | Ejaan |
85
|
Peluang penghantaran artikel ke dewan kosmik.
kepada siapa saya perlu hantar artikel tersebut. | Salam tuan yang budiman,
Berkenaan dengan
pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan YBrs. Dr. Rosmani binti Omar, Ketua
Editor Bahagian Majalah melalui nombor telefon 03-21479449 atau e-mel kepada ros_omar@dbp.gov.my.
Sekian, terima kasih. | 17/07/2025 | Karya |
86
|
Adakah terdapat perkataan Fluktuasi (Fluctuation = English) dalam kamus dewan dan pustaka?
| Untuk makluman
tuan, perkataan fluktuasi tidak terakam dalam Kamus DBP. Padanan
bahasa Melayu bagi istilah fluctuation ialah turun naik. | 17/07/2025 | Istilah |
87
|
saya berlari di padang sekolah dengan pantas.
ATAU
saya berlari dengan pantas di padang sekolah.
ATAU
kedua-dua pun betul? | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang
berikut:
1. Saya
berlari di padang sekolah dengan pantasnya.
2. Saya
berlari dengan pantasnya di padang sekolah.
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila
rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575. | 17/07/2025 | Lain-lain |
88
|
Saya ingin memohon pandangan tentang betul atau salah penggunaan struktur bahasa melayu dan maksud "Maritim Malaysia" bagi meringkaskan nama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
1. Adakah betul penggunaan ringkasan ini? kerana maksud maritim malaysia di dalam kamus adalah berbeza dengan tujuan APMM gunakan nama itu dan tidak melambangkan identiti sebuah agensi penguat kuasa.
2. Adakah penggunaan "maritim malaysia" ini sesuai digunakan terhadap sebuah agensi penguat kuasa yang bertaraf antarabangsa?
3. Adakah penggunaan ini memenuhi maksud struktur bahasa melayu bagi menyampaikan maksud oleh APMM?
sebagai contoh ayat yang digunakan "Maritim Malaysia adalah merupakan sebuah agensi penguat kuasa maritim yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan Maritim Malaysia seluas 64,000 km persegi". | Pengejaan nama khas dalam bentuk singkatan boleh dibuat dalam dua kaedah, iaitu singkatan seperti yang sedia ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diringkaskan menjadi APMM dan keduanya akronim, bentuk gabungan kependekan yang boleh disebut sebagai perkataan seperti Mara untuk Majlis Amanah Rakyat. Oleh itu, kami berpandangan penggunaan singkatan APMM mencakupi maksud perkataan yang terkandung di dalamnya dan sebarang perubahan nama seperti Maritim Malaysia melibatkan banyak aspek lain khususnya pentadbiran serta perundangan. Dari aspek bahasa, Maritim Malaysia bukan singkatan atau akronim. | 16/07/2025 | Lain-lain |
89
|
Saya terbaca sebuah buku yang menerangkan penjodoh bilangan sepotong juga diterima selain sekeping untuk roti yang dipotong daripada sebuku roti, adakah istilah ini tepat? | Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti ialah “sekeping” atau “sebuku” bergantung
pada konteks penggunaan. Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2020), halaman 1058 dan 339 mentakrifkan perkataan “keping”
sebagai benda yang nipis, pipih atau leper, dan “buku” sebagai benda yang
bersegi atau berketul. | 16/07/2025 | Lain-lain |
90
|
demand-responsive transit (DRT) | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah demand-responsive transit (DRT) ialah transit atas permintaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 16/07/2025 | Istilah |
91
|
Regulation of Cognition:Debugging
| Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah regulation of cognition: debugging ialah pengawalan kognisi: menyahsilap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 15/07/2025 | Istilah |
92
|
cara sebutan perkataan bahasa melayu baku bagi perkataan
1. universiti
2. kabel | Sebutan baku bagi perkataan yang berikut:
universiti [u·ni·vər·si·ti] - bunyi e pepet
kabel [kɑ·bəl] - bunyi e pepet | 15/07/2025 | Lain-lain |
93
|
Dalam surat rasmi kepada Mufti/Timbalan Mufti, apakah gelaran dan kata sapaan yang sesuai digunakan? Sahibul Fadilah/Sahibus Samahah? YBhg. SF/SS? YBhg. Tuan? | Panggilan hormat bagi mufti ialah
Sahibus Samahah, manakala gelaran Sahibul Fadilah ialah panggilan hormat bagi
kadi besar atau orang yang dihormati yang mempunyai kelebihan ilmu agama Islam.
Kata sapaan bagi mufti dan
timbalan mufti bergantung pada peranan mufti atau timbalan mufti itu dalam
sesuatu majlis atau organisasi.
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2021), halaman 1928. | 15/07/2025 | Tatabahasa |
94
|
Mediation | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mediation ialah pengantaraan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Contoh ayat ialah "Pihak yang bertelingkah telah mencapai kata sepakat menerusi pengantaraan." | 13/07/2025 | Istilah |
95
|
T data | Padanan bahasa Melayu bagi istilah test data secara umumnya ialah data ujian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 12/07/2025 | Istilah |
96
|
Salam. Boleh saya tahu penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang dipotong daripada sebuku roti? Sekeping ataupun sepotong jawapannya? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang telah dipotong
daripada sebuku roti ialah “sekeping”,
kerana berbentuk leper. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman
1058 mentakrifkan perkataan “keping” sebagai benda yang nipis, pipih atau leper.
| 12/07/2025 | Lain-lain |
97
|
Saya seorang guru BM Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kulai Johor. Ingin saya dapat kepastian sama ada pihak DBP ada menganjurkan kursus deklamasi sajak untuk penyertaan awam? dan sama ada pihak DBP ada menyediakan tenaga pakar dalam dibang deklamasi sajak untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada wakil Sekolah Menengah Persendirian Cina? Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman,
Untuk pertanyaan
berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, tuan boleh e-melkan
kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232.
