Selamat Petang Sabtu, 2 Ogo 2025
Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) ialah Khidmat Nasihat berkaitan Bahasa, Sastera, Penerbitan, dan Korporat DBP.
Arkib Soalan
Kata Kunci  
Tahun
Bulan
Klasifikasi Soalan (KS)


Terdapat 43786 rekod dijumpai.
Bil.SoalanJawapanTarikh SoalanKlasifikasi Soalan (KS)
Page size:
select
 43786 items in 219 pages
1 Ada jual buku teks biologi tingkatan 4 Dan teks bahasa melayu tingkatan 1Salam puan yang budiman,

Untuk makluman puan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:
•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598
•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)
•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358
•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569
•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092
atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//

Sekian, terima kasih.
01/08/2025Lain-lain
2 From the attached image, may I know Saya akan meminta / memohon maaf daripada rakan saya is a correct sentence in terms of grammar rules in bahasa melayu? What is the meaning of this sentence? I will seek forgiveness from my friend or I want my friend to apologies to me? Your prompt reply is greatly appreciated. Thanks and regards Tan Cha SinSila kemukakan soalan menggunakan bahasa Melayu.31/07/2025Tatabahasa
3 Berdasarkan jawapan yang telah diberikan, apakah jawapan yang boleh diterima dalam konteks tersebut: 1) "saya akan meminta maaf daripada kawan saya" (I will SEEK forgiveness from my friend) Ataupun 2) "saya akan meminta maaf kepada kawan saya" (I will apologies to my friend) Ataupun kedua-duanya boleh diterima secara betul? Anak saya mendapati ada pelajar (murid dari kelas lain) yang menggunakan frasa "meminta maaf daripada" disemak betul dan mendapat markah penuh dalam soalan 2. Tetapi anak saya tidak mendapat markah untuk soalan tersebut kerana Cikgu dia semak "meminta maaf daripada kawan" ialah jawapan kurang tepat dan markah anak saya telah ditolak. Anak saya bertanya mengapa dia dikatakan salah sedangkan dulu cikgu darjah 3 & 4 di sekolah mengajar bahawa "meminta maaf daripada kawan" adalah betul. (Meminta maaf.. daripada sesiapa) Saya juga telah meminta pandangan daripada 3 Munsyi Dewan (yakni Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Cikgu Azhar Salleh dan Cikgu Irsyad Khir, guru-guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Mereka berpendapat bahawa daripada boleh diterima dan digunakan secara betul. Bukti diberi oleh Munsyi Dewan dilampirkan untuk rujukan Puan Saya berharap pihak DBP boleh memberi anak saya penjelasan yang lebih tepat dan muktamad berhubung penggunaan frasa daripada berbanding dengan kepada.

Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.” (I’m seeking forgiveness to my friend).

 Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia.

Walau bagaimanapun, penggunaan kata sendi nama “daripada” boleh juga digunakan bergantung pada konteks ayat tertentu, contohnya “Saya meminta maaf daripada kawan.” (I’m seeking forgiveness from my friend).

Oleh hal yang demikian, kedua-dua penggunaan kata sendi nama “kepada” dan “daripada” boleh digunakan, namun bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 - 273.


30/07/2025Tatabahasa
4 Sekiranya saya ingin membeli buku aktiviti pendidikan khas masalah pembelajaran kerana ada masalah kekurangan buku apabila murid baru tiba-tiba masuk ke kelas pendidikan khas sedangkan buku sedia ada hanya mencukupi untuk murid sedia ada atas kekangan mengikut enrolmen murid ketika order dibuat melalui spbt pendidikan khas sekolah.Di mana saya boleh membelinya secara terus?Terima kasih.Salam tuan yang budiman,

Untuk makluman tuan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:
•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598
•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)
•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358
•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569
•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092
atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//

Sekian, terima kasih.

30/07/2025Lain-lain
5 Large Language Model (LLM)Padanan bahasa Melayu bagi istilah large language model (LLM) ialah model bahasa besar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.29/07/2025Istilah
6 Contoh ayat bagi perkataan "Ketimbang" yang sesuai untuk digunakan dalam subjek Bahasa Melayu.
Dikongsikan contoh ayat yang dipetik daripada data Korpus DBP untuk penggunaan kata KETIMBANG.

Contoh ayat I: Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu ketimbang anak tunggal sendiri.
(Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu daripada anak tunggal sendiri.)


Contoh ayat II:Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok ketimbang tugas individu.
(Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok berbanding dengan tugas individu.)

Contoh ayat III: Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah ketimbang menentang!
(Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah daripada menentang!).

 

Berdasarkan sampel-sampel ayat tersebut saya pasti saudara memahami pola ayat yang sesuai dan dapat membina ayat yang tepat untuk penggunaan kata KETIMBANG (bersinonim dengan kata "daripada" atau "berbanding dengan").

 

27/07/2025Makna
7 Adakah semua bandingan semacam seperti "lancar seperti air" atau "rajin macam semut" merupakan sebahagian daripada peribahasa?Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis rangkai kata yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, perbilangan, kata hikmat dan perbandingan semacam. Istilah perbandingan semacam digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kurikulum bahasa Melayu, sedangkan bandingan semacam digunakan oleh sesetengah individu dan masih boleh difahami. Untuk pengetahuan saudari, perbandingan semacam termasuk dalam kategori peribahasa kerana mengandungi kiasan kepada maksud tertentu.

Untuk maklumat lebih lanjut, saudari boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua terbitan tahun 2016.
27/07/2025Tatabahasa
8 Ali bermain bola. Bola dimain Ali. Ayat tersebut boleh ditukar jadi Ayat Pasif. Imbuhan ber- termasuk Kata Kerja Transitif?

Awalan beR- membentuk kata kerja tak transitif, sama ada memerlukan pelengkap atau tidak.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 161.
27/07/2025Tatabahasa
9 1. Apakah penjodoh bilangan untuk borang penyertaan? (keping atau helai) 2. menjana tenaga elektrik atau menjanakan tenaga elektrik? mana yang betul. minta pencerahan, terima kasih encik/puan. Jawapan soalan 1: helai atau keping boleh diterima untuk dokumen bercetak, termasuk borang.


Jawapan soalan 2:

Frasa "menjana tenaga elektrik" adalah lebih gramatis. Bagaimanapun menjanakan tenaga elektrik tidak menjadi satu kesalahan.

Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang terakam pada halaman 866 daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

 

menjana منجان 

kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

 

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana.
27/07/2025Tatabahasa
10 Psychastenia
Cadangan istilah saudara boleh dirujuk di sini: https://prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=

Untuk pengetahuan saudara ejaan istilah sumber sepatutnya ialah psychasthenia. Harap maklum.
26/07/2025Istilah
11 Bagaimana kita mahu membezakan bahasa melayu dan bahasa indonesia?
Secara genealogi, bahasa Melayu ialah bahasa "induk" kepada bangsa Indonesia dan bangsa Malaysia, bahasa rumpun Austronesia. Sebagai milik masyarakat, bahasa Melayu induk ini kian berkembang dalam kalangan masyarakat kedua-dua negara yang berjiran ini, sesuai dengan konteks budaya masyarakatnya. Maka tidak hairan jika kedua-dua bahasa itu setakat hari ini menghala ke arah yang berbeza. Secara umumnya, perkembangan leksikologi Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu di Malaysia memperlihatkan perkembangan leksikologi; ada aspek yang menunjukkan persamaan dan ada yang menunjukkan perbezaan dalam perbendaharaan katanya. Persamaan terjadi kerana kedua-dua bahasa itu secara genealogi adalah berasal daripada induk yang sama, sedangkan perbezaan itu terjadi kerana kedua-duanya secara geografi berada dalam lingkungan budaya yang berbeza, dan secara reseptif menerima pengaruh daripada sumber yang berbeza. (1) Ciri Perbezaan Dari Segi Sumber Pengaruh:

Bahasa Indonesia: Pengaruh Belanda yang kuat, pengaruh bahasa Jawa yang signifikan (kerana populasi Jawa yang dominan), pengaruh bahasa daerah di Indonesia yang pelbagai.

Bahasa Melayu di Malaysia: Pengaruh Inggeris yang kuat - dari zaman penjajahan British, pengaruh bahasa Cina dan Tamil (dari komuniti multietnik di Malaysia), pengaruh bahasa Arab (melalui amalan/penghayatan agama Islam sebagai agama rasmi).  (2) Ciri Perbezaan Dari Segi Linguistik, termasuklah perbezaan istilah:

              semula jadi (Malaysia)  |   alamiah (Indonesia)
              pejabat (
Malaysia)        |  kantor (Indonesia)
              juruwang (
Malaysia)      |  kasir (Indonesia)

25/07/2025Lain-lain
12 Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. Kata pemeri harus diikuti dengan frasa nama. Ayat di atas dikatakan betul (daripada jawapan yang dijawab oleh pegawai DBP bagi pertanyaan pengguna lain pada 14.03.2018 di laman "khidmat nasihat". Adakah "berlaku banjir lumpur" merujuk kepada the ocurrence (noun in English) of mud flood , harus ditukarkan kepada "Antara kesan tanah runtuh ialah "kejadian" banjir lumpur. Biasanya, saya akan menulis "Antara kesan tanah runtuh ialah berlakunya banjir lumpur." untuk merujuk kepada maksud "the occurence of mud flood". Antara kebaikan melancong dalam negara ialah menggalakkan ekonomi negara. Adakah ayat ini juga harus diubah Bagaimanakah dengan ayat dalam "Istilah Bahasa Melayu - Kebaikan" - terpapar ayat "Antara kebaikan DTV ialah boleh dimampatkan dan mudah diedit. " Minta pencerahan.

Ayat “Antara kesan tanah runtuh adalah berlakunya banjir lumpur.” Dalam ayat ini, kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan lebih sesuai digunakan bagi menyampaikan makna yang dimaksudkan.

Ayat “Melancong dalam negara dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.” diberikan sedikit penambahbaikan.

Ayat yang sesuai ialah “Antara kebaikan DTV adalah boleh dimampatkan dan mudah diedit.”

Untuk makluman, bukan semua ayat sesuai menggunakan kata pemeri, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. Penggunaan kata pemeri ada, kalanya membawa unsur lewah, contohnya "Permohonan ini adalah boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah."

Ayat ini dicadangkan untuk digugurkan kata pemeri “adalah” kerana membawa unsur lewah. Ayat yang sesuai digunakan ialah "Permohonan ini boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 2015) halaman 263 - 265.

