Selamat Malam Selasa, 8 Apr 2025
Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) ialah Khidmat Nasihat berkaitan Bahasa, Sastera, Penerbitan, dan Korporat DBP.
Arkib Soalan
Kata Kunci Display virtual keyboard interface 
Tahun
Bulan
Klasifikasi Soalan (KS)


Terdapat 43352 rekod dijumpai.
Bil.SoalanJawapanTarikh SoalanKlasifikasi Soalan (KS)
Page size:
select
 43352 items in 217 pages
1 Adakah perkataan "Krisantimum" diterima sebagai istilah Bahasa Melayu bagi "Chrysanthemum"? Padanan bagi istilah chrysanthemum dalam bahasa Melayu ialah kekwa atau krisantemum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.07/04/2025Istilah
2 Assalamualaikum, Saya Siti Fairus dari Syarikat Fire Tech Engineering. Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas bantuan pihak DBP dalam mengesahkan ejaan beberapa perkataan rumi kepada jawi bagi projek pemasangan papantanda bagi projek PERKESO Kuantan sebelum ini. Saya ingin meminta bantuan sekali lagi untuk mengesahkan ejaan yang betul bagi perkataan seperti di bawah dalam tulisan JAWI: "SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA" Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan pihak tuan/puan.

Ejaan Jawi untuk "SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA" ialah
سبواه اڬينسي دباوه کمنترين سومبر ماءنسي

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan peralihan ejaan daripada Rumi kepada Jawi. Pihak kami hanya membantu menyemak perkataan Rumi yang telah dijawikan sahaja. 

Ejaan Jawi boleh dirujuk melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (DBP, 2016).

Namun, jika perkataan tersebut tiada, tuan boleh mengemukakan pertanyaan melalui Khidmat Nasihat DBP atau untuk pertanyaan yang ringkas, tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200. 

07/04/2025Lain-lain
3 Indeks Keterjaminan Makanan Multidimensi Mengikut Tahap Daerah Luar Bandar Di Malaysia. Sesuai?

Dari aspek tatabahasa, perlu dibuat pembetulan pada ejaan kata sendi nama di yang menggunakan huruf kecil.  - Indeks Keterjaminan Makanan Multidimensi Mengikut Tahap Daerah Luar Bandar di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tajuk tersebut perlulah sesuai dengan isi kandungan sama ada untuk buku, rencana, tesis dan sebagainya.

07/04/2025Tatabahasa
4 pengesahan - visual papan tanda perniagaan

1.   Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

05/04/2025Lain-lain
5 Pengesahan - visuan papan periniagaan

1.   Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

05/04/2025Lain-lain
6 Apakah terdapat kesalahan tatabahasa atau kekeliruan jika tajuk berikut dijadikan tajuk buku: "Bacaan Kebudayaan China". Buku ini menerangkan kebudayaan China dari pelbagai sudut, termasuk falsafah, kesusasteraan, adat resam dan sebagainya. Adakah "Buku Bacaan Kebudayaan China" lebih sesuai? Apakah terdapat istilah yang lebih sesuai bagi menerangkan erti bahan bacaan umum? Terima kasih
  1. Dari segi makna, Bacaan Kebudayaan China seperti membawa maksud “membaca adalah budaya masyarakat China”, dan tidak menggambarkan tentang buku yang menceritakan tentang kebudayaan negara China.
  2. Sekiranya penulisan buku ini berkisar pada kebudayaan China, pemilihan tajuk yang jelas dan gramatis perlu dibuat, bergantung pada kesesuaian kandungan buku dengan pemilihan tajuk. Contohnya, KEBUDAYAAN NEGARA CHINA, BUDAYA TRADISIONAL CHINA, SEJARAH DAN KEBUDAYAAN CHINA dan sebagainya. Perkataan “Buku” tidak sesuai dijadikan tajuk.
04/04/2025Lain-lain
7 Apakah pananan bagi "full body harness" yang merujuk perlindugan tubuh dalam bahasa Melayu?

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Sila berikan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sesuaikan mengikut konteks dalam bahasa Melayu.

03/04/2025Penyemakan dan penterjemahan
8 Boleh saya tahu, adakan istilah perubatan ini; RAPID SEQUENCE INDUCTION mempunyai terjemahan rasmi dalam bahasa melayu? Jika tiada, adakah wajar saya menggunakan terjemahan berikut; Induksi Urutan Pantas? atau kekal dlm bahasa inggeris? saya telah mencari di carian kata, tetapi tiada penemuan postif.Cadangan padanan bagi istilah rapid sequence induction dalam bahasa Melayu ialah induksi urutan cepat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.03/04/2025Istilah
9 Apakah perbezaan "bersedia" dan "menyediakan"?boleh memberikan contoh ayat
Perkataan “bersedia” bermaksud berada dalam keadaan mempersiapkan diri, rela atau sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:  
  1. Saya bersedia menggalas tugas yang diamanahkan.
  2. Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
  3. Dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.
  4. Fatimah bersedia membantunya.
Manakala, perkataan “menyediakan” bermaksud mengadakan atau menyiapkan sesuatu lebih awal untuk tujuan tertentu dan  memberikan sesuatu terlebih dahulu sebagai kemudahan, ganjaran dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
  1. Khairul Amir membantu ibunya menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
  2. Syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet di kawasan luar bandar.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1987.

02/04/2025Makna
10 Mana satu yang betul?: 1) Nabi Muhammad SAW dan Malaikat Jibril 2) nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibril

Jawapan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibrail

02/04/2025Ejaan
11 Apa perbezaan antarasilaturahimdengansilaturahmi”?Perkataan silaturahim dan silaturahmi tidak ada perbezaan makna. Kedua-duanya merujuk hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan, perkahwinan dan persaudaraan antara orang Islam. Walau bagaimanapun, dalam konteks yang rasmi, perkataan silaturahim digunakan berbanding dengan silaturahmi.02/04/2025Makna
12 Bagaimana nak mohon papan tanda lesen perniagaan.

Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk panduan yang telah dilampirkan.

02/04/2025Lain-lain
13 pengunaan secara sekataSila kemukakan soalan yang jelas supaya kami dapat memberikan jawapan yang tepat.01/04/2025Tatabahasa
14 Penggunaan secara sekataSila kemukakan soalan yang jelas supaya kami dapat memberikan jawapan yang tepat.01/04/2025Tatabahasa
15 Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang ejaan yang tepat untuk falsafah Confucianisme. Adakah Confucianisme atau Confusianisme? Dan adakah Confucias atau Confucius? Sekian. Ejaan yang tepat ialah Konfusianisme.28/03/2025Ejaan
16 Perkataan weeding process diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yang betul. Adakah proses pilih buang? Terima kasihCadangan padanan bagi istilah weeding process dalam bahasa Melayu ialah proses memilih buang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.28/03/2025Istilah
17 Chocolatey --> Coklate. Ingin tahu sama ada perkataan "Coklate" sah dalam kamus Dewan Bahasa.Selamat sejahtera VANESSA.

Sesuatu kata dapat diterima sebagai entri atau kata masukan yang sah dalam kamus bergantung pada faktor bilangan penutur bahasa Melayu yang menuturkan perkataan itu dan potensi perkembangan atau hayatnya dalam masyarakat. Statistik atau taburan kata ini dapat dibuktikan daripada data korpus bahasa Melayu.

Berdasarkan semakan data korpus, perkataan coklate belum wujud dalam pangkalan data korpus bahasa Melayu dan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
27/03/2025Lain-lain
18 senior leadership team. Cadangan terjemahan bagi frasa senior leadership team dalam bahasa Melayu ialah pasukan kepimpinan kanan.27/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
19 Adakah terdapat istilah khusus bagi "all sky camera"?
Selamat sejahtera NUR AZIZAH MOHAMED NAJIB,


Berdasarkan semakan pangkalan data istilah DBP, tiada padanan istilah all sky camera yang khusus. 
Ini mungkin disebabkan faktor kedapatan variasi istilah bahasa Inggeris berbeza yang lebih umum diketahui atau mantap dalam kalangan penggiat bidang yang berkaitan, oleh itu dicadangkan padanan kamera pengimejan langit bagi merujuk konsep istilah all-sky camera. Cadangan ini hasil merujuk kata pengimejan dalam Kamus Dewan Perdana Tahun 2020 (halaman 818) yang dihuraikan maknanya iaitu hal atau proses mengimejkan dan contoh penggunaan yang diberikan sebagai panduan ialah "Sabah akan mengadakan Bengkel Teleskop dan Pengimejan Angkasa peringkat negeri."


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
26/03/2025Istilah
20 Permohonan Sah Bahasa : Naiktaraf Laluan Pejalan Kaki di Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggaan bagi pelanggan baharu dan lihat panduan yang diberikan.

26/03/2025Lain-lain
21 Manakah yang betul: Masyarakat berbahasa Melayu atau masyarakat yang berbahasa Melayu?

Kedua-dua frasa “masyarakat berbahasa Melayu” dan “masyarakat yang berbahasa Melayu” tersebut betul dan perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

26/03/2025Tatabahasa
22 Yang mana betul? 1. Ayah memotong dahan pokok dengan gergaji di halaman rumah pada waktu pagi. 2.Ayah memotong dahan pokok di halaman rumah dengan gergaji pada waktu pagi. ​Mohon maaf, soalan tuan/puan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.26/03/2025Istilah
23 Bagaimana cara untuk saya dapatkan sijil pengesahan bahasa ya?

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

25/03/2025Lain-lain
24 Tuan/Puan bagi tandatangan pegawai yang menandatangani surat adakah pangkat diletakkan didalam kurungan @ diluar kurungan contoh : (ACP NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) @ (NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) ACP Mohon bantuan nasihat dari pihak Tuan/Puan.Sekian, terima kasih.