Sekian, terima kasih. | 12/07/2025 | Lain-lain |
98
|
Apakah saranan untuk istilah
1. psychological di | Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. | 12/07/2025 | Istilah |
99
|
Apakah saranan untuk istilah
1. complementary mod | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah complementary mediator ialah pengantara pelengkap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 12/07/2025 | Istilah |
100
|
MOHON BANTUAN UNTUK SEMAKAN CADANGAN PENGGUNAAN NAMA BAGI PAPAN TANDA BAHARU DI RUANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA SEPERTI DILAMPIRAN. TERIMA KASIH | Permohonan pengesahan bahasa Melayu
dalam iklan/papan tanda boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web
dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan
akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR PENAMAAN,
sila pilih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan. Sila pilih jenis
penamaan (Nama Jalan/Nama Bangunan/Nama Kawasan/Nama Taman/Nama
Daerah/Lain-lain). Sila masukkan tajuk permohonan dan masukkan sebab-sebab mengapa
memilih penamaan yang berkenaan pada ruangan catatan yang disediakan. Kemudian, muat naik
visual yang hanya tertera teks cadangan penamaan sahaja. Satu penamaan hanya untuk satu permohonan sahaja. Klik “Faham terma dan
syarat xxx” dan SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Penamaan XXX Berjaya akan
dipaparkan. | 11/07/2025 | Lain-lain |
101
|
Saya Ada keraguan dalam
penggunaan “daripada “dan “kepada “ dalam ayat berikut :-
Saya meminta maaf kepada kawan .
Saya meminta maaf daripada kawan.
Adakah kedua -dua ayat ini betul ?dan membawa maksud yg sama ?
Saya Ada keraguan ini disebabkan cikgu sekolah kata ayat kedua ini yg pakai “ daripada “ Membawa maksud berikut :-
"Saya akan meminta maaf daripada kawan saya." (Ini memberi maksud seolah-olah kawan itu yang perlu meminta maaf kepada kamu.)
| Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.”
Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan
sasaran yang merujuk manusia.
Untuk keterangan
lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2014,
halaman 272 - 273. | 11/07/2025 | Tatabahasa |
102
|
Assalamualaikum w.b.h.,
Tuan/Puan,
Huraian intrusive thoughts dalam PRPM DBP adalah tidak tepat. Hal ini kerana dua sebab. Pertama, huraian tersebut mengetengahkan konsep pemikiran, yang mana ianya adalah berbeza daripada konsep sebenar. Kedua, huraian tersebut memberikan makna yang negatif, walhal ianya juga merangkumi makna yang bukan negatif. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=intrusif&d=250808&
APA Dictionary (2018) menerangkan bahawa intrusive thoughts bermaksud peristiwa yang bersifat mental yang mencelah aliran pemikiran yang berkaitan dengan tugasan meskipun usaha bagi mengelakkannya. https://dictionary.apa.org/intrusive-thoughts
Sehubungan itu, dikemukakan perkara tersebut untuk perhatian tuan/puan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, huraian ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) DBP dan pakar bidang berdasarkan pelbagai rujukan yang autentik. Huraian ini diolah dalam bahasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum, namun huraian tersebut bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang berkaitan. | 11/07/2025 | Istilah |
103
|
Kalau bandar atau institusi, diasaskan atau ditubuhkan? | Berikut
disenaraikan makna yang berkaitan:
i. Diasaskan:
a. Memulakan penubuhan sesuatu organisasi, pertubuhan dan sebagainya; b.
Menjadi asas kepada sesuatu.
ii. Ditubuhkan:
a. Mewujudkan atau membentuk jawatankuasa, persatuan, syarikat dan sebagainya;
b. Membina atau mendirikan bangunan, rumah dan sebagainya.
Walau
bagaimanapun, soalan yang diberikan kurang jelas kerana penggunaan sesuatu
perkataan perlu dilihat berdasarkan ayat lengkap bagi melihat konteks
penggunaan yang betul, contohnya:
“Bandar
yang diasaskan pada 1990 itu, kini mempunyai lebih daripada 125,000 orang
penduduk.”
“Kolej
ini ditubuhkan pada tahun 1981.”
Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP,
2021), halaman 140 dan 2411-2412. | 11/07/2025 | Makna |
104
|
Adakah perkataan "tercicirkan" wujud dalam bahasa Melayu?
Terima kasih. | Perkataan “tercicirkan” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu.
Kata terbitan yang wujud daripada perkataan dasar “cicir” ialah tercicir,
berciciran, mencicirkan, dicicirkan, cicirkan dan keciciran.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP,
2021), halaman 434 dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, https://prpm.dbp.gov.my/. | 10/07/2025 | Tatabahasa |
105
|
Mana satu yang betul, "kuil itu ditubuhkan pada tahun 2001" atau "kuil itu diasaskan pada tahun 2001"? | Yang lebih tepat ialah “Kuil
itu dibina pada tahun 2001”. | 10/07/2025 | Tatabahasa |
106
|
Assalamualaikum, saya nak tanya terjemahan bagi nama pekerjaan ini dalam bahasa melayu "talent readiness and deployment" | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja
penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada
bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi:
i. Persatuan
Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel
terjemah1@gmail.com
atau
ii. Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my | 10/07/2025 | Lain-lain |
107
|
Saya dari Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, SEARCCT. Boleh saya dapat maklumat jika pihak DBP ada melantik external reviewer dan juga Editor untuk penerbitan jurnal DBP? Dan jika ada, adakah terdapat sebarang bayaran honorarium diberikan kepada mereka? Saya cuba untuk mencari jika terdapat sebarang garis panduan pembayaran mahupun pelantikan untuk External Reviewer dan juga Editor sesebuah penerbitan jurnal. Terima kasih. | Ya. Pihak DBP ada melantik penilai luar bagi penerbitan jurnal.
Tanggungjawab Penilai
- Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional serta tanpa konflik kepentingan.
- Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam makalah yang dinilai.
- Memastikan makalah yang dinilai tiada unsur plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.
- Memastikan penilaian dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian makalah.
- Tidak membincangkan makalah yang dinilai kepada pihak lain tanpa kebenaran.
- Penilai perlu menilai dari aspek kualiti, kerelevanan dan ketepatan makalah serta digalakkan untuk menyemak silang sitasi dan rujukan.
Untuk makluman juga, penilaian akan dilakukan dalam bentuk penilaian sulit berganda ( double-blind review).
- Penilai akan menilai kualiti makalah (termasuk pemformatan, penilaian umum, pembentangan plagiat dan perbincangan serta data) dan memberikan cadangan, sama ada makalah boleh diterima, perlu diperbaik atau ditolak.
- Penilai akan menyerahkan laporan penilaian bersama-sama ulasan terhadap makalah kepada editor.
Sila layari pautan ini http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/index atau menghubungi YBrs. Dr. Rosmani binti Omar ros_omar@dbp.gov.my, Ketua Editor Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. | 10/07/2025 | Lain-lain |
108
|
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut:
Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua
Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua
Free Your Future - Bebaskan masa depan anda
Free to Dream - Impian tanpa batas
Ambition in Motion - Rentak impian
Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah
- konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation. | Cadangan
padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut
konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut:
1. Empower Every Future - Memperkasakan masa depan
2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan
3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda
4. Free to Dream - Impian tanpa batas
5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi
6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
| 10/07/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
109
|
Adakah penggunaan kata bagi "menjumpai" di bawah betul?