24/07/2025Tatabahasa
13 Assalamualaikum WBT. Saya bagi pihak Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membuat semakan mengenai penggunaan perkataan antara BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA, mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam borang-borang permohonan lesen / permit? Ini adalah kerana pentadbiran kami telah menerima aduan berbentuk teguran daripada orang awam mengenai penggunaan BAHASA MALAYSIA di dalam borang-borang permohonan yang disediakan oleh MPSepang untuk orang awam. Bersama-sama ini di sertakan sedikit kandungan aduan yang dikemukakan oleh orang awam tersebut "Di dapati di laman borang lesen Majlis Perbandaran Sepang tertulis istilah Bahasa Malaysia. Istilah ini tidak betul. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 yang tak pernah dipinda, nama bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, adalah dimohon agar pihak DBP dapat memberikan panduan dan cadangan sewajarnya kepada kami di MPSepang dalam memastikan pentadbiran kami menggunakan nahu bahasa yang tepat di dalam borang-borang permohonan lesen / permit rasmi kami. Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian kandungan di dalam borang permohonan lesen MPSepang yang menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA untuk rujukan pihak tuan/puan. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Untuk makluman, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Dalam sumber perundangan yang lain seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan digunakan bersama-sama bahasa Melayu dan arahan pentadbiran melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam juga menggunakan istilah bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang sedang berkuat kuasa istilah bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan yang sewajanya digunakan dalam konteks rasmi kerajaan. Maksud rasmi “ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

24/07/2025Lain-lain
14 Mohon pencerahan, bagi penggunaan arahan soalan dalam buku latihan murid seperti: Warnakan Tuliskan Suaikan Padankan Tandakan Adakah perlu dibuang "kan" di belakangnya?Untuk makluman, perkataan seperti "Warnakan", "Tuliskan", "Suaikan", "Padankan" dan "Tandakan" perlu dikekalkan penggunaan "-kan" kerana bertujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448.24/07/2025Tatabahasa
15 Antara [di bawah] dan [bawah], yang manakah betul penggunaannya dalam ayat berikut? Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf secara sah [di bawah/bawah] Akta Universiti dan Kolej Universiit (AUKU) 1971.

Penggunaan frasa yang betul ialah frasa sendi nama “di bawah”, contohnya “Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf secara sah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226.

24/07/2025Tatabahasa
16 Pertanyaan berkenaan tajuk program, bersesuaian atau tidak. Cadangan tajuk program adalah KOLOKIUM BAHASA KEBANGSAAN. Mohon khidmat nasihat. Terima kasih.

Tajuk tersebut betul dan sesuai digunakan.

24/07/2025Tatabahasa
17 Cochlear (alat bantu dengar) terjemahan mana yang betul: koklea atau koklear?
Jawapan:  KOKLEAR

Boleh rujuk di sini:  prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=
23/07/2025Istilah
18 Laman web https://dbpsahbahasa.my/ tidak berfungsi

Untuk makluman, sistem dbpsahbahasa.my mengalami gangguan pada 23 Julai 2025. Mohon maaf atas segala kesulitan.

23/07/2025Lain-lain
19 Assalamualaikum wbh. Apakah panggilan hormat yang sesuai bagi bekas Pengarah Kolej Matrikulasi tanpa gelaran?

Penggunaan kata sapaan yang bersesuaian ialah Encik atau Tuan.

23/07/2025Lain-lain
20 Self-object
Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah self-object ialah "objek diri". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.
23/07/2025Istilah
21 Adakah penggunaan ayat berikut tepat dan sesuai untuk sijil penyertaan? Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya ProgramMendengar, Memahami, Memberi Respons & Menang-Menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”. Atau Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya ProgramKomunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”. Ayat yang betul dan sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Mendengar, Memahami, Memberikan Respons dan Menang-menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"

2. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"




22/07/2025Tatabahasa
22 Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan.

Salam puan yang budiman,

Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:

1. Salinan lembut manuskrip.

2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

22/07/2025Karya
23 Ayat di bawah betul? 1.Bangunan itu dibina pada tahun bila? 2.Bangunan itu dibina pada tahun berapa? 3.Bangunan itu dibina bila?

Ketiga-tiga ayat tersebut betul, namun begitu ayat-ayat itu merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:

1.        Pada tahun bilakah bangunan itu dibina?

2.        Pada tahun berapakah bangunan itu dibina?

3.        Bilakah bangunan itu dibina?

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat tanya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 441-448.

22/07/2025Tatabahasa
24 Saya ingin bertanya soalan. Arahan yang manakah betul dan sesuai? 1. Baca, kemudian salin. 2. Baca. Kemudian, salin. Arahan ini ialah terjemahan langsung daripada bahasa Arab; اِقْرَأْ ثُمَّ انْسَخْ

Arahan yang betul ialah Baca, kemudian salin.  

Kata “kemudian” tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua atau lebih kata yang setara sifatnya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1042.

22/07/2025Tatabahasa
25 Salam, DBP. Saya temukan dalam Kamus Dalam Talian bahawa sinonim bagi "takoyaki" ialah "cucur kurita". Padanan yang cukup baik pada saya. Namun, tiada "kurita" dalam Kamus Dewan. Yang standard ialah "gurita". Mohon baiki. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan Perdana (2020) telah memasukkan kata kurita dan gurita yang merujuk haiwan yang sama, iaitu sotong kurita.21/07/2025Istilah
26 1. Bapa mengutip buah durian untuk dimakan. 2. Sandra mengemas katil supaya kemas. 3. Sin Ling mengemas katil di bilik tidur supaya cantik. 4. Guan Hong dan Fendi menyimpan gelung rotan dan bola baling di dalam bilik sukan. 5. Saya mengutip durian di dalam dusun. 6. Rina berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki. Adakah 6 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat nombor (1), (2), (3) dan (4) adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan.

Ayat nombor (5) perlu dibetulkan. “Saya mengutip durian di dusun.”

Ayat nombor (6) perlu dibetulkan. “Rina berjalan kaki ke sekolah.”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575.

 

21/07/2025Tatabahasa
27 "Too much finance effect" Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah too much finance effect ialah kesan kewangan berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.21/07/2025Lain-lain
28 1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermatnya. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermatnya. 3. Minta gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 4. Sila gunakan piring-ring seramik ini dengan cermatnya. Adakah 4 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. Fungsi “nya” sebagai kata ganti nama diri ketiga. Selain itu, “nya” bertindak sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contohnya, sesungguhnya dan nampaknya, seperti dalam ayat yang berikut:

1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.


2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.


Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, contohnya, lajunya dan sakitnya, seperti dalam ayat yang berikut:


1. Lajunya ialah 100 km sejam.


2. Bukan kepalang sakitnya.


Sehubungan dengan itu,  penambahbaikan bagi ayat yang diberikan adalah seperti yang berikut:


1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermat.


2. Sila gunakan alat muzik dengan cermat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 295 – 296.

21/07/2025Tatabahasa
29 Terminal LucidityPadanan bahasa Melayu bagi istilah terminal lucidity ialah lusiditi terminal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan.21/07/2025Istilah
30 "Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus," kata Cikgu Zubir kepada pemain-pemain bola sepak sekolahnya. Bolehkah saya tanya, ayat tersebut mana satu bahagian ialah subjek, mana satu bahagian ialah predikat? terima kasih

Bahagian subjek dan predikat dalam ayat “ Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus,” adalah seperti berikut:

 

Subjek: “tiada latihan bola sepak”

 

Predikat: “kerana saya akan pergi berkursus”


21/07/2025Tatabahasa
31 nyah aktif (BM) = inactive (BI)Padanan bahasa Melayu bagi istilah inactive ialah nyahaktif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.21/07/2025Istilah
32 Saya ingi bertanya tentang ia adakah boleh digunakan dalam benda seperti alam sekitar. Dan, menyumbang kepada, menyumbangkan, menyumbang bagaimana digunakan dalam penulisan.

“Ia” merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. Penggunaan “ia” bagi merujuk perkara, seperti alam sekitar adalah tidak sesuai.

Penggunaan “menyumbang kepada”, “menyumbangkan”, dan “menyumbang” perlu dilihat mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 87 dan 104.

21/07/2025Tatabahasa
33 Bagaimana meningkat koheren dan kohensi dalam penulisan formal dan bentuk cereka, novel dan cerpen.
Bagus kerana saudara mengambil berat tentang prinsip asas dalam linguistik teks dan retorik terutama amalan praktis untuk meningkatkan koheren serta kohesi dalam penulisan formal dan kreatif. 

Ringkasnya, koheren tentang idea wacana tersusun dan logik, manakala kohesi tentang keterkaitan hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap dan gramatis. 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Formal:

Susun Rangka Penulisan Secara Sistematik: Mulakan dengan pengenalan yang jelas, diikuti isi utama yang tersusun mengikut topik, dan diakhiri dengan kesimpulan yang menguatkan mesej.

Gunakan Kata Hubung yang Sesuai: Antara misalan termasuklah "oleh itu", "selain itu", "bagaimanapun", "seterusnya", untuk mengaitkan idea agar aliran tulisan lebih lancar.

Jaga Kesinambungan Idea: Setiap perenggan harus berpaut kepada idea utama. Elakkan lompat dari satu perkara ke perkara lain secara tiba-tiba.

Periksa Gaya Bahasa dan Tatabahasa: Penulisan formal memerlukan bahasa yang tepat dan lengkap dari segi tatabahasa untuk memudahkan pemahaman.

 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Cerpen, Novel, dan Cereka:

Bangunkan Plot dan Tema dengan Jelas: Pastikan jalan cerita tersusun dengan baik supaya pembaca boleh mengikuti perkembangan cerita dengan mudah.

Gunakan Dialog dan Naratif yang Bersifat Kohesif: Dialog antara watak harus berkaitan dengan keadaan cerita dan naratif menjelaskan suasana, perasaan, atau tindakan watak secara jelas.

Pengulangan dan Sinonim: Penggunaan perkataan yang berulang atau sinonim dapat membantu mengekalkan fokus pembaca dan sambungan antara ayat dan perenggan.

Perhatikan Gaya Bahasa: Dalam bentuk sastera, bahasa boleh bersifat lebih kreatif tetapi jangan sampai mengganggu kelancaran pemahaman.

Untuk rujukan tambahan, sila dapatkan buku tulisan Asmah Haji Omar, Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah di kedai Ujana Buku DBP atau layari DBPniaga (dbpniaga.my).




21/07/2025Karya
34 Pada peringkat awal dan dari peringkat awal yang mana betul dalam ayat ini. Seterusnya, pendidikan alam sekitar perlu dimulakan...peringkat awal.Penggunaan kata sendi nama yang betul bagi ayat tersebut ialah "... dari peringkat awal." Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 268 dan 274 untuk keterangan lanjut.21/07/2025Tatabahasa
35 Analysis of Moment StructuresPadanan bahasa Melayu bagi istilah Analysis of Moment Structures ialah Analisis Struktur Momen. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.20/07/2025Istilah
36 Dimana boleh sababat saya (warganegara Czech Republic) boleh mendaftar untuk belajar bahasa Melayu? Boleh berikan cadangan?

Salam puan yang budiman,

Untuk pertanyaan berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, puan boleh e-melkan kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232.

Sekian, terima kasih.

20/07/2025Lain-lain
37 Assalam. Saya Puan Idayu daripada Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan. Saya ingin bertanya tentang bagaimanakah prosedur untuk penerbitan jurnal penyelidikan?

Salam puan yang budiman,

Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:

1. Salinan lembut manuskrip.

2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

19/07/2025Karya
38 AI SovereignCadangan padanan bagi istilah sovereign AI ialah AI berdaulat. Penggunaan istilah sovereign AI lebih banyak digunakan mengikut konteks tertentu. Cadangan padanan bagi istilah AI sovereignty ialah kedaulatan AI.19/07/2025Istilah
39 repositoryPadanan bahasa Melayu bagi istilah repository ialah repositori. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.19/07/2025Istilah
40 Ejaan mana yang betul, "Aztec" atau "Aztek"? Kedua-duanya digunakan dalam PRPM jadi adakah kedua-duanya boleh dipakai, seperti "Mekah" dan "Makkah" hanyalah kelainan ejaan dan boleh dipakai kedua-duanya?
Tiada kelainan ejaan dalam bahasa Melayu bagi Aztek.
Menurut data istilah bidang Sejarah, ejaan istilah sumber iaitu bahasa Inggeris ialah Aztec. Ejaan istilah sasar (bahasa Melayu) ialah Aztek.

