Selamat Tengah Hari Ahad, 12 Jul 2026
Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) ialah Khidmat Nasihat berkaitan Bahasa, Sastera, Penerbitan, dan Korporat DBP.
Arkib Soalan
Kata Kunci  
Tahun
Bulan
Klasifikasi Soalan (KS)


Terdapat 44692 rekod dijumpai.
Bil.SoalanJawapanTarikh SoalanKlasifikasi Soalan (KS)
Page size:
select
 44692 items in 224 pages
1 Untuk ayat jalan yang benar kena guna dari atau daripada? Penggunaan dari dan daripada ni saya masih kurang jelas. Untuk dari hanya untuk arah,tempat dan masa. Tapi kadangkala ada jugak yang menggunakan dari. Untuk ayat yang contohnya, Ali mengeluarkan dompet dari begnya. Betulkah penggunaan dari? dan bukan daripada. Mohon penjelasan. Terima kasih. Penggunaan dari dan daripada ini jugak selalu confius kan saya semasa menyemak manuskrip.
1. Penggunaan frasa yang betul ialah Ali mengeluarkan dompet dari begnya.

- Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contohnya, angin kencang bertiup dari arah selatan. Kata sendi nama daripada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian atau sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya, ukiran itu diperbuat daripada logam.

2. Mohon berikan ayat yang lengkap bagi frasa
jalan yang benar


Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan penggunaan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 - 272.



05/07/2026Tatabahasa
2 Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk kancing baju l (pakaian) dalam ayat ini? Sebentuk atau sebiji? Anis memakai _______ kacing baju yang berwarna keemas-emasan.​Penjodoh bilangan yang sesuai dengan bentuk fizikal kancing ialah “bentuk”. Oleh itu, ayat yang betul ialah “Anis memakai sebentuk kancing baju yang berwarna keemas-emasan.03/07/2026Tatabahasa
3 Adakah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini betul dan boleh diterima - Sepasukan burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makanan.
  • Penjodoh bilangan yang sesuai adalah seperti yang berikut:
  • Sekawan burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makanan.
03/07/2026Tatabahasa
4 1. "Wah, seronoknya!" kata Ming Jun. 2. "Wah, seronoknya!" Kata Ming Jun. selamat sejahtera encik/puan, 2 ayat di atas, ayat mana yang betul? harap boleh beri sikit penjelasan. terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “"Wah, seronoknya!" Kata Ming Jun. Perkataan selepas tanda seru hendaklah ditulis dengan huruf besar.

03/07/2026Tatabahasa
5 No. Permohonan :66376/2026 No. Transaksi :P2607021243327215624 We need to update the following in the application: 1) YUMCHA LAH KOPITIAM [202603171776 (JM1046319-X)] 2) PBT to change to MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA Kindly assist and process accordinlgy. Thank you. Permohonan untuk penukaran PBT telah berjaya. Walau bagaimanapun, sila buat pembetulan seperti yang diminta. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh membuat pertanyaan melalui ruang aduan DBP melalui sistem DBPSAH Bahasa. Lampirkan no. aduan pada maklumat tentang iklan untuk semakan. 03/07/2026Lain-lain
6 Salam sejahtera. Biasanya kita ajar murid suku kata perlu mengambil kira kata dasar terlebih dahulu, contohnya per+tan+ding+an, per+sem+bah+an. Adakah pemenggalan suku kata berikut betul? meng+a+jar, bel+a+jar? Terima kasih.

Penyukuan kata pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasar terlebih dahulu, kemudian barulah memisahkan suku kata pada kata dasar. Oleh itu, penyukuan yang betul ialah meng-a-jar dan bel-a-jar.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 1992), halaman 10 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 61 hingga 67.

02/07/2026Tatabahasa
7 Pihak MADA ingin menzahirkan sekalung penghargaan buat YBrs. Abdul Rashid Bahri (Ketua Pengarah FAMA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MADA) atas segala jasa bakti dan sumbangan sepanjang menjayakan amanah yang digalas. Semoga terus berjaya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Terima kasih atas segalanya. betulkah sapaan yang digunakan?