1. Saya akan menjumpai Ahmad pada petang nanti.
(to meet someone)
| Penggunaan kata yang betul ialah Saya akan berjumpa dengan Ahmad pada petang nanti. | 10/07/2025 | Tatabahasa |
110
|
Yang mana betul urusetia atau urus setia. Adakah 2 perkataan ini membawa maksud yang berlainan ? | Yang betul ialah urus setia. Kedua-duanya membawa maksud yang sama. | 10/07/2025 | Ejaan |
111
|
betul tak ayat nota kaki tu? | Ayat yang betul ialah "NOTA KAKI: ANGGOTA LEMBAGA, WAKIL TETAP, JURUAUDIT DALAM DAN KAKITANGAN UITMKOOP TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI WAKIL JUALAN."
Walau bagaimanapun, terdapat kesalahan lain pada lampiran yang diberikan. Mohon betulkan teks utama seperti yang berikut:
(a) TERMA DAN SYARAT:
(b) BERTANGGUNGJAWAB DAN BERETIKA | 09/07/2025 | Tatabahasa |
112
|
Salam. Boleh saya tahu istilah yang tepat bagi...
1 a) di dapur b) di dalam dapur
2 a) di bilik tidur b) di dalam bilik tidur
Terima kasih | Jawapan yang
betul ialah:
1.
A) di dapur
B) di
bilik tidur | 09/07/2025 | Tatabahasa |
113
|
Salam. Boleh saya dapat tahu perbezaan bagi istilah bersama dan bersama-sama? Jika ayat ditulis dengan ( "________ akan bertolak ke Singapura bersama, esok" kata Encik Wong kepada anaknya.) , maka jawapan (saya) ataupun (kita) lebih sesuai? Terima kasih atas pencerahan. | Perkataan “bersama” dan
“bersama-sama” mempunyai pelbagai maksud mengikut konteks penggunaannya.
Perbezaan antara “bersama” dengan “bersama-sama” ialah “bersama” tidak ada
kecualinya. “Bersama-sama” pula ialah perbuatan, perkara dan lain-lain yang
berlaku secara serentak dan bergandingan dengan. Ayat yang betul ialah “Kita
akan bertolak ke Singapura bersama-sama
esok,” kata Encik Wong kepada anaknya.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942. | 09/07/2025 | Tatabahasa |
114
|
Salam. Boleh saya dapat tahu perbezaan bagi istilah bersama dan bersama-sama? Jika ayat ditulis dengan ( "________ akan bertolak ke Singapura bersama esok" kata Encik Wong kepada anaknya.) , maka jawapan (saya) ataupun (kita) lebih sesuai? Terima kasih atas pencerahan. | Perkataan “bersama” dan “bersama-sama” mempunyai pelbagai maksud mengikut konteks penggunaannya. Perbezaan antara “bersama” dengan “bersama-sama” ialah “bersama” tidak ada kecualinya. “Bersama-sama” pula ialah perbuatan, perkara dan lain-lain yang berlaku secara serentak dan bergandingan dengan. Ayat yang betul ialah “Kita akan bertolak ke Singapura bersama-sama esok,” kata Encik Wong kepada anaknya.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942. | 09/07/2025 | Tatabahasa |
115
|
Apakah perbezaan bagi penggunaan istilah "budak-budak", "anak-anak" dan "kanak-kanak" dalam sesuatu konteks yang tertentu? |
Konteks penggunaan "kanak-kanak" dipecahkan kepada konteks makna Undang-undang dan makna umum. Makna umum "kanak-kanak" luas kepada sinonim kata "budak-budak" dan "anak-anak" dalam bilangan jamak (lebih daripada seorang). Lazimnya kesesuaian untuk memilih antara ketiga-tiga perkataan lebih sesuai dalam gaya percakapan biasa atau bukan laras bahasa tinggi.
Sebagai contoh ketiga-tiga perkataan boleh disetarakan dalam ayat:
Mereka masih kanak-kanak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Mereka masih anak-anak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Mereka masih budak-budak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Tidak sepatutnya menukar ganti "kanak-kanak" dengan mana-mana kata lain tadi dalam contoh penggunaan seperti:
Novel kanak-kanak terbitan DBP.
taman asuhan kanak-kanak
Hari Kanak-kanak Sedunia
Untuk perincian takrif "kanak-kanak", "budak-budak" dan "anak-anak", sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | 09/07/2025 | Makna |
116
|
Bagi sustainability membawa maksud mampan jadi adakah wujud perkataan kemampanan. Sebab bila sy membuat semakan di carian kata DPBM perkataan kemampanan tidak wujud yang wujud adalah kemapanan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainable ialah mampan, manakala istilah sustainability ialah kemampanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang ESG. | 08/07/2025 | Istilah |
117
|
sila semak ayat yang digunakan. | Pihak kami menyediakan khidmat
penyemakan dokumen secara berbayar untuk dokumen rasmi, seperti laporan, sijil,
pelan strategik dan sebagainya. Sila hubungi talian telefon 03-21479000
sambungan 9135 untuk maklumat lanjut.
Tuan/puan boleh juga membuat
dahulu semakan bahasa melalui pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan memilih
pautan Khidmat Nasihat Bahasa (pada sebelah kanan paparan) dan mengajukan
soalan melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) bagi teks yang benar-benar
tiada sumber rujukan. | 08/07/2025 | Lain-lain |
118
|
Terjemahan sesuai untuk “potential space”?
Rujukan: https://taylorandfrancis.com/knowledge/Medicine_and_healthcare/Anatomy/Potential_space/#:~:text=A%20potential%20space%20is%20a,changes%20or%20other%20physiological%20changes. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah potential space ialah ruang keupayaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 08/07/2025 | Istilah |
119
|
papan tanda | 1. Untuk
makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat
secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk
Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR PERMOHONAN >
DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis
kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”.
Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis
iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
Makluman Tahniah Pendaftaran
Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.