Sila rujuk di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aztek&d=250808&#LIHATSINI
18/07/2025Ejaan
41 Adakah terdapat perkataan Fluktuasi (Fluctuation = English) dalam kamus dewan dan pustaka?

Untuk makluman tuan, perkataan fluktuasi tidak terakam dalam Kamus DBP. Padanan bahasa Melayu bagi istilah fluctuation ialah turun naik.

17/07/2025Istilah
42 Peluang penghantaran artikel ke dewan kosmik. kepada siapa saya perlu hantar artikel tersebut.

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan YBrs. Dr. Rosmani binti Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah melalui nombor telefon 03-21479449 atau e-mel kepada ros_omar@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.

17/07/2025Karya
43 saya berlari di padang sekolah dengan pantas. ATAU saya berlari dengan pantas di padang sekolah. ATAU kedua-dua pun betul?

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:
1. Saya berlari di padang sekolah dengan pantasnya.
2. Saya berlari dengan pantasnya di padang sekolah.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575.

17/07/2025Lain-lain
44 demand-responsive transit (DRT)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah demand-responsive transit (DRT) ialah transit atas permintaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/07/2025Istilah
45 Saya terbaca sebuah buku yang menerangkan penjodoh bilangan sepotong juga diterima selain sekeping untuk roti yang dipotong daripada sebuku roti, adakah istilah ini tepat?

Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti ialah “sekeping” atau “sebuku” bergantung pada konteks penggunaan. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1058 dan 339 mentakrifkan perkataan “keping” sebagai benda yang nipis, pipih atau leper, dan “buku” sebagai benda yang bersegi atau berketul.

16/07/2025Lain-lain
46 Saya ingin memohon pandangan tentang betul atau salah penggunaan struktur bahasa melayu dan maksud "Maritim Malaysia" bagi meringkaskan nama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 1. Adakah betul penggunaan ringkasan ini? kerana maksud maritim malaysia di dalam kamus adalah berbeza dengan tujuan APMM gunakan nama itu dan tidak melambangkan identiti sebuah agensi penguat kuasa. 2. Adakah penggunaan "maritim malaysia" ini sesuai digunakan terhadap sebuah agensi penguat kuasa yang bertaraf antarabangsa? 3. Adakah penggunaan ini memenuhi maksud struktur bahasa melayu bagi menyampaikan maksud oleh APMM? sebagai contoh ayat yang digunakan "Maritim Malaysia adalah merupakan sebuah agensi penguat kuasa maritim yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan Maritim Malaysia seluas 64,000 km persegi".Pengejaan nama khas dalam bentuk singkatan boleh dibuat dalam dua kaedah, iaitu singkatan seperti yang sedia ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diringkaskan menjadi APMM dan keduanya akronim, bentuk gabungan kependekan yang boleh disebut sebagai perkataan seperti Mara untuk Majlis Amanah Rakyat. Oleh itu, kami berpandangan penggunaan singkatan APMM mencakupi maksud perkataan yang terkandung di dalamnya dan sebarang perubahan nama seperti Maritim Malaysia melibatkan banyak aspek lain khususnya pentadbiran serta perundangan. Dari aspek bahasa, Maritim Malaysia bukan singkatan atau akronim.16/07/2025Lain-lain
47 Regulation of Cognition:Debugging Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah regulation of cognition: debugging ialah pengawalan kognisi: menyahsilap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.15/07/2025Istilah
48 Dalam surat rasmi kepada Mufti/Timbalan Mufti, apakah gelaran dan kata sapaan yang sesuai digunakan? Sahibul Fadilah/Sahibus Samahah? YBhg. SF/SS? YBhg. Tuan?

Panggilan hormat bagi mufti ialah Sahibus Samahah, manakala gelaran Sahibul Fadilah ialah panggilan hormat bagi kadi besar atau orang yang dihormati yang mempunyai kelebihan ilmu agama Islam.

Kata sapaan bagi mufti dan timbalan mufti bergantung pada peranan mufti atau timbalan mufti itu dalam sesuatu majlis atau organisasi.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1928.

15/07/2025Tatabahasa
49 cara sebutan perkataan bahasa melayu baku bagi perkataan 1. universiti 2. kabelSebutan baku bagi perkataan yang berikut:
universiti [u·ni·vər·si·ti] - bunyi e pepet
kabel [kɑ·bəl] - bunyi e pepet
15/07/2025Lain-lain
50 MediationPadanan bahasa Melayu bagi istilah mediation ialah pengantaraan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Contoh ayat ialah  "Pihak yang bertelingkah telah mencapai kata sepakat menerusi pengantaraan."13/07/2025Istilah
51 T dataPadanan bahasa Melayu bagi istilah test data secara umumnya ialah data ujian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.12/07/2025Istilah
52 Apakah saranan untuk istilah 1. psychological di​Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.12/07/2025Istilah
53 Salam. Boleh saya tahu penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang dipotong daripada sebuku roti? Sekeping ataupun sepotong jawapannya? Terima kasih.

Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang telah dipotong daripada sebuku roti ialah “sekeping, kerana berbentuk leper. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1058 mentakrifkan perkataan “keping” sebagai benda yang nipis, pipih atau leper.

12/07/2025Lain-lain
54 Saya seorang guru BM Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kulai Johor. Ingin saya dapat kepastian sama ada pihak DBP ada menganjurkan kursus deklamasi sajak untuk penyertaan awam? dan sama ada pihak DBP ada menyediakan tenaga pakar dalam dibang deklamasi sajak untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada wakil Sekolah Menengah Persendirian Cina? Sekian, terima kasih.

Salam tuan yang budiman,

Untuk pertanyaan berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, tuan boleh e-melkan kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232.

Sekian, terima kasih.

12/07/2025Lain-lain
55 MOHON BANTUAN UNTUK SEMAKAN CADANGAN PENGGUNAAN NAMA BAGI PAPAN TANDA BAHARU DI RUANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA SEPERTI DILAMPIRAN. TERIMA KASIH

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan/papan tanda boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR PENAMAAN, sila pilih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan. Sila pilih jenis penamaan (Nama Jalan/Nama Bangunan/Nama Kawasan/Nama Taman/Nama Daerah/Lain-lain). Sila masukkan tajuk permohonan dan masukkan sebab-sebab mengapa memilih penamaan yang berkenaan pada ruangan catatan yang disediakan. Kemudian, muat naik visual yang hanya tertera teks cadangan penamaan sahaja. Satu penamaan hanya untuk satu permohonan sahaja. Klik “Faham terma dan syarat xxx” dan SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Penamaan XXX Berjaya akan dipaparkan.

11/07/2025Lain-lain
56 Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Huraian intrusive thoughts dalam PRPM DBP adalah tidak tepat. Hal ini kerana dua sebab. Pertama, huraian tersebut mengetengahkan konsep pemikiran, yang mana ianya adalah berbeza daripada konsep sebenar. Kedua, huraian tersebut memberikan makna yang negatif, walhal ianya juga merangkumi makna yang bukan negatif. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=intrusif&d=250808& APA Dictionary (2018) menerangkan bahawa intrusive thoughts bermaksud peristiwa yang bersifat mental yang mencelah aliran pemikiran yang berkaitan dengan tugasan meskipun usaha bagi mengelakkannya. https://dictionary.apa.org/intrusive-thoughts Sehubungan itu, dikemukakan perkara tersebut untuk perhatian tuan/puan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, huraian ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) DBP dan pakar bidang berdasarkan pelbagai rujukan yang autentik. Huraian ini diolah dalam bahasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum, namun huraian tersebut bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang berkaitan. 11/07/2025Istilah
57 Saya Ada keraguan dalam penggunaandaripadadankepadadalam ayat berikut :- Saya meminta maaf kepada kawan . Saya meminta maaf daripada kawan. Adakah kedua -dua ayat ini betul ?dan membawa maksud yg sama ? Saya Ada keraguan ini disebabkan cikgu sekolah kata ayat kedua ini yg pakaidaripadaMembawa maksud berikut :- "Saya akan meminta maaf daripada kawan saya." (Ini memberi maksud seolah-olah kawan itu yang perlu meminta maaf kepada kamu.)

Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.”

Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2014, halaman 272 - 273.

11/07/2025Tatabahasa
58 Kalau bandar atau institusi, diasaskan atau ditubuhkan?

Berikut disenaraikan makna yang berkaitan:

i. Diasaskan: a. Memulakan penubuhan sesuatu organisasi, pertubuhan dan sebagainya; b. Menjadi asas kepada sesuatu.

ii. Ditubuhkan: a. Mewujudkan atau membentuk jawatankuasa, persatuan, syarikat dan sebagainya; b. Membina atau mendirikan bangunan, rumah dan sebagainya.


Walau bagaimanapun, soalan yang diberikan kurang jelas kerana penggunaan sesuatu perkataan perlu dilihat berdasarkan ayat lengkap bagi melihat konteks penggunaan yang betul, contohnya:

“Bandar yang diasaskan pada 1990 itu, kini mempunyai lebih daripada 125,000 orang penduduk.”

“Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1981.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 140 dan 2411-2412.
11/07/2025Makna
59 Yang mana betul urusetia atau urus setia. Adakah 2 perkataan ini membawa maksud yang berlainan ?Yang betul ialah urus setia. Kedua-duanya membawa maksud yang sama.10/07/2025Ejaan
60 Adakah perkataan "tercicirkan" wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih.

Perkataan “tercicirkan” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu. Kata terbitan yang wujud daripada perkataan dasar “cicir” ialah tercicir, berciciran, mencicirkan, dicicirkan, cicirkan dan keciciran.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 434 dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, https://prpm.dbp.gov.my/.

10/07/2025Tatabahasa
61 Saya dari Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, SEARCCT. Boleh saya dapat maklumat jika pihak DBP ada melantik external reviewer dan juga Editor untuk penerbitan jurnal DBP? Dan jika ada, adakah terdapat sebarang bayaran honorarium diberikan kepada mereka? Saya cuba untuk mencari jika terdapat sebarang garis panduan pembayaran mahupun pelantikan untuk External Reviewer dan juga Editor sesebuah penerbitan jurnal. Terima kasih.Ya. Pihak DBP ada melantik penilai luar bagi penerbitan jurnal.

Tanggungjawab Penilai

  • Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional serta tanpa konflik kepentingan.
  • Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam makalah yang dinilai.
  • Memastikan makalah yang dinilai tiada unsur plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.
  • Memastikan penilaian dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian makalah.
  • Tidak membincangkan makalah yang dinilai kepada pihak lain tanpa kebenaran.
  • Penilai perlu menilai dari aspek kualiti, kerelevanan dan ketepatan makalah serta digalakkan untuk menyemak silang sitasi dan rujukan.
 