Sapaan YBrs. Abdul Rashid Bahri dalam ayat tersebut adalah betul.


02/07/2026Tatabahasa
8 Apakah jenis kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Peserta seminar bahasa itu akan dibekalkan dengan kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar tersebut.

Ayat yang betul ialah “Peserta seminar bahasa dibekalkan dengan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar tersebut”.

02/07/2026Tatabahasa
9 Apakah perbezaan pelajar dan murid? Adakah murid digunakan untuk individu di sekolah rendah dan menengah manakala pelajar untuk pelajar tingkatan 6 dan ipt?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, murid ialah orang yang belajar secara formal di sekolah manakala pelajar pula bermaksud orang yang belajar secara formal di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Oleh itu, istilah murid lebih sesuai digunakan apabila merujuk kepada individu yang bersekolah, manakala istilah pelajar mempunyai skop yang lebih luas kerana merangkumi individu yang belajar di sekolah serta di institusi pengajian tinggi. 01/07/2026Tatabahasa
10 Assalamualaikum. Pertanyaan tentang penggunaan huruf besar pada kata ganda pada tajuk dan kata nama khas. Adakah contoh diberi betul? (1) Pada tajuk: Penggubalan Undang-undang di Malaysia. (2) Pada kata nama khas: Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Terima kasih

Ayat yang betul ialah:


  1. Penggubalan Undang-undang di Malaysia. 
  2. Akta Penyemakan Undang-undang 1968.

01/07/2026Tatabahasa
11 Assalamualaikum. Pertanyaan berkenaan kata ganda pada tajuk. Bagaimanakah cara yang betul? (1) Berkelah Bersama-sama atau Berkelah Bersama-Sama, (2) Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia atau Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (3) Ucapan Kata-kata Baik atau Ucapan Kata-Kata Baik. Terima kasih.
Frasa yang betul ialah:
(a)  Berkelah Bersama-sama.
(b)  Sambutan Hari Kanak-kanak.
(c)  Kata-kata yang Baik.


01/07/2026Tatabahasa
12 Salam. Saya mohon untuk membuat rujukan IKRAR yang telah disediakan untuk pusat latihan taekwondo yang disediakan saya(Rujuk kepada lampiran) untuk makluman versi pertama disediakan dahulu dan kemudian versi kedua adalah pembetulan daripada versi pertama. dicadangankan untuk menggunakan versi kedua dan mohon untuk semakaan dan rujukan pengunaan bahasa yang betul

 Saya berikrar akan:

 
    ·         Menjunjung tinggi prinsip tae kwan do dan menghormati jurulatih, guru serta senior;
    ·         Mengamalkan disiplin, integriti dan kecemerlangan dalam setiap tindakan;
    ·         Menggunakan kemahiran dengan penuh kehormatan, rendah diri dan bertanggungjawab;
    ·         Menjadi suri teladan kepada masyarakat; dan
    ·         Sentiasa memelihara kehormatan, reputasi dan nama baik SAGAMACTS Excellence Centre.
01/07/2026Tatabahasa
13 Permohonan penyemakan bahasa melayu untuk soalan kajian

Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen puan melalui ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.

Sila pastikan dokumen puan dalam mengikut format Microsoft Word dan PDF seperti yang berikut:

Jenis huruf: Arial/Times New Roman
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris dan kelarasan (justified)

 