Sila buat bayaran setelah
menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari
bekerja. | 08/07/2025 | Lain-lain |
120
|
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan teman yang biasanya digunakan oleh penutur jati Bahasa Indonesia. Adakah betul penggunaan teman dalam penulisan Bahasa Melayu di sekolah rendah umumnya? Contoh ayat : Saya dan teman-teman ingin ke kedai. Penggunaan teman dikira sebagai arbitrari di Indonesia, tetapi tidak di Malaysia. Adakah salah jika guru menyatakan penggunaan teman tidak sesuai atau salah dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah? | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 2300 dan 2301 mentakrifkan “teman” sebagai orang yang
dikenali dan mengenali. Perkataan ini diiktiraf sebagai kosa kata sah dalam bahasa
Melayu bagi merujuk “rakan”
atau “kawan”. Namun,
dalam penggunaan di Malaysia, perkataan “rakan” atau “kawan” lazim digunakan. Walau
bagaimanapun, perkataan “teman” tidak dianggap salah bergantung pada konteks
penggunaan dalam ayat, contohnya “Ali merupakan teman seperjuangan saya ...”.
Untuk
maklumat lanjut, sila layari laman web https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=TEMAN. | 08/07/2025 | Lain-lain |
121
|
Salam sejahtera.
Adakah kata ganda separa berikut betul?
balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli,
gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura,
lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung,
sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga
Terima kasih. | Kata ganda dan kata ganda separa yang
diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.
Penggandaan separa kata nama ialah
penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh
terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang
berikut:
i.
Penggandaan
separa kata nama tunggal
Melibatkan suku kata pertama dalam
kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan
itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).
ii.
Penggandaan
separa kata nama berimbuhan
Melibatkan pengulangan kata dasar
tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang
mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).
Pembentukan
kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan
boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan
istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).
Untuk
maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila
rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138. | 08/07/2025 | Tatabahasa |
122
|
evaluative reasoning | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi evaluative reasoning secara umumnya ialah pemikiran evaluatif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 08/07/2025 | Istilah |
123
|
Assalamualaikum. Apakah kata pemeri untuk frasa "salah satu"? Merujuk jawapan Khidmat Nasihat 6.5.2010, digunakan "ialah", contoh ayat, "Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional." Sekiranya merujuk Khidmat Nasihat 16.11.2010, digunakan "adalah", ayatnya "Pengaruh Media Massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. Persoalannya, adakah penentuan tertentu untuk frasa ini? Selain kaedah, "ialah" untuk frasa nama dan "adalah" untuk frasa adjektif dan sendi nama. Terima kasih. | Kata pemeri “ialah”
hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala kata pemeri “adalah”
hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 20214), halaman 263 - 264 dan
494 - 496.
Pihak
kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | 07/07/2025 | Tatabahasa |
124
|
Puce | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah puce ialah ungu tua. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 07/07/2025 | Istilah |
125
|
Saya Orang Iban dan hendak membagikan kosakata Iba | Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas cadangan padanan bahasa Iban yang disarankan oleh pihak tuan berkaitan dengan istilah dalam bidang Geologi. Pihak kami mengambil perhatian terhadap kosa kata Iban yang dikongsikan. | 07/07/2025 | Istilah |
126
|
Saya mencadangkan beberapa istilah sebagai padanan | Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas cadangan padanan bahasa Iban yang disarankan oleh pihak tuan berkaitan dengan istilah dalam bidang Geologi. Pihak kami mengambil perhatian terhadap kosa kata Iban yang dikongsikan. | 07/07/2025 | Istilah |
127
|
Point biserial correlation coefficient | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah point biserial correlation coefficient secara umumnya ialah pekali korelasi dwisiri titik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 06/07/2025 | Istilah |
128
|
Introjection | Padanan bahasa Melayu bagi istilah introjection secara umumnya ialah introjeksi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 05/07/2025 | Istilah |
129
|
omnichannel | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah omnichannel secara umumnya ialah saluran pelbagai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 05/07/2025 | Istilah |
130
|
selamat sejahtera encik/puan.
1. Kita digalakkan untuk memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah.
2. Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. Ayat mana yang betul? terima kasih. | Ayat tersebut
diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:
“Kita digalakkan
memakai kasut but semasa musim hujan bagi mengelakkan kaki basah.”
Untuk makluman yang
berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2014) halaman 431 - 575 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 172
(kata sendi nama bagi). | 05/07/2025 | Tatabahasa |
131
|
1. Tingkatan Satu atau tingkatan satu?
2.
Pengetua mendapati banyak guru yang duduk sambil mengajar.
Ayat tersebut ada kesalahan ataupun tidak?
| 1. 1. Frasa "tingkatan satu" merujuk kepada frasa nama am, manakala frasa "Tingkatan Satu Bestari", contohnya merupakan frasa nama khas, iaitu frasa yang mengandungi kata nama khas yang merujuk kepada sesuatu yang
khusus dan dieja dengan huruf
besar pada huruf pertama setiap perkataan utama.Contoh lain ialah
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mercu.
2. Ayat yang betul ialah "Pengetua mendapati kebanyakan guru mengajar
sambil duduk." | 04/07/2025 | Tatabahasa |
132
|
digital resilience | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital resilience secara umumnya ialah kebingkasan digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 04/07/2025 | Istilah |
133
|
digital resilience | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital resilience secara umumnya ialah kebingkasan digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 04/07/2025 | Istilah |
134
|
Untuk menulis nombor dalam ayat jawi, contohnya alamat, bagaimanakah susunan sepatutnya, kanan ke kiri atau kiri ke kanan.
Contoh: Simpang 16-98 seperti dalam lampiran.
Mohon bantuan DBP juga untuk semakan teks jawi seperti dalam lampiran. |
Untuk
makluman, pihak DBP tidak membuat semakan dokumen dalam tulisan Jawi.
Walau
bagaimanapun, untuk penulisan nombor dalam Jawi, sama seperti penulisan nombor Rumi,
iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Manakala, nombor ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩ merupakan nombor Arab asli.
Oleh itu, penulisan
nombor Jawi yang betul ialah 16 – 98 bukan ٩٨ – ١٦.
Sila
rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005), halaman 90.
| 04/07/2025 | Lain-lain |
135
|
Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami.
Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat.
Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul.
Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak:
- Isi Penuh
- Isi Hati
- Isi Tenaga
- Isi Semula
- Isi dan Kuku
- Isi Poket
- isi Semua Sekali | Pihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan. | 04/07/2025 | Tatabahasa |
136
|
Salam sejahtera.
Ayat: 1) Adam menyusun buku dengan kemasnya.
2) Adam mengelap meja dengan bersihnya.
3) Adam menyapu sampah dengan bersihnya.
Ayat di atas betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. | Ayat tersebut betul
dan boleh digunakan. Fungsi “nya” ialah sebagai kata penekan dan kata pembenda.
Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya. Manakala, kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2008) halaman 295-296 untuk keterangan lanjut. | 04/07/2025 | Tatabahasa |
137
|
Assalamualaikum. Adakah selepas elipsis pada awal ayat, digunakan huruf kecil, contoh ayat, ("...aku akan ikut" balas Fahmi.) Adakah sama juga kaedah penulisan elipsis pada awal ayat untuk penulisan petikan terjemahan al-Quran dan hadis? Dimulakan huruf kecil atau besar. Terima kasih. | Elipsis ialah tiga titik berderet (...) yang mempunyai
jarak biasa yang boleh digunakan sebagai penanda pengguguran teks, khususnya
petikan, sama ada pada bahagian awal, bahagian tengah atau bahagian akhir
sesuatu ayat atau teks.
Oleh yang demikian, selepas tanda elipsis pada awal ayat
atau teks perlu dijarakkan dan diikuti dengan huruf besar. Contoh “ ... Aku
akan ikut,” balas Fahmi. Demikian juga petikan terjemahan al-Quran, contohnya
... Sesiapa yang bertakwa dengan Allah ... . (Surah al-Talaq 65:2)
Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP,
2023), halaman 117-118. | 03/07/2025 | Tatabahasa |
138
|
Dysregulation | Padanan bahasa Melayu bagi istilah dysregulation ialah nyahpengawalaturan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | 03/07/2025 | Istilah |
139
|
Tuan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.
Saya adalah seorang bekas pensyarah didalam bidang Pengimejan Perubatan (Medical imaging). Saya bersara dari Universiti Islam Malaysia pada tahun 2019.
Saya ingin menulis buku tentang Pengimejan Bioperubatan (Biomedical imaging) dan berhasrat agar buku itu diterbitkan oleh DBP.
Disini saya ingin mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara dibawah ini:
1. Adakah DBP boleh menerima penulisan seorang yang telah bersara dan yang tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana institusi pengajian tinggi bagi tujuan penerbitan?
2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu penulisan itu di terima untuk penerbitan? Syarat-syarat dari aspek penulisan, manuskrip dan lain-lain.
3. Saya pernah menghadiri taklimat oleh DBP semasa berkhidmat dulu berkenaan Dana Buku Kebangsaan. Apakah masih ada skim itu atau yang serupa dengan itu?
Saya berharap mendapat maklumbalas tentang perkara-perkara diatas dari pihak tuan.
Terima kasih.
Zainul Ibrahim bin Zainuddin. | Salam tuan yang budiman,
Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:
Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.
Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:
1. Salinan lembut manuskrip.
2. Salinan bercetak manuskrip berserta dengan biodata
ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat
terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
| 03/07/2025 | Karya |
140
|
operations research | Padanan bahasa Melayu bagi istilah operations research ialah penyelidikan operasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 03/07/2025 | Istilah |
141
|
Apakah terjemahan "unenforceability" dalam Bahasa Melayu? Adakah "ketidakbolehan penguarkuasaan" lebih tepat daripada "ketidakmampuan penguatkuasaan"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah unenforceability secara umumnya ialah ketakbolehkuatkuasaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 03/07/2025 | Istilah |
142
|
Adakah "rempat" dan "rungut" dikategorikan sebagai kata akar? | “Rempat” dan
“Rungut” dikategorikan sebagai kata akar. Untuk makluman lanjut, sila rujuk
Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1850 dan 1915. | 02/07/2025 | Tatabahasa |
143
|
YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETUL PREMIS ATAU PERMIS? ADAKAH KEDUA PERKATAAN INI MEMBAWA MAKSUD YANG BERBEZA. | Ejaan yang betul ialah premis. Tiada perkataan permis ditemukan.
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), maksud premis adalah seperti yang berikut:
1. pernyataan atau perkara yang dianggap sebagai sesuatu yang benar atau pasti untuk tujuan membuat huraian atau perbincangan yang membawa kepada sesuatu kesimpulan, penyelesaian dan sebagainya
2. bangunan, tanah dan kawasan persekitarannya untuk menempatkan kedai atau menjalankan perniagaan | 02/07/2025 | Ejaan |
144
|
Aduan saya mengenai teks pada papan iklan. Sila rujuk lampiran yang disertakan.
Persoalan saya disini, Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu , ‘STOR UTAMA MID VALLEY’ kerana kami ingin teks di kedua tempat adalah sama. | Untuk makluman tuan/puan, sila hubungi 03-21479100/9200 untuk pertanyaan
mengenai pengesahan bahasa Melayu dalam
iklan. Pegawai kami akan membantu memberikan pandangan. Pihak tuan/puan juga
boleh membuat Aduan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Untuk pertanyaan yang berkaitan
dengan iklan pada masa-masa yang akan datang, sila berikan nombor permohonan
iklan untuk rujukan dan semakan kami. | 01/07/2025 | Lain-lain |
145
|
Apakah perbezaan simpulan bahasa makan angin dan ambil angin? | Makan angin bermaksud pergi ke sesuatu tempat atau negeri yang menarik dalam tempoh tertentu untuk melancong, berehat, melawat dan sebagainya.
Ambil angin pula bermaksud bersiar-siar, biasanya di taman, di pantai dan sebagainya sambil menghirup udara yang segar. | 01/07/2025 | Makna |
146
|
Persatuan kami akan menyambut ulang tahun yang ke-75 pada tahun ini. Carian saya mendapati istilah yang digunakan hanya Jubli Platinum untuk ulang tahun ke-70, jadi bagaimanakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk disesuaikan pada logo atau pada buku cendera mata ulang tahun ke-75 tersebut | Berdasarkan maklumat yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana, perayaan jubli yang ada ialah jubli perak, jubli emas, jubli intan dan jubli platinum. Oleh itu, untuk perayaan tahun selainnya, kami mencadangkan penggunaan tahun sambutan dikekalkan seperti Sambutan Ulang Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia Ke-75. | 30/06/2025 | Lain-lain |
147
|
Salam sejahtera kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekalian, saya hendak bertanya soalan mengenai perihal perbezaan pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Melayu. Mengapakah pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Melayu kurang konsisten? Saya mendapati bahawa ada beberapa huruf yang dieja tanpa mengikut sebutannya sendiri seperti huruf "G" dieja sebagai huruf "J", huruf "C" dieja sebagai huruf "S" dan lain-lain. Adakah faktornya disebabkan oleh pengambilan secara terus daripada pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Inggeris? Mohon pihak DBP memberikan pernyataan yang jelas dan lengkap. Sekian, terima kasih. | Maklumat lanjut berhubung dengan tatacara ejaan bahasa Melayu yang
betul boleh dirujuk melalui capaian https://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/ejaan.pdf | 30/06/2025 | Ejaan |
148
|
Assalamualaikum. Apakah kata pemeri untuk "sebagai"? Terima kasih | Kata pemeri ialah
hadir di hadapan frasa nama dan kata pemeri adalah hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Oleh hal yang demikian, kata pemeri untuk perkataan sebagai
ialah “adalah” kerana perkataan sebagai tergolong dalam kata
sendi nama, namun penggunaan kata pemeri perlu disesuaikan konteks
penggunaannya dalam ayat supaya ayat tidak kelihatan lewah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 276 dan 494-495 dan Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 171. | 30/06/2025 | Tatabahasa |
149
|
Mana satukah ayat yang betul?