Untuk makluman juga, penilaian akan dilakukan dalam bentuk penilaian sulit berganda (double-blind review). 
  • Penilai akan menilai kualiti makalah (termasuk pemformatan, penilaian umum, pembentangan plagiat dan perbincangan serta data) dan memberikan cadangan, sama ada makalah boleh diterima, perlu diperbaik atau ditolak.
  • Penilai akan menyerahkan laporan penilaian bersama-sama ulasan terhadap makalah kepada editor.

Sila layari pautan ini http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/index atau menghubungi YBrs. Dr. Rosmani binti Omar ros_omar@dbp.gov.my, Ketua Editor Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
10/07/2025Lain-lain
62 Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation.

Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut:


1.
Empower Every Future - Memperkasakan masa depan
2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan
3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda
4. Free to Dream - Impian tanpa batas
5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi
6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
10/07/2025Penyemakan dan penterjemahan
63 Assalamualaikum, saya nak tanya terjemahan bagi nama pekerjaan ini dalam bahasa melayu "talent readiness and deployment"

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi:

i.             Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

               atau

ii.            Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my
10/07/2025Lain-lain
64 Adakah penggunaan kata bagi "menjumpai" di bawah betul? 1. Saya akan menjumpai Ahmad pada petang nanti. (to meet someone) Penggunaan kata yang betul ialah Saya akan berjumpa dengan Ahmad pada petang nanti. 10/07/2025Tatabahasa
65 Mana satu yang betul, "kuil itu ditubuhkan pada tahun 2001" atau "kuil itu diasaskan pada tahun 2001"?Yang lebih tepat ialah “Kuil itu dibina pada tahun 2001”. 10/07/2025Tatabahasa
66 Salam. Boleh saya dapat tahu perbezaan bagi istilah bersama dan bersama-sama? Jika ayat ditulis dengan ( "________ akan bertolak ke Singapura bersama, esok" kata Encik Wong kepada anaknya.) , maka jawapan (saya) ataupun (kita) lebih sesuai? Terima kasih atas pencerahan.

Perkataan “bersama” dan “bersama-sama” mempunyai pelbagai maksud mengikut konteks penggunaannya. Perbezaan antara “bersama” dengan “bersama-sama” ialah “bersama” tidak ada kecualinya. “Bersama-sama” pula ialah perbuatan, perkara dan lain-lain yang berlaku secara serentak dan bergandingan dengan. Ayat yang betul ialah “Kita akan bertolak ke Singapura bersama-sama esok,” kata Encik Wong kepada anaknya.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942.

09/07/2025Tatabahasa
67 Salam. Boleh saya dapat tahu perbezaan bagi istilah bersama dan bersama-sama? Jika ayat ditulis dengan ( "________ akan bertolak ke Singapura bersama esok" kata Encik Wong kepada anaknya.) , maka jawapan (saya) ataupun (kita) lebih sesuai? Terima kasih atas pencerahan.

Perkataan “bersama” dan “bersama-sama” mempunyai pelbagai maksud mengikut konteks penggunaannya. Perbezaan antara “bersama” dengan “bersama-sama” ialah “bersama” tidak ada kecualinya. “Bersama-sama” pula ialah perbuatan, perkara dan lain-lain yang berlaku secara serentak dan bergandingan dengan. Ayat yang betul ialah “Kita akan bertolak ke Singapura bersama-sama esok,” kata Encik Wong kepada anaknya.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942.

09/07/2025Tatabahasa
68 Salam. Boleh saya tahu istilah yang tepat bagi... 1 a) di dapur b) di dalam dapur 2 a) di bilik tidur b) di dalam bilik tidur Terima kasih

Jawapan yang betul ialah:

1.    A) di dapur

B) di bilik tidur
09/07/2025Tatabahasa
69 betul tak ayat nota kaki tu?Ayat yang betul ialah "NOTA KAKI: ANGGOTA LEMBAGA, WAKIL TETAP, JURUAUDIT DALAM DAN KAKITANGAN UITMKOOP TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI WAKIL JUALAN." 

Walau bagaimanapun, terdapat kesalahan lain pada lampiran yang diberikan. Mohon betulkan teks utama seperti yang berikut:
(a) TERMA DAN SYARAT:
(b) BERTANGGUNGJAWAB DAN BERETIKA
09/07/2025Tatabahasa
70 Apakah perbezaan bagi penggunaan istilah "budak-budak", "anak-anak" dan "kanak-kanak" dalam sesuatu konteks yang tertentu?
Konteks penggunaan "kanak-kanak" dipecahkan kepada konteks makna Undang-undang dan makna umum. Makna umum "kanak-kanak" luas kepada sinonim kata "budak-budak" dan "anak-anak" dalam bilangan jamak (lebih daripada seorang). Lazimnya kesesuaian untuk memilih antara ketiga-tiga perkataan lebih sesuai dalam gaya percakapan biasa atau bukan laras bahasa tinggi. 

Sebagai contoh ketiga-tiga perkataan boleh disetarakan dalam ayat:
Mereka masih kanak-kanak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Mereka masih anak-anak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Mereka masih budak-budak yang belum mengerti hakikat hidup ini.

Tidak sepatutnya menukar ganti "kanak-kanak" dengan mana-mana kata lain tadi dalam contoh penggunaan seperti:
Novel kanak-kanak terbitan DBP.
taman asuhan kanak-kanak
Hari Kanak-kanak Sedunia

Untuk perincian takrif "kanak-kanak", "budak-budak" dan "anak-anak", sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
09/07/2025Makna
71 evaluative reasoningCadangan padanan bahasa Melayu bagi evaluative reasoning secara umumnya ialah pemikiran evaluatif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.08/07/2025Istilah
72 sila semak ayat yang digunakan.

Pihak kami menyediakan khidmat penyemakan dokumen secara berbayar untuk dokumen rasmi, seperti laporan, sijil, pelan strategik dan sebagainya. Sila hubungi talian telefon 03-21479000 sambungan 9135 untuk maklumat lanjut.

Tuan/puan boleh juga membuat dahulu semakan bahasa melalui pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan memilih pautan Khidmat Nasihat Bahasa (pada sebelah kanan paparan) dan mengajukan soalan melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) bagi teks yang benar-benar tiada sumber rujukan.

08/07/2025Lain-lain
73 Bagi sustainability membawa maksud mampan jadi adakah wujud perkataan kemampanan. Sebab bila sy membuat semakan di carian kata DPBM perkataan kemampanan tidak wujud yang wujud adalah kemapanan. Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainable ialah mampan, manakala istilah sustainability ialah kemampanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang ESG.08/07/2025Istilah
74 papan tanda

1.  Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

 

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

08/07/2025Lain-lain
75 Saya ingin bertanya mengenai penggunaan teman yang biasanya digunakan oleh penutur jati Bahasa Indonesia. Adakah betul penggunaan teman dalam penulisan Bahasa Melayu di sekolah rendah umumnya? Contoh ayat : Saya dan teman-teman ingin ke kedai. Penggunaan teman dikira sebagai arbitrari di Indonesia, tetapi tidak di Malaysia. Adakah salah jika guru menyatakan penggunaan teman tidak sesuai atau salah dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah?

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 2300 dan 2301 mentakrifkan “teman” sebagai orang yang dikenali dan mengenali. Perkataan ini diiktiraf sebagai kosa kata sah dalam bahasa Melayu bagi merujuk “rakan atau kawan”. Namun, dalam penggunaan di Malaysia, perkataan “rakan” atau “kawan” lazim digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan “teman” tidak dianggap salah bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat, contohnya “Ali merupakan teman seperjuangan saya ...”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=TEMAN.

08/07/2025Lain-lain
76 Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

08/07/2025Tatabahasa
77 Terjemahan sesuai untukpotential space”? Rujukan: https://taylorandfrancis.com/knowledge/Medicine_and_healthcare/Anatomy/Potential_space/#:~:text=A%20potential%20space%20is%20a,changes%20or%20other%20physiological%20changes.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah potential space ialah ruang keupayaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.08/07/2025Istilah
78 Puce Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah puce ialah ungu tua. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.07/07/2025Istilah
79 Assalamualaikum. Apakah kata pemeri untuk frasa "salah satu"? Merujuk jawapan Khidmat Nasihat 6.5.2010, digunakan "ialah", contoh ayat, "Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional." Sekiranya merujuk Khidmat Nasihat 16.11.2010, digunakan "adalah", ayatnya "Pengaruh Media Massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. Persoalannya, adakah penentuan tertentu untuk frasa ini? Selain kaedah, "ialah" untuk frasa nama dan "adalah" untuk frasa adjektif dan sendi nama. Terima kasih.

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 20214), halaman 263 - 264 dan 494 - 496.

Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut.

07/07/2025Tatabahasa
80 Point biserial correlation coefficientCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah point biserial correlation coefficient secara umumnya ialah pekali korelasi dwisiri titik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.06/07/2025Istilah
81 omnichannelCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah omnichannel secara umumnya ialah saluran pelbagai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.05/07/2025Istilah
82 selamat sejahtera encik/puan. 1. Kita digalakkan untuk memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. 2. Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. Ayat mana yang betul? terima kasih.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

“Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan bagi mengelakkan kaki basah.”

Untuk makluman yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 431 - 575 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 172 (kata sendi nama bagi).

05/07/2025Tatabahasa
83 IntrojectionPadanan bahasa Melayu bagi istilah introjection secara umumnya ialah introjeksi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.05/07/2025Istilah
84 Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua Sekali Pihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan.04/07/2025Tatabahasa
85 digital resilienceCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital resilience secara umumnya ialah kebingkasan digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.04/07/2025Istilah
86 Untuk menulis nombor dalam ayat jawi, contohnya alamat, bagaimanakah susunan sepatutnya, kanan ke kiri atau kiri ke kanan. Contoh: Simpang 16-98 seperti dalam lampiran. Mohon bantuan DBP juga untuk semakan teks jawi seperti dalam lampiran.

Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat semakan dokumen dalam tulisan Jawi.

Walau bagaimanapun, untuk penulisan nombor dalam Jawi, sama seperti penulisan nombor Rumi, iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Manakala, nombor ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩ merupakan nombor Arab asli.

Oleh itu, penulisan nombor Jawi yang betul ialah 16 – 98 bukan ٩٨ – ١٦

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005), halaman 90.

04/07/2025Lain-lain
87 digital resilienceCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital resilience secara umumnya ialah kebingkasan digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.04/07/2025Istilah
88 1. Tingkatan Satu atau tingkatan satu? 2. Pengetua mendapati banyak guru yang duduk sambil mengajar. Ayat tersebut ada kesalahan ataupun tidak?

1.    1. Frasa "tingkatan satu" merujuk kepada frasa nama am, manakala frasa "Tingkatan Satu Bestari", contohnya merupakan frasa nama khas,  iaitu frasa yang mengandungi kata nama khas yang merujuk kepada sesuatu yang khusus dan dieja dengan huruf besar pada huruf pertama setiap perkataan utama.Contoh lain ialah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mercu.

 

2. Ayat yang betul ialah "Pengetua mendapati kebanyakan guru mengajar sambil duduk."

04/07/2025Tatabahasa
89 Salam sejahtera. Ayat: 1) Adam menyusun buku dengan kemasnya. 2) Adam mengelap meja dengan bersihnya. 3) Adam menyapu sampah dengan bersihnya. Ayat di atas betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih.

Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Fungsi “nya” ialah sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Manakala, kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 295-296 untuk keterangan lanjut.

04/07/2025Tatabahasa
90 Tuan, Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. Saya adalah seorang bekas pensyarah didalam bidang Pengimejan Perubatan (Medical imaging). Saya bersara dari Universiti Islam Malaysia pada tahun 2019. Saya ingin menulis buku tentang Pengimejan Bioperubatan (Biomedical imaging) dan berhasrat agar buku itu diterbitkan oleh DBP. Disini saya ingin mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara dibawah ini: 1. Adakah DBP boleh menerima penulisan seorang yang telah bersara dan yang tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana institusi pengajian tinggi bagi tujuan penerbitan? 2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu penulisan itu di terima untuk penerbitan? Syarat-syarat dari aspek penulisan, manuskrip dan lain-lain. 3. Saya pernah menghadiri taklimat oleh DBP semasa berkhidmat dulu berkenaan Dana Buku Kebangsaan. Apakah masih ada skim itu atau yang serupa dengan itu? Saya berharap mendapat maklumbalas tentang perkara-perkara diatas dari pihak tuan. Terima kasih. Zainul Ibrahim bin Zainuddin.

Salam tuan yang budiman,

Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:

1. Salinan lembut manuskrip.

2. Salinan bercetak manuskrip berserta dengan biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

03/07/2025Karya
91 Apakah terjemahan "unenforceability" dalam Bahasa Melayu? Adakah "ketidakbolehan penguarkuasaan" lebih tepat daripada "ketidakmampuan penguatkuasaan"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah unenforceability secara umumnya ialah ketakbolehkuatkuasaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/07/2025Istilah
92 Assalamualaikum. Adakah selepas elipsis pada awal ayat, digunakan huruf kecil, contoh ayat, ("...aku akan ikut" balas Fahmi.) Adakah sama juga kaedah penulisan elipsis pada awal ayat untuk penulisan petikan terjemahan al-Quran dan hadis? Dimulakan huruf kecil atau besar. Terima kasih.

Elipsis ialah tiga titik berderet (...) yang mempunyai jarak biasa yang boleh digunakan sebagai penanda pengguguran teks, khususnya petikan, sama ada pada bahagian awal, bahagian tengah atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks.

Oleh yang demikian, selepas tanda elipsis pada awal ayat atau teks perlu dijarakkan dan diikuti dengan huruf besar. Contoh “ ... Aku akan ikut,” balas Fahmi. Demikian juga petikan terjemahan al-Quran, contohnya ... Sesiapa yang bertakwa dengan Allah ... . (Surah al-Talaq 65:2)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 117-118.

03/07/2025Tatabahasa
93 operations researchPadanan bahasa Melayu bagi istilah operations research ialah penyelidikan operasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/07/2025Istilah
94 DysregulationPadanan bahasa Melayu bagi istilah dysregulation ialah nyahpengawalaturan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.03/07/2025Istilah
95 YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETUL PREMIS ATAU PERMIS? ADAKAH KEDUA PERKATAAN INI MEMBAWA MAKSUD YANG BERBEZA.Ejaan yang betul ialah premis. Tiada perkataan permis ditemukan.
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), maksud premis adalah seperti yang berikut:
1. pernyataan atau perkara yang dianggap sebagai sesuatu yang benar atau pasti untuk tujuan membuat huraian atau perbincangan yang membawa kepada sesuatu kesimpulan, penyelesaian dan sebagainya
2. bangunan, tanah dan kawasan persekitarannya untuk menempatkan kedai atau menjalankan perniagaan
02/07/2025Ejaan
96 Adakah "rempat" dan "rungut" dikategorikan sebagai kata akar?

“Rempat” dan “Rungut” dikategorikan sebagai kata akar. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1850 dan 1915.

02/07/2025Tatabahasa
97 Aduan saya mengenai teks pada papan iklan. Sila rujuk lampiran yang disertakan. Persoalan saya disini, Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu , ‘STOR UTAMA MID VALLEYkerana kami ingin teks di kedua tempat adalah sama.

Untuk makluman tuan/puan, sila hubungi 03-21479100/9200 untuk pertanyaan mengenai pengesahan bahasa Melayu dalam iklan. Pegawai kami akan membantu memberikan pandangan. Pihak tuan/puan juga boleh membuat Aduan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan iklan pada masa-masa yang akan datang, sila berikan nombor permohonan iklan untuk rujukan dan semakan kami.

01/07/2025Lain-lain
98 Assalamualaikum. Apakah kata pemeri untuk "sebagai"? Terima kasih

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Oleh hal yang demikian, kata pemeri untuk perkataan sebagai ialah “adalah” kerana perkataan sebagai tergolong dalam kata sendi nama, namun penggunaan kata pemeri perlu disesuaikan konteks penggunaannya dalam ayat supaya ayat tidak kelihatan lewah.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 276 dan 494-495 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 171.

30/06/2025Tatabahasa
99 Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian; Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)." chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan. https://dictionary.apa.org/counseling Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Tuan, terima kasih atas pandangan tuan.
Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja. 
Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang.
30/06/2025Makna
100 Mana satukah ayat yang betul? 1. Dia mengabaikan orang di sekelilingnya 2. Dia mengabaikan orang-orang di sekelilingnya

Kedua-dua ayat di atas betul.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1562 dan 1565.

30/06/2025Tatabahasa
101 Dalam penulisan bahan ilmiah seperti tesis dan manuskrip, adakah terma saintifik seperti in vivo, in vitro dan de novo perlu dicondongkan (italic)? Sekian, terima kasih.

Salam tuan yang budiman,

Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Huruf condong juga digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 153 dan hlm. 156 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 820.

Sekian, terima kasih.

30/06/2025Lain-lain
102 Persatuan kami akan menyambut ulang tahun yang ke-75 pada tahun ini. Carian saya mendapati istilah yang digunakan hanya Jubli Platinum untuk ulang tahun ke-70, jadi bagaimanakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk disesuaikan pada logo atau pada buku cendera mata ulang tahun ke-75 tersebutBerdasarkan maklumat yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana, perayaan jubli yang ada ialah jubli perak, jubli emas,  jubli intan dan jubli platinum. Oleh itu, untuk perayaan tahun selainnya, kami mencadangkan penggunaan tahun sambutan dikekalkan seperti Sambutan Ulang Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia Ke-75.30/06/2025Lain-lain
103 Salam sejahtera kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekalian, saya hendak bertanya soalan mengenai perihal perbezaan pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Melayu. Mengapakah pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Melayu kurang konsisten? Saya mendapati bahawa ada beberapa huruf yang dieja tanpa mengikut sebutannya sendiri seperti huruf "G" dieja sebagai huruf "J", huruf "C" dieja sebagai huruf "S" dan lain-lain. Adakah faktornya disebabkan oleh pengambilan secara terus daripada pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Inggeris? Mohon pihak DBP memberikan pernyataan yang jelas dan lengkap. Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut berhubung dengan tatacara ejaan bahasa Melayu yang betul boleh dirujuk melalui capaian https://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/ejaan.pdf 

30/06/2025Ejaan
104 ReductionismPadanan bahasa Melayu bagi istilah reductionism secara umumnya ialah reduksionisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.29/06/2025Istilah
105 Magical thinkingPadanan bahasa Melayu bagi istilah magical thinking ialah pemikiran magis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang psikologi.29/06/2025Istilah
106 Sekiranya dalam perbualan temu bual, ayat dalam perbualan tersebut dimulakan dengan perkataan "Seperti", contoh ayat "Seperti pelajar Islam menghormati pendapat agama lain." Sekiranya perbualan tersebut ditranskripkan dalam bentuk ayat penulisan, adakah struktur ayat tersebut berada dalam status yang betul atau salah?Ayat tersebut betul apabila ditranskripsikan. 29/06/2025Tatabahasa
107 YANG MANAKAH ISTILAH YANG TEPAT PERASMIAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH ATAU PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAHMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1828, kata "perasmian" merujuk kepada hal atau perbuatan merasmikan sesuatu: Beliau menyatakannya demikian selepas majlis perasmian Persidangan Persatuan Hartanah.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1234, kata "pelancaran" merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan: Syarikat Jepun itu mengumumkan pelancaran televisyen berteknologi tinggi yang terkini.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua frasa tersebut betul dan bergantung kepada konteks penggunaannya. 
27/06/2025Tatabahasa
108 EnmeshmentCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah enmeshment secara umumnya ialah keterikatan berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.26/06/2025Istilah
109 FRASA "BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT" ATAU "BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT", YANG MANA SATU LEBIH TEPAT?Frasa yang lebih tepat ialah berjaya di dunia dan di akhirat.  26/06/2025Tatabahasa
110 Process-Based TherapyPadanan bahasa Melayu bagi istilah process-based therapy ialah terapi berasaskan proses. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/06/2025Istilah
111 Kedaulatan Undang-Undang atau Kedaulatan Undang-undang? Kata ganda mana yang betul?Ejaan yang betul ialah "Kedaulatan Undang-undang". 25/06/2025Ejaan
112 KEOPIBerdasarkan penelitian dan penyemakan, perkataan keopi adalah perumian ejaan dalam bahasa Korea bagi istilah coffee dalam bahasa Inggeris atau kopi dalam bahasa Melayu.25/06/2025Penyemakan dan penterjemahan
113 Null

Tuan puteri ialah maksud khusus dalam bahasa Melayu klasik yang merujuk pada “anak perempuan kepada raja, sultan atau maharaja dan sebagainya”, manakala perkataan “tuan ratu” tiada penggunaan dalam bahasa Melayu.

25/06/2025Lain-lain
114 Salam sejahtera. adakah perkataan "keterlewatan" atau "keterlambatan" wujud di dalam kamus dewan bahasa melayu? jika tidak, apakah perkataan yang sebetulnya bagi menggantikan kata tersebut beserta contoh penggunaannya di dalam ayat. terima kasihSalam sejahtera.
Perkataan keterlewatan terdapat dalam Kamus Dewan Perdana. Keterlewatan bermaksud hal terlewat. Contoh: Dia sedar bukan salah Kak Long atau Ayah Cu atas keterlewatan menyampaikan berita tersebut. Perkataan keterlambatan belum dimasukkan dalam kamus. Walau bagaimanapun, aspek makna untuk perkataan keterlambatan boleh dirujuk seperti perkataan keterlewatan. Oleh itu, makna bagi keterlambatan ialah hal terlambat.
25/06/2025Makna
115 Mohon pencerahan padanan yang tepat bagi istilah bagi divert call. Adakah Panggilan Beralih? Contoh Tajuk: TATACARA MENGAKTIFKAN DAN MENYAHAKTIFKAN FUNGSI PANGGILAN BERALIH/ DIVERT CALL TELEFON PEJABATCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah call divert secara umumnya ialah pengalihan panggilan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/06/2025Istilah
116 Adakah wujud perkataan "limitasi" dalam istilah bahasa melayu?Perkataan limitasi belum pernah terakam dalam mana-mana kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan istilah pembatasan atau pengehadan sebagai padanan bagi istilah limitation.24/06/2025Penyemakan dan penterjemahan
117 1) Lukisan itu cantik-cantik belaka. 2) Lukisan itu cantik belaka. 3) Lukisan-lukisan itu cantik belaka. Ayat manakah betul?