Amalan dalam penulisan surat rasmi, pada bahagian maklumat pengirim, pangkat ditulis penuh dan diletakkan di bawah nama individu.

 

Contoh:

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

(NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN)

Asisten Komisioner Polis

 

 

Untuk penggunaan pangkat dan ungkapan khusus dalam badan beruniform, pihak puan boleh merujuk jabatan tersebut untuk pengesahan. Pihak puan juga boleh merujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016), halaman 79.


25/03/2025Tatabahasa
25 Orang yang memperdaya dipanggil "pemperdaya" atau "pemerdaya"?Selamat sejahtera DHIYA,

Orang yang memperdaya dipanggil pemerdaya.
(Rujukan Kamus Dewan Perdana: 1680)


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
25/03/2025Ejaan
26 adakah perkataan burung kakak tua boleh dijadikan kata buat yang emmbawa maksud mengulang-ulang sesuatu tanpa kefahaman? seperti "Dia memburung kakak tua kalam-kalam saya"?Mohon nyatakan pertanyaan tuan dengan jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul. 24/03/2025Lain-lain
27 Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan seperti berikut: (1) Terjemahanlailahailallah”, Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. Adakah Allah diejaTuhanatautuhan”? (2) Adakah lafaz niat puasa berikut betul mengikut tatabahasa, “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala” (3) Mana satu yang betul, “Amalan sunat di bulan RamadanatauAmalan sunat pada bulan Ramadan”. Terima kasih. Penggunaan kata dan ayat yang betul:
1. Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. 
2. "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala" - Ayat ini betul.
3. Amalan sunat pada bulan Ramadan.
24/03/2025Tatabahasa
28 Adakah "macam" boleh digunakan untuk membawa maksud "seperti" dalam penulisan rasmi? Perkataan "macam" terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1374, namun dalam konteks penulisan rasmi, perkataan "macam" tidak sesuai digunakan. Perkataan yang sinonim dengan perkataan "macam" ialah "serupa", "bagai", "seperti" dan "umpama". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. 23/03/2025Tatabahasa
29 Pihak kami memohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi link g.form. Adakah ayat ini benar?

Ayat tersebut telah diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:

Pihak kami memohon kerjasama tuan untuk mengisi pautan Google Forms. 
23/03/2025Tatabahasa
30 Hal ini demikian kerana, atau Hal ini demikian kerana (tanpa koma)Tanda koma tidak perlu diletak selepas perkataan "kerana". Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 - 113.23/03/2025Tatabahasa
31 Ego dissolutionCadangan padanan bagi istilah ego dissolution dalam bahasa Melayu ialah pelunturan ego. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.23/03/2025Lain-lain
32 Soalan berdasarkan dokumen
Ayat yang betul ialah:

Ketam merah ialah spesies ketam yang hidup di kawasan terumbu di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

22/03/2025Tatabahasa
33 Adakah koma diperlukan selepas "Hal ini demikian" atau ayat ini boleh ditulis tanpa koma?Tanda koma berfungsi sebagai memisahkan penanda wacana yang hadir di hadapan ayat induk. Oleh itu, penggunaan tanda koma (,) perlu digunakan selepas "Hal ini demikian". Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 - 113.21/03/2025Tatabahasa
34 Boleh saya dapatkan terma yang tepat utk "anatomic pathology". adakah patologi anatomi ATAU patologi anatomik ATAU anatomik patologiCadangan padanan bagi istilah anatomic pathology dalam bahasa Melayu ialah patologi anatomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.21/03/2025Istilah
35 Mengapakah Hari Malaysia menggunakan huruf besar pada pangkal kata "hari", sedangkan hari Kebangsaan menggunakan huruf kecil?Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan merupakan kata nama khas. Kedua-dua nama ini perlu dieja dengan huruf besar.21/03/2025Tatabahasa
36 Selamat sejahtera, 3 ayat ini betul atau salah? 1. Apabila ibu bapa memberikan tugasan, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugasan mereka. 2. Semasa ibu bapa mendidik kita, dengarlah didikan mereka dengan teliti. 3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang reda. 3 ayat tersebut ialah ayat perintah atau ayat majmuk? terima kasih.
Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:
 
1. Apabila ibu bapa meminta kita untuk berbuat sesuatu, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugas yang diberikan. (ayat perintah: larangan)
 
2. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa yang bertujuan untuk mendidik kita. (ayat perintah - permintaan)
 
3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang terbuka.
(ayat perintah - permintaan)
 
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 432 - 575.
 
21/03/2025Tatabahasa
37 Apakah singkatan untuk terma alam sekitar, sosial dan tadbir urus

Setakat ini DBP tidak mempunyai panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan dalam bidang alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan singkatan, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP, 2023),  halaman 169 – 174.

20/03/2025Tatabahasa
38 Saya meminta pihak tuan/puan untuk menyemak bahasa dalam lampiran.

Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Pihak kami akan menyediakan sebut harga.

20/03/2025Lain-lain
39 NullCadangan padanan bagi istilah participatory mapping dalam bahasa Melayu ialah pemetaan pelibatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.19/03/2025Istilah
40 Null

1. Kata penguat yang berikut lewah penggunaannya:

a.  sungguh amat merdu

b.  sangat kurang sopan

c.  terlalu amat pedih

d.  sangat amat cerdik

e.  sungguh sangat penting

f.   sangat lama benar

 

2. Kata penguat yang betul adalah seperti yang berikut:

a.         a. sungguh merdu

    b. amat merdu

    c. kurang sopan

    d. terlalu pedih

    e. amat pedih

    f.  sangat cerdik

    g. amat cerdik

    h. sungguh penting

    i.  sangat penting

    j. lama benar

    k. sangat lama
  
    l. tersusun sekali

    
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 259 – 262.

19/03/2025Tatabahasa
41 menjejas atau menjejaskan yang tepat?Perkataan yang betul ialah "menjejaskan".19/03/2025Ejaan
42 Semak hatinya apabila dia gagal dalam pepriksaan akhir tahun. Ayat yang betul ialah "Susah hatinya apabila gagal dalam peperiksaan akhir tahun".19/03/2025Tatabahasa
43 NullTiada maklumat ditemukan bagi perkataan ranjat dalam bahasa Melayu. Perkataan ini tiada dalam Kamus Dewan Perdana dan Kamus Besar Bahasa Indonesia.18/03/2025Makna
44 Null

Ayat yang betul ialah:

Mata pelajaran ini berkaitan dengan pengetahuan tentang kemahiran, kecergasan dan kesihatan. Di sekolah rendah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mula diajar dari tahun satu hingga tahun enam manakala di sekolah menengah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mula diajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

18/03/2025Tatabahasa
45 Stabil kata adjektif atau kata kerja? Dalam buku panduan jawapan buku teks bahasa melayu tahun 5 mengatakan stabil ialah kata kerja aktif tak transitif. Betul ke?

Stabil ialah kata adjektif. Walau bagaimanapun, stabil juga merupakan kata kerja tak transitif. Oleh itu, perkataan stabil boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 225 – 247 dan 388  – 390.

18/03/2025Tatabahasa
46 Selamat sejahtera, ayat ini "Hobi saya ialah membaca" yang salah atau betul, jelaskan. Terima kasih.

Ayat “Hobi saya ialah membaca” tidak betul. Membaca merupakan kata kerja. Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama atau kata nama, tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 89, 90, 263, 264 dan 385.

18/03/2025Tatabahasa
47 Adakah variety dalam linguistik variasi atau varieti?Padanan bagi istilah variety (Linguistik) dalam bahasa Melayu ialah kelainan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.17/03/2025Istilah
48 Saya ingin bertanya.. apakah prosedur yang perlu Sy ikuti sekiranya pihak sekolah ingin menjemput pihak DBP untuk menjalankan aktiviti pelancaran nilam di sekolah.Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.17/03/2025Lain-lain
49 Rhotic (bahasa) patut dieja "rhotik" atau "rotik"?Selamat sejahtera HAZIQ FARUQI,

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1992) terbitan DBP telah menggariskan 70 kaedah penulisan kata serapan asing, termasuk bagi kata-kata Inggeris. 
​Kaedah yang ke-48 ialah kaedah menulis gugus konsonan Inggeris [rh] yang menjadi [r] untuk ejaan bahasa Melayu, iaitu seperti perkataan rhetoric dan rhythm. Penyesuaian ejaan bahasa Melayu kedua-kedua kata Inggeris ini adalah:

rhetoric  -  retorik
rhythm  -   ritma

Ejaan rhotic seharusnya diselaraskan menjadi rotik dalam bahasa Melayu.


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

MARDHIAH OTHMAN.
16/03/2025Ejaan
50 Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan.

Jawapan yang betul ialah:

1) Ali menurunkan almari dari lori.

2) Siti turun dari bas sekolah.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272.

16/03/2025Tatabahasa
51 Apakah terjemahan kepada Her Majesty The Queen Mother, Her Majesty The Queen Dowager dan Princess Consort? Apakah maksud Ampuan? Apakah perbezaan ejaan Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan?

1.            DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. atau  Institut Terjemahan Negara  (ITBM) pautan ada di laman utama KNDBP.