01/07/2026Lain-lain
14 PERKATAAN: BERI Salah satu makna perkataan beri ialah kenyal, menganjal. Soalan saya bagaimana menggunakan perkataan ini dalam sebuah ayat? Adakah ayat berikut betul menggunakan BERI: Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang beri dan menjamin keselesaan. Kami tidak menemukan contoh ayat yang menggunakan perkataan "beri" bagi maksud menganjal. Dengan merujuk silang Kamus Dewan Perdana (kamus terkini), perkataan beri dengan maksud menganjal tidak lagi dirakamkan dalam entri. Oleh itu, dalam konteks contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah "Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang menganjal dan menjamin keselesaan".30/06/2026Istilah
15 Apakah konteks perkataan JELIRA yang bermaksud puas (makan, minum) dan meresap ke segenap badan? adakah puas kenyang, atau puas kerana sudah jemu, jelak makan, atau puas kerana puas hati makanan kena dengan selera? bagaimana pula dengan meresap ke segenap badan? adakah tentang perasaan, kenikmatan atau perkara fizikal seperti maaf ya contoh buruk, rasa nikotin meresap ke badan? terima kasihKamus Dewan Perdana memberikan maksud "jelira" sebagai memuaskan hati kerana kena dengan selera. Tiada maklumat lain yang berkaitan dengan perkataan "jelira" bagi maksud puas. Perkataan "jelira" juga merupakan dialek Kelantan dan berkemungkinan penggunaannya dalam konteks masyarakat tertentu boleh membezakan tahap kepuasan atau aspek kepuasan yang dimaksudkan. Kamus hanya memberikan maksud dan bukan perincian yang menggambarkan sifatnya.30/06/2026Tatabahasa
16 BENARKAH SUSUNAN AYAT INI TUAN ISMAIL BIN AHMAD PRESIDEN KELAB SUKAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH ATAU YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH MERANGKAP PRESIDEN KELAB SUKAN

Cadangan ayat yang betul ialah:

1.  Tuan Ismail bin Ahmad merupakan Presiden Kelab Sukan Majlis Perbandaran Temerloh merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh.

2.  Tuan Ismail bin Ahmad merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh merangkap Presiden Kelab Sukan  Majlis Perbandaran Temerloh.

30/06/2026Tatabahasa
17 Saya ingin bertanya tentang kata ganda tanpa sengkang "-". Sebagai rujukan, perkataan "dua dua" atau "api api", kalau sengkang tidak dimasukkan (dua-dua, api-api), adakah ini satu kesalahan tatabahasa atau kesalahan ejaan?

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Perkataan dua dua atau api api perlu memasukkan sempang kerana merupakan perkataan berulang. Jawapan yang betul ialah dua-dua atau api-api.



30/06/2026Tatabahasa
18 Salam sejahtera, Saya mahukan confirmation. Adakah "sebagai" dikira dalam kata sendi nama? Soalan kedua: Contoh ayah: ... ialah/adalah disebabkan oleh faktor cuaca. Adakah kata pemeri boleh diletakkan di hadapan perkataan "disebabkan"? Sekian, terima kasih.

1. Perkataan “sebagai” merupakan sebahagian daripada kata sendi nama yang membawa maksud "selaku", "untuk", "bagi", atau "bertindak seperti" sesuatu.

2. Kata pemeri tidak boleh hadir atau tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Contohnya, “Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 263 - 286.

30/06/2026Tatabahasa
19 Penggunaan bagi perkataan "natural".

Natural ialah kata adjektif berkenaan dengan sesuatu yang wujud secara semula jadi dan tidak dibuat atau dihasilkan oleh manusia. Contoh penggunaan perkataan natural ialah “Salun itu menyediakan rawatan kecantikan dengan menggunakan bahan natural”.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 1523 untuk maklumat lanjut.