1. Dia mengabaikan orang di sekelilingnya
2. Dia mengabaikan orang-orang di sekelilingnya | Kedua-dua ayat di atas betul.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP,
2021), halaman 1562 dan 1565. | 30/06/2025 | Tatabahasa |
150
|
Dalam penulisan bahan ilmiah seperti tesis dan manuskrip, adakah terma saintifik seperti in vivo, in vitro dan de novo perlu dicondongkan (italic)?
Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman,
Huruf condong digunakan untuk menunjukkan
ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang
berkenaan. Huruf condong juga digunakan bagi perkataan bahasa asing yang
terdapat dalam teks bahasa Melayu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 153 dan hlm.
156 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 820.
Sekian, terima kasih. | 30/06/2025 | Lain-lain |
151
|
Assalamualaikum w.b.h.,
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling
Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian;
Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)."
chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf
Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan.
https://dictionary.apa.org/counseling
Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam.
Tuan, terima kasih atas pandangan tuan.
Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja.
Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang. | 30/06/2025 | Makna |
152
|
Sekiranya dalam perbualan temu bual, ayat dalam perbualan tersebut dimulakan dengan perkataan "Seperti", contoh ayat "Seperti pelajar Islam menghormati pendapat agama lain." Sekiranya perbualan tersebut ditranskripkan dalam bentuk ayat penulisan, adakah struktur ayat tersebut berada dalam status yang betul atau salah? | Ayat tersebut betul apabila
ditranskripsikan. | 29/06/2025 | Tatabahasa |
153
|
Reductionism | Padanan bahasa Melayu bagi istilah reductionism secara umumnya ialah reduksionisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 29/06/2025 | Istilah |
154
|
Magical thinking | Padanan bahasa Melayu bagi istilah magical thinking ialah pemikiran magis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang psikologi. | 29/06/2025 | Istilah |
155
|
YANG MANAKAH ISTILAH YANG TEPAT
PERASMIAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH ATAU PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH | Menurut Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2021) halaman 1828, kata "perasmian" merujuk kepada hal atau
perbuatan merasmikan sesuatu: Beliau menyatakannya demikian selepas majlis perasmian Persidangan Persatuan Hartanah.
Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1234, kata "pelancaran" merujuk kepada hal atau
perbuatan melancarkan: Syarikat Jepun itu mengumumkan pelancaran televisyen berteknologi tinggi yang terkini.
Sehubungan dengan itu, kedua-dua frasa tersebut betul dan bergantung kepada konteks penggunaannya. | 27/06/2025 | Tatabahasa |
156
|
Enmeshment | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah enmeshment secara umumnya ialah keterikatan berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 26/06/2025 | Istilah |
157
|
FRASA "BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT" ATAU "BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT", YANG MANA SATU LEBIH TEPAT? | Frasa yang lebih tepat ialah berjaya di dunia dan di akhirat. | 26/06/2025 | Tatabahasa |
158
|
Kedaulatan Undang-Undang atau Kedaulatan Undang-undang? Kata ganda mana yang betul? | Ejaan yang betul ialah "Kedaulatan Undang-undang". | 25/06/2025 | Ejaan |
159
|
Process-Based Therapy | Padanan bahasa Melayu bagi istilah process-based therapy ialah terapi berasaskan proses. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 25/06/2025 | Istilah |
160
|
Mohon pencerahan padanan yang tepat bagi istilah bagi divert call. Adakah Panggilan Beralih?
Contoh Tajuk: TATACARA MENGAKTIFKAN DAN MENYAHAKTIFKAN FUNGSI PANGGILAN BERALIH/ DIVERT CALL TELEFON PEJABAT | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah call divert secara umumnya ialah pengalihan panggilan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 25/06/2025 | Istilah |
161
|
KEOPI | Berdasarkan penelitian dan penyemakan, perkataan keopi adalah perumian ejaan dalam bahasa Korea bagi istilah coffee dalam bahasa Inggeris atau kopi dalam bahasa Melayu. | 25/06/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
162
|
Null | Tuan puteri ialah maksud
khusus dalam bahasa Melayu klasik yang merujuk pada “anak perempuan kepada
raja, sultan atau maharaja dan sebagainya”, manakala perkataan “tuan ratu” tiada
penggunaan dalam bahasa Melayu. | 25/06/2025 | Lain-lain |
163
|
Salam sejahtera. adakah perkataan "keterlewatan" atau "keterlambatan" wujud di dalam kamus dewan bahasa melayu? jika tidak, apakah perkataan yang sebetulnya bagi menggantikan kata tersebut beserta contoh penggunaannya di dalam ayat. terima kasih | Salam sejahtera.
Perkataan keterlewatan terdapat dalam Kamus Dewan Perdana. Keterlewatan bermaksud hal terlewat. Contoh: Dia sedar bukan salah Kak Long atau Ayah Cu atas keterlewatan menyampaikan berita tersebut. Perkataan keterlambatan belum dimasukkan dalam kamus. Walau bagaimanapun, aspek makna untuk perkataan keterlambatan boleh dirujuk seperti perkataan keterlewatan. Oleh itu, makna bagi keterlambatan ialah hal terlambat. | 25/06/2025 | Makna |
164
|
Persoalan saya disini,
Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu ,
‘STOR UTAMA MID VALLEY’ kerna kami ingin teks di kedua tempat adalah sama.
| Untuk pertanyaan berkenaan permohonan iklan,
sila hantar aduan melalui Sistem DBP Sah Bahasa atau hubungi talian
03-21479100/03-21479200. | 24/06/2025 | Lain-lain |
165
|
Adakah terdapat atau wujud perkataan Peredaan?
Jika ya, adakah ia merujuk perkataan sama dengan reda atau meredakan? | “Peredaan” membawa maksud hal
atau perbuatan meredakan, manakala “reda” dan “meredakan” membawa maksud berkenaan
seseorang menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya,
dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu.