2.            Gelaran yang lengkap ialah tengku ampuan, iaitu gelaran yang dikurniakan kepada permaisuri sultan, yang berdarah raja. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2324]

3.            Yang Dipertuan ialah gelaran dalam penulisan sastera klasik merujuk pada raya yang memerintah sesebuah negeri. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521]

4.            Gelaran yang lengkap ialah Yang di-Pertuan Agong yang digunakan untuk merujuk pada Ketua Negara Malaysia atau Yang di-Pertuan Besar yang digunakan untuk merujuk pada ketua negeri, Negeri Sembilan. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521]
16/03/2025Lain-lain
52 Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai terjemahan bagi perkataan "Factory Outlet". Pihak tuan mencadangkan frasa "Barangan Terus Dari Kilang", tetapi ia terlalu panjang untuk papan tanda fasad kedai kami. Adakah terdapat pilihan lain yang lebih ringkas dalam bahasa Melayu yang masih membawa maksud yang sama? Jika ada, mohon cadangan pihak tuan. Terima kasih.

Setakat ini tiada sebarang perubahan terhadap padanan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi “Factory Outlet”. Cadangan padanan terjemahan “BARANGAN TERUS DARI KILANG” telah diselaraskan bagi semua iklan yang berkaitan.

14/03/2025Istilah
53 Inquiry on Event Planning for Corporate Client Dear DBP, My name is Mira Osman, and I am from the Operations team at Engage Life - a corporate wellness & engagement service provider. We would like to explore the possibility of partnering with you to arrange a Bahasa Day for one of our clients. The details are as follows: Date & time: TBC Agenda: To plan on games / challenges / quizzes / learning stations / talk / workshop that related to Bahasa Could you kindly provide us with a quotation for the event, fees, and any other relevant charges? Looking forward to your response! Thank you. Regards, Mira Osman Operations & Client Relationship Executive Engage Life Mobile: +60193405587Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.

Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghantarkan surat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
14/03/2025Lain-lain
54 Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dalam bahasa melayu yang sesuai untuk poster pertandingan memasak. Cook, Compete, Conquer berikan cadangan-cadangan dari pihak tuan/puan.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "Memasak, Bersaing, Menakluk" mengikut konteks dan konsep yang mahu diketengahkan.14/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
55 Adakah skema ayat berikut betul? 'Kenalah mendaftar bawah <nama produk>!' Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.14/03/2025Tatabahasa
56 Tolong semakan.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi:

i.     Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

 atau

ii.    Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

14/03/2025Lain-lain
57 skin barrierCadangan padanan bagi istilah skin barrier dalam bahasa Melayu ialah benteng kulit. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.13/03/2025Lain-lain
58 Apakah terjemahan istilah "Open and Distance Digital Education" ke dalam Bahasa Melayu.Cadangan terjemahan bagi frasa Open and Distance Digital Education dalam bahasa Melayu ialah Pendidikan Digital Terbuka dan Jarak Jauh.13/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
59 PENGESAHAN UNTUK PENENTUAN HUJUNG MINGGU PERTAMA BAGI NEGERI KELANTAN Mohon maaf, soalan yang diajukan tidak berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP.13/03/2025Lain-lain
60 Mohon semak ayat di bawah: 1. Cinta terhadap negara 2. prihatin terhadap Ali 3. rindukan ibu

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

1.  
Saya cinta akan negara.
2.   Saya prihatin terhadap Ali.
3.   Saya merindui ibu.


Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575.

13/03/2025Tatabahasa
61 Apakah ayat yang betul untuk menterjemah ayat "Fish Meat"? Daging Ikan atau Isi Ikan? Terima kasih

Terjemahan yang sesuai untuk Fish Meat ialah isi ikan.

13/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
62 Manakah yang betul, dan perbezaan antarapesolekdanpenyolek”?Salam sejahtera.

Kedua-dua perkataan tersebut betul dan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks. Pesolek ialah orang yang suka bersolek, manakala penyolek ialah orang yang menyolek seseorang.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Fauziah binti Hassan
13/03/2025Makna
63 Ali merupakan pengetua sekolah. Apakah pola ayat tersebut? Terima kasih kerana sudi menjawab.

Ayat "Ali merupakan pengetua sekolah." ialah pola ayat penyata dengan subjek dan predikat.

12/03/2025Tatabahasa
64 Salam.

Jawapan yang betul ialah “ialah milik” kerana kata “milik” merupakan kata nama dan mengikut rumus tatabahasa, kata pemeri hadir di hadapan kata nama. Walau bagaimanapun, kata pemeri “ialah” boleh digugurkan dalam pembentukan ayat kerana maksud ayat telah lengkap.

Contoh: Rumah itu milik Ahmad


12/03/2025Tatabahasa
65 Hujan tak hari ini?

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:

 

“Hujan tak hari ini?” ialah bahasa percakapan. Ayat yang betul ialah “Adakah hari ini hujan?”

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

12/03/2025Tatabahasa
66 Null

Untuk soalan 1 hingga 3 tidak terangkum dalam ruang lingkup tatabahasa Melayu. Soalan tersebut melibatkan faktor gelaran dalam institusi diraja. Tuan boleh merujuk pihak lain yang lebih berwibawa bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan bersesuaian.

Ministry of Foreign Affairs diterjemahkan sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri kerana nama khas ini telah mantap digunakan dalam konteks hubungan diplomasi. Dalam konteks rasmi dan hubungan antarabangsa, "negeri" boleh bermaksud negara yang berdaulat.

12/03/2025Lain-lain
67 Assalamualaikum, saya nak bertanya . Keturunan sebelah mak saya , yaitu kepada moyang saya ada gelaran Syed dan ada gelaran Syarifah . Tetapi moyang saya yang gelaran Syed nie berkahwin dengan orang biasa sehinggakan gelarannya dibuang . Kenapa boleh menyebabkan gelaran tu dibuang ya ?Mohon maaf, soalan yang diberikan tidak berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP.12/03/2025Lain-lain
68 Salam, Mohon penjelasan tentang kekeliruan penggunaan perkataan 'terpaling'. Ada 2 jawapan kontradik dalam laman DBP (pertanyaan/aduan). Jawapan pada 7/9/2014 adalah salah, manakala jawapan pada 21/7/2015 pula boleh. Terima kasih.

Penggunaan terpaling tidak boleh digunakan secara serentak kerana ter- dan paling tergolong dalam penanda darjah penghabisan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 244.

11/03/2025Tatabahasa
69 Salam..saya ingin bertanya, adakah sama-sama kata ganda?

Sama-sama bukan merupakan kata ganda. Sama-sama ialah kata adverba penggandaan penuh. Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 292.

11/03/2025Tatabahasa
70 Ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Kami mengadakan pertandingan untuk melihat layang-layang siapa yang terbang paling tinggi11/03/2025Tatabahasa
71 NOTIS DENGAN TINDAKAN: MENGADAKAN TONG SAMPAH JENIS MUDAH ALIH Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan pemantauan pegawai dan makluman dari konsesi kutipan sisa pepejal seliaan pihak Majlis mendapati, pengurusan sisa buangan dirumah sampah iaitu sisa domestik (sisa kantin) masih berulang dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini telah diingatkan melalui notis terdahulu berkaitan untuk mengadakan tong sisa dan mengasingkan lokasi antara sisa domestik (sisa kantin) dengan sisa asrama. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon dalam tempoh empat belas (14) hari untuk mengadakan tong sampah jenis mudah alih berkapasiti 1100liter untuk pengurusan kutipan sisa domestik (sisa kantin) sahaja oleh pihak Majlis dan menyemak semula perjanjian tuan dengan pihak kontraktor kebersihan sekolah yang perlu menguruskan baki sisa dari asrama untuk dilupuskan ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. 4. SILA AMBIL PERHATIAN, bagi melicinkan proses kutipan sisa pepejal di tempat tuan, pihak tuan kehendaki untuk mematuhi kehendak notis ini dan pihak Majlis boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan berhubung perkara tersebut. Kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Tiada soalan yang dikemukakan melalui platform ini.

Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Pihak kami akan menyediakan sebut harga.

11/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
72 Adakah ejaan negeri yang hadir sekali dengan nama negeri dieja; Negeri atau negeri Selangor?Ejaan yang betul ialah negeri Selangor. Penggunaan huruf besar hanya pada kata nama khas. Contohnya, Festival Membaca Peringkat Negeri Selangor.11/03/2025Ejaan
73 PENGGUNAAN ISTILAH SAMA ADA 1. CANSELERI (CHANCELLUntuk makluman tuan, istilah canseleri dan canselori terakam dalam Kamus Dewan Perdana, DBP. Walau bagaimanapun, istilah canseleri adalah yang lebih utama.10/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
74 Saya ingin tanya mengenai tatabahasa. Masak lemak cili api udang galah atau udang galah masak lemak cili api yang betul? ayam masak kicap atau masak kicap ayam

Frasa yang tepat ialah udang galah masak lemak cili api dan ayam masak kicap.

Dalam hukum tatabahasa D-M (diterangkan-menerangkan), bagi binaan inti-penerang, inti (unsur yang diterangkan) harus berada di hadapan penerang (unsur yang menerangkan inti.)

Dalam contoh yang diberikan, udang galah ialah unsur yang diterangkan, manakala masak lemak cili api ialah unsur yang menerangkan inti.

Begitu juga dengan ayam (unsur yang diterangkan), manakala masak kicap (unsur yang menerangkan inti.)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 531.

 

10/03/2025Tatabahasa
75 menterjemahkan BI ke BM:hot chilli creamy coconut paste = pes masak lemak cili padi. betul ke?Padanan bahasa Melayu untuk hot chilli creamy coconut paste ialah pes masak lemak cili padi10/03/2025Makna
76 Apakah penjodoh bilangan yang betul bagi kertas? Helai, keping atau lembar?

Penjodoh bilangan “helai”,  “keping” dan “lembar” boleh digunakan untuk kertas mengikut kesesuaian ayat.