30/06/2026Tatabahasa
20 Permohonan Pengesahan Bahasa bagi Papan Tanda Premis Nama paparan utama ialah "ALMA ZE", iaitu nama jenama (brand) bagi produk pakaian lelaki dan wanita di bawah syarikat PRESTIGE MOTHER LEGACY (SSM No. 202303102949 (TR0283103-P)). Bagi papan tanda tersebut: ALMA ZE merujuk kepada aktiviti butik pakaian, studio kreatif dan ruang komuniti (Community Space) yang digunakan bagi penghasilan kandungan digital, rakaman podcast, sesi siaran langsung (live selling), bengkel, program pembangunan komuniti, sesi perkongsian ilmu dan aktiviti berkaitan. PRESTIGE MOTHER LEGACY merujuk kepada pejabat operasi syarikat yang menjalankan perkhidmatan perundingan, khidmat nasihat pematuhan (CIDB, ISO dan berkaitan), serta sokongan korporat dan perkhidmatan profesional yang berkaitan.ALMA ZE - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai pendaftaran cap tanda dagang (trademark) (MyIPO atau WIPO) yang berstatus Berdaftar "Registered"? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM (status Berdaftar "Registered" sahaja diterima) pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM sahaja. Jika ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Aduan untuk permohonan iklan perlu dibuat pada aduan DBP Sah Bahasa.30/06/2026Lain-lain
21 Dengan rasa rendah hati, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP mengizinkan saya bagi melibatkan DBP untuk pentaksiran akhir pengajian saya (FYP) kategori Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari Dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, sementara apakah tatacara atau langkah yang perlu saya lakukan?, mohon kerjasama dan tindakbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.. Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menawarkan khidmat pentaksiran akhir pengajian. 28/06/2026Lain-lain
22 Sekiranya perkataan dalam tanda petik bertemu dengan imbuhan awalan, bagaimana hendak menulisnya? Adakah dengan sempang, seperti se-"inqilab" ataupun tanpa sempang seperti se"inqilab"? Ini hanyalah perkataan contoh, saya hendak tahu cara mengatur tanda bacanya tanpa menggunakan italik.Tanda petik hendaklah digunakan bagi mengapit keseluruhan perkataan atau ayat. Contohnya "se-Malaysia" dan bukannya se-"Malaysia".27/06/2026Ejaan
23 Sebagai kesimpulan, kita perlulah bijak menangani stres supaya minda kita tidak akan celaru. Perkataan "celaru" adakah boleh digunakan?Perkataan "celaru" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang lebih sesuai dalam ayat yang diberikan ialah "bercelaru".26/06/2026Tatabahasa
24 Betulkah menggunaan perkataan mengketengahkan? Bukankah sepatutnya mengetengahkanPerkataan yang betul ialah me​ngetengahkan. 24/06/2026Tatabahasa
25 Selamat sejahtera, Berkat kerjasama/bekerjasa Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan cersih dan cantik (guna kerjasama /bekerjasama) Terima kasih

Ayat yang betul ialah Hasil kerjasama Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan bersih dan cantik.



23/06/2026Lain-lain
26 Mohon khidmat nasihat daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung penggunaan bahasa yang paling tepat bagi slogan program kami. Slogan yang dicadangkan ialah "Nuklear: Inovasi, Dipacu Tanggungjawab". Slogan ini bertujuan untuk mengetengahkan bahawa inovasi dalam bidang nuklear perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak. Sehubungan itu, kami memohon pandangan serta cadangan pihak DBP dari segi ketepatan penggunaan bahasa, kesesuaian frasa dan kejelasan maksud slogan tersebut.

Slogan yang lebih bersesuaian ialah “Inovasi Nuklear, Dipacu Tanggungjawab” atau “Inovasi Teknologi Nuklear, Tanggungjawab Bersama”.

22/06/2026Lain-lain
27 Perkara: Permohonan Sumbangan Cenderamata dan Bahan Sokongan Sempena Program Panitia Bahasa Melayu Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjayakan Program Panitia Bahasa Melayu yang akan diadakan pada 11 Ogos 2026. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan sumbangan dalam bentuk cenderamata, bahan bacaan, buku Bahasa Melayu, poster pendidikan, atau apa-apa barangan yang bersesuaian untuk dijadikan hadiah kepada murid serta juri yang terlibat dalam program tersebut. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha sekolah untuk memupuk minat murid terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul, menarik dan berkualiti. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, Antasha Binti Kamaruzzaman Guru Bahasa Melayu

Salam puan yang budