Selamat Pagi Jumaat, 15 Mei 2026
Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) ialah Khidmat Nasihat berkaitan Bahasa, Sastera, Penerbitan, dan Korporat DBP.
Arkib Soalan
Kata Kunci  
Tahun
Bulan
Klasifikasi Soalan (KS)


Terdapat 44579 rekod dijumpai.
Bil.SoalanJawapanTarikh SoalanKlasifikasi Soalan (KS)
Page size:
select
 44579 items in 223 pages
1 Salam sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak DBP berkenaan penggunaan frasaHari Permohonan dan Penerimaan”. Untuk makluman pihak tuan/puan, frasa tersebut pernah diluluskan dalam semakan bahasa sebelum ini. Namun begitu, semakan terkini menunjukkan bahawa frasa tersebut tidak lagi diluluskan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak DBP dapat memberikan penjelasan mengenai sebab perubahan tersebut, serta mencadangkan penggunaan frasa yang lebih tepat sekiranya perlu. Segala perhatian, bantuan dan penjelasan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Penggunaan frasa “Hari Penerimaan” tidak jelas dan mengelirukan. Sehubungan dengan itu, pihak tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 untuk perbincangan.

13/05/2026Lain-lain
2 Saya bertanya tentang penggunaan "memberi kuasa" pada 30 April 2026, tapi jawapan yang diberikan adalah tentang kucing. Dalam PRPM itu sendiri menggunakan "memberi kuasa" bukan "memberikan kuasa". Adakah pihak PRPM mahu menyatakan bahawa kuasa itu adalah objek bernyawa? Mohon pegawai yang berpengalaman memberikan jawapan.Kami bersetuju dengan tuan tentang penggunaan frasa yang betul ialah "memberikan kuasa", bukan "memberi kuasa" dan analoginya seperti contoh ayat yang kami berikan sebelum ini. Sebarang maklumat tentang frasa "memberi kuasa" dalam data Khidmat Nasihat Bahasa DBP akan dikemas kini.13/05/2026Tatabahasa
3 5. I Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. (perkataan bercondong ialah mengira)

Jawapan yang betul ialah:


I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu.

ll. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

lll. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.


12/05/2026Tatabahasa
4 Assalamualaikum, Mohon pertanyaan. Saya dari Persatuan Bekam Malaysia ingin menanyakan mengenai penggunaan: Pengamal Jurubekam berdaftar atau Pengamal Bekam berdaftar, yang manakah sesuai digunapakai untuk cetakan iklan, kad atau buku?Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. 12/05/2026Lain-lain
5 Yang mana lebih tepat, ejen perubahan sosial atau agen perubahan sosial?
Frasa yang tepat ialah ejen perubahan sosial.
08/05/2026Tatabahasa
6 Salam sejahtera, Tuan/Puan Apakah jawapan untuk soalan ini? Arahan Pilih ayat-ayat yang mengguankan perkataan berhuruf condong dengan betul. I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV. Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. Terima Kasih.

Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas kerana tiada perkataan berhuruf condong dalam contoh ayat yang diberikan.


07/05/2026Tatabahasa
7 Dalam Kamus Dewan Perdana. hlm 796 terdapat entri ini ia, kata ganti nama diri ketiga; dia: Hari ini ia tidak datang ke pejabat. Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti Bukankah ia itu sepatutnya KGN merujuk kepada binatang mengapa KDP menyatakan sebaliknya dan menggunakan ia sebagai kata pembenda? Begitu dengan ianya, bukanlah penggunaan itu sepatutnya salah? Mohon pencerahan.

Untuk makluman puan, Kamus Dewan Perdana (KDP) ialah kamus umum ekabahasa yang menyasarkan penutur jati bahasa Melayu dan bukan penutur jati yang mahir dalam bahasa Melayu. Fungsi kamus ini adalah untuk merakamkan kosa kata dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kata ia dan ianya dirakamkan dalam KDP dan diberikan takrif berdasarkan penggunaan sebenar. Maklumat ini ada dinyatakan pada Kata Pengantar dan Pendahuluan dalam KDP.

Perlu difahami juga bahawa KDP tidak berfungsi sebagai pedoman tatabahasa. Hal yang berkaitan dengan sistem bahasa Melayu seperti tatabahasa perlu merujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian.

06/05/2026Makna
8 Boleh jelaskan penggunaan perkataan Vice Chancellor yang betul sama ada perkataan ini dieja "Vice Chancellor" atau "Vice-Chancellor" (dengan tanda sempang). Terima kasih.

DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak ejaan dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, ejaan Vice-Chancellor dalam bahasa Melayu ialah Naib Canselor.

06/05/2026Ejaan
9 Adakah ayat ini benar, "membuat kita menyedari bahawa.." atau "membuatkan kita menyedari bahawa.." boleh saya tahu yang mana satu ayta yang betul?

Frasa yang betul ialah “membuatkan kita menyedari bahawa…”

Sumber rujukan (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015, halaman 207)

06/05/2026Tatabahasa
10 1.kalau guna sekelian kalinya betul ke? kalau salah,ada cadangan perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan dalam penulisan novel? 2.buang tabiat atau buang tebiat?
  1. Ejaan yang betul ialah kesekian kali. Penggunaan ungkapan kesekian kali adalah bertujuan untuk menegaskan bahawa perkara yang sama diulang lagi. Ungkapan kesekian kali lazimnya digunakan dalam pertuturan atau penulisan kreatif.
  2. Frasa yang betul ialah buang tabiat.
06/05/2026Istilah
11 Adakah istilah berikut merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar?: Madinah Nabawi Madani Nabawi Contoh ayat: 1. Apabila membicarakan Madinah Nabawi, perhatian sering tertumpu kepada pembinaan masyarakat, penginstitusian keadilan, pengurusan kemajmukan, atau pembentukan akhlak. 2. Apabila kita berbicara tentang keantarabangsaan madani nabawi, kita sebenarnya sedang meneliti bagaimana sebuah kota yang dibina di satu kawasan geografi tertentu dapat melahirkan idea dan nilai yang melampaui geografinya. Perkataan Madinah Nabawi ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar bagi pangkal perkataan.


Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan huruf besar dan kecil, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147.
05/05/2026Tatabahasa
12 Jelaskan penggunaan "berkaitan" dan "berkaitan dengan". Tolong berikan contoh ayat dan konteks untuk kedua-dua frasa. terima kasih

Berkaitan bermaksud berkait atau berkenaan dengan seseorang atau sesuatu dan berkait dengan sesuatu yang telah disebutkan atau dinyatakan terdahulu. (Kamus Dewan Perdana, hlmn. 940)

Penggunaan yang betul ialah “berkaitan dengan.” “Berkaitan dengan” digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas. Kata kerja yang terbentuk melalui imbuhan beR-...-an ialah kata kerja tak transitif yang lazimnya menerima keterangan kata sendi nama seperti dengan, sejak, sehingga dan lain-lain. (Tatabahasa Dewan, hlmn. 199-200) 

Contoh ayat: Semua garis panduan berkaitan dengan keselamatan pekerja hendaklah dipatuhi.



05/05/2026Tatabahasa
13 Saling bermaafan , saling bermaaf, saling memaafkan, yang mana tepat dan betul?Frasa yang tepat dan betul ialah “saling bermaafan” dan “saling memaafkan”. Perkataan bermaaf tiada dalam kamus bahasa Melayu. 05/05/2026Tatabahasa
14 Assalamualaikum. Adakah penggunaan huruf besar pada ayat berikut betul? 1. Situasi ekonomi di Negara Malaysia masih stabil. 2. Jumlah pelancong di Negeri Selangor bertambah. 3. Dua buah pekan di Daerah Sepang yang dilawati ialah Pekan Dengkil dan Pekan Salak. 4. Berkenaan meletakkan kata nama khas tempat, bolehkah jelaskan juga apa yang dikatakan "...sebahagian daripada nama rasmi nama tempat" dan "menunjukkan jenis tempat". Terima kasih.
  1. Penggunaan huruf besar pada perkataan Negara Malaysia, Negeri Selangor, Daerah Sepang, Pekan Dengkil dan Pekan Salak dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  2. Dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama khas dalam bidang geografi.
04/05/2026Tatabahasa
15 Adakahiaboleh digunakan untuk selain manusia? Setahu saya, penggunaaniasama sepertidia’. Jadi, penggunaannya tak boleh untuk selain manusia. Tolong jelaskanIa ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Ia tidak digunakan untuk selain manusia.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 87. 
04/05/2026Tatabahasa
16 aerial liftCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah aerial lift ialah kren pengangkat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.04/05/2026Istilah
17 scissor liftCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah scissor lift ialah lif gunting. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.04/05/2026Istilah
18 PPD Timur Laut akan mengadakan Program Pemerkasaan Bacaan Murid Tahun 2026 pada 11 Mei hingga 15 Mei 2026 2. Saya ingin bertanya kepada pihak puan, bolehkah pihak IPG menyediakan 3 orang juri Bahasa Melayu bagi program berikut : a. Bicara Buku Sekolah Rendah (BM) - 11 Mei 2026 (Isnin) b. Bicara Buku Sekolah Menengah (BM) - 13 Mei 2026 (Rabu) b. Pengkarya Muda (Bahasa Melayu) - 14 Mei 2026 (Khamis) 3. Sekiranya pihak Tuan bersetuju, saya akan emelkan surat rasmi permohonan kepakaran juri kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di talian 019-4544933

Salam puan yang budiman,

Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada:

Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri

No. Telefon: 03-21479011

E-mel:

dina@dbp.gov.my (PA)

04/05/2026Lain-lain
19 Ultimate FrisbeeCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah flying disc ialah cakera terbang. Padanan istilah ini telah mantap digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kata Frisbee tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana Frisbee merupakan jenama bagi cakera terbang.02/05/2026Istilah
20 Bolehkah saya kata "meninjau ke arah rak buku"?Meninjau merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Oleh itu, frasa yang betul ialah “meninjau rak buku”.


Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 157.
02/05/2026Tatabahasa
21 Untuk kata kerja tak transitif, manakah bentuk yang betul? This system helps you quickly see students perform best Sistem ini membantu anda melihat dengan cepat pelajar yang berprestasi baik Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat Apakah perbezaan antara penggunaan keterangan cara (adverbs dalam bahasa Inggeris) dalam Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif. Mohon pencerahan.

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i)          Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut, contoh ayat “Semua orang pulang.”

ii)          Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat, contoh ayat “Mereka tinggal di Kampung Paya.”

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Contoh ayat “Adik saya masih tidur.”

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 144-148 dan 289-295.
01/05/2026Tatabahasa
22 Salam tuan, bolehkah saya mendapatkan kepastikan sama ada frasa di bawah betul atau tidak? beraneka jenis lauk-pauk ​Frasa yang betul ialah beraneka jenis lauk atau pelbagai jenis lauk.30/04/2026Tatabahasa
23 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my.

30/04/2026Lain-lain
24 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? Diharapkan dijawab dengan status yang jelas kerana editor dari bahagian buku kanak-kanak dan remaja tidak menjawab e-mel saya ataupun mengangkat panggilan telefon saya. Sekian.