Ayat yang betul ialah “Lukisan itu cantik-cantik belaka.”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata adjektif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 225-247.

24/06/2025Tatabahasa
118 Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar phD daripada UKM Tajuk kajian saya adalah PENGARUH MODAL SOSIAL TERHADAP KEBOLEHUPAYAAN PEKEBUN KECIL SAWIT PERSENDIRIAN KELAB 30 TAN DI NEGERI JOHOR, MALAYSIA. Term kebolehupayaan adalah terjemahan daripada tinjauan literatur saya dalam konsep Capability/Capabilities. Dalam DBP hanya keupayaan adalah istilah rasmi (iaitu merujuk ability dalam Bahasa Inggeris) manakala kebolehupayaan wujud dalam istilah MABBIM soalan saya untuk tajuk tesis yang rasmi 1. Adakah saya perlu menukar term kepada keupayaan (istilah rasmi) atau 2. Adakah saya boleh menggunakan term kebolehupayaan mengikut istilah MABBIM terima kasihBerdasarkan semakan, istilah ability dan capability boleh dipadankan dengan istilah bahasa Melayu "kebolehan" dan "keupayaan" secara boleh ganti. Manakala, istilah "kebolehupayaan" pula tidak terakam dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa dan Pustaka serta tidak mempunyai takrifan tersendiri. Pihak kami mencadangkan padanan bagi istilah capability dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah keupayaan, kemampuan, kebolehan atau kesanggupan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.24/06/2025Istilah
119 Persoalan saya disini, Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu , ‘STOR UTAMA MID VALLEYkerna kami ingin teks di kedua tempat adalah sama.

Untuk pertanyaan berkenaan permohonan iklan, sila hantar aduan melalui Sistem DBP Sah Bahasa atau hubungi talian 03-21479100/03-21479200.

24/06/2025Lain-lain
120 Adakah terdapat atau wujud perkataan Peredaan? Jika ya, adakah ia merujuk perkataan sama dengan reda atau meredakan?

“Peredaan” membawa maksud hal atau perbuatan meredakan, manakala “reda” dan “meredakan” membawa maksud berkenaan seseorang menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1837.

24/06/2025Tatabahasa
121 adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa. Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: 
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. 
23/06/2025Tatabahasa
122 ungkapan”, "Bahasa” “sebutan lidah
Persoalan ini telah diberikan maklum balas melalui e-mel.
23/06/2025Lain-lain
123 Ejaan perkataan lelah dan lesap dalam tulisan jawi

Ejaan perkataan “lelah” dan “lesap” dalam tulisan Jawi adalah seperti yang berikut:

للـه (lelah)

لسڤ (lesap)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1282 dan 1311.

23/06/2025Ejaan
124 Adakah aktiviti / pertandingan mewarna boleh dikategorikan sebagai sukan?
Definisi sukan yang dirakam oleh Kamus Pelajar edisi kedua ialah segala jenis latihan gerak badan dan permainan (seperti bola sepak, be­renang) yang memerlukan tenaga dan ketangkasan.

Aktiviti mewarna lebih tepat dikatakan sebagai aktiviti seni atau rekreasi berbanding sukan. Pun begitu, dalam konteks tertentu seperti pertandingan mewarna atau sebagai terapi untuk peserta, ia boleh dianggap sebagai aktiviti sokongan kepada sukan.


22/06/2025Lain-lain
125 ConsolidationPadanan bahasa Melayu bagi istilah consolidation secara umumnya ialah konsolidasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.21/06/2025Lain-lain
126 Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris <u><i>try and error</i></u>?Istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris ialah trial and error. Padanan bahasa Melayu bagi istilah trial and error ialah cuba-cuba. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.21/06/2025Istilah
127 Latent Class AnalysisPadanan bahasa Melayu bagi istilah latent class analysis ialah analisis kelas pendam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.21/06/2025Istilah
128 Apakah perbezaan materai dan meterai? Serta perkataan manakah yang boleh digunakan bagi konteks sihir/magik? Sebagai contoh ayat: The seal was broken by the witch! Contoh terjemahannya: Meterai/Materai tersebut telah dipecahkan oleh ahli sihir itu!Perbezaan materai dan meterai adalah sebagai variasi ejaan. Ejaan yang baku ialah METERAI.

Panduan penterjemahan boleh dirujuk dengan institusi yang menawarkan khidmat terjemahan, iaitu dengan menghubungi:

i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

          atau

ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

20/06/2025Istilah
129 Salam sejahtera. Antara berikut, yang mana lebih tepat digunakan dalam ayat? Mengapa? 1. Saya dan ibu bapa / Ibu bapa dan saya 2. Saya dan Fatimah / Fatimah dan saya

Keempat-empat contoh yang diberikan boleh digunakan.

20/06/2025Tatabahasa
130 Canva perlu italic atau tidak? Candy Crush perlu italic atau tidak

Salam tuan yang budiman,

Perkataan Canva dan Candy Crush tidak perlu diitalikkan kerana merupakan kata nama khas bagi nama aplikasi.

Sekian, terima kasih.

20/06/2025Lain-lain
131 CanvaCanva tidak perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu ataupun ditulis dengan huruf condong kerana perkataan ini merupakan kata nama khas.20/06/2025Istilah
132 Saya seorang mahasiswa yang ingin menghantar puisi saya untuk diterbitkan ke dalam majalah DBP. Boleh saya tahu, Majalah yang mana patut saya hubungi?

Salam puan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan YBrs. Dr. Rosmani binti Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah melalui nombor telefon 03-21479449 atau e-mel kepada ros_omar@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.

20/06/2025Karya
133 Saya dengan hormat sekali ingin bertanya jika Germany = Jerman, mengapakah dalam Istilah BM Germanic menjadi Germanik dan bukan Jermanik? Juga adakah salah jika "Germanic languages" diterjemahkan sebagai "Bahasa-bahasa Jerman" kerana Jerman dan Germanik berbeza?

"Jerman" dan "Germanik" memang berbeza - yang pertama merujuk negara, yang kedua merujuk rumpun linguistik/budaya yang lebih luas.

"Germanik" dicadangkan istilah yang tepat untuk merujuk kepada kelompok linguistik, budaya, atau sejarah yang lebih luas, manakala "Jerman" merujuk khusus kepada negara Jerman atau bahasa Jerman.

Menterjemahkan "Germanic languages" sebagai "Bahasa-bahasa Jerman" adalah kurang tepat kerana mengecilkan skop kelompok bahasa Germanik. Istilah yang betul ialah "Bahasa-bahasa Germanik". Ini mencerminkan kelompok bahasa yang berkongsi asal-usul linguistik yang sama dari cabang Indo-Eropah, seperti yang ditakrifkan dalam ilmu linguistik.

Sebagai misalan:

Bahasa Jerman (Deutsch) adalah salah satu bahasa dalam keluarga Germanik.

Bahasa Inggeris, walaupun digunakan di negara yang tidak berkaitan dengan Jerman, juga merupakan bahasa Germanik kerana asal-usulnya dari suku-suku Anglo-Saxon yang merupakan sebahagian daripada kelompok Germanik.

20/06/2025Penyemakan dan penterjemahan
134 PEKELILINGKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan surat pekeliling sebagai surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu). Istilah pekeliling dalam bidang sejarah pula membawa maksud pengumuman iklan atau arahan rasmi yang bercetak dan diedarkan untuk pengetahuan umum. Perkataan pekeliling boleh diguna pakai secara dalaman untuk sesuatu organisasi.19/06/2025Penyemakan dan penterjemahan
135 Manakah satu antara dua ayat berikut yang betul? 1. Pertemuan dengan pempimpin dari negara lain 2. Pertemuan dengan pemimpin dari negara-negara lain Adakah perkataannegaraperlu digandakan? Adakah perkataannegarajuga membawa maksud jamak tanpa perlu digandakan?

Kedua- dua ayat tersebut betul. Perkataan negara boleh juga membawa maksud jamak.

19/06/2025Tatabahasa
136 Adakah perkataan serabut mengandungi imbuhan sisipan? Adakah kata dasarnya sabut?

Serabut merupakan kata yang mengandungi sisipan -er-  daripada perkataan sabut.

Secara umumnya, pembentukan sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 237-239 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1924 dan 2062.

18/06/2025Tatabahasa
137 Betulkah penggunaan perkataan daripada bagi ayat berikut? Kegiatan-kegiatan ini diadakan untuk semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga warga emas.Ayat yang betul ialah "Kegiatan ini diadakan untuk semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak sehingga warga emas."17/06/2025Lain-lain
138 Assalamualaikum, tuan. Ayat 1. Adik membantu guru mengambil barang di bilik sukan. Ayat 2. Adik membantu guru mengambil barang dari bilik sukan. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasihKedua-dua ayat tersebut betul. 17/06/2025Tatabahasa
139 Apakah ejaan yang betul untuk nama ikan bandaraya? ikan bandar raya atau bandaraya?

Ejaan yang betul ialah ikan bandar raya. Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 804.

17/06/2025Ejaan
140 Apakah terma yang paling sesuai bagi "career stagnation" dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah career stagnation ialah gencat kerjaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/06/2025Istilah
141 Null

Penulisan masa yang betul ialah 8.00 pagi.

Walau bagaimanapun, penggunaan titik bertindih digunakan bagi merujuk waktu penerbangan, ketenteraan, navigasi dan perniagaan, iaitu 8:00 (8.00 pagi), 14:00 (2.00 petang) dan sebagainya.
16/06/2025Lain-lain
142 psychological fixationCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah psychological fixation ialah penetapan psikologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/06/2025Istilah
143 Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan istilah untuk perkataanlocalizationdalam konteks perisian atau kandungan digital. Adakahpenglokalanboleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu yang sah? Atau adakahpenyetempatanlebih tepat menurut takrif DBP? Contoh ayat: 1. “Localization is more than just translationit includes adapting visuals, currency, and even cultural tone.” 2. 1. Google Play Developer Console: “Improve your apps reach by adding localization for app listings in different languages.” Saya mohon panduan istilah yang sesuai digunakan dalam penulisan teknikal dan dokumentasi rasmi. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah localisation secara umumnya ialah penyetempatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/06/2025Istilah
144 Dark triadCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah dark triad ialah triad gelap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.15/06/2025Istilah
145 Ayat mana yang betul : Mereka bergambar sebagai kenangan di Tokong Ular. Atau Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenangan. Jawapan yang betul ialah "Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenang-kenangan."15/06/2025Lain-lain
146 Ada perkataan" alunai" dalam bahasa Malaysia? Apa maksud perkataan ini? Kata alunai masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaan sesuatu kata itu oleh masyarakat.15/06/2025Makna
147 DistressPadanan bahasa Melayu bagi istilah distress secara umumnya ialah distres. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan.15/06/2025Istilah
148 EustressPadanan bahasa Melayu bagi istilah eustress secara umumnya ialah eustres. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan.15/06/2025Istilah
149 Adakah istilah "cenderahati" ditulis rapat atau ditulis jarak?Ejaan “cenderahati” ditulis rapat.15/06/2025Tatabahasa
150 Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan.

Kedua-dua perkataan yang menerima imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja pasif.

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis, dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.

Kata kerja yang dibentuk dengan awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:

  1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
  2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.

Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan –kan.

Contoh apitan di-...-kan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya.
  2. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya.
  3. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202.

15/06/2025Tatabahasa
151 betulkan pemahaman saya, perkataan resmi merupakan sifat semula jadi manakala perkataan rasmi membawa maksud sesuatu yang disahkan oleh kerajaan?​Assalamualaikum, 

Ya, pemahaman puan tentang maksud resmi dan rasmi adalah betul. 

Perkataan resmi (kata nama) bermaksud sifat semula jadi bagi seseorang atau sesuatu (Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 1871).

Perkataan rasmi (kata adjektif) bermaksud disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yang bertanggungjawab, atau oleh seseorang tentang sesuatu yang berkait dengan dirinya (Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 1828).


Terima kasih.
14/06/2025Makna
152 Apakah penggunaan akronim yang betul untuk nama bahagian di bawah dalam versi bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI): Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat

Akronim ialah bentuk gabungan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai suatu perkataan. Contohnya, RISDA, MARA, FELDA.

Akronim boleh dieja sama ada dalam bentuk huruf besar ataupun huruf kecil bergantung pada beberapa ciri tertentu. Ada dua jenis akronim, iaitu akronim nama khas dan akronim umum. Kedua-duanya tidak menggunakan noktah.

Akronim nama khas terbahagi kepada tiga bentuk, seperti yang berikut:

  1. Akronim yang dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata, contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri).
  2. Akronim yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata atau huruf awal sesuatu rangkai kata, contohnya, Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara).
  3. Akronim yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata, contohnya, Bernama (Berita Nasional Malaysia).

Akronim umum pula terbentuk melalui cantuman suku kata awal atau beberapa huruf suku kata awal perkataan. Kata akronim umum ditulis dalam huruf kecil. Contohnya, jentolak (jentera tolak), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar) dan tadika (taman didikan kanak-kanak).

Singkatan pula berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih, dan tidak bertaraf kata, contohnya, UPM (Universiti Putera Malaysia),  KL (Kuala Lumpur), JKR (Jabatan Kerja Raya), PDRM (Polis Diraja Malaysia), PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

Merujuk pada nama Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat yang diajukan oleh pihak tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak membuat penetapan, sama ada penggunaan singkatan atau akronim bagi nama tersebut. Tuan boleh menggunakan singkatan BDTM ataupun membentuk akronim berdasarkan kaedah/jenis akronim yang dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 169  dan  laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ .



13/06/2025Tatabahasa
153 Saya mohon istilah yang sesuai untuk kategori sekolah yang telah mencapai lebih 100 tahun. Adakah istilah Jubli Abad atau Jubli Centennial sesuai digunakan?

Perkataan "jubli" bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 915. Berdasarkan rujukan dan carian kami, "Jubli Abad" atau "Jubli Centennial" tiada dalam maklumat kami. Hanya empat jubli yang ditemui, iaitu "jubli perak" (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), "jubli emas" (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), "jubli intan" (perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh atau kadang-kadang ketujuh puluh lima) dan "jubli platinum" (perayaan memperingati ulang tahun yang ketujuh puluh). Cadangan yang boleh diberikan dalam konteks perayaan untuk memperingati ulang tahun ke-100 ialah "Sambutan Ulang Tahun Sekolah ke-100 Tahun"

13/06/2025Istilah
154 Bagi surat rasmi kepada CEO yg bergelar Dr. Apakah gelaran sapaan serta isi surat?

Gelaran yang sesuai digunakan ialah “Yang Berusaha/YBrs.”. Tuan/puan juga boleh merujuk contoh penulisan surat rasmi dalam buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016) atau rujukan lain yang berkaitan.

12/06/2025Tatabahasa
155 Salam, ayat yang manakah betul? 1. Antara berikut, yang manakah nombor perdana? 2. Antara yang berikut, yang manakah nombor perdana? 3. Antara nombor berikut, yang manakah nombor perdana? Mohon terangkan penggunaan kata hubung yang dalam suatu ayat. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Antara nombor yang berikut, yang mana satukah nombor perdana?”

Kata Hubung tergolong di bawah kata tugas yang berfungsi sebagai penyambung ayat. Kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.  Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 249 - 254.

12/06/2025Tatabahasa
156 Apakah perkataan bahasa Melayu bagi Embodied Intelligence Robotic Sector. Adakah Kecerdasan Terwujud atau Kecerdasan berbentuk fizikal? Cadangan terjemahan Embodied Intelligence Robotic Sector dalam bahasa Melayu ialah Kecerdasan Terkandung12/06/2025Penyemakan dan penterjemahan
157 Apakah panggilan hormat bagi pegawai di jabatan pendidikan negeri dan pegawai di pejabat pendidikan daerah?Lazimnya panggilan hormat yang digunakan ialah tuan/puan. Walau bagaimanapun, pihak tuan haruslah merujuk kepada organisasi tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. 12/06/2025Lain-lain
158 Salam sejahtera tuan dan puan. Saya ingin bertanyakan beberapa jenis soalan tentang pola ayat. Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan kepada saya? 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. Pola Ayat: FN + FK atau FN + FS? 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. Pola Ayat: FN + FA atau FN + FK? 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. Pola Ayat: FN + FK? Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan tentang jawaban kepada saya? Saya ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut.

 

1.      Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. (FN + FS)

 

       Abang saya berasal – FN

       dari Kuala Lumpur – FS

 

 

2.      Saya suka melukis gambar pemandangan. (FN + FK)

 

       Saya – FN

       suka melukis gambar pemandangan – FK

 

3.      Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. (FN + FS)

  

Cahaya – FN

        dari rumah itu hanya melalui lampu minyak – FS

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut:

(i)    Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 431 – 440

(ii)   Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Binaan Ayat (DBP, 2015)

(iii)  Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 1 – 3 (DBP, 2016)

12/06/2025Tatabahasa
159 Depth therapyCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah depth therapy ialah terapi mendalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.12/06/2025Istilah
160 Surface therapyCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah surface therapy ialah terapi permukaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.12/06/2025Istilah
161 Adakah susunan ayat ini betul (telah terlebih dahulu dihantar untuk semakan)

Ayat yang lebih sesuai adalah “… telah dihantar untuk semakan”.

 

11/06/2025Tatabahasa
162 EJAAN RANCANGAN DALAM TULISAN JAWIEjaan Jawi bagi perkataan "RANCANGAN" ialah "رانچڠن".11/06/2025Lain-lain
163 Saya sedang menyiapkan sebuah buku untuk bacaan umum. Tajuk buku saya ialah KAU NAK APER? Soalan saya, adakah menjadi kesalahan dalam penulisan tajuk sedemikian kerana hasrat saya untuk menarik pembaca berdasarkan tajuk yang sedikit berlainan.

Dalam penghasilan karya kreatif, penulis diberikan "kebebasan" untuk berkarya. Walau bagaimanapun, penulis disarankan agar menggunakan bahasa yang baik dan betul supaya dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.

Pihak kami tidak menggalakkan penggunaan tajuk Kau Nak Aper? kerana tidak gramatis dan terdapat kesalahan ejaan pada perkataan dalam tajuk tersebut. 
11/06/2025Tatabahasa
164 Adakah tajuk ceramah/syarahan/ucapan memerlukan tanda petik? Contohnya ceramah "Motivasi Kekeluargaan".

Tanda petik (" ") digunakan sebagai penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung, penanda yang mengapit judul yang digunakan dalam ayat, dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus.

Oleh yang demikian, tajuk ceramah tersebut tidak memerlukan tanda petik, kecuali tajuk ini dimuatkan dalam ayat, seperti contoh yang berikut:
Ceramah “Motivasi Kekeluargaan” akan diadakan pada 11 Jun 2026 di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125.

10/06/2025Tatabahasa
165 Saya ingin tanya berkenaan dengan bahasa rumi kepada Jawi untuk kegunaan di negeri-negeri yang memerlukan guna perkataan jawi. 1. HIGHER EDUCATION TOURS 2. JELAJAH PENDIDIKAN TINGGIDalam konteks tersebut, kami mencadangkan hanya "Jelajah Pendidikan Tinggi" dijawikan kepada جلاجه ڨنديديقن تيڠݢي . Penggunaan teks bahasa Inggeris Higher Eucation Tours boleh dikekalkan bersama dengan teks Rumi/Jawi tetapi kedudukannya di bawah teks Rumi/Jawi.10/06/2025Ejaan
166 Terjemah sesuai untuk "Liquid Glass". Liquid Glass is translucent material reflects and refracts its surroundings, while dynamically transforming to help bring greater focus to content, delivering a new level of vitality across controls, navigation, app icons, widgets, and more.Padanan bahasa Melayu bagi istilah liquid glass ialah kaca cecair. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.10/06/2025Istilah
167 Assalamualaikum tuanSaya ingin bertanya, adakah singkatan atau kependekan yang bersifat huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN dan lain-lain boleh diiktiraf sebagai perkataan?Akronim dan singkatan boleh dianggap sebagai perkataan.                         10/06/2025Tatabahasa
168 flysheetPadanan bahasa Melayu bagi istilah flysheet secara umumnya ialah kajang tebar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang perubatan.09/06/2025Istilah
169 Apakah ejaan yang betul untuk ikan bandaraya? ikan bandar raya atau ikan bandaraya?

Ejaan yang betul ialah ikan bandar raya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 804.

09/06/2025Ejaan
170 DALAM SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA, NAIB PENGERUSI ATAU PENOLONG PENGERUSI YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN?

Tidak ada perbezaan yang ketara dari segi bahasa bagi penggunaan perkataan “Naib Pengerusi” dan “Penolong Pengerusi”. “Naib Pengerusi” bermaksud pembantu kepada pengerusi. Perkataan “penolong” pula digunakan di hadapan nama jawatan untuk menunjukkan gred yang lebih rendah daripada jawatan yang dinyatakan. Contohnya, Penolong Setiausaha. Perkataan “penolong” juga membawa maksud orang yang membantu ketuanya. Contoh penggunaannya, penolong ketua pengawas.

Perbezaan penggunaan nama jawatan dan hierarki jawatan tertakluk pada sesebuah organisasi atau pertubuhan yang menggunakannya. Walau bagaimanapun, perkataan “Naib Pengerusi” telah mantap penggunaannya dan digunakan secara meluas, namun penggunaannya haruslah bersesuaian dengan situasi dan hierarki, seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1513 dan 2393.

09/06/2025Lain-lain
171 Company saya mahu buat jualan gudang di shah alam, nak tahu macam mana untuk mendapatkan pengesahan bahasa Banner dan Bunting kami untuk jualan gudang dari pihak Dewan Bahasa dan Budaya? sila beritahu cara cara untuk permohonan.

Sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR AKAUN > AKTIFKAN AKAUN> DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik visual iklan mengikut format JPEG,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses.

Tuan akan menerima makluman "Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya". Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. 