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2021), halaman 1837. | 24/06/2025 | Tatabahasa |
166
|
Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar phD daripada UKM
Tajuk kajian saya adalah
PENGARUH MODAL SOSIAL TERHADAP KEBOLEHUPAYAAN PEKEBUN KECIL SAWIT PERSENDIRIAN KELAB 30 TAN DI NEGERI JOHOR, MALAYSIA.
Term kebolehupayaan adalah terjemahan daripada tinjauan literatur saya dalam konsep Capability/Capabilities. Dalam DBP hanya keupayaan adalah istilah rasmi (iaitu merujuk ability dalam Bahasa Inggeris) manakala kebolehupayaan wujud dalam istilah MABBIM
soalan saya untuk tajuk tesis yang rasmi
1. Adakah saya perlu menukar term kepada keupayaan (istilah rasmi) atau
2. Adakah saya boleh menggunakan term kebolehupayaan mengikut istilah MABBIM
terima kasih | Berdasarkan semakan, istilah ability dan capability boleh dipadankan dengan istilah bahasa Melayu "kebolehan" dan "keupayaan" secara boleh ganti. Manakala, istilah "kebolehupayaan" pula tidak terakam dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa dan Pustaka serta tidak mempunyai takrifan tersendiri. Pihak kami mencadangkan padanan bagi istilah capability dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah keupayaan, kemampuan, kebolehan atau kesanggupan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 24/06/2025 | Istilah |
167
|
1) Lukisan itu cantik-cantik belaka.
2) Lukisan itu cantik belaka.
3) Lukisan-lukisan itu cantik belaka.
Ayat manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Lukisan
itu cantik-cantik belaka.”
Untuk maklumat lanjut yang
berkaitan dengan kata adjektif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP,
2015), halaman 225-247. | 24/06/2025 | Tatabahasa |
168
|
Adakah wujud perkataan "limitasi" dalam istilah bahasa melayu? | Perkataan limitasi belum pernah terakam dalam mana-mana kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan istilah pembatasan atau pengehadan sebagai padanan bagi istilah limitation. | 24/06/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
169
|
Apakah terjemahan yang betul dan tepat dalam Bahasa Melayu bagi frasa "constructive dismissal" dalam aspek pekerjaan? Contoh ayat: Konstruktif Dismissal dalam Era Penstrukturan Korporat | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah constructive dismissal ialah pemecatan konstruktif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 24/06/2025 | Istilah |
170
|
constructive dismissal | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah constructive dismissal ialah pemecatan konstruktif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 24/06/2025 | Istilah |
171
|
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut:
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA
Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa.
| Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi:
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. | 23/06/2025 | Tatabahasa |
172
|
Ejaan perkataan lelah dan lesap dalam tulisan jawi | Ejaan perkataan
“lelah” dan “lesap” dalam tulisan Jawi adalah seperti yang berikut:
للـه (lelah)
لسڤ (lesap)
Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1282 dan 1311. | 23/06/2025 | Ejaan |
173
|
“ungkapan”, "Bahasa” “sebutan lidah” | Persoalan ini telah diberikan maklum balas melalui e-mel. | 23/06/2025 | Lain-lain |
174
|
Adakah aktiviti / pertandingan mewarna boleh dikategorikan sebagai sukan? |
Definisi sukan yang dirakam oleh Kamus Pelajar edisi kedua ialah segala jenis latihan gerak badan dan permainan (seperti bola sepak, berenang) yang memerlukan tenaga dan ketangkasan.
Aktiviti mewarna lebih tepat dikatakan sebagai aktiviti seni atau rekreasi berbanding sukan. Pun begitu, dalam konteks tertentu seperti pertandingan mewarna atau sebagai terapi untuk peserta, ia boleh dianggap sebagai aktiviti sokongan kepada sukan.
| 22/06/2025 | Lain-lain |
175
|
Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris <u><i>try and error</i></u>? | Istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris ialah trial and error. Padanan bahasa Melayu bagi istilah trial and error ialah cuba-cuba. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 21/06/2025 | Istilah |
176
|
Latent Class Analysis | Padanan bahasa Melayu bagi istilah latent class analysis ialah analisis kelas pendam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 21/06/2025 | Istilah |
177
|
Consolidation | Padanan bahasa Melayu bagi istilah consolidation secara umumnya ialah konsolidasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 21/06/2025 | Lain-lain |
178
|
Canva | Canva tidak perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu ataupun ditulis dengan huruf condong kerana perkataan ini merupakan kata nama khas. | 20/06/2025 | Istilah |
179
|
Salam sejahtera. Antara berikut, yang mana lebih tepat digunakan dalam ayat? Mengapa?
1. Saya dan ibu bapa / Ibu bapa dan saya
2. Saya dan Fatimah / Fatimah dan saya | Keempat-empat contoh yang diberikan boleh digunakan. | 20/06/2025 | Tatabahasa |
180
|
Saya seorang mahasiswa yang ingin menghantar puisi saya untuk diterbitkan ke dalam majalah DBP. Boleh saya tahu, Majalah yang mana patut saya hubungi?
| Salam puan yang budiman,
Berkenaan dengan
pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan YBrs. Dr. Rosmani binti Omar, Ketua
Editor Bahagian Majalah melalui nombor telefon 03-21479449 atau e-mel kepada ros_omar@dbp.gov.my.
Sekian, terima kasih. | 20/06/2025 | Karya |
181
|
Canva perlu italic atau tidak?
Candy Crush perlu italic atau tidak
| Salam tuan
yang budiman,
Perkataan Canva dan Candy Crush tidak perlu diitalikkan
kerana merupakan kata nama khas bagi nama aplikasi.
Sekian, terima kasih. | 20/06/2025 | Lain-lain |
182
|
Saya dengan hormat sekali ingin bertanya jika Germany = Jerman, mengapakah dalam Istilah BM Germanic menjadi Germanik dan bukan Jermanik? Juga adakah salah jika "Germanic languages" diterjemahkan sebagai "Bahasa-bahasa Jerman" kerana Jerman dan Germanik berbeza? | "Jerman" dan "Germanik" memang berbeza -
yang pertama merujuk negara, yang kedua merujuk rumpun linguistik/budaya yang
lebih luas.
"Germanik" dicadangkan istilah yang tepat untuk merujuk kepada kelompok linguistik, budaya, atau
sejarah yang lebih luas, manakala "Jerman" merujuk khusus kepada
negara Jerman atau bahasa Jerman.
Menterjemahkan "Germanic
languages" sebagai "Bahasa-bahasa Jerman" adalah kurang tepat
kerana mengecilkan skop kelompok bahasa Germanik. Istilah yang betul ialah
"Bahasa-bahasa Germanik". Ini mencerminkan kelompok bahasa
yang berkongsi asal-usul linguistik yang sama dari cabang Indo-Eropah, seperti
yang ditakrifkan dalam ilmu linguistik.