Salam tuan yang budiman,

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my
30/04/2026Lain-lain
25 Mana ayat yang betul.. Haram bersalaman dengan bapa saudara dari/daripada/di sebelah bapa. mohon beri contoh yang sesuai mengikut konteks..terima kasih

Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah daripada.  Hal ini kerana kata sendi nama “daripada”  hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Ayat yang betul ialah “Haram bersalaman dengan bapa saudara daripada sebelah bapa. Walau bagaimanapun, ayat yang diberikan tidak lengkap dan hal fakta berkaitan dengan hukum hendaklah merujuk kepada pihak yang berkenaan.


30/04/2026Tatabahasa
26 Terdapat masalah dalam soalan lepas saya dari 17 Nov 2025. Laman ini kata ia sudah diselesaikan tetapi saya tidak mendapat sebarang jawapan: Bagaimana patut nama tempat di Mesir dieja dalam sistem BM? Patutkah ejaan Melayunya berdasarkan ejaannya dalam tulisan Arab, sebutan loghat Mesir, atau ejaan bahasa Inggerisnya? Contoh tempat dalam Inggeris: Deir el-Medina, Saqqara, Gebel el-Silsila (دير المدينة، سقارة، جبل السلسلة.). Untuk rujukan, ITBM terjemahkannya menjadi Dayr al-Madinah, Saqqarah dan Jabal as-Silsilah.

Proses mengalih bahasa bagi kata tertentu dalam bahasa Melayu hendaklah merujuk sumber asalnya, iaitu bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata nama Arab "Dar al-" lazimnya menjadi "darul" seperti Darul Iman dan Darul Makmur. Walau bagaimanapun, nama Dayr al-Medinah ini merupakan nama khas yang belum ditrasliterasikan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami mencadangkan ejaan Dar al-Madinah digunakan. Bagi dua lagi lama, ejaan Saqarah (bentuk tasydid tidak divisualkan) dan Jabal al-Silsilah digunakan. 


29/04/2026Ejaan
27 Apakah maksud yang sesuai bagi "Pay-per-use" untuk digunakan di laman sesawang bagi tujuan maklumat umum. Ia adalah bertujuan penggunaan kenderaan/ laluan/ dll.Cadangan terjemahan bagi frasa pay per use ialah bayar per guna.28/04/2026Penyemakan dan penterjemahan
28 Permulaan huruf untuk fenomena halo matahari dan halo bulan perlu di eja dengan huruf besar?

Tidak, permulaan huruf untuk fenomena halo matahari dan halo bulan tidak perlu dieja dengan huruf besar.

​Ini kerana kedua-duanya dikategorikan sebagai kata nama am yang merujuk kepada kejadian alam atau fenomena cuaca yang umum seperti "hujan", "pelangi", atau "gerhana matahari". 

28/04/2026Ejaan
29 adakah perlu dalam penulisan penjodoh bilangan kepada mahasiswa atau pelajardimasukkan orang? contoh 32 orang pelajar atau 34 pelajar?
Kata bilangan tentu (32) yang menunjukkan jumlah perlu diikuti dengan penjodoh bilangan (orang) sebelum kata nama (pelajar) bagi menunjukkan bilangan manusia. Sebanyak 100 orang pelajar telah mengikuti seminar itu. 
26/04/2026Tatabahasa
30 hi, sy ingin bertanya berkenaan papan tanda, sy sudah mendapat kelulusan dbp untuk design papan tanda beberapa tahun lepas. sy bercadang untuk menukar rekabentuk signboard. adakah sy perlu submit semula artwork di dbp untuk pengesahan? detail semua sama sahaja. cuma sy ingin menukar font dan color untuk nama company di signboard baru

Salam Sejahtera.

 

Pihak tuan/puan boleh mengemukakan permohonan baharu untuk reka bentuk visual iklan yang terkini melalui portal https://dbpsahbahasa.my/. Permohonan boleh dibuat seperti biasa dengan mendaftar iklan baharu.

 

Walau bagaimanapun, pada bahagian maklumat permohonan, sila klik pada pilihan ‘Diperbaharui’ dan masukkan nombor iklan yang telah diluluskan sebelum ini untuk rujukan kami.

 

Jika iklan yang diluluskan telah melebihi tempoh dua tahun, sila klik pada pilihan ‘Kali Pertama’. Maklumat iklan yang telah melebihi tempoh dua tahun tidak lagi disimpan untuk tujuan rujukan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2147 9100 atau 03-2147 9200.

26/04/2026Lain-lain
31 Susulan pertanyan pada 13 April dan jawapan yang diterima tentang penggunaan Kata Sendi Nama dan platform maya, sejak bila "melalui" itu kata sendi nama? Penggunaan melalui tidak sesuai untuk semua konteks. Mohon pegawai yang lebih berpengalaman untuk menjawab.Mohon maaf atas kekeliruan dalam jawapan kami sebelum ini. Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan ketiga-tiga kata sendi nama tidak bersesuaian. Penggunaan ayat yang betul dalam konteks yang diberikan ialah “Pembelian Melalui Shopee”. Walau bagaimanapun, laras iklan lazimnya menggunakan ayat “Beli Melalui Shopee”. Secara morfologinya, perkataan “melalui” berfungsi sebagai kata kerja transitif. Namun, secara sintaksisnya perkataan “melalui” berfungsi sebagai perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan, memperoleh atau mencapai sesuatu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-286 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1223. 24/04/2026Tatabahasa
32 Jika soalan karangan fakta yang diberikan ialah "Jelaskan langkah-langkah anda untuk menjaga kesihatan diri". Adakah jawapan saya masih boleh diterima walaupun saya menggunakan perkataan"kita" dlm setiap ayat isi. Sekiranya jawapan tersebut tidak boleh diterima, agak berapa markah akan dipotong jika markah penuhnya ialah 30%.

“Anda” tergolong dalam kata ganti nama orang kedua manakala “kita” tergolong dalam kata ganti nama orang pertama. Sekiranya soalan menanyakan “anda”, jawapannya pula hendaklah menggunakan kata ganti nama “saya” atau “kita”.

 

Walau bagaimanapun, tuan hendaklah merujuk pihak penyedia soalan atau guru bagi menjawab soalan yang seperti ini.

 

Skema pemarkahan dan pemberian markah juga tertakluk pada penyedia soalan yang menangani jawapan yang diberikan.





24/04/2026Tatabahasa
33 Salam, (i) mohon semakan nama tajuk. Adakah tajuk ini betul "Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan: Pra dan Pasca Penghakiman adalah betul? atau secara alternatif "Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan : Pra dan Pascapenghakiman" atau Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan : Prapenghakiman dan Pascapenghakiman yang lebih tepat? (ii) Mohon penjelasan mengenai kedudukan/ejaan pra dan pasca dalam satu ayat yang sama contoh sebagaimana tajuk dalam soalan (i)

Awalan “pra” dan “pasca” ditulis bersambung dengan perkataan selepasnya. Oleh itu, ayat yang betul ialah “Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan: Prapenghakiman dan Pascapenghakiman” .

23/04/2026Tatabahasa
34 spacepowerUntuk makluman tuan/puan, berkaitan dengan soalan yang diajukan, pihak DBP akan mengambil tindakan dan akan menghubungi pihak tuan/puan untuk maklumat lanjut.23/04/2026Istilah
35 Assalamualaikum. Berdasarkan contoh nama tempat yang diberi, apakah kaedah yang diguna, betul? Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, pekan Gemas, pekan Tampin dan bandar Segamat? Apakah pedoman yang digunakan untuk membezakan perkataan yang pertama itu termasuk kata nama am atau kata nama khas? Terima kasih.

Waalaikumussalam.

Kaedah yang digunakan ialah penggunaan huruf besar bagi kata nama khas.

  • Jika perkataan seperti Pekan, Kampung, Bandar merupakan sebahagian daripada nama rasmi tempat, maka huruf besar digunakan:
    Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, Bandar Segamat.
  • Jika perkataan tersebut hanya menunjukkan jenis tempat (bukan nama khas), maka huruf kecil digunakan:
    pekan Gemas, pekan Tampin.

Kesimpulannya perbezaan bergantung pada penggunaan perkataan pertama itu sama ada sebahagian daripada nama khas atau sekadar kata nama am.

22/04/2026Tatabahasa
36 Adakah Kumpulan Cerpen Takdir sudah diterima oleh Bahagian Buku Sastera untuk dinilai terlebih dahulu?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my.

22/04/2026Lain-lain
37 assalamualaikum maaf sy mengganggu... saya ingin membuat semakan berkenaan dengan gelaran bagi memo rasmi kerajaan... penerima memo adalah 4 orang pegawai lelaki...jadi, di dalam kandungan memo tersebut, panggilan perlu "tuan" sahaja atau "tuan-tuan"? saya bagi contoh ayat di dalam memo tersebut : Sehubungan itu, bagi memastikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dilaksanakan selaras dengan PPPK2.1, sukacita tuan-tuan dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi bagi Perolehan Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga Puluh Enam (36) Bulan Di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM). 4. Senarai tugasan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Spesifikasi adalah seperti di LAMPIRAN A. Pelantikan tuan-tuan selaku Jawatankuasa Spesifikasi ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Oleh yang demikian, tuan-tuan diingatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan Kerajaan ini. Bersama-sama ini dilampirkan integrity pact untuk ditandatangani dan diserahkan kembali kepada pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya. 5. Kerjasama tuan-tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. adakah penggunaan tuan-tuan yang lebih tepat atau hanya tuan sahaja? terima kasih atas maklum balas.

Kata sapaan yang digunakan hanyalah “tuan”, tidak perlu dijamakkan sebagai tuan-tuan kerana kata sapaan ini ditujukan kepada setiap seorang penerima sebagai individu yang disenaraikan bersama-sama penerima yang lain dalam satu memo.

 

Untuk makluman puan, contoh ayat yang diberikan didapati mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Mohon rujuk buku terbitan DBP seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (2016) serta buku pedoman terbitan DBP yang lain sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan dokumen rasmi.  

22/04/2026Tatabahasa
38 Salam sejahtera, Apakah kata perintah yang tepat bagi soalan-soalan di bawah. 1.()patuhi arahan yang diberikan oleh guru.(Sila/Harap) 2.()semua murid dapat memberikan kerjasama.(Harap/Minta) 3.()jalankan aktiviti ini secara kumpulan.(Sila/Minta)

Penggunaan kata perintah yang betul ialah;

1. Sila patuh arahan yang diberikan oleh guru.

2. Harap semua murid dapat memberikan kerjasama.

3. Jalankan aktiviti ini secara kumpulan.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 448 - 452.

21/04/2026Tatabahasa
39 Mohon pencerahan, jika nama standard seperti Standard Accounting System for Goverment Agencies (SAGA) yang ditulis dalam sesuatu penulisan, adakah perlu italic.

Salam puan yang budiman,

Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Selain itu, huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Huruf condong turut digunakan untuk mencetak judul buku dan penerbitan lain dalam teks.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 152 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 848.