10/03/2025Lain-lain
77 Patutkah "nabi" kedua ditulis "Nabi"?: Nabi Muhammad, nabi Allah dalam IslamSalam sejahtera, 

Perkataan nabi merupakan kata nama am dan lazimnya ditulis menggunakan huruf kecil. Walau bagaimanapun, perkataan nabi dieja menggunakan huruf besar sekiranya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW dan sekiranya diikuti oleh kata nama khas (orang) seperti Nabi Musa dan Nabi Nuh. 

Oleh yang demikian, perkataan nabi dalam ayat tersebut dieja menggunakan huruf besar - Nabi Muhammad, Nabi Allah dalam Islam​. (Rujuk Kamus Dewan Perdana, 2020:1510)

Terima kasih.
09/03/2025Ejaan
78 apakah Mohon kerjasama pihak puan untuk memberikan soalan yang lengkap untuk kami bantu.08/03/2025Lain-lain
79 tenaga boleh diperbaharu atau diperbaharuiIstilah yang betul ialah “tenaga boleh diperbaharui” berdasarkan Glosari Sains untuk sekolah (https://prpm.dbp.gov.my/). Walau bagaimanapun, apitan diper- ... -i dan memper- ...-i sebenarnya tidak begitu produktif. Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak begitu banyak. Apitan diper- ... -i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. [Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 217].08/03/2025Istilah
80 NullJawapan yang betul ialah “ialah milik” kerana perkataan “milik” merupakan kata nama. Mengikut rumus tatabahasa, kata pemeri hadir di hadapan kata nama. Walau bagaimanapun, kata pemeri “ialah” boleh digugurkan dalam pembentukan ayat kerana maksud ayat telah lengkap.


Contoh: Rumah yang besar dan cantik di tepi jalan itu milik Haji Salleh.
08/03/2025Tatabahasa
81 berapa halaman muka surat tentang "rekreasi" menurut dewan bahasa dan pustaka?Mohon maaf, soalan tuan kurang jelas dan tidak berkaitan dengan soalan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP.07/03/2025Lain-lain
82 Mohon pertanyaan berkenaan istilah "back series" dalam konteks ekonomi diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia bermaksud apa? Adakah "siri masa kebelakang" atau "siri masa terdahulu". sekian, terima kasih cth : Pada tahun 2025, En. Ali dimohon untuk menyelesaikan "back series" data ekonomi bermula 2024 sehingga 2020. Cadangan padanan bagi istilah back series dalam bahasa Melayu ialah siri terdahulu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.07/03/2025Istilah
83 PsychofinancialCadangan padanan bagi istilah psychofinancial dalam bahasa Melayu ialah psikokewangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.07/03/2025Istilah
84 Ali menanam beberapa ……. serai. Jawapannya pucuk atau rumpun?

Penjodoh bilangan yang betul bagi serai ialah rumpun.

07/03/2025Tatabahasa
85 Voice note dan voice messagePadanan bagi istilah voice note dalam bahasa Melayu ialah nota suara. Manakala padanan bagi istilah voice message dalam bahasa Melayu ialah pesanan suara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.06/03/2025Istilah
86 Null

Kata sendi nama “hingga” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Manakala “sehingga” bermaksud sampai menjadi atau sampai pada sesuatu keadaan. Namun adakalanya "hingga" juga membawa maksud "sehingga", iaitu sampai pada sesuatu keadaan atau masa. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan oleh tuan/puan, “hingga” dan “sehingga” boleh digunakan dalam kedua-dua konteks tersebut.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 284 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 775.

06/03/2025Tatabahasa
87 Hai penggunaan ayat yang betul ..Al sunah atau As sunah ? al atau as ?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2176, ejaan yang digunakan ialah as-sunnah yang diambil daripada kosa kata Arab. As-sunnah tiada dalam kosa kata bahasa Melayu.06/03/2025Ejaan
88 Istilah makanan retort wujudkah dalam kamus dewan?Untuk makluman tuan/puan, istilah retort wujud dalam bidang makanan dan pemakanan. Padanan bahasa Melayu bagi istilah retort ialah retort. 06/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
89 Null

Biasanya dalam jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi kewangan dan seumpamanya, penama yang menandatangani surat, mencatatkan namanya pada bahagian bawah tandatangannya menggunakan huruf besar yang diapit tanda kurung. Di bawah namanya, diturunkan gelaran jawatan rasmi.

Contoh:

Saya yang menjalankan amanah,

 

(ALI BIN ABU)
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
b.p. Ketua Pengarah

Gelaran seperti C.A(M), CPA hanya perlu diletakkan pada nama penghantar atau penerima surat sahaja.

Sila rujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi  (DBP, 2017), halaman 96.

06/03/2025Lain-lain
90 Apakah struktur ayat yang betul, Festival Mini Bercerita atau Mini Festival Bercerita?

Frasa yang betul ialah Festival Mini Bercerita.

06/03/2025Tatabahasa
91 sesaat bersama seabad terasa. sering saya lihat di majlis persaraan/perpisahan. apa maksud

“Sesaat bersama, seabad terasa” bermaksud walaupun baru sahaja bersama atau berkenalan, tetapi hubungan sangat akrab dan banyak kenangan dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, makna tersebut bergantung pada situasi atau latar sesuatu keadaan atau suasana.

06/03/2025Sastera
92 Consilience TheoryCadangan padanan bagi istilah Consilience Theory dalam bahasa Melayu ialah Teori Kekonsilienan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.05/03/2025Istilah
93 infodemicPadanan bagi istilah infodemic dalam bahasa Melayu ialah infodemik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.05/03/2025Istilah
94 antara kata kerja berikut iaitu MENAMBAK, MENIMBUN atau MENAMBUN, kata kerja yang manakah paling sesuai dan betul bagi ayat "kerja-kerja ~ tanah"?Mohon maaf, pertanyaan tuan/puan tidak lengkap dan tidak jelas untuk pihak kami memberikan jawapan yang diperlukan.04/03/2025Lain-lain
95 1. Adakah perkataan "leluhur" berasal daripada perkataan "luhur" atau leluhur itu sendiri merupakan bentuk "kata tunggal"? 2. Jika perkataan "leluhur berasal daripada perkataan "luhur", adakah perkataan ini menerima imbuhan apitan -el- ataupun mengalami proses penggandaan separa sehingga mengahsilka perkataan leluhur? Terima kasih.

Perkataan “leluhur” bermaksud nenek moyang, manakala perkataan “luhur” bermaksud (berkenaan sifat, cita-cita, budaya dan lain-lain) mulia dipandang tinggi.

Oleh demikian, perkataan “leluhur” bukan menerima imbuhan apitan -el- ataupun mengalami proses penggandaan separa, tetapi merupakan kata tunggal.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1285 dan 1361.

04/03/2025Makna
96 terjemahan The Beauty & the Beast - Si Cantik & Si Hodoh. Apakah terjemahan The Gingerbread Man?

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

04/03/2025Penyemakan dan penterjemahan
97 berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_<Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa.04/03/2025Lain-lain
98 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Saya ingin membuat pertanyaan mengenai penggunaan ayat menggunakan kata sendi samada mengguna DI atau KE bagi penggunaan perkataan DITUKARKAN dan DTEMPATKAN Contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut; 1. Pegawai ditukarkan DI DBP atau Pegawai ditukarkan KE BDP. 2. Pegawai ditempatkan DI DBP atau Pegawai ditempatkan KE DBP Harap dapat memberi pencerahan. terima kasih

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Ayat yang betul ialah “Pegawai ditukarkan ke DBP” dan “Pegawai ditempatkan di DBP”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-266.

04/03/2025Tatabahasa
99 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan Saya Asrin dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), agensi di bawah MITI. Kami ingin mendapatkan pandangan maksud Bribery and Corruption. Adakah kami boleh terjemahkan seperti berikut: Bribery: Suapan Corruption: Rasuah Untuk makluman, kami sedang dalam penyediaan survei BM untuk World Competitiveness Ranking (WCR) oleh IMD. Sekian, terima kasih.

Padanan bagi istilah bribery ialah sogokan dan corruption ialah rasuah. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2156 memberikan makna wang sogokan atau rasuah bagi entri suapan.

Mengambil kira padanan istilah yang sedia ada dan kekerapan penggunaan, kami mencadangkan padanan istilah bagi Bribery and Corruption ialah Sogokan dan Rasuah.

Penggunaan istilah ini perlulah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaan dalam ayat.

03/03/2025Istilah
100 Null

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Bagi pengguna kali pertama, sila daftar akaun pengguna terlebih dahulu. Panduan pengguna dan syarat pengesahan boleh dirujuk pada halaman utama laman sesawang tersebut.

Sebelum memohon pengesahan iklan, sila buat pembetulan yang berikut:

  1. Pinda kedudukan teks keterangan perniagaan di bahagian atas sebelah kiri visual, PEJABAT URUSAN
  2. Letak tanda koma NO. 19-1, JALAN ADENIUM 2G/8,
  3. Betulkan PUSAT PERNIAGAAN JALAN ADENIUM, BUKIT BERUNTUNG, 48200 RAWANG, SELANGOR.
03/03/2025Lain-lain
101 Selamat sejahtera bolehkah saya tulis panjang tangan-panjang tangan?

“Panjang tangan” merupakan sebahagian daripada peribahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, peribahasa “panjang tangan” tidak boleh digandakan menjadi “panjang tangan-panjang tangan.”

02/03/2025Tatabahasa
102 Mohon terjemahkan tema ini - Wildlife Conservation Finance: Investing in People and Planet.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi:

i.      Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

atau

ii.    Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

01/03/2025Lain-lain
103 Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya?Salam sejahtera saudara.

Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji. 
Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji.
Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji. 
01/03/2025Tatabahasa
104 Ada hidupan laut yang mati akibat pencemaran. Nyatakan bahagian subjek dan predikat?

“Ada hidupan laut” merupakan subjek, manakala “yang mati akibat pencemaran.” merupakan predikat. 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 431 – 483

27/02/2025Lain-lain
105 adakah wujud istilah suai manfaat? apakah yang dimaksudkan dengan suai manfaat? jika wujud bagaimana ejaan yang tepat, sama ada "suaimanfaat"atau "suai manfaat"?Padanan bagi istilah expedient dalam bahasa Melayu ialah suai manfaat. Takrifan untuk istilah ini dalam bidang sejarah ialah sifat sesuatu rencana atau rancangan atau gagasan yang tepat, sesuai dan bermanfaat untuk dilaksanakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.27/02/2025Istilah
106 Apakah ejaan yg sesuai pokok spesies Cynometra cauliflora ini: namnam atau nam-nam?Padanan bagi istilah cynometra cauliflora dalam bahasa Melayu ialah nam-nam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.26/02/2025Istilah
107 Apakah kaedah yang betul bagi perkataan2 ini: Naik taraf atau naiktaraf Menaik taraf atau menaiktaraf Lalu lintas atau lalulintas

Ejaan yang betul ialah “naik taraf”, “menaik taraf” dan “lalu lintas”.

Untuk merujuk ejaan betul, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).

26/02/2025Tatabahasa
108 kenapa barangkali dieja rapat tetapi sering kali tidak dieja rapat​Kata “barangkali” ialah golongan kata hubung dan dieja rapat, manakala kata “sering kali” yang dieja terpisah ialah kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 72 – 75 dan 289.

26/02/2025Ejaan
109 Mohon semakan ejaan perkataan seperti di lampiran

1. KERAJAAN NEGERI PERLIS

2. SIDANG MEDIA

3. PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS

Ejaan tersebut adalah betul. 
26/02/2025Ejaan
110 Mohon semakan ejaan jawi bagi tulisan seperti di lampiran
Ejaan Jawi bagi soalan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

1. KERAJAAN NEGERI PERLIS
کراجاءن نڬري ڤرليس

2. SIDANG MEDIA
سيدڠ ميديا

3. PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS
 ڤجابت اهلي مجليس مشوارت کراجاءن نڬري ڤرليس

 
26/02/2025Ejaan
111 Mana yang betul? Segan silu atau segan-silu?Ejaan yang betul ialah segan silu26/02/2025Ejaan
112 Bagaimana nak jawikan perkataan bahasa inggeris 'sold out'?Ejaan Jawi "sold out" ialah سول د اءوت25/02/2025Ejaan
113 Apakah terma dalam bahasa Malaysia yang paling sesuai dengan terma "education disengagement"? Cadangan padanan bagi istilah education disengagement dalam bahasa Melayu ialah pengunduran pendidikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/02/2025Istilah
114 Null
Selamat sejahtera NURULHUDHA OMAR.

Perincian tentang sistem ejaan Rumi boleh dirujuk dalam bahan rujukan sahih, antaranya:

(i)  Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia
(ii) Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi)
(iii) Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu
(iv) Tatabahasa Dewan
(v)  Kamus Dewan Perdana
(vi)  Dewan Edisi Keempat.

Berpandukan rujukan di atas, ejaan tuhan atau Tuhan dalam huraian makna Kamus Dewan Edisi Keempat - Tuhan ialah ejaan betul.
Kalimah lailahailallah ialah kalimah tauhid yang merujuk kepada Allah SWT. Erti kalimah tauhid ini ialah tiada Tuhan (yg disembah) melainkan Allah.


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
25/02/2025Ejaan
115 Apakah maksud istilah "print screen"?Padanan bagi istilah print screen dalam bahasa Melayu ialah cetak skrin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/02/2025Istilah
116 Salam. Apakah istilah yang digunakan untuk Precision Public Health?Padanan bagi istilah precision public health dalam bahasa Melayu ialah kesihatan awam jitu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/02/2025Istilah
117 Apakah terjemahan yang sesuai untuk Hokkaido Melon Flavour dalam Bahasa Melayu?

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com


25/02/2025Lain-lain
118 Apakah terjemahan yang sesuai untuk French Vanilla Flavour dalam Bahasa Melayu?

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

25/02/2025Penyemakan dan penterjemahan
119 Selamat sejahtera tuan, saya ingin tanya adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan? Wang simpanan Ali sudah cukup hendak membeli sebuah rumah kedai.

Ayat yang betul ialah “Wang simpanan Ali sudah cukup untuk membeli sebuah rumah kedai.”

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

25/02/2025Tatabahasa
120 Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk sukan Pickleball?Padanan bagi istilah pickleball dalam bahasa Melayu ialah bola pikel. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.24/02/2025Istilah
121 Null1. Hari Guru ialah kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
2. Hari Wesak, Hari Krismas, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan dan lain-lain merupakan kata nama khas yang perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
3. Buku rujukan terbitan DBP yang dicadangkan ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) dan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023).
24/02/2025Tatabahasa
122 Bolehkah kita menyimpulkan bahawaialahjuga boleh diikutikata kerja”? Penggunaan kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama. Kata pemeri “ialah” tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. 
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263 - 264

23/02/2025Lain-lain
123 Adakah mengada-adakan dikategorikan sebagai kata terbitan walaupun dalam bentuk kata ganda?

Kata “mengada-adakan” merupakan bentuk kata ganda dan boleh juga dikategorikan sebagai kata terbitan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 67 - 72 (Bentuk Kata Terbitan) dan halaman 76 - 79 (Bentuk Kata Ganda).

22/02/2025Tatabahasa
124 Paired samples t-testPadanan bagi istilah paired samples t-test dalam bahasa Melayu ialah ujian t sampel berpasangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.22/02/2025Istilah
125 Apakah qenderqueer dalam bahasa Melayu? Samakah maksudnya dengan pondan?Padanan bagi istilah qenderqueer dalam bahasa Melayu ialah genderkuira. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.22/02/2025Istilah
126 Betul ke kaedah ejaan besar bagi perkataan Rakan Rujukan

Penggunaan huruf besar atau kecil bagi perkataan “rakan rujukan” bergantung pada bentuk kata nama, sama ada kata nama khas atau kata nama am. Contoh kata nama khas:  Program Rakan Rujukan diadakan pada bulan Mac bagi mengalu-alukan pengedar baharu. Contoh kata nama am:  Dia merupakan rakan rujukan saya sebagai pengedar baharu perniagaan jualan langsung.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 84 - 86.

22/02/2025Lain-lain
127 Assalamualaikum. Apakah ejaan yang betul (1) Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri (2) Menteri-menteri Besar atau Menteri-Menteri Besar? Terima kasihEjaan yang betul ialah “Ketua-ketua Menteri” dan “Menteri-menteri Besar”. 21/02/2025Ejaan
128 Assalamualaikum. Berikut ada beberapa ayat yang mengelirukan penggunaanbawahdandi bawah”. Maka, yang manakah ayat yang betul? 1. Kanak-kanak berumur bawah lima tahun dilarang masuk atau Kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dilarang masuk. 2. Negeri-negeri di bawah angin atau Negeri-negeri bawah angin. 3. Markahnya di bawah markah saya atau Markahnya bawah markah saya. 4. Di bawah taklukan Empayar Rom atau Bawah taklukan Empayar Rom. 5. Di bawah akta atau Bawah akta. 6. Di bawah pengaruh dadah atau Bawah pengaruh dadah. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

  1. Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilarang masuk.
  2. Negeri-negeri bawah angin.
  3. Markahnya di bawah markah saya.
  4. Di bawah taklukan empayar Rom.
  5. Di bawah akta.
  6. Di bawah pengaruh dadah.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226.

21/02/2025Tatabahasa
129 SOALAN DI LAMPIRAN FAIL. TERIMA KASIH.Padanan bagi istilah adversity dalam bahasa Melayu ialah kesusahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah kepelbagaian dan diversiti kedua-duanya boleh digunakan kerana ia membawa maksud yang lebih kurang sama menurut Kamus Dewan Perdana, iaitu keadaan sesuatu yang pelbagai.
21/02/2025Penyemakan dan penterjemahan
130 Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan? Mohon berikan pencerahan. Terima kasih.Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan.21/02/2025Tatabahasa
131 Mengapakah soalan saya belum dijawab, sangat lamanya!Mohon maaf atas kelewatan pihak kami memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, untuk soalan-soalan yang memerlukan penelitian dan rujukan, pihak DBP memerlukan sedikit masa untuk menjawabnya. Walau bagaimanapun, boleh kami dapatkan soalan yang ditanya oleh pihak tuan? Tuan boleh menghantarkan soalan tersebut kepada e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my dan cc kepada afiqah@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
21/02/2025Lain-lain
132 Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015).20/02/2025Tatabahasa
133 Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak DBP berkenaan ejaan jawi bagi beberapa perkataan rumi seperti di bawah. Saya telah menggunakan khidmat terjemahan rumi ke jawi namun terdapat perbezaan ejaan. 1. PERKESO 2. WISAM PERKESO 3. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Perkataan ini akan dipaparkan pada papan tanda bagi pejabat Perkeso Kuantan. Saya memohon kerjasama pihak DBP untuk membantu saya bagi mengelakkan kami menggunakan ejaan perkataan yang salah dan mengelirukan pengguna. Pihak DBP boleh mengesyorkan badan atau unit yang boleh membantu kami sekiranya pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan ini. Terima kasih. 1. PERKESO - ڨرکيسو

2. WISMA PERKESO - ويسما ڨرکيسو

3. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA - ڨرتوبوهن کسلامتن سوسيال کمنترين سومبر ماءنسي
20/02/2025Ejaan
134 Apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi perkataannoted”?