Sebagai misalan:
Bahasa Jerman (Deutsch) adalah salah satu bahasa dalam
keluarga Germanik.
Bahasa Inggeris, walaupun digunakan di negara yang tidak
berkaitan dengan Jerman, juga merupakan bahasa Germanik kerana asal-usulnya
dari suku-suku Anglo-Saxon yang merupakan sebahagian daripada kelompok
Germanik. | 20/06/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
183
|
Apakah perbezaan materai dan meterai? Serta perkataan manakah yang boleh digunakan bagi konteks sihir/magik? Sebagai contoh ayat: The seal was broken by the witch! Contoh terjemahannya: Meterai/Materai tersebut telah dipecahkan oleh ahli sihir itu! | Perbezaan materai dan meterai adalah sebagai variasi ejaan. Ejaan yang baku ialah METERAI.
Panduan penterjemahan boleh dirujuk dengan institusi yang menawarkan khidmat terjemahan, iaitu dengan menghubungi:
i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com
atau
ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my | 20/06/2025 | Istilah |
184
|
Manakah satu antara dua ayat berikut yang betul?
1. Pertemuan dengan pempimpin dari negara lain
2. Pertemuan dengan pemimpin dari negara-negara lain
Adakah perkataan “negara” perlu digandakan? Adakah perkataan “negara” juga membawa maksud jamak tanpa perlu digandakan? | Kedua- dua ayat tersebut
betul. Perkataan negara boleh juga membawa maksud jamak. | 19/06/2025 | Tatabahasa |
185
|
PEKELILING | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan surat pekeliling sebagai surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu). Istilah pekeliling dalam bidang sejarah pula membawa maksud pengumuman iklan atau arahan rasmi yang bercetak dan diedarkan untuk pengetahuan umum. Perkataan pekeliling boleh diguna pakai secara dalaman untuk sesuatu organisasi. | 19/06/2025 | Penyemakan dan penterjemahan |
186
|
Adakah perkataan serabut mengandungi imbuhan sisipan? Adakah kata dasarnya sabut? | Serabut merupakan kata yang mengandungi sisipan -er- daripada perkataan sabut.
Secara umumnya, pembentukan sisipan amat terhad dan tidak
produktif sifatnya.
Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga (DBP, 2013), halaman 237-239 dan Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1924 dan 2062. | 18/06/2025 | Tatabahasa |
187
|
Definisi Tempat Tahanan | Tempat tahanan ialah tempat seseorang ditahan oleh pihak tertentu seperti polis atau tentera bagi menjalani hukuman atau sementara menunggu siasatan atau perbicaraan dijalankan. | 18/06/2025 | Makna |
188
|
Betulkah penggunaan perkataan daripada bagi ayat berikut? Kegiatan-kegiatan ini diadakan untuk semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga warga emas. | Ayat yang betul ialah "Kegiatan ini diadakan untuk semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak sehingga warga emas." | 17/06/2025 | Lain-lain |
189
|
Assalamualaikum, tuan. Ayat 1. Adik membantu guru mengambil barang di bilik sukan. Ayat 2. Adik membantu guru mengambil barang dari bilik sukan. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih | Kedua-dua ayat tersebut
betul. | 17/06/2025 | Tatabahasa |
190
|
Apakah ejaan yang betul untuk nama ikan bandaraya? ikan bandar raya atau bandaraya? | Ejaan yang betul ialah ikan bandar raya. Sila rujuk
buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021)
halaman 804. | 17/06/2025 | Ejaan |
191
|
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan istilah untuk perkataan “localization” dalam konteks perisian atau kandungan digital.
Adakah “penglokalan” boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu yang sah? Atau adakah “penyetempatan” lebih tepat menurut takrif DBP?
Contoh ayat:
1. “Localization is more than just translation—it includes adapting visuals, currency, and even cultural tone.”
2. 1. Google Play Developer Console:
“Improve your app’s reach by adding localization for app listings in different languages.”
Saya mohon panduan istilah yang sesuai digunakan dalam penulisan teknikal dan dokumentasi rasmi.
Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah localisation secara umumnya ialah penyetempatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 16/06/2025 | Istilah |
192
|
psychological fixation | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah psychological fixation ialah penetapan psikologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 16/06/2025 | Istilah |
193
|
Null | Penulisan masa yang betul ialah 8.00 pagi.
Walau bagaimanapun,
penggunaan titik bertindih digunakan bagi merujuk waktu penerbangan,
ketenteraan, navigasi dan perniagaan, iaitu 8:00 (8.00 pagi), 14:00 (2.00
petang) dan sebagainya. | 16/06/2025 | Lain-lain |
194
|
Apakah terma yang paling sesuai bagi "career stagnation" dalam bahasa Melayu? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah career stagnation ialah gencat kerjaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 16/06/2025 | Istilah |
195
|
Ayat mana yang betul :
Mereka bergambar sebagai kenangan di Tokong Ular.
Atau
Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenangan. | Jawapan yang betul ialah "Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenang-kenangan." | 15/06/2025 | Lain-lain |
196
|
Eustress | Padanan bahasa Melayu bagi istilah eustress secara umumnya ialah eustres. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan. | 15/06/2025 | Istilah |
197
|
Distress | Padanan bahasa Melayu bagi istilah distress secara umumnya ialah distres. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan. | 15/06/2025 | Istilah |
198
|
Ada perkataan" alunai" dalam bahasa Malaysia? Apa maksud perkataan ini? | Kata alunai masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaan sesuatu kata itu oleh masyarakat. | 15/06/2025 | Makna |
199
|
Dark triad | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah dark triad ialah triad gelap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | 15/06/2025 | Istilah |
200
|
Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan. | Kedua-dua perkataan yang menerima
imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja
pasif.
Awalan di- ialah awalan
yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat
yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung
dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis,
dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.
Kata kerja yang dibentuk dengan
awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada
orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:
- Surat itu ditulis
oleh adik saya.
- Kereta rosak itu
ditarik ke bengkel.
Apitan di-...-kan ialah
bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak
berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan –kan.
Contoh apitan di-...-kan
dalam ayat adalah seperti yang berikut:
- Sebuah buku diberikan
kepada adik oleh rakannya.
- Kenyataan itu dinafikan
oleh orang tuanya.
- Rasuah cuba dihapuskan
oleh kerajaan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202. | 15/06/2025 | Tatabahasa |