21/04/2026Lain-lain
40 Assalamualaikum. Bagaimanakah kaedah penulisan bibliografi untuk ucapan/syarahan yang dibentangkan di Parlimen, dan ucapan/syarahan ini tidak diterbitkan?

Salam puan yang budiman,

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kaedah penulisan bibliografi karya yang tidak terbit, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 303.

21/04/2026Lain-lain
41 Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata ganti namaiadalam ayat berikut adalah tepat, atau lebih sesuai digantikan dengan kata nama sepertirayuan ituataumata itubagi mengelakkan kekaburan makna. Contohnya: 1) ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.’ berbanding ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.’ 2) ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan ia akan sembuh sepenuhnya.’ berbanding ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata itu akan sembuh sepenuhnya

Kata ganti nama “ia” tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berkaitan. Ayat yang lebih sesuai digunakan seperti di bawah.

1) xxx menolak rayuan Dr. Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

2) xxx tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata beliau akan sembuh sepenuhnya.

21/04/2026Tatabahasa
42 Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata hubungjusterudalam ayat berikut adalah tepat: ‘Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendahjusteru, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.’ Adakah penggunaanjusterusesuai dalam konteks ini, atau terdapat kata hubung lain yang lebih tepat?
Kata “justeru” boleh berfungsi sebagai kata hubung dan boleh hadir pada pertengahan ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, “justeru” dalam konteks tersebut berfungsi sebagai penanda wacana. Ayat yang betul ialah “Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendah. Oleh itu, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.”.
21/04/2026Tatabahasa
43 OmnichannelCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah omni-channel ialah pelbagai saluran atau semua saluran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.20/04/2026Istilah
44 Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang kata ganti nama diri bagi kerabat diraja. Jika ayahanda/bonda dan anakanda digunakan untuk perbualan antara raja/permaisuri dengan putera/puteri, apakah kata ganti nama diri yang sesuai bagi raja/permaisuri dengan anak saudaranya? Adakah "pak cik" dan "mak cik" sesuai digunakan?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, pak cik dan mak cik merupakan panggilan kekeluargaan bapa saudara dan ibu saudara tanpa ada pengkhususan status keluarga.

Pihak DBP tiada panduan atau tetapan untuk ganti nama gelaran kerabat diraja.  Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk pihak istana.


18/04/2026Lain-lain
45 Saya berminat untuk menerbitkan naskah ilmiah denfan DBP. Mohon makluman , cara untuk hantar naskah untuk dipertimbangkan penerbitan.

Salam puan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan Yang Mulia Tengku Fauziah binti Ku Mat, Ketua Editor, Bahagian Buku Umum melalui nombor telefon 03-21479585 atau e-mel kepada tengku@dbp.gov.my.

18/04/2026Lain-lain
46 Salam sejahtera, Pada waktu petang, Kem Keluarga Ceria telah mengadakan sesi memasak secara beramai-ramai. (Perlukah Kem Keluarga Ceria ditulis huruf besar?) Terima kasih

“Kem Keluarga Ceria” merupakan kata nama khas dan huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar.

17/04/2026Tatabahasa
47 Pilih ayat yang betul. I Guru angkat Arisa selalu memberikan nasihat tentang pelajaran kepada keluarga Arisa. II Kakak dari menara gading disambut meriah oleh seluruh ahli keluarga. III Warga sekolah yang penyayang sentiasa membantu kelas dan menyelesaikan masalah. IV Adik angkat itu saling menghormati dan bersedia untuk membantu antara satu sama lain. A. I dan III B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV Apakah jawapan untuk soalan ini? Sila memberikan penjelasan untuk ayat yang salah. Terima kasih.

Tiada ayat yang betul. Kesemua ayat yang diberikan tidak lengkap dan tidak tepat dari segi konteks ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa di bawah tajuk “Ayat” untuk melihat pembentukan ayat yang betul.

17/04/2026Tatabahasa
48 Salam sejahtera, saya nak bertanya tentang penggunaan kata nama khas. Jika perkataan pekan Umbai dalam ayat, adakah penulisannya Pekan Umbai atau pekan Umbai? Perkataan pekan tu perlu huruf besar atau kecil? Begitu juga dengan kampung umbai, daerah Segamat, adakah kampung dan daerah itu perlu huruf besar atau kecil? Soalan kedua, perkataan utara, selatan, pantai timur, yang merujuk kepada kawasan di Malaysia, adakah perlu huruf besar? Adakah ia kata nama khas?

JAWAPAN: SOALAN 1

Kata nama khas merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan lain-lain. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar.

Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contohnya:

Manusia: Hang Tuah, Fatimah, Profesor Ahmad

Bukan Manusia: Jibrail, Tompok, Kancil

Berdasarkan huraian kata nama khas ditulis meggunakan huruf besar, maka yang betul ialah Pekan Umbai, Kampung Umbai dan Daerah Segamat.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 96-97.


JAWAPAN: SOALAN 2

Kata nama khas tak hidup pula merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama-nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat dan undang-undang.

Contohnya:

Menara KL, Jalur Gemilang, Proton Saga, Kota Bharu, Malaysia, Bintulu

Perkataan yang merujuk kawasan, wilayah atau geografi di Malaysia juga perlu ditulis menggunakan huruf besar dan merupakan kumpulan kata nama khas tak hidup. Oleh itu, penulisan yang betul ialah Utara, Selatan, Pantai Timur.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 97-98.

17/04/2026Tatabahasa
49 Selamat sejahtera, 1.Melalui sukan, badan cergas , otak cerdas. 2.Melalui sukan, badan cergas otak cerdas. 3 Melalui sukan, badan cergas dan otak cerdas Yang mana satu boleh diterima? Terima kasih.Selamat sejahtera. Ayat yang betul ialah 'Dengan bersukan badan cergas, otak pun cerdas.' Terima kasih.17/04/2026Tatabahasa
50 Saya ingin menulis tesis dalam bahasa Melayu. Apakah terma yang sesuai untuk perkataan "Photoprotection" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah photoprotection ialah fotoperlindungan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.17/04/2026Istilah
51 Salam sejahtera. Adakah jawapan yang saya bagi betul? 1.Sila /Harap 2.Sila 3.Minta/Harap 4.JanganBerdasarkan semakan, ayat perintah yang digunakan dalam teks bervisual yang diberikan tersebut betul.17/04/2026Tatabahasa
52 Salam sejahtera. Adakah "extra caution must be exercised" boleh diterjemah kepada "Waspada ketat harus dilaksanakan"?

Cadangan kami, frasa "extra caution must be exercised" diterjemahkan kepada:

  • "Langkah lebih berhati-hati perlu diamalkan"
  • "Langkah waspada perlu diamalkan" sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
17/04/2026Makna
53 Bagaimana penulisan nama "al-Ghazali" yang betul? al Ghazali atau Al-Ghazali. Contoh dalam ayat: Ilmu Madani pula ialah kerangka ilmu yang menghubungkan manusia, masyarakat, dan tamadun. Ilmu ini tidak bersifat neutral dari segi nilai, tetapi mengandungi dimensi etika yang membimbing tindakan manusia (al-Ghazali, 2012).

Penulisan yang betul ialah al-Ghazali. Tanda sempang berfungsi sebagai penanda yang merangkaikan imbuhan atau kependekan dan kosa kata dengan gabungan kata nama khas atau kata nama am.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 115 – 117.

16/04/2026Lain-lain
54 Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat yang berikut: 1. Majalah sukan itu ada dengan Cikgu Ilham 2.Soraya terjatuh ke atas lantai yang licin itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Majalah sukan itu ada pada Cikgu Ilham.

2. Soraya terjatuh di atas lantai yang licin itu.

16/04/2026Tatabahasa
55 Apakah isCadangan terjemahan bagi frasa pay as guest ialah bayar sebagai pengunjung, manakala frasa proceed as guest ialah teruskan sebagai pengunjung.15/04/2026Penyemakan dan penterjemahan
56 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengguna yang tepat bagi ayat di bawah? (untuk kegunaan di papan tanda iklan) "Alor Setar (U & S)" 1. Frasa di atas merujuk kepada lokasi klinik di Alor Setar yang mempunyai 2 cawangan iaitu di utara Alor Setar dan di selatan Alor Setar. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

15/04/2026Lain-lain
57 Saya ingin mencari terjemahan atau tajuk yang seakan-akan dengan "Be a Turtle Superhero". Adakah "Jadi Wira Khazanah Penyu" tepat atau ada cadangan lain yang lebih sesuai?Cadangan terjemahan yang sesuai untuk "Be A Turtle Superhero" ialah "Jadilah Wira Penyelamat Penyu".
Terjemahan ini lebih sesuai kerana ia menyampaikan mesej mengajak individu menjadi wira yang berperanan aktif dalam melindungi dan menyelamatkan penyu. Selain itu, frasa ini juga mudah difahami dan sesuai digunakan sebagai tajuk kempen kesedaran.
15/04/2026Penyemakan dan penterjemahan
58 Macam mana nak bezakan kata majmuk rangkai kata bebas dan istilah khusus? Terima kasih

Kata majmuk rangkai kata bebas merupakan gabungan dua atau lebih perkataan yang masih membawa makna asal setiap perkataan dan boleh difahami secara umum. Contohnya, guru besar, balai raya dan kertas kerja.

 

Kata majmuk istilah khusus pula merupakan gabungan perkataan yang digunakan dalam bidang tertentu dan membawa makna khusus yang tidak semestinya sama dengan makna asal perkataan. Contohnya, daftar anjakan (shift register), spektrometri kepantulan (reflectance spectrometry) dan analisis berangka (numerical analysis).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 133 – 134.

14/04/2026Tatabahasa
59 AdakahKempen Alam Sekitardikategorikan sebagai kata nama khas?

Ya, “Kempen Alam Sekitar” dikategorikan sebagai kata nama khas. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar. 



Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 84.


14/04/2026Tatabahasa
60 StatecraftCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah statecraft ialah tataurus negara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.14/04/2026Istilah
61 Mohon pencerahan tentang penggunandi”, “dalamdanpada”. Saya lihat kebelakangan ini banyak penggunaan seperti “(Buy on Shopee - Beli di Shopee”, “Search in Lazada - Cari di Lazadauntuk platform maya. Menurut definisi, “dihanya digunakan untukmasa, tempat fizikal dan arah”. Maka adakah penggunaan seperti di atas adalah salah dan sepatutnya penggunaan kata sendi yang betul adalahBeli pada Shopee”, “Cari dalam Lazada”? Penggunaan kata sendi nama yang salah untuk konteks platform maya sungguh mengelirukan kerana terdapat banyak penggunaan yang tidak menetapi definisi Tatabahasa Dewan.

Penggunaan kata sendi nama “di”, “dalam” dan “pada” dalam contoh ayat yang diberikan salah. Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam contoh ayat ialah “Beli melalui Shopee” dan “Cari melalui Lazada”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-284.