Maksud noted adalah terkenal, ternama dan termasyhur seperti contoh ayat, an island noted for its beautiful beaches yang bermaksud sebuah pulau yang terkenal kerana pantainya yang indah-indah.

Walau bagaimanapun, makna noted sebagai “maklum” sering juga digunakan dalam konteks bahasa percakapan.

Penggunaan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan noted perlulah mengikut konteks dalam ayat dan bidang tertentu.

Sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 822.

20/02/2025Penyemakan dan penterjemahan
135 Yang manakah ayat yang betul dan gramatis? 1. "Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, ..." 2. "Diumumkan ketibaan Yang Berusaha, ..."

Kedua-dua ayat ini betul, namun begitu, ayat pertama  sudah mantap dan lazim digunakan dalam laras pengacaraan majlis.

20/02/2025Tatabahasa
136 Adakah penanda wacana natijahnya hanya boleh digunakan untuk menunjukkan kesan negatif sahaja?

Penanda wacana “natijahnya” bermaksud kesan atau akibat daripada sesuatu. Berasal dari bahasa Arab yang bermaksud hasil; akibat; keputusan. Oleh yang demikian, penanda wacana “natijahnya” bukan hanya digunakan untuk menunjukkan kesan negatif sahaja. Penggunaannya perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1522 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 525 - 529.

20/02/2025Tatabahasa
137 Apakah cara menulis kata ketidak aturan. Adakah ketidakaturan atau ketidak teraturan

Ejaan yang betul ialah “ketidakaturan”.

19/02/2025Lain-lain
138 Assalamualaikum. Berdasarkan artikel keluaran DBP (majalah DTI Bil. 10), didapati nama surah yang dinyatakan dalam teks ditulis seperti berikut: ... dirakamkan dalam Surah al-Baqarah... "Surah al-Baqarah" diitalikkan, S pada perkataan 'surah' menggunakan huruf besar, dan 'al', huruf 'a' menggunakan huruf kecil. Adakah ini kaedah yang menggunakan Gaya Dewan? Terima kasih.

Ya, penulisan tersebut mengikut buku Gaya Dewan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005) hlm. 165-166.
19/02/2025Lain-lain
139 penggunaan istilah yang tepat untuk perkataan " COP MOHOR " atau " CAP MOHOR"Perkataan yang betul ialah "cap mohor".18/02/2025Tatabahasa
140 Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, adakah penulisan monolog (disuarakan) dan monolog (dalaman/kata dalam hati), kedua-duanya menggunakan tanda petik tunggal? Terima kasih

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya:

  1. “Amboi, sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak!” sindir Hisyam.

Walau bagaimanapun, dalam penulisan Sastera Moden, seperti Cerpen dan Novel, monolog dalaman watak dicetak dengan huruf condong (italik) atau menggunakan kata petik tunggal (‘ ’) dan hurufnya tidak condong.

Contohnya:

  1. Ah! Biarkan! Itu masalah Puteri Raden Adraini. Perusahaanku sudah cukup untuk memenuhi pemikiranku. Aku tidak perlu menambahkan lagi beban pada otakku ini. – Monolog yang dicetak dengan huruf condong; atau
  2. ‘Ah! Biarkan! Itu masalah Puteri Raden Adraini. Perusahaanku sudah cukup untuk memenuhi pemikiranku. Aku tidak perlu menambahkan lagi beban pada otakku ini.’ – Monolog yang dicetak dengan menggunakan tanda petik tunggal.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 197.
18/02/2025Tatabahasa
141 Salam DBP. Saya keliru dengan perkataan Parkir. Perkataan ini kalau dibuat carian DBP online ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Maknanya perkataan ini diiktiraf sebagai perkataan Bahasa Melayu. Tapi kenapa dalam kategori Khidmat Nasihat, perkataan ini adalah perkataan Bahasa Indonesia dan tempat letak kereta adalah Bahasa Melayu. Kewujudan perkataan Parkir dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mengelirukan. Mungkin ini juga punca penggunaan perkataan Parkir banyak digunakan di Malaysia. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Takrif parkir dalam kamus DBP:

parkir tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta (KDP 2020:1621)

parkir IB; memarkir menghentikan (me­nyimpan) kereta: sebuah teksi diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalanparkiran tempat menghentikan (menyim­pan) kereta. (KD-4 2005: 1142)

Perkataan parkir telah digunakan secara meluas oleh masyarakat dan banyak terdapat dalam bahan-bahan korpus bahasa Melayu. Dalam kamus bahasa Melayu terkini DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana kata parkir diberikan sinonim tempat letak keretaParkir dan tempat letak kereta telah sama banyak digunakan dalam korpus lisan mahupun tulisan.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbit pada tahun 2005, parkir diletakkan label IB kerana pada masa tersebut parkir merupakan kata serumpun (Indonesia/Belanda) yang masih belum banyak digunakan di negara ini dan belum diangkat sebagai bahasa Melayu baku.

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul.

18/02/2025Lain-lain
142 apakah istilah "skill obsolescence" dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah skill obsolescence dalam bahasa Melayu ialah keusangan kemahiran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.17/02/2025Istilah
143 Adalah dengan rendah hati kami memohon jasa baik dan khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk memberikan maklumat bagi maksud peribahasa atau kiasan berikut:- "Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.".
Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (halaman 164), ada peribahasa yang berbunyi Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung yang bermaksud, keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya, manakala Disergah biawak digadai reban merupakan kiasan yang harus ditafsirkan berdasarkan maksud penulis atau penuturnya.
 
Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.
17/02/2025Sastera
144 Apakah padanan Melayu bagi low-five?Cadangan padanan bagi istilah low-five dalam bahasa Melayu ialah sep lima. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.17/02/2025Istilah
145 Perbezaan antaraKamus DBP versi dalam TaliandanKamus Dewan Edisi Keempat”.

Kamus DBP versi dalam Talian atau Gerbang Kata DBP adalah portal yang menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kata yang terpilih (menepati syarat sebagai kata baharu), akan ditangani oleh sidang editor Bahagian Perkamusan dan kemudiannya akan disiarkan dalam portal ini.

 

Kamus Dewan Edisi Keempat pula ialah kamus yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 manakala edisi ekonomi kamus ini terbit pada tahun 2015. Kamus ini juga boleh diakses secara dalam talian melalui laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).

17/02/2025Lain-lain
146 MisattunementPadanan bagi istilah misattunement dalam bahasa Melayu ialah ketaksesuaian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/02/2025Istilah
147 SINGLE SPACINGCadangan padanan bagi istilah single spacing dalam bahasa Melayu ialah langkau satu baris. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.16/02/2025Istilah
148 Tidak boleh hantar soalan. Tulis pendek pun keluar ralatKami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Sila cuba menghantar soalan sekali lagi. Jika masih tidak berjaya, sila lampirkan soalan tuan dalam bentuk fail .txt.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.
15/02/2025Lain-lain
149 "Podcast bersama Syafiq" adakah menjadi "Fail Media Digital bersama Syafiq"?

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

"Audio siar bersama-sama Syafiq."

15/02/2025Tatabahasa
150 reach stackerCadangan padanan bagi istilah reach stacker dalam bahasa Melayu ialah jentera jangkau susun. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.14/02/2025Istilah
151 Sekiranya terdapat lebih dari satu kata hormat yang perlu digunakan pada surat rasmi adakan perlu jarakan atau tidak bagi setiap kata hormat tersebut. Contoh: YBrs.Dr/Tuan/Puan atau YBrs. Dr / Tuan / Puan

Kata panggilan hormat dalam penulisan surat rasmi yang dipisahkan menggunakan tanda garis miring (/) tidak perlu dijarakkan. Contohnya, YBrs. Dr./Tuan/Puan.

14/02/2025Tatabahasa
152 Retorik pemikiran Melayu spt retorik Asmah Hj Omar. Cth retorik lain dlm penulisan Melayu?
Antara buku-buku berkaitan retorik yang boleh dijadikan rujukan ialah:
  1. Retorik dan Pengajaran Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar
Tahun Terbit: 1997,Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Retorik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teknik komunikasi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
  1. Retorik Melayu: Suatu Pengenalan oleh Mohd. Ali Hassan
Tahun Terbit: 2001, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pengenalan tentang retorik dalam budaya Melayu, membincangkan teknik- teknik berkomunikasi dalam konteks sosial dan budaya Melayu.
  1.  Retorik dan Estetika dalam Peribahasa Melayu oleh Zawawi Ismail
Tahun Terbit: 2005, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Peribahasa Melayu sebagai salah satu bentuk retorik, serta bagaimana ia digunakan untuk menyampaikan mesej moral dan sosial dalam masyarakat Melayu.
13/02/2025Lain-lain
153 Salam tuan, adakah frasa berikut gramatis? Selamat Tahun Baru Cina. Selamat Tahun Baharu Cina.

Kedua-dua ayat tersebut gramatis.

Untuk maklumat yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431 – 580.

13/02/2025Lain-lain
154 Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut.
13/02/2025Tatabahasa
155 Null

Sekiranya borang persetujuan termaklum yang dimaksudkan adalah untuk maklumat penyelidikan genetik pilihan, kami mencadangkan terjemahan teks bahasa Melayu seperti yang berikut:

BORANG PERSETUJUAN TERMAKLUM MAKLUMAT PENYELIDIKAN GENETIK PILIHAN

Walau bagaimanapun, sekiranya borang tersebut merupakan borang yang berbeza, terjemahan teks bahasa Melayu dicadangkan seperti yang berikut:

BORANG MAKLUMAT PENYELIDIKAN GENETIK PILIHAN DAN BORANG PERSETUJUAN TERMAKLUM

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Saudara boleh berhubung dengan pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atau Persatuan Penterjemah Malaysia untuk khidmat tersebut.