09/06/2025Lain-lain
172 Saya faham tarikh bagi bulan yang sama tidak perlu diulang. Jadi, bagaimana penulisan tarikh di dalam surat bagi bulan yang berbeza ? Pilihan seperti yang berikut: 1. 30 Jun 2025 hingga 4 Julai 2025 2. 30 Jun hingga 4 Julai 2025

Pada kelazimannya, tarikh pada tahun yang sama tidak perlu diulang tahunnya. Contohnya, 30 Jun hingga 4 Julai 2025 atau 30 Jun - 4 Julai 2025

09/06/2025Tatabahasa
173 Dalam acara itu, dia menjadi johan. Adakah ayat ini ayat songsang? Pendepanan keterangan?

Ayat "Dalam acara itu, dia menjadi johan." merupakan ayat songsang, dan berlaku pendepanan keterangan.

Ayat songsang merujuk kepada ayat yang susunan bahagian-bahagian utamanya tidak mengikut pola biasa, iaitu predikat didahului oleh unsur lain seperti keterangan, objek, atau pelengkap (Keterangan + Objek + Pelengkap).

Dalam susunan ayat songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 478 hingga 483.

09/06/2025Tatabahasa
174 Dewan Pelajar Januari 1985 - Disember 1985 Saya berhasrat untuk membeli majalah tersebut. Bagaimanakan caranya? Terima kasih.

Salam tuan budiman,

Untuk makluman, majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, Ujana DBP dan melalui portal DBP.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//

Sekian, terima kasih.

09/06/2025Lain-lain
175 Frasa manakah yang betul? "Bahasa Melayu" atau "bahasa Melayu"?

Kedua-dua frasa tersebut betul, namun harus digunakan bersesuaian dengan konteks ayat. Frasa Bahasa Melayu perlu menggunakan huruf besar pada pangkal setiap perkataan apabila merujuk kepada mata pelajaran, manakala frasa bahasa Melayu pula dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan bahasa, jika merujuk kepada nama bahasa.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2023), halaman 150.

08/06/2025Lain-lain
176 Patuh kepada arahan atau patuh pada arahan? Tolong jelaskan. Terima kasih

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan, manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan).

Oleh yang demikian, frasa yang betul ialah "patuh kepada arahan" kerana kata sendi nama hadir selepas kata adjektif perasaan. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 231 - 232  dan 272 - 274.

06/06/2025Tatabahasa
177 Ejaan manakah yang betul bagi perkataan "amoeba"? Adakah "ameba" atau "amoeba"? Menurut Kamus Dewan Perdana, ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan 'amoeba' ialah ameba.06/06/2025Lain-lain
178 Perkataan "Life Skills" dalam bahasa melayu "Kemahiran Hidup" atau "Kemahiran untuk hidup". Terima kasih.

Padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan “life skill” ialah kemahiran hidup.

06/06/2025Istilah
179 Saya Ada kedai Makan.. untuk Papan Tanda Dewan Bahasa Tidak luluskan Perkataan Sizzling Hot Pate.. Dewan Bahasa Minta tukar Kepada Masakan Panas Berdesir.. ADAKAH Ada Nama lain yg boleh di gunakan untuk Sizzling Hot Plate Yee Mee.. lagi Berkenaan Nasi Clay Pot diminta gunakan Nasi Belanga..

“Masakan panas berdesir” ialah terjemahan yang betul bagi “sizzling hot plate” dan “nasi belanga” ialah terjemahan yang betul bagi “nasi clay pot”.  “Sizzling hot plate yee mee” pula diterjemahkan sebagai “masakan yee mee panas berdesir”.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.

06/06/2025Makna
180 Adakah kedua-dua ayat ini betul: 'realiti dalam percintaan' dan 'realiti dalam cinta'.

Ayat pertama betul. Ayat kedua pula perlu dilengkapkan. Contohnya, “realiti dalam cinta abadi.”

06/06/2025Lain-lain
181 Penggunaan ejaan huruf besar atau huruf kecil TS,DR atau Ts, Dr dalam penulisan

Singkatan untuk gelaran Dr. atau Ts. hendaklah dieja dengan menggunakan huruf besar pada pangkal singkatan. Walau bagaimanapun, sekiranya singkatan tersebut digunakan pada tajuk yang keseluruhannya menggunakan huruf besar, maka singkatan tersebut juga perlu dieja dengan menggunakan huruf besar. (DR. dan TS.)


Sila rujuk buku
Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 114 dan 147-151.
05/06/2025Tatabahasa
182 Apakah padanan terjemahan untuk perkataan "Scammer"? Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah scammer secara umumnya ialah penipu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.05/06/2025Istilah
183 Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih.

Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”.

Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II,  2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama.

Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama.

Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157.

05/06/2025Lain-lain
184 Assalamualaikum tuanSaya ingin bertanya, adakah singkatan atau kependekan yang bersifat huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN dan lain-lain boleh diiktiraf sebagai perkataan?

Singkatan atau kependekan huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN boleh dianggap sebagai perkataan.

05/06/2025Lain-lain
185 Salam. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah perundangan bahasa Inggeris "right of attribution" yang membawa maksud hak seseorang untuk diiktiraf atau dikaitkan sebagai pencipta sesuatu karya hak milik intelektual? Adakah "hak pengiktirafan" boleh digunakan? Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah right of attribution secara umumnya ialah hak pengkarya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.04/06/2025Istilah
186 Jika bahasa inggeris nama produk diberi nama Curry Rice Cracker, apakah nama yang sesuai untuk bahasa melayu? Bolehkah saya guna Keropok Beras Kari atau saya perlu guna Keropok Beras Perasa Kari ?

Penggunaan perkataan yang sesuai ialah “Biskut Beras Perisa Kari”.

04/06/2025Tatabahasa
187 MOHON PENGESAHAN BAGI EJAAN PENGUAT KUASA ATAU PENGUATKUASA SAMA ADA DUA PERKATAAN ATAU SATU PERKATAAN. TERIMA KASIH

Ejaan yang betul ialah “penguat kuasa”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.

04/06/2025Tatabahasa
188 Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan.

Salam puan yang budiman,

Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:

1. Salinan lembut manuskrip.

2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

04/06/2025Karya
189 GranolaCadangan padanan bahasa Melayu bagi granola ialah granola. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.04/06/2025Istilah
190 Salam tuan, Apakah padanan yang bersesuaian untuk perkataan "surgical dressing" dalam konteks ayat seperti yang berikut: “harbourincludes supplying a person with shelter, food, drink, money or clothes; or, except by a person employed in a Government hospital, medicines, bandages, surgical dressings or any other form of aid to a person wounded; or arms, ammunition or means of conveyance, or assisting a person in any way to evade apprehension;" Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah surgical dressing ialah balutan pembedahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.04/06/2025Lain-lain
191 Memuat naik di akaun Facebook atau memuat naik melalui akaun Facebook? Mana satukah yang betul?Frasa yang betul ialah "Memuat naik melalui akaun Facebook". 04/06/2025Tatabahasa
192 Apakah padanan yang sesuai untuk "finless", tansirip?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah finless ialah tanpa sirip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/06/2025Istilah
193 Istilah sesuai bagi "hashmoji". Penerangan Hash Sign Emoji Meaning. An emoji version of the hash symbol (#), created via a variation selector.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah hashmoji ialah tanda pagar emoji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/06/2025Lain-lain
194 Apakah Maksud mengakas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan. Berikut ialah penjelasan ringkas berkenaan maksud perkataan tersebut.

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020), mengakas merupakan kata terbitan daripada akar kata kakas. Berdasarkan semakan yang telah kami jalankan, perkataan ini mempunyai homonim. Perincian takrifnya adalah seperti berikut:

kakas1 كاكس [kɑ•kɑs] ark kt lihat mengakas
mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] [psf: dikakas, kakas] ark kt memaksa (seseorang) melakukan sesuatu


kakas2 كاكس [kɑ•kɑs] Mn n garis-garis bekas kena kuku atau cakar binatang spt ayam, biasanya di atas tanah
mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] 1 ki Mn ktt bekerja keras tetapi hanya memperoleh hasil yg sedikit 2 Id kt (berkenaan ayam dsb) mencakar-cakar (tanah, pasir dll) utk mencari makanan


  Panduan:

homonim: dua kata atau lebih yg mempunyai ejaan dan sebutan yg sama tetapi berlainan makna, mis daki kotoran) dgn daki (panjat).

n: kata nama

kt: kata kerja transitif

ktt: kata kerja tak transitif

ark: arkaik

Mn: minang

ki: kiasan

Id: Indonesia

03/06/2025Makna
195 No. Permohonan 54874/2025 kenapa kena buang ayat PEMBERI PINJAM WANG BERLSEN sedangkan itu tajuk utama utk papan tanda tersebut. KPKT juga sudah maklum bahawa jangan ganggu ayat perkhidmatan kredit komuniti sahaja. Untuk tambahan ayat pemberi pinjam wang berlesen tiada masalah. Mohon beri kerjasama sebab saya dah telefon pejabat DBP banyak kali namun panggilan tidak pernah di angkat.

Kami ambil maklum tentang perkara tersebut. Iklan ini telah diluluskan.

03/06/2025Lain-lain
196 Penggunaan perkataan yang betul " Islamik kompetensi" atau "Kompetensi Islamik" Mohon mendapatkan penggunaan ayat yang betul bagi tajuk thesis. Terima Kasih

Penggunaan perkataan yang betul ialah “kompetensi islamik” atau “kemahiran islamik”, sekiranya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris, Islamic competency.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 844.

02/06/2025Penyemakan dan penterjemahan
197 Bagaimanakah saya boleh menterjemahkan "cherry-picking" ke dalam bahasa Melayu? Cadangan padanan bahasa Melayu bagi cherry-picking ialah pemilihan terbaik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.01/06/2025Istilah
198 Cyber-Enabled Crime (CEC)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Cyber-Enabled Crime (CEC) ialah Jenayah Berbantu Siber. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.31/05/2025Istilah
199 Cyber Dependant Crime (CDC)

Cadangan padanan bahasa Melayu bagi cyber dependant crime (CDC) ialah jenayah bergantung siber. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

31/05/2025Istilah
200 Salam sejahtera. Saya ada dua pernyataan. Harap tuan/puan dapat membantu saya. 1. Yang manakah betul? Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Perpaduan dan Bulan Akademik Peringkat Sekolah atau Majlis Peluncuran Sambutan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Perpaduan dan Bulan Akademik Peringkat Sekolah? 2. Boleh tuan/puan jelaskan penggunaan "serta"? Terima kasih. 1. Perkataan “peluncuran” merujuk kepada hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur. Manakala, perkataan “pelancaran” pula merujuk kepada perihal atau perbuatan melancarkan, iaitu memulakan sesuatu gerakan, rancangan dan sebagainya.

Penggunaan perkataan “pelancaran” dalam konteks di negara kita telah mantap dan mengikut kesesuaian makna. Manakala, penggunaan perkataan “peluncuran” tidak menjadi kebiasaan penggunaan di negara kita, namun boleh digunakan sebagai variasi penggunaan dalam konteks yang bersesuaian.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:
“Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Perpaduan dan Bulan Akademik Peringkat Sekolah.”


2. Kata hubung “serta” merupakan kata hubung gabungan, iaitu jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1234 dan 1367 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 251.

30/05/2025Tatabahasa


Kembali Ke Laman DBP
© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Reka Bentuk: Abu Bakar bin Haji Buyong, Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kembali Ke Laman DBP