13/04/2026Tatabahasa
62 Adakah perkataan psiko spiritual dieja rapat? bagaimana pula dengan perkataan swa?Ejaan yang betul ialah psikospiritual. Perkataan swa dieja rapat, contohnya: swafoto.13/04/2026Ejaan
63 Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, dalam ayat "Siapakah gadis yang berwajah ayu itu?", adakah subjek merupakan gadis? Dan adakah ini ayat songsang atau biasa? Bagaimana tukar ayat ini jadi ayat biasa? Terima kasih

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, susunan dasar ayat ialah Subjek (S) + Predikat (P). Walau bagaimanapun, ayat ini dikategorikan sebagai ayat songsang kerana berlaku pendepanan predikat:

  • Predikat: Siapakah (Berada di hadapan ayat untuk penekanan).

  • Subjek: Gadis yang berwajah ayu itu.


Untuk menukarkan ayat ini kepada susunan Ayat Biasa (S + P), kita perlu meletakkan subjek di hadapan semula, iaitu "Gadis yang berwajah ayu itu siapa?"
13/04/2026Tatabahasa
64 Berapa muka surat untuk kumpulan cerpen/sajak/drama/esei bagi Buku Sastera?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my.

09/04/2026Lain-lain
65 Boleh saya dapatkan perbezaan maksud perkataan berikut serta penggunaanya: 1.Keberhutangan 2.Keterhutangan Terima kasih

Keberhutangan membawa maksud hal atau keadaan berhutang. Contoh ayat, “Keberhutangan yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kewangan yang serius di samping mengganggu ketenangan hidup seharian”. Keterhutangan pula membawa maksud hal atau keadaan terhutang. Contoh ayat, ”Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya dalam keterhutangan kewangan yang serius”.

Keberhutangan dan keterhutangan terhasil daripada kata dasar “berhutang” dan “terhutang”. Penggunaan imbuhan awalan “ber” dan “ter” apabila bergabung dengan kata akar akan membentuk kata terbitan. Awalan “ber” menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dan lain-lain yang berkaitan dengan kata akar tersebut. Awalan “ter” pula menunjukkan perbuatan tidak sengaja atau tersedia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 264, 795 dan 2335.

09/04/2026Tatabahasa
66 Wan Hamidah & Co. Peguambela & Peguamcara Advoca

Pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman sesawang DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.my.

Talian Telefon Pengesahan Bahasa: 03-21479100/9200

09/04/2026Lain-lain
67 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Remaja Senyuman Termanis?

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my.

09/04/2026Lain-lain
68 Salam sejahtera. Di dalam video atau dalam video? Terima kasih.

Kata sendi nama yang betul untuk frasa tersebut ialah dalam video.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 284 – 285.

07/04/2026Tatabahasa
69 Salam sejahtera. Saya ingin bertanya beza penggunaan "pematuhan vs kepatuhan" merujuk kepada "compliance"? Bagaimana konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini? Terima kasih.

Perkataan yang sesuai untuk merujuk "compliance" ialah “pematuhan” kerana perkataan ini digunakan untuk menerangkan perkara yang berkaitan dengan mekanisme, langkah-langkah atau prosedur untuk mencapai piawaian.

Perkataan kepatuhan pula ialah hal atau keadaan patuh yang digunakan untuk menggambarkan tahap disiplin atau kualiti ketaatan terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

07/04/2026Lain-lain
70 coaction effectCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah co-action effect ialah kesan tindakan bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Istilah
71 Salam, saya ingin bertanya boleh ke perkataan "realitikan" digunakan dalam ayat? Adakah penggunaannya betul? Kalau salah, apakah perkataan yang betul?

Salam Sejahtera.

 

“Realiti” bermaksud perkara atau keadaan yang sebenar, nyata atau bukan khayalan.

“Realiti” tergolong dalam golongan kata nama. Imbuhan -kan boleh digabungkan dengan semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas.

Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Kebiasaannya akhiran -kan akan menerima juga awalan meN- atau di-, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

Contohnya, “Wang itu pasti tidak dapat menebus kekecewaannya merealitikan cita-cita meraih pingat emas.”

Walau bagaimanapun, terdapat dua keadaan yang imbuhan -kan boleh wujud tanpa awalan, iaitu dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan ayat suruhan.

Contohnya, “Rencana tersebut saya bukukan.” dan “Berikan saya sepasang kasut.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1834 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014) halaman 183 - 185.

06/04/2026Tatabahasa
72 Mesyuarat Kick-Off Projek Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mesyuarat kick-off projek ialah mesyuarat permulaan projek. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Lain-lain
73 AstropoliticCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah astropolitics ialah astropolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Istilah
74 AstropolitikCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah astropolitics ialah astropolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Istilah
75 empty speech Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah empty speech ialah cakap kosong. Istilah ini bersinonim dengan omong kosong. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.05/04/2026Istilah
76 800Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. 


Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya.

05/04/2026Lain-lain
77 1500Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. 


Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya.

05/04/2026Lain-lain
78 Ok saperlu kn bantuan ya kerjaSistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. 


Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya.

05/04/2026Lain-lain
79 Adakah sign board syarikat saya bersesuaian Panduan DBP? Bolehkah saya walk in HQ DBP untuk pertanyaan? Bolehkah HQ tolong submitkan permohonan saya?

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan  Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX berjaya akan dipaparkan. 

 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

Sekiranya ini merupakan iklan papan premis, sila buat pembetulan yang berikut:

  1. Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Contohnya KILANG BARANGAN LOGAM, KILANG BESI, PERKHIDMATAN PEMBINAAN DAN REKA BENTUK BANGUNAN dan sebagainya.
  2. Sila letakkan pemakluman pemilikan pada bahagian bawah sudut sebelah kanan visual iklan dengan No. SSM yang betul DIMILIKI OLEH: BLUESKY LAND SDN. BHD.  202501003473 (1604886-T)
  3. SDN. BHD. – Letak titik untuk singkatan dan jarakkan perkataan selepas titik.
  4. NO. 52, JALAN KUPRUM 4/KU13, MELALUI JALAN BUKIT KERAYONG, KAWASAN PERINDUSTRIAN LADANG ACOB, 42200 KAPAR, SELANGOR. – Betulkan.
05/04/2026Lain-lain
80 nyamuk Aedes. Adakah perkataan Aedes ditulis dalam huruf besar? saya keliru kerana pada bahagian khidmat nasihat ada menyatakan Aedes ialah kata nama khas dan kata nama am juga. Mohon pencerahan. terima kasih.

Perkataan aedes merujuk sejenis nyamuk dan tergolong sebagai kata nama am, maka tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat. Kekeliruan timbul kerana Aedes merupakan istilah dalam penamaan saintifik (taksonomi) dan dalam konteks tersebut dianggap sebagai kata nama khas.

Namun, dalam penggunaan umum bahasa Melayu “nyamuk aedes” dieja dengan huruf kecil.

03/04/2026Tatabahasa
81 NullCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah astrotourism ialah pelancongan astronomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.02/04/2026Istilah
82 Anatomic PathologistCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anatomic pathologist ialah pakar patalogi anatomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.02/04/2026Istilah
83 protected t testCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah protected t test ialah ujian t terlindung. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.01/04/2026Lain-lain
84 coaction effectCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah co-action effect ialah kesan tindakan bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.01/04/2026Istilah
85 Selamat pagi. AyatAyah membakar kek yang lazat di dapur." betul atau salah? Adalah istilah membakar kek betul? Terima kasih.

Istilah membakar kek adalah betul. Namun begitu, ayat yang lebih gramatis ialah “Ayah sedang membakar kek yang lazat di dapur.”.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 186 – 187.

01/04/2026Lain-lain
86 Frasa "salah satu/ seorang/ sebuah" betul ke? Atau "satu daripada/ seorang daripada/ sebuah daripada" yang betul?Kedua-duanya boleh digunakan, tetapi jika kita merujuk kepada ketepatan tatabahasa (urusan rasmi), terdapat sedikit perbezaan, iaitu: 

1. Satu daripada / Seorang daripada / Sebuah daripada
Ini ialah binaan yang paling tepat mengikut sistem Tatabahasa Dewan. Kata sendi nama "daripada" digunakan untuk menyatakan punca, asal-usul, atau menunjukkan sebahagian daripada sesuatu kumpulan.


2. Salah satu / Salah seorang / Salah sebuah
Frasa ini sangat popular dan diterima secara meluas dalam komunikasi harian serta penulisan kreatif (novel/berita). 


Maka kesemua frasa tersebut boleh digunakan berdasarkan jenis penulisan yang ingin digunakan.
01/04/2026Tatabahasa
87 1. Dia belum sampai ke/di hospital. 2. Dia sudah sampai di/ke hospital. Penggunaan ke/di, mana yang betul?

Penggunaan kata sendi nama dan ayat yang betul ialah “Dia sudah sampai di hospital.”. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contohnya: Dia akan ke hospital.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 – 268 untuk keterangan lanjut.


31/03/2026Tatabahasa
88 Value Added Tax (VAT) diterjemahkan sebagai Cukai Nilai Tambah (VAT), pertanyaan saya ialah adakah akronim VAT dikekalkan seperti teks sumber?Padanan istilah value added tax (VAT) dalam bahasa Melayu ialah cukai nilai tambah (VAT). Akronim VAT dikekalkan dalam bahasa sumber, iaitu bahasa Inggeris dan tidak ditukarkan menjadi CNT.30/03/2026Istilah
89 on-siteCadangan terjemahan bagi istilah on-site dalam bahasa Melayu ialah di tapak.29/03/2026Istilah
90 Selamat sejahtera tuan/puan, apakah pola ayat untuk ayat ini: Ibu tunggal itu amat tabah menghadapi dugaan hidup bersama-sama tiga orang anaknya. Jika perkataan "tabah" dalam ayat ini kata adverba, bukankah pola ayatnya akan menjadi FN +FK?

Subjek dalam dalam ayat tersebut ialah FN (ibu tunggal itu), manakala predikatnya ialah FA (amat tabah menghadapi dugaan hidup bersama-sama tiga orang anaknya). Selain itu, perkataan "tabah" menerangkan sifat "ibu tunggal", iaitu sebagai subjek dalam binaan ayat tersebut,  manakala “menghadapi dugaan hidup” berfungsi sebagai keterangan kepada sifat tabah, bukannya sebagai inti utama predikat. Oleh itu, pola ayat ayat tersebut ialah FN + FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif).

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 435 hingga 440.

29/03/2026Tatabahasa
91 atypical featureCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah atypical feature ialah ciri bilazim. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.28/03/2026Istilah
92 Null​Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.27/03/2026Istilah
93 AI slopBerdasarkan konsep dan konteks yang diberikan, kami mencadangkan padanan istilah bagi AI slop ialah picis AI. Walau bagaimanapun, pihak kami akan meneliti istilah ini dan akan merujuk Jawatankuasa Istilah Semasa.27/03/2026Istilah
94 DeepfakePadanan bahasa Melayu bagi istilah deepfake ialah palsu asli/palsu tulen. Padanan istilah ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.27/03/2026Istilah
95 jika bin atau binti bermaksud anak kepada di dalam Bahasa Arab dan dianggap kata penghubung oleh DBP, adakah itu bermaksud nama seperti IBNU RIJAL, IBNU SINA, IBNU HURAIRAH juga perlu dieja dengan huruf kecil bagi perkataan "ibnu" kerana membawa maksud yg sama seperti bin/binti

Perkataan ibnu dieja dengan huruf kecil, sama seperti bin dan binti. Walau bagaimanapun, kata ibnu dalam contoh yang diberikan merupakan kata nama khas kerana menjadi sebahagian daripada nama orang dan perlu dieja dengan huruf besar.