12/02/2025Penyemakan dan penterjemahan
156 Apakah istilah yang sesuai bagi ujikaji seperti berikut: Toxicity Characteristic Leaching Procedure Cadangan padanan bagi istilah Toxicity Characteristic Leaching Procedure dalam bahasa Melayu ialah Prosedur Pengurasan Ciri Ketoksikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.12/02/2025Istilah
157 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan, sy ingin mnyemak ejaan atau terma yang sesuai penggunaannya untuk EBil. adakah ianya EBill, EBil, eBil atau e-bil? Terima kasih. P/S : Saya juga telah buat semakan pada Carian Kata namun tiada jawapan.Ejaan yang betul ialah "E-bil" (permulaan ayat) atau "e-bil" (pertengahan ayat). 12/02/2025Ejaan
158 Salam Bolehkah ditulis YBrs. pada alamat penerima surat rasmi; contohnya: YBrs. Pengarah? Kebiasaannya surat rasmi kerajaan tidak menggunakan sapaan ini. Terima kasih.

Untuk penulisan surat rasmi, sekiranya penerima surat tiada gelaran, seperti Datuk atau Tan Sri dan sebagainya, sapaan yang sesuai ialah Tuan atau Puan, diikuti nama penerima dan bukannya nama jawatan penerima. Walau bagaimanapun, sapaan kehormat Yang Berusaha (YBrs.) boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Yang Berusaha (YBrs.) juga lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. 

11/02/2025Tatabahasa
159 option four by four gallery.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

11/02/2025Lain-lain
160 option four by four gallery

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

11/02/2025Lain-lain
161 option four by four gallery

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

11/02/2025Lain-lain
162 Maksud Cadangan padanan bagi istilah band dalam bahasa Melayu ialah tahap atau aras. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.11/02/2025Istilah
163 Saya sedang merangka tagline untuk program saya. Yang mana satu yang betul? Setiap cabaran, pasti ada kejayaan atau Setiap Kejayaan, pasti ada cabaran. minta penjelasan maksud keduanya.

Slogan yang sesuai ialah “Setiap kejayaan, pasti ada cabaran”. Slogan ini memberikan fokus utama kepada kejayaan. Oleh yang demikian perkataan “kejayaan” diletakkan pada bahagian hadapan slogan.

10/02/2025Tatabahasa
164 terjemaahan kepada desktop studyCadangan padanan bagi istilah desktop study dalam bahasa Melayu ialah kajian rujukan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.10/02/2025Istilah
165 Null

1.   Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Sah”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

2.    Sebelum menghantar permohonan, sila buat pembetulan yang berikut:

  • KEDAI TEMPAHAN PERABOT betulkan kepada KEDAI PERABOT
  • Letakkan keterangan tambahan MENERIMA TEMPAHAN PERABOT di bawah nama premis
  • TEL.: (letakkan titik bagi singkatan)
  • NO. PENDAFTARAN: (letakkan titik bagi singkatan)
  • Buang ukuran dan catatan di luar visual.
10/02/2025Lain-lain
166 MOHON SEMAKAN UNTUK KELULUSAN PAPAN IKLAN

1.   Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Sah”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

2.    Sebelum menghantar permohonan, sila buat pembetulan yang berikut:

  • KEDAI TEMPAHAN PERABOT betulkan kepada KEDAI PERABOT
  • Letakkan keterangan tambahan MENERIMA TEMPAHAN PERABOT di bawah nama premis
  • TEL.: (letakkan titik bagi singkatan)
  • NO. PENDAFTARAN: (letakkan titik bagi singkatan)
  • Buang ukuran dan catatan di luar visual.
10/02/2025Lain-lain
167 Apakah padanan sesuai untuk kata custody dalam bahasa Melayu?

Padanan istilah custody dalam bahasa Melayu ialah “simpanan” atau “jagaan”. Walau bagaimanapun, padanan ini perlu disesuaikan mengikut penggunaan dalam bidang tertentu, seperti bidang Ekonomi, Pentadbiran, Sejarah, Undang-undang, Kejuruteraan, Sains Forensik dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan istilah dalam bahasa Melayu, sila layari laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui https://prpm.dbp.gov.my/ dan pilih pautan Istilah Bahasa Melayu.

10/02/2025Istilah
168 Guru-guru dan ahli-ahli PIBG bersama-sama untuk merancang aktiviti dari awal lagi. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Guru dan ahli PIBG bersama-sama merancang aktiviti dari awal10/02/2025Tatabahasa
169 CounterproductiveCadangan padanan bagi istilah counterproductive dalam bahasa Melayu ialah lawan produktif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.09/02/2025Istilah
170 Mana betul? Mempertambah atau mempertambahkan atau kedua-dua pun betul?Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan.09/02/2025Tatabahasa
171 self-report measureCadangan padanan bagi istilah self-report measure dalam bahasa Melayu ialah penilaian lapor kendiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.08/02/2025Istilah
172 Adakah ayat berikut gramatis? . Saya tahu akan khabar itu daripada seorang sahabat sayaAyat tersebut betul. 08/02/2025Lain-lain
173 Apa yang membezakan antara kedua jalan tersebut ialah bentuk jalannya. (Adakah ayat ini betul?)

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:

“Yang membezakan kedua-dua jalan tersebut ialah strukturnya.”

Untuk maklumat lanjut tentang ayat, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431.

06/02/2025Tatabahasa
174 Apakah ejaan yang betul : Chap Goh Mei atau Cap Goh Mei

Ejaan standard bahasa Melayu ialah Cap Goh Mei. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 388.

06/02/2025Ejaan
175 narrow personality traits

Cadangan padanan bagi istilah narrow personality traits dalam bahasa Melayu ialah ciri khusus personaliti. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

05/02/2025Istilah
176 Jika pemenang orang yang menang, apa istilah untuk orang yang kalah? Tiada kata atau istilah yang khusus untuk merujuk kepada orang yang kalah. Penggunaan frasa orang yang kalah adalah tepat dan boleh digunakan.05/02/2025Penyemakan dan penterjemahan
177 Perkataan amin adalah dari bahasa Arab yang membawa maksud perkenankanlah. Kenapa boleh wujud imbuhan "mengaminkan" doa yang boleh dimaksudkan sebagai mengucapkan amin. Pendapat saya Amin tidak boleh diberi imbuhan. Sama seperti Assalamualaikum, kita tidak akan kata "mengassalamualakumkan". Mohon pencerahan untuk perbetulkan kefahaman saya berkenaan perkataan Amin. Terima kasih.

Perkataan amin yang berasal daripada bahasa Arab telah diserap dan diterima sebagai kata jati bahasa Melayu. Oleh yang demikian, perkataan tersebut boleh menerima imbuhan. Contoh kata serapan daripada bahasa Arab yang telah diterima sebagai kata jati bahasa Melayu ialah doa, terjemah, fikir dan sebagainya.

Tuan boleh merujuk buku-buku terbitan DBP untuk maklumat lanjut, seperti:

(i)            Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(ii)           Kamus Dewan Perdana

(iii)          Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia

(iv)         Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan

               


05/02/2025Istilah
178 Selamat sejahtera, saya ingin bertanya pola ayat bagi ayat berikut: Apakah nama kucing itu? Pola ayat untuk ayat Apakah nama kucing itu? ialah FN + FN.05/02/2025Tatabahasa
179 Manakah bahagian subjek dan predikat ayat ini? Cis, berani kauganggu saya! Siapakah budak itu?

Subjek merupakan sesuatu perkara atau hal yang diceritakan atau dibincangkan, manakala predikat pula merupakan ayat atau kata-kata dalam bentuk frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek ayat atau cerita.

“Cis, berani kau” merupakan subjek dan “ganggu saya!” merupakan predikat.
“Budak itu?” merujuk kepada subjek dan “Siapakah” merupakan predikat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 464 - 476 dan 480.

05/02/2025Tatabahasa
180 Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih

berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169)

Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati.

Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung.

Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas.

Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.



04/02/2025Makna
181 Mohon bantuan dan pandangan terjemahan yang sesuai untuk "school disengagement".

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel
terjemah1@gmail.com 

04/02/2025Penyemakan dan penterjemahan
182 Mana satu antara dua ayat berikut yang betul? 1. Saya tahu khabar itu daripada seorang sahabat saya 2. Saya tahu khabar itu daripada salah seorang sababat saya Bolehkah kata "salah" digunakan untuk menunjukkan satu antara dua atau lebih?1. Saya mengetahui berita itu daripada seorang sahabat saya
2. Saya mengetahui berita itu daripada salah seorang sahabat saya. 

Kedua-dua ayat tersebut betul. Berdasarkan Kamus Dewan, salah seorang bermaksud mana-mana satu orang (daripada yang banyak).
04/02/2025Tatabahasa
183 Apakah perkataan dalam bahasa inggeris untuk Hospital Kuala Lumpur? kekal sebagai Hospital Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Hospital? Bagaimanakah cara untuk membuat semakan terjemahan kata nama khas sebegini?

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Hospital Kuala Lumpur merupakan kata nama khas di bawah kategori kata nama khas tak hidup.  Nama khas dalam bahasa Melayu lazimnya tidak diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, melainkan dalam situasi atau konteks tertentu yang memerlukan nama khas ini diterjemahkan. Contohnya, penggunaan nama khas ini dalam teks bahasa asing, seperti penulisan artikel berbahasa Inggeris.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 dan 85.

04/02/2025Makna
184 Saya nak bertanya berkenaan ejaan akronim MARA. Semua huruf besar atau dieja seperti ini : Mara. Hal ini kerana merujuk buku yang saya pelajari yang melibatkan suku kata dieja huruf depannya sahaja huruf besar sekuranya ia kata nama khas. Terima kasih.