26/03/2026Tatabahasa
96 Null

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama tersebut. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama (untuk) + frasa kerja (mengeratkan hubungan kejiranan) = frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja.

 

Untuk ayat pertama, kata sendi nama (untuk) + frasa kerja (mengeratkan hubungan kejiranan) = frasa sendi nama.

Berikut adalah pecahannya:

  • Kata Sendi Nama: untuk
  • Unsur Pelengkap (Frasa Kerja): mengeratkan hubungan kejiranan

 

Untuk ayat kedua, kata sendi nama (untuk) + frasa nama (memupuk semangat perpaduan) = frasa sendi nama.

Berikut adalah fungsinya:

  • Kata Sendi Nama: untuk
  • Pelengkap (Frasa Nama): memupuk semangat perpaduan (berfungsi sebagai tujuan atau sasaran).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2014) halaman 421 dan 424.

26/03/2026Tatabahasa
97 Mana satu yang betul? 1. Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka pada tubuh kucing / Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka di tubuh kucing. 2.Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh di tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit / Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit. Mohon jelaskan perbezaan penggunaan di/pada kerana pada juga boleh digunakan untuk tempat. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “Jangan biarkan syampu memasuki rongga terbuka pada tubuh kucing.”

Jawapan yang betul ialah “Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit.”

Perbezaan “di” atau “pada” bergantung pada konteks penggunaan ayat. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya, Ibunya bekerja di sekolah itu.

Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya, Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut, (i) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa, (ii) kata sendi nama "pada' apabila didahului ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan, dan (iii) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

Kata sendi nama "pada" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran,

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-274.

25/03/2026Tatabahasa
98 Mana yang betul menurut tatabahasa? Kekerapan perbuatan ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria, radang dan kesakitan pada telinga kucing / Kekerapan perbuatan ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria, radang dan kesakitan di telinga kucing. mohon jelaskan penggunaan di/pada dalam konteks tempat

Kata Sendi Nama (KSN) “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. KSN “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan “ada” + “pada” (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Oleh itu, penggunaan KSN “pada” paling sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (DBP, 2015), halaman 265 - 266 dan 274 - 276.

25/03/2026Tatabahasa
99 Salam sejahtera. Yang mana satu betul? 1. tiga ham setengag 2. tiga setengah jam.

Salam sejahtera.

Penggunaan yang betul ialah tiga jam setengah. Dalam tatabahasa Melayu, susunan yang tepat ialah bilangan atau nombor diikuti oleh unit, kemudian diikuti dengan pecahan (setengah). 

24/03/2026Tatabahasa
100 EarwormPadanan bahasa Melayu bagi istilah earworm ialah lelawi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.24/03/2026Istilah
101 Bak kut tehEjaannya ialah bak kut teh.23/03/2026Istilah
102 Apakah pola ayat untuk ayat ini: Dua orang murid itu handal bermain bola sepak.Pola ayat tersebut ialah FN+FK.21/03/2026Tatabahasa
103 Salam sejahtera. Adakah ayat dasar yang menerima kata tugas (selain Kata Sendi Nama) tetap digelar sebagai ayat dasar? Jawapannya tidak. Ayat dasar yang menerima kata tugas dikategorikan sebagai ayat tunggal. Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat, tetapi boleh mengandungi unsur tambahan (kata tugas). Ayat yang boleh menerima kata tugas tetap dikira satu klausa walaupun ada tambahan kata penguat atau kata bantu.
Contoh:
Ibu sedang tidur. 
(Ayat ini ialah ayat tunggal dan bukan lagi ayat dasar kerana kehadiran kata tugas, iaitu kata bantu aspek "sedang".)
Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 437-440 untuk maklumat lanjut.
19/03/2026Tatabahasa
104 antinomyPadanan bahasa Melayu bagi istilah antinomy ialah antinomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.18/03/2026Istilah
105 Perkataan "kali ke". Jika ia berada di tengah ayat bagaimana? Contoh: Saya akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Akademik kali ke-10 Tahun 2026. "Kali ke" itu huruf besar atau kecil dan "tahun" itu juga huruf besar atau kecil?

Ayat yang betul ialah “Saya akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali ke-10 Tahun 2026.”

18/03/2026Tatabahasa
106 Frasa mana yang betul? Dalam seluruh alam semesta atau di seluruh alam semesta?

Frasa yang betul ialah “di seluruh alam semesta”.

18/03/2026Tatabahasa
107 Saya ingin mendapatkan pengesahan terjemahan dan ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi istilahOrganisational Ambidexterity”, untuk digunakan dalam kajian yang sedang saya jalankan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi istilah organisational ambidexterity dalam bahasa Melayu ialah dwicakatan organisasi. Cadangan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.17/03/2026Istilah
108 Apakah perbezaan antara mengunjungi dan mengunjung? Tolong terangkan dari aspek imbuhan apitan yang betul.Perkataan yang betul ialah mengunjungi. Hal ini kerana mengunjungi terbentuk daripada kata dasar kunjung dengan apitan meN-...-i. Apitan meN-...-i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Kata mengunjung tiada dalam Kamus Dewan Perdana.

Contoh:
Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka.
17/03/2026Tatabahasa
109 sekiranya kereta sedang bergerak, tayar kereta tersebut disifatkan sebagai bergerak, perpusing, berguling atau bergolek? Contoh ayat: Kereta itu bergerak kerana tayar kereta tersebut sedang (bergerak/berpusing, berguling atau bergolek). Mohon pencerahan.

Perkataan yang sesuai digunakan ialah “bergerak”, “berpusing” dan “bergolek”. Walau bagaimanapun, perkataan “berpusing” dan “bergolek” merujuk khusus kepada keadaan tayar ketika kereta sedang bergerak.

17/03/2026Tatabahasa
110 Null

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. Kata sendi nama “adalah” hadir di hadapan frasa sendi nama “untuk mengeratkan hubungan kejiranan” dan “untuk memupuk semangat perpaduan”.

17/03/2026Tatabahasa
111 Yang manakah ayat yang betul. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik kali ke-10 atau Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10? Kali ke itu, huruf besar atau kecil?

Ayat yang betul ialah “Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10”.

16/03/2026Tatabahasa
112 Salam, kata manakah yang lebih tepat? pusat automotif sehentian / pusat sehentian automotif (english: automotive one stop centre) Terima kasih. Frasa yang tepat ialah PUSAT SEHENTIAN AUTOMOTIF.13/03/2026Makna
113 Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "city airport"? Adakah "lapangan terbang bandar" atau "lapangan terbang kota"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "city airport" ialah lapangan terbang.13/03/2026Penyemakan dan penterjemahan
114 obscurantismPadanan bahasa Melayu bagi istilah obscurantism ialah obskurantisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.12/03/2026Istilah
115 Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat ini betul? 1. Kami pulang ke rumah dengan girang hati. 2. Saya berasa girang hati kerana dapat menyertai aktiviti perkhemahan ini. Terima kasih.Jawapan yang betul bagi ayat tersebut  ialah “kami pulang ke rumah dengan girang hati.”11/03/2026Tatabahasa
116 diachronic universal / psychological universalCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah diachronic universal ialah sejagat diakronik dan istilah psychological universal ialah sejagat psikologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.10/03/2026Istilah
117 1. Apakah istilah bahasa Melayu yang paling sesuai bagi majlis bagi pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan menamatkan pelajaran mereka? Majlis yang diadakan itu ialah majlis yang meraikan kejayaan mereka menempuh cabaran untuk menghabiskan pelajaran mereka sepanjang 5 atau 6 tahun. 2. Jika pelajar tingkatan 5 yang akan tamat belajar perlu menerbitkan sebuah majalah, apakah istilah yang tepat bagi mejalah tersebut? Majalah Graduasi? Majalah Tamat Belajar? Terima kasih kerana meluangkan masa menjawab soalan saya.

      1.      1.   Cadangan nama majlis yang sesuai bagi meraikan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 ialah “Majlis        Apresiasi Pelajar Tingkatan 5 dan 6”.

  - Apresiasi bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan            sebagainya (seseorang atau sesuatu pihak).

      2.   2.  Cadangan nama majalah ialah “Jejak Kenangan 2026”






06/03/2026Lain-lain
118 Boleh saya tahu ejaan bahasa melayu yang betul ialah Steamboat atau Stimbot?​Ejaan yang betul ialah stimbot.05/03/2026Ejaan
119 boleh signboard ini digunakan untuk rujuk an Majlis Daerah Semporna untuk buat lesen operasi & bagi sebab & solusi jika tidak diluluskan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Jika tidak aktif dan bukan berstatus Registered, sila qunakan nama yang berdaftar dengan SSM sahaja atau nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul sahaja.

05/03/2026Lain-lain
120 Imbas Untuk Pinjaman atau Peminjaman Aset JPP 2026-2027, yang manakah betul? Adakah Borang Peminjaman Aset JPP salah dan perlu guna Borang Pinjaman Aset JPP?

Penggunaan yang betul:

1. Imbas untuk Pinjaman Aset JPP 2026-2027.

2. Borang Pinjaman Aset JPP.
05/03/2026Tatabahasa
121 Null

SOALAN 1


Jawapan yang betul ialah “Ali meminta maaf kepada ibu bapanya”. Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. 


Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272-273.


SOALAN 2 


Ya. kata sendi nama “untuk” boleh digunakan selepas “adalah”. Kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 


Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 264.


04/03/2026Tatabahasa
122 Salam sejahtera, mohon pencerahan tentang terjemahan "keychain" kepada bahasa Melayu, terima kasih. Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan keychain ialah rantai kunci.03/03/2026Penyemakan dan penterjemahan
123 Ejaan coconut shake dakam bahasa jawi

Ejaan coconut shake dalam tulisan Jawi ialah  کوکونت شيک .

Ejaan coconut shake biasanya ditulis dengan cara menyesuaikan bunyi perkataan bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi.

 

02/03/2026Ejaan
124 Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai terjemahan yang sesuai bagi istilah "enable" dan "disable" dalam konteks antara muka pengguna (UI) aplikasi digital. Contoh ayat dalam UI: "Enable notifications" "Disable location services" "Key material disabled" "Notifications are disabled" Mohon juga pengesahan sama ada istilah "dayakan" dan "nyahdayakan" diiktiraf serta sesuai dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi dan konteks teknologi aplikasi digital. Terima kasih atas bantuan dan penjelasan pihak DBP.Berdasarkan penelitian dalam Kamus Dewan Perdana DBP, pihak kami tidak menemukan entri tentang nyahdayakan. Hanya entri dayakan ditemukan dalam kamus tersebut iaitu menjadikan (seseorang atau sesuatu) mempunyai tenaga atau kekuatan untuk bergerak atau melakukan kerja. 


Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.
01/03/2026Penyemakan dan penterjemahan
125 Assalamualaikum. Saya ingin membuat soalan morfologi berkaitan imbuhan asing. Jadi, bagaimanakah bentuk soalan yang dapat saya hasilkan? Adakah wujud kata terbitan asing? Atau kata berimbuhan asing? Mohon bantuan. Terima kasih.Kata berimbuhan asing telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu untuk menampung kemasukan kata pinjaman, terutama yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Namun, tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu bertaraf imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan. Imbuhan awalan dan akhiran asing ada dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 303 – 336. Puan boleh merujuk buku tersebut untuk maklumat lanjut. 28/02/2026Tatabahasa
126 1)Penggunaan yang manakah betul?Ibu-ibu bapa atau ibu-bapa ibu-bapa jika saya hendak menggandakan istilah "ibu bapa"? 2) Adakah penggunaan "ialah" dalam ayat ini betul: Antara cara untuk memajukan diri ialah membaca buku-buku yang berfaedah dari semasa ke semasa. Jawapan yang betul seperti yang berikut:
1. Ibu bapa-ibu bapa
2. Antara Cara untuk Memajukan Diri adalah dengan Membaca Buku-buku yang Berfaedah.
28/02/2026Tatabahasa
127 Yang manakah istilah yang betul 2020an atau 2020-an ?

Penulisan tahun yang betul ialah 2020-an.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 165.

 

27/02/2026Tatabahasa
128 Salam sejahtera. Bagaimana ingin membezakan penggunaan "di dalam" dan "dalam"? Adakah "di dalam" digunakan untuk ruang yang boleh dilihat? Dalam dunia hari ini atau Di dalam dunia hari ini? Terima kasih.

1. Perbezaan penggunaan "dalam" dan "di dalam" adalah seperti yang berikut:

a. Kata Sendi Nama "dalam"

Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 

Contoh: Dalam hal ini, kita bersetuju.

b. Frasa Sendi Nama "di dalam"

Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu di dalam ruang atau kawasan yang mempunyai jarak, luas, atau sempadan. 

Contoh: Duit belanja sekolah itu disimpan di dalam beg.

 

2. Penggunaan yang betul ialah Dalam dunia hari ini.

27/02/2026Tatabahasa
129 CramponCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah crampon ialah selongsong pepaku. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.27/02/2026Istilah
130 Mohon dapatkan maklum balas senarai istilah bahasa Melayu yg boleh digunakan untuk menggantikan istilah bahasa Inggeris yg biasa digunakan oleh pengguna. Contoh: Rose model boleh diganti dengan suri teladan. Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga saya kemukakan permintaan. Masih menanti maklum balas drpd DBP. Harap dapat dipermudahkan urusan ini. Terima kasih.Jawapan dan penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak puan pada 2 Mac 2026.27/02/2026Istilah
131 Saya ingin mendapatkan pengesahan terjemahan dan ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi istilahOrganisational Ambidexterity”, untuk digunakan dalam kajian yang sedang saya jalankan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, berkaitan dengan soalan yang diajukan, pihak DBP akan mengambil tindakan dan akan menghubungi pihak tuan/puan untuk maklumat lanjut.27/02/2026Istilah
132 lovemapCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah love map ialah peta asmara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.26/02/2026Istilah
133 Salam sejahtera, 1.Perkataan "berada" merupakan kata kerja aktif transitif ? 2. Dia berada di Kuala Lumpur.(di Kuala Lumpur merupakan objrk? Terima kasih.

Kata Kerja Aktif Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek (penyambut) selepasnya untuk melengkapkan maksud ayat. Ciri utamanya ialah ayat yang menggunakannya boleh disongsangkan menjadi ayat pasif.
Contoh: Adik membaca buku.

membaca = kata kerja aktif transitif
buku = objek
Ayat pasif: Buku dibaca oleh adik.

Manakala perkataan "Berada" tergolong dalam golongan Kata Kerja Tak Transitif. Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek. Maknanya sudah sempurna dengan sendirinya atau boleh diikuti oleh keterangan (seperti tempat, masa, cara), bukan objek.

Berdasarkan ayat yang diberikan:

"Dia berada di Kuala Lumpur."

Dalam ayat di atas, frasa "di Kuala Lumpur" berfungsi sebagai keterangan tempat, bukan objek (benda atau orang yang kena tindakan).

 

26/02/2026Tatabahasa
134 Salam sejahtera, "Bersempena" merupakan kata kerja aktif transitif? Bersempena dengan Hari Kebangsaan, hari Isnin cuti?

"Bersempena" merupakan kata kerja tak transitif, bukan kata kerja aktif transitif. Bersempena bermaksud mengambil sempena sesuatu peristiwa.

Contohnya: "Hari Isnin cuti bersempena Hari Kebangsaan".

Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 2032.

26/02/2026Tatabahasa
135 vigourPadanan bahasa Melayu bagi istilah vigour ialah semangat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/02/2026Istilah
136 Tekanan di atas boleh memburukkan lagi masalah kesihatan seseorang. Mengapakah ayat di atas salah?

Ayat ini mempunyai subjek dan predikat, tetapi tidak tepat dari aspek makna. Subjek (Tekanan di atas) perlu dibetulkan menjadi frasa yang tepat maknanya, seperti “tekanan jiwa” atau “tekanan hidup”.

25/02/2026Tatabahasa
137 1. Saya lagi belum makan. 2. Saya belum lagi makan. 3. Saya belum makan lagi. Yang manakah penggunaan kata "lagi" yang tepat?Ayat yang betul ialah "Saya belum makan lagi." 25/02/2026Tatabahasa
138 1. Tekanan yang berterusan boleh lagi memburukkan masalah kesihatan seseorang. 2. Tekanan yang berterusan boleh memburukkan masalah kesihatan seseorang lagi. Yang manakah ayat yang tepat?

Ayat yang betul ialah “Tekanan yang berterusan boleh memburukkan lagi masalah kesihatan seseorang.”

25/02/2026Tatabahasa
139 Semakan bahasa untuk papan tanda premis

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Sah”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

25/02/2026Lain-lain
140 Adakah perlu untuk saya meletakkan (,) sebelum perkataan dan? Contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, ayam, dan sotong

Ayat yang betul ialah Emak pergi ke kedai untuk membeli ikan, ayam dan sotong.

Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum perkataan “dan” kerana “dan” merupakan kata hubung gabungan yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 251 – 252.

24/02/2026Tatabahasa
141 Saya mohon bantuan untuk penyediaan papan tanda kami iaitu untuk Pusat Servis Kenderaan dengan logo anak syarikat. walau bagaimanapun, saya ingin menambah (A member of Radicare Group) logo Kumpulan Radicare. oleh kerana ini pertama kali kami meletakkan dua logo, dan sy dimaklumkan a member of Radicare group perlu ditulis dalam bahasa malaysia, saya mohon bantuan dari DBP utk translate (A member of Radicare Group) untuk dimasukkan dalam papan tanda ini. saya lampirkan draft signage yang dimaksudkan.
  1. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun pengguna (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan dan lengkapkan permohonan.
  2. Perkataan A member of Radicare Group perlu diterjemahkan kepada Ahli Kumpulan Radicare.
  3. Perkataan Reg. No. Juga perlu ditukar kepada No. Pendaftaran.
24/02/2026Lain-lain
142 Borang Permohonan Pinjaman Aset JPP atau Borang Permohonan Peminjaman Aset JPP?

Ayat yang betul ialah “Borang Permohonan Pinjaman Aset JPP”.

24/02/2026Tatabahasa
143 PENGKREDITAN ELAUN SARA HIDUP: MAC 2026 Sukacitanya dimaklumkan bahawa Elaun Sara Hidup bagi bulan ini akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank siswa/i guru bermula hari ini, 00 Mac 2026. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit Kewangan IPG Kampus Kota Bharu atas komitmen dan kecekapan dalam menguruskan proses pengkreditan ini. Diharapkan siswa/i guru dapat memanfaatkan elaun ini dengan sebaiknya. Dahulukan keperluan, tangguhkan kehendak. Sekiranya elaun anda masih belum dikreditkan selepas tiga (3) hari dari tarikh makluman ini, sila hubungi:

Soalan yang dikemukakan kurang jelas. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci.

23/02/2026Lain-lain
144 Salam sejahtera. Perubahan iklim memberi pelbagai kesan kepada persekitaran atau memberikan pelbagai kesan kepada persekitaran? Objek yang bernyawa juga termasuk dalam kategori persekitaran. Jadi adakah padanan "memberi" sesuai mengikut rumus tatabahasa? Seterusnya, penggunaan kata sendi nama "kepada" lebih sesuai berbanding dengan "pada" berdasarkan ayat yg diberi? Mohon pencerahannya. Terima kasih.

Ayat yang tepat ialah Perubahan iklim memberikan pelbagai kesan terhadap persekitaran.”

22/02/2026Tatabahasa
145 single alternationCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah single alternation ialah selang-seli tunggal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.21/02/2026Istilah
146 Saya ada pertanyaan tentang penggunaan sapaan dalam bidang penulisan kreatif, contohnya seperti di dalam dialog atau terjemahan sari kata. Bagi sapaan secara langsung daripada seorang anak kepada ayahnya. Contoh ayat. "Terima kasih, ayah." atau "Terima kasih, Ayah". Ayat kedua, "Apa pendapat Tuanku?" atau "Apa pendapat tuanku?". Ayat ketiga, "Adik, panggil Ayah makan." Atau "Adik, panggil ayah makan." Seterusnya, apabila perkataan "ayah" digunakan dalam nuansa yang berbeza sebagai kata ganti diri. Contoh. "Ayah rasa, ayah tak dapat pergi hari ini." Yang ini apabila seorang ayah berkata kepada anaknya dan "ayah" yang kedua bertindak sebagai kata ganti diri "saya". Adakah betul penggunaan seperti demikian dalam bidang penulisan kreatif khususnya dalam bidang penulisan dialog dan penterjemahan sari kata drama. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Dalam ayat 1 dan 3, penggunaan kata ayah dieja dengan huruf kecil pada pangkal kata “ayah” kerana ayah ialah kata nama am.

 

Dalam ayat 2, sapaan Tuanku dieja dengan huruf besar pada pangkal kata kerana “Tuanku” ialah kata nama khas yang merujuk kata ganti nama diri kedua. Pihak puan juga perlu membetulkan ayat tersebut dengan menggunakan laras bahasa istana/bahasa diraja.

 

“Ayah rasa, ayah tak dapat pergi hari ini.” –  Teks ini dibenarkan penggunaannya dalam dialog yang tidak rasmi.

21/02/2026Tatabahasa
147 Permohonan semakan penggunaan perkataan bagi Tema Perhimpunan Anjuran Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA. Tema Perhimpunan: Larai Stratifikasi Maksud Tema Perhimpunan: Perjalanan/Proses Membentuk Hierarki/Struktur Organisasi Soalan 1: Adakah dua perkataan "Larai Stratifikasi" boleh dicantumkan seterusnya membawa maksud yang dinyatakan atau memerlukan penambahan imbuhan?

“Larai stratifikasi” tidak sesuai digunakan kerana gabungan perkataan ini tidak menggambarkan maksud yang ingin disampaikan.  “larai” ialah perkataan dalam bahasa Kedayan Brunei yang membawa maksud bidang kain, kanvas, plastik dan lain-lain, yang dipasang pada tiang layar dan dikembangkan untuk menampung angin supaya perahu atau kapal dapat bergerak di air, [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1252]. Perkataan “stratifikasi” pula membawa maksud pembahagian masyarakat kepada beberapa tingkatan atau taraf kedudukan mengikut hierarki yang biasanya ditentukan oleh asal usul keturunan, kekayaan dan sebagainya,[Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2153].

 

            Cadangan kami, gunakan perkataan dan ayat yang senang difahami oleh semua lapisan masyarakat selaras dengan saranan Perdana Menteri.

            Tidak salah hendak menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang menarik, namun beberapa perkara perlu diambil kira antaranya termasuklah kesesuaian laras bahasa yang berkait rapat dengan penerimaan khalayak. Contohnya, Kementerian Pendidikan lebih cenderung untuk menggunakan perkataan jati dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman masyarakat. Penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan sesuai perlu diutamakan.

20/02/2026Lain-lain
148 Ejaan mana yang betul? Eko-rimba atau Ekorimba? Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah Ekorimba.

19/02/2026Tatabahasa
149 treadmillPadanan bahasa Melayu bagi istilah treadmill ialah sawat injak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.17/02/2026Istilah
150 Jika kata nama am seperti tarian,kuih dan serupa dengannya mempunyai nama spesifik seperti "Tarian Ngajat" atau "tarian ngajat","Kuih Lapis" atau "kuih lapis" dan serupa dengannya,adakah ia perlu dieja huruf kecil atau huruf besar.Jika ia mempunyai nama yang spesifik,adakah ia diklasifikasikan sebagai kata nama Khas?

Tarian ngajat dan kuih lapis merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini boleh menjadi kata nama khas apabila menjadi tajuk artikel “Tarian Ngajat Tarian Tradisional Masyarakat Iban.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 95 hingga 101.

17/02/2026Tatabahasa
151 rod Maddox testCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rod Maddox test ialah ujian rod Maddox. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/02/2026Istilah
152 Yang Berbahagia pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin membuat aduan berkaitan masalah teknikal semasa mengakses Jurnal Bahasa DBP tahun 2006 melalui platform dalam talian DBP. Sehingga kini, saya menghadapi kesukaran untuk membuka dan memuat turun jurnal tersebut kerana pautan yang disediakan tidak dapat diakses atau memaparkan ralat (error). Masalah ini menimbulkan kekangan kepada saya sebagai pelajar yang sedang menjalankan kajian ilmiah berkaitan bidang bahasa dan linguistik. Jurnal berkenaan amat penting sebagai bahan rujukan akademik dan sumber data kajian saya. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak DBP untuk: Menyemak semula fungsi pautan Jurnal Bahasa DBP 2006, dan Memperbaiki akses sistem supaya jurnal tersebut dapat dicapai oleh pengguna dengan lancar. Kerjasama dan perhatian pihak DBP dalam menangani perkara ini amat saya hargai demi memastikan kelestarian bahan ilmiah bahasa Melayu terus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat akademik dan umum. Sekian, terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan/puan.

Terima kasih atas aduan dan cadangan yang telah dikemukakan berhubung isu akses Jurnal Bahasa DBP tahun 2006 melalui platform dalam talian DBP.

Pihak DBP mengambil maklum akan masalah teknikal yang dihadapi serta kesulitan yang timbul kepada pihak tuan dalam menjalankan kajian ilmiah. Untuk makluman tuan, sistem platform dalam talian DBP kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan naik taraf bagi menambah baik fungsi capaian serta memastikan akses bahan ilmiah dapat dilakukan dengan lebih lancar dan efisien.

Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut dalam kadar segera. Sebarang kesulitan yang dialami amatlah dikesali.

DBP menghargai keprihatinan dan maklum balas yang diberikan demi penambahbaikan perkhidmatan kami kepada masyarakat akademik dan umum.


16/02/2026Lain-lain
153 irrelevant languageCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah irrelevant language ialah bahasa rancu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/02/2026Istilah
154 Juru-jururawat dan jururawat-jururawat yang manakah betul?

Perkataan yang betul ialah jururawat-jururawat.

15/02/2026Ejaan
155 hardinessPadanan bahasa Melayu bagi istilah hardiness ialah ketahanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. 14/02/2026Istilah
156 Saya ingin bertanya. Bagaimanakah cara penulisan tanda petik jika petikan perbualan itu terpisah kepada 2 perenggan?

Tanda petik digunakan sebagai penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis sama ada ditulis dalam satu perenggan ataupun lebih daripada satu perenggan.

 

Contoh:

“Bila sampai?” tanya Husin.

Jawab Ramlah, “Pukul lima tadi.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125.

13/02/2026Tatabahasa
157 transitivismCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah transitivism ialah transitivismePadanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.13/02/2026Istilah
158 age regressionCadangan padanan bagi istilah age regression dalam bahasa Melayu ialah regresi umur. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.13/02/2026Istilah
159 Apakah jenis kata kerja bahasa Melayu? Kata kerja aktif dan kata kerja pasif. ATAU Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Golongan kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif (wujud dalam ayat aktif dan ayat pasif) dan kata kerja tak transitif (berpelengkap dan tidak berpelengkap).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan golongan kata kerja, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 88 – 90.

11/02/2026Tatabahasa
160 Selamat sejahtera. Saya difahamkan bahawa kata ganti namaiatidak boleh digunakan untuk binatang. Bagaimana pula dengan penulisan buku cerita kanak-kanak yang menampilkan haiwan yang diberikan ciri manusia (personifikasi)? Adakah penggunaan kata ganti namaiadibenarkan, atau lebih sesuai menggunakandia”? Contoh: Hatan ialah seekor burung enggang yang sangat tampan. Dia/Ia tinggal di Hutan Rumba. (Tanpa menggunakan ayat: Hatan tinggal di Hutan Rumba)

Kata ganti nama “ia” dan “dia” digunakan untuk merujuk manusia. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), “ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga dan “ia” juga merujuk kata ganti nama bukan manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan “ia” dibenarkan dalam cerita haiwan disebabkan binatang boleh berkata-kata seperti manusia.  


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 796, buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 87 dan buku Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata (DBP, 2017).


11/02/2026Tatabahasa
161 Pembekal memohon lanjutan masa pembangunan sistem disebabkan oleh beberapa kekangan. Soalan: Apakah terma yang tepat, lanjutan atau pelanjutan? Konteks: Pembekal memohon lanjutan masa pembangunan sistem disebabkan oleh beberapa kekangan. Tarikh akhir sepatutnya adalah 31 Januari 2026. Tarikh akhir baharu berdasarkan cadangan lanjutan adalah 31 Julai 2026.Takrifan berdasarkan Kamus Dewan: Lanjutan bermaksud tambahan (kepada sesuatu sebelumnya), manakala pelanjutan bermaksud perbuatan atau hal melanjutkan. Berdasarkan maksud yang berkenaan, perkataan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah lanjutan masa kerana merujuk tambahan masa yang diperlukan, bukan perihal melanjutkan masa.10/02/2026Tatabahasa
162 release therapyPadanan bahasa Melayu bagi istilah release therapy ialah terapi lepas rasa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.09/02/2026Istilah
163 Betulakah penggunaan ialah dalam ayat ini: Tugas utama ketua darjah ialah memastikan semua pelajar di dalam kelas bekerjasama.Ayat yang betul ialah "Tugas utama ketua darjah adalah untuk memastikan semua pelajar di dalam kelas bekerjasama."09/02/2026Tatabahasa
164 Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "kepada". Wanita itu merupakan isteri kepada Ali / Wanita itu merupakan isteri Ali. Mana satu yang betul?Ayat yang betul ialah “Wanita itu ialah isteri Ali.” 

Kata pemeri “ialah” merupakan unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat, dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.


Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan penggunaan kata pemeri, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 263.


09/02/2026Tatabahasa
165 Saya ingin menyemak terjemahan bagi 1) Product Highlight Sheet - Helaian Sorotan Produk 2) Responsibility Statement - Pernyataan Tanggungjawab, yang terdapat dokumen perbankan.

Product Highlight Sheet - helaian sorotan produk

Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya.

  

Responsibility Statement - pernyataan tanggungjawab

Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya. Contohnya, bidang perbankan, tadbir urus korporat atau pengurusan sumber manusia
09/02/2026Penyemakan dan penterjemahan
166 Salam sejahtera, Penjodoh bilangan bagi tongkat ialahbatang”.Selainbatang”,adakahkakiboleh digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi tongkat? Penjodoh BilanganNaskhah” (buku,surat khabar dan majalah) betul? Sekian,terima kasih.Perkataan kaki tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk tongkat. Manakala, naskhah boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi merujuk buku, surat khabar dan majalah. 09/02/2026Tatabahasa
167 Katajurudikategorikan sebagai imbuhan atau akar kata (golongan kata nama)?
  • Dalam bahasa Melayu, awalan juru- berfungsi sebagai awalan kata nama. Awalan juru- membawa makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja dan akar kata. Contohnya:
  • Juru- + kata nama
  • Juru- + bahasa – jurubahasa

 ​

  • Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 116.
08/02/2026Tatabahasa
168 1. self-rated health (SRH) 2. Mediator i.e SRH acCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah self-rated health ialah swanilai kesihatan manakala istilah mediator ialah pengantara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.06/02/2026Istilah
169 health-seeking behavior Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah health-seeking behavior ialah ikhtiar kesihatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.06/02/2026Istilah
170 Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Saya Dzulkifli dari Pejabat Urus Setia Ketua Pengarah LPP (Cawangan Undang-undang). Pihak kami bercadang untuk mengadakan Sesi Libat Urus berkaitan Cadangan Pindaan Akta yang akan melibatkan pihak berkuasa tempatan seperti polis, sprm, dbkl, imigresen, kastam dan lain-lain badan beruniform. Justeru, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk semakan dan pandangan nama program yang betul bagi tujuan tersebut. Nama program yang dicadangkan adalah seperti berikut: SESI LIBAT URUS BERSAMA BADAN PENGUATKUASA MENGENAI CADANGAN PINDAAN AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 110) DAN AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 109) Segala perhatian dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara in didahului dengan ucapan terima kasih. sekian.

Nama program yang sesuai ialah “Sesi Libat Urus Bersama-sama Badan Penguatkuasaan Tentang Cadangan Pindaan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110] dan Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]”.

06/02/2026Lain-lain
171 Ayat susunan songsang(pola ayat) 1. Saya terima keputusan pihak pengurusan sekolah dengan baik. -(FN+FK) ATAU (FN+FN)Yang manakah pola ayat yang betul?

Ayat yang diberikan ialah ayat aktif, iaitu “Saya terima keputusan pihak pengurusan sekolah dengan baiknya”.