Kata nama akronim yang terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan akan membentuk kata nama khas. Oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya:

MaraMajlis Amanah Rakyat

ProtonPerusahaan Otomobil Nasional

Walau bagaimanapun, kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada nama khas, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 105 - 106.

04/02/2025Tatabahasa
185 Dalam ayat di bawah, selepas tanda sempang (-), huruf berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil? Prasarana dan Fasiliti yang Berkualiti - Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT, menjadi tarikan kepada penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike.

Selepas tanda pisah (−), perkataan berikutnya dimulakan dengan huruf kecil kecuali kata nama khas. Contoh seperti yang berikut:

                 i.       Prasarana dan kemudahan yang berkualiti − Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT menjadi tarikan kepada 
        penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike.

                ii.       Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan kepada dirinya − sedih, gembira, marah dan kesal.

01/02/2025Tatabahasa
186 Berdasarkan kepada keperluan ini atau Berdasarkan pada keperluan iniFrasa yang betul ialah "Berdasarkan pada keperluan ini". 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 272 - 275. 


01/02/2025Tatabahasa
187 adakah perkataan " dengan demikia" atau " dengan itu" yang lebih sesuai digunapakaiSoalan yang dikemukakan kurang jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas berkenaan konteks penggunaannya dalam ayat yang lengkap. 31/01/2025Tatabahasa
188 Terdahulu, saya mengajukan pertanyaan berhubung penulisan nama negara dalam Bahasa Melayu. Jawapan DBP seperti berikut: Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Justeru, soalan selanjutnya adalah berdasarkan ayat berikut: "Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali." Apakah penerbitan yang diterbitkan oleh DBP yang menyenaraikan nama negara berdaulat dalam Bahasa Melayu. Rujukan telah dibuat kepada Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Maklumat terjemahan dari nama asal kepada Bahasa Melayu tidak dilampirkan.Untuk makluman puan, tidak semua nama tempat/negara terakam dalam data terbitan kami. Begitu juga dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang tidak menyenaraikan semua nama tempat dan hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan.

Sebagai alternatif, puan bolehlah merujuk buku terbitan DBP, iaitu Gaya Dewan (hlm. 414 - 423) dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, puan juga boleh merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul untuk nama-nama negara.
31/01/2025Ejaan
189 Adakah padanan "gameplay" ialah corak permainan? Gameplay merujuk kepada gabungan ciri-ciri permainan, jalan cerita dan cara permainan tersebut dimainkan.Cadangan padanan bagi istilah gameplay dalam bahasa Melayu ialah tatamain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.30/01/2025Istilah
190 Bagaimanakah untuk menulis nama negara dalam penulisan Bahasa Melayu? Adakah dikekalkan dalam nama asal negara berkenaan atau ditulis terjemahan. Jika ditulis terjemahan, di mana boleh saya rujuk senarai terjemahan nama negara? Terima kasih.
Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
29/01/2025Ejaan
191 NullSila kemukakan soalan dengan jelas supaya pihak kami dapat memberikan bantuan.28/01/2025Lain-lain
192 NullSalam sejahtera, 

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan belajar mempunyai empat makna:

1. berusaha memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dan sebagainya, biasanya secara formal di sekolah, kolej dan sebagainya
Contoh penggunaan - Saya berasa bangga kerana terpilih belajar di Universiti Islam Antarabangsa.

2. berlatih sesuatu kemahiran supaya pandai atau tahu
Contoh penggunaan - belajar silat

3. (berkenaan pokok, ternakan dan lain-lain) mula mengeluarkan buah, telur dan lain-lain
Contoh penggunaan - Pokok itu baru belajar berbuah.

4. berusaha memperoleh pengajaran daripada sesuatu peristiwa atau pengalaman
Contoh penggunaan - Kita mesti belajar daripada kesilapan yang lalu.


Perkataan mempelajari pula mempunyai tiga makna:

1. belajar dengan mendalam tentang sesuatu ilmu, pengetahuan, kemahiran dan sebagainya
Contoh penggunaan - Tokoh ini mempelajari ilmu perubatan di Baghdad.

2. meneliti atau mengkaji (sesuatu)
Contoh penggunaan - Kebanyakan mereka berusaha mempelajari adat resam orang tempatan.

3. memperoleh (panduan, manfaat dan sebagainya) daripada pengalaman yang dilalui
Contoh penggunaan - Semoga kamu dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman ini.


Oleh yang demikian, perbezaan bagi ayat yang berikut:

1. Saya belajar memasak - membawa maksud seseorang berusaha untuk pandai atau tahu memasak

2. Saya mempelajari memasak - membawa maksud seseorang yang mendalami ilmu atau bidang masakan


Terima kasih. 
28/01/2025Makna
193 Assalamualaikum & salam sejahtera. Mohon pihak tuan merujuk soalan saya di lampiran. Terima kasih

1. Azura telah bercerai pada tahun 2019 dan dia telah berkahwin baharu pada tahun 2023.

2. Haikal telah berpindah ke rumah baharu pada bulan lepas.

3. Selamat Tahun Baharu Cina.

Perkataan "baharu" dalam ketiga-tiga ayat di atas berfungsi sebagai kata adjektif. Walau bagaimanpun, ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" telah banyak digunakan dan diterima sebagai variasi.

27/01/2025Tatabahasa
194 adakah di dalam surat rasmi perlu di sebut "Tuan" tanpa mengira jantina?

Kata sapaan yang betul ialah “tuan” bagi lelaki dan “puan” bagi perempuan. Jika tidak diketahui penerima surat itu, sama ada lelaki atau perempuan, maka hendaklah ditulis dengan kata sapaan “tuan”.

Kata sapaan “puan” boleh digunakan pada permulaan surat, sekiranya pengirim  sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kata sapaan dalam surat rasmi, sila layari laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui https://prpm.dbp.gov.my/ dan pilih pautan Khidmat Nasihat.

27/01/2025Lain-lain
195 Apakah terjemahan "shock and awe" ?
Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. 
 
27/01/2025Penyemakan dan penterjemahan
196 Terdapat anggapan bahawa satu-satu emosi adalah berasingan daripada satu-satu emosi yang lain. Walhal, emosi tidak harus wujud secara bersendirian. Satu-satu emosi tidak semestinya berdiri sendiri. Malahan, ia harus atau boleh wujud bersama (_co-exist_). Emosi sedih boleh wujud bersama emosi gembira pada satu-satu masa. Walaupun, jika dilihat pada permukaannya, kedua-dua emosi tersebut adalah bertentangan, hal ini adalah harus kerana emosi ialah makhluk atau ciptaan Allah S.W.T. Perumpamaan yang sesuai bagi perkara berkenaan dan situasi tersebut ialah lautan air tawar dan lautan air masin yang wujud bersama (al-Furqan: 53).Padanan bagi istilah co-exist dalam bahasa Melayu ialah wujud bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.25/01/2025Istilah
197 Apakah perbezaan penggunaan perkataan telah dan pernah?

Menurut Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), hlm. 2292-2293, perkataan “telah” bermaksud 1. Digunakan untuk menyatakan makna sesuatu perbuatan, peristiwa atau keadaan yang sempurna, lampau atau selesai; sudah. 2. Digunakan untuk menyatakan makna sebaik sahaja; setelah.

Dalam halaman 1693-1694 pula, perkataan “pernah” bermaksud 1. Digunakan untuk menyatakan sesuatu peristiwa, keadaan dan sebagainya wujud atau terjadi pada masa lepas tetapi tidak lagi pada masa kini. 2. Hubungan atau pertalian yang terjalin antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Dalam aspek tatabahasa, perkataan “telah” dan “pernah” tergolong dalam Kata Bantu Aspek yang bermaksud kata yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 471-472).

Berdasarkan penerangan di atas, perkataan “telah” dan “pernah” boleh digunakan mengikut konteks yang bersesuaian dalam ayat.

25/01/2025Tatabahasa
198 Soalan seperti di lampiran.

Ayat nombor 1, 4 dan 5 diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

 

1.       "Analisis faktor komponen utama menggunakan putaran varimax telah dijalankan ke atas 81 item untuk meneroka bilangan konstruk."

 

2.       "Analisis faktor komponen prinsipal menggunakan putaran varimax dijalankan melibatkan 81 item dengan meneroka bilangan konstruk."

Perkataan "buah" dalam konteks ini tidak perlu digunakan.

 

3.       "Analisis faktor komponen prinsipal menggunakan putaran varimax dijalankan ke atas 81 item bagi meneroka bilangan konstruk."

Perkataan "kepada" digantikan dengan "ke atas" mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

24/01/2025Tatabahasa
199 adakah frasamemantapkan lagisalah dalam peraturan tatabahasa ?

Perkataan “memantapkan” merupakan kata kerja yang menerima apitan meN-…-kan

 

Perkataan “lagi” merupakan kata penegas yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

 

Frasa “memantapkan lagi” boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan dalam ayat, seperti contoh ayat yang berikut: “Kaedah gerak kerja baharu ini akan memantapkan lagi fungsi dalam sesebuah organisasi.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 207 dan 261.

24/01/2025Tatabahasa
200 Saya ada tangan Saya mempunyai tangan Ayat yang manakah betul?

Antara maksud perkataan “ada” menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) hlm. 9 ialah “terdapat” dan “mempunyai”.

Oleh yang demikan, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan kerana mengandungi makna yang sama.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), hlm. 432 – 575.

24/01/2025Tatabahasa


Kembali Ke Laman DBP
© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Reka Bentuk: Abu Bakar bin Haji Buyong, Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kembali Ke Laman DBP