Dalam susunan ayat songsang, ayat tersebut disusun menjadi “Keputusan pihak sekolah saya terima dengan baiknya”. Pola ayat songsang ialah FN + FN.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 568.

06/02/2026Tatabahasa
172 software-defined radio (SDR)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah software-defined radio ialah radio perisian tertakrif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.

Walau bagaimanapun, memandangkan istilah ini merupakan istilah yang teknikal dan memerlukan pengesahan daripada pihak yang berautoriti, terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk mengemukakan pertanyaan berkaitan penamaan struktur alat teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada agensi yang berkaitan.
06/02/2026Istilah
173 cognitive discriminationCadangan padanan bagi istilah cognitive discrimination dalam bahasa Melayu ialah diskriminasi kognitif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.06/02/2026Lain-lain
174 ooooo

Sila berikan soalan yang lengkap bagi memudahkan kami menjawab soalan yang diberikan.

04/02/2026Lain-lain
175 Salam. Pada tanda pisah, perlukah ada jarak? Berikut yang manakah contoh yang betul? (a) Buku bacaan sesuai untuk murid-murid berumur 7 -- 12 tahun. (b) Buku bacaan sesuai untuk murid-murid berumur 7--12 tahun. (c) Kanak-kanak memerlukan makanan seimbang -- untuk tumbesaran menyeluruh. (d) Kanak-kanak memerlukan makanan seimbang--untuk tumbesaran menyeluruh. Terima kasih.

Menurut buku Gaya Dewan (DBP, 2023), hlm. 114-116, tanda pisah (-) ialah tanda baca yang panjangnya satu en, ditulis tanpa ruang antara dua perkataan, serta memenuhi fungsi berikut, iaitu pemisah keterangan bagi sesuatu idea, penunjuk aliran fikiran penulis atau pembicara, pengganti perkataan “hingga” atau penghubung dua atau lebih maklumat secara setara atau bertentangan.

Walau bagaimanapun, penulisan yang mengandungi tanda pisah ini tiada ketetapan jarak dan tertakluk pada gaya penulisan sesebuah penerbit.

04/02/2026Tatabahasa
176 Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya tentang tatabahasa dalam beberapa soalan di bawah: 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel walaupun mereka ____ letih. amat atau agak yang mana satu adalah sesuai untuk digunakan sebagai jawaban dalam soalan tersebut? 2. Apapun / Apatah rancangan kamu, mereka tetap tidak menerimanya. Penggunaan kata penegas pun atau tah mana satu adalah betul? 3. Siapalah / Siapa jua / Siapakah / Siapa juga yang ingin bersenam pagi-pagi ini. Penggunaan kata penegas mana satu adalah betul? 4. Pola Ayat bagi "Lelaki itu bernama Ali." Adakah ayat ini ialah FN+FK atau FN+FN? Soalan-soalan tersebut bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti kepada saya. Terima kasih atas bantuan tuan.
1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel, walaupun mereka amat letih.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 20 dan 74.

2. Pola ayat bagi frasa "Lelaki itu bernama Ali." ialah FN+FN.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 359.

Untuk soalan yang seterusnya, tuan/puan digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 431 hingga 581 yang berkaitan dengan ayat dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).


04/02/2026Tatabahasa
177 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing?

Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan.

Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.

 

04/02/2026Lain-lain
178 Adakah padanan terjemahan bagi Majlis Perasmian - Officiation Ceremony sesuai? Padanan yang sesuai bagi Majlis Perasmian ialah Official Ceremony.03/02/2026Makna
179 soundbedCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah soundbed ialah hamparan bunyiPadanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.

03/02/2026Istilah
180 neurastheniaPadanan bahasa Melayu bagi istilah neurasthenia ialah neurastenia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/02/2026Istilah
181 psychocutaneous disorderCadangan padanan bagi istilah psychocutaneous disorder dalam bahasa Melayu ialah gangguan psikokutaneus. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/02/2026Istilah
182 psychoanalystPadanan bahasa Melayu bagi istilah psychoanalyst ialah ahli psikoanalisis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang Pendidikan dan Perubatan.03/02/2026Istilah
183 Portman ClinicCadangan padanan bagi istilah Portman clinic dalam bahasa Melayu ialah klinik Portman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.02/02/2026Istilah
184 Salam sejahtera. Yang manakah betul? Senarai nama murid atau senarai murid? Frasa yang betul ialah "Senarai nama murid".02/02/2026Tatabahasa
185 Istilah sesuai bagi "Flip Phone" dan "Fold Phone" Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah flip phone ialah fon flip dan istilah fold phone ialah fon lipat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.02/02/2026Istilah
186 Patutkah "kan" dalam ayat ini dijarakkan? Juga apakah kelas kata "kan" di sini?: Saya ingat kan kucing, rupanya lembu.
Ejaan yang betul ialah "ingatkan". Perkataan "ingatkan" dieja secara rapat kerana perkataan tersebut merupakan kata terbitan yang terdiri daripada imbuhan akhiran -kan. Contoh ayat yang lebih tepat ialah "Saya menyangkakan itu kucing, rupanya lembu.". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186. 
31/01/2026Tatabahasa
187 Pengunaan ayat Prosperity ditukar kepada Kemakmuran dan Come Home ditukar kepada Mari Pulang adakah istilah ini boleh digunakan dalam Iklan yang saya perlu tukarkan bahasanya supaya ianya dijadikan iklan bercetak? Cadangan terjemahan bagi Prosperity ialah Kemakmuran manakala Come Home ialah Kini Kembali 
30/01/2026Istilah
188 Boleh jelaskan apakah maksud: 1. Sektor tenaga el

Sila berikan soalan yang lengkap bagi memudahkan kami menjawab soalan yang diberikan.

 

29/01/2026Lain-lain
189 Pola ayat(ayat songsang) 1.Duduk Akmar di atas lantai(FN+FSN) 2.Di atas lantai Akmar duduk.(FN+FK) ---Adakah betul tentang pola ayat iniPola ayat songsang yang betul ialah: 1.Duduk Akmar di atas lantai(FN+FSN)  28/01/2026Tatabahasa
190 PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. PBT WAJIB MENJALANKAN FUNGSINYA MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA DAN MEMPERKASA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. "KALAU ADA YANG TIDAK TERIMA BAHASA MELAYU , LEBIH BAIK JANGAN DUDUK DI MALAYSIA," YDPA SULTAN IBRAHIM SUDAH BERTITAH , PEGAWAI KERAJAAN TUNGGU APA LAGI ? SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA !Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga amat diambil berat kerana membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuk keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna.

Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan (DBKL) berserta dengan gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut (nombor sijil atau nama penuh premis).

Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
27/01/2026Lain-lain
191 Penyelenggaraan atau PenyenggaraanSalam sejahtera,

Kedua-dua perkataan ini ada digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat, misalnya penyenggaraan/penyelenggaraan sistem (system maintenance) dan penyenggaraan/penyelenggaraan perisian (software maintenance).
26/01/2026Istilah
192 "Maafkan saya" atau "Maafi saya"? Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan "-i" dan "-kan", "meN-...-i" dan "meN-...-kan", "di-...-i" dan "di-...-kan", "memper-...-i" dan "memper-...-kan" serta "diper-...-i" dan diper-...-kan"?

Penggunaan frasa yang betul ialah “maafkan saya”.

-  Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

 

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan imbuhan "-i", "-kan", "meN-...-i", "meN-...-kan", "di-...-i", "di-...-kan", "memper-...-i", "memper-...-kan", "diper-...-i" dan diper-...-kan", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 150 hingga 217.

24/01/2026Tatabahasa
193 Ejaan sekali gus atau sekaligus merupakan ejaan yang betul menurut prpm. Seterusnya, boleh terangkan perbezaan bagi kedua-dua ejaan tersebut.
Salam sejahtera,

Frasa sekali gus hendaklah dieja terpisah. Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. 
24/01/2026Ejaan
194 perlaksanaan atau pelaksanaan?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), perlaksanaan dan pelaksanaan mempunyai makna yang berbeza. Perlaksanaan ditakrifkan seperti yang berikut:
1. hal terlaksananya tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Contoh: Semua ini mempunyai kaitan dengan kesungguhan dan iltizam dalam perlaksanaan dasar bahasa itu sendiri.
2. hasil melaksanakan sesuatu. Contoh: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga.

Pelaksanaan pula ditakrifkan sebagai hal, proses atau perbuatan melaksanakan tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Contoh: Komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan sistem perbankan Islam patut dipuji.
22/01/2026Makna
195 BOLEHKAH MENGUNAKAN AYAT SAYA MENGUNAKAN AYAT PROMOSI KAW-KAW RAYA UNTUK DIGUNAKAN DI DALAM BUNTING INI

Perkataan “kaw-kaw” merupakan bahasa slanga yang bersifat kolokial, iaitu bahasa percakapan atau bahasa basahan dan tidak ada dalam daftar kata bahasa Melayu baku.

Untuk makluman tuan, bahasa percakapan tidak diterima dalam paparan awam, seperti iklan kerana iklan merupakan urusan rasmi, di samping mendidik masyarakat menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar pihak tuan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam permohonan iklan tuan. Contohnya, PROMOSI HEBAT HARI RAYA!

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk Panduan Pelanggan.

22/01/2026Tatabahasa
196 b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Demi Keda 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuklalu memukulnya hingga kembang. 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang. 7. 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya. Minta semak kegramatisan ayat di atas

Untuk penyemakan dokumen atau teks yang panjang, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen/teks dalam bahasa Melayu secara berbayar.

Untuk pertanyaan tuan/puan, kami menggalakkan tuan/puan membuat penyemakan langsung dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 432 hingga 575. Walau bagaimanapun, kami memberikan dua contoh penambahbaikan terhadap pertanyaan tersebut:

  1. Ibu memasukkan kuning telur ke dalam mangkuk, lalu memukulnya hingga kembang.
  2. Saya gembira melihat keletah kanak-kanak yang manja.
22/01/2026Tatabahasa
197 Bagaimana status karya saya Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing?Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.21/01/2026Lain-lain
198 apakah perbezaan sektor tenaga elektrik dengan indSoalan yang dikemukakan kurang jelas. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci.21/01/2026Lain-lain
199 Kata "order" sesuai tak diterjemah kepada "pertubu​Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.20/01/2026Penyemakan dan penterjemahan
200 Untuk ayat "Saya keluar rumah pada pukul 4 petang tadi." Adakah ia ayat yang gramatis atau adakah perlu meletakkan "dari" pada ayat tersebut? Jika tak gramatis, kenapa banyak contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada memberikan contoh "keluar rumah"? Mohon pencerahan.

Ayat "Saya keluar rumah pada pukul 4 petang tadi." adalah ayat gramatis dan betul dalam bahasa Melayu standard. Anda tidak perlu meletakkan kata "dari" dalam ayat tersebut kerana keluar telah membawa maksud bergerak ke sebelah luar dari sebelah dalam bangunan, bilik, kenderaan dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1028.

20/01/2026Lain-lain


Kembali Ke Laman DBP
© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Reka Bentuk: Abu Bakar bin Haji Buyong, Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kembali Ke Laman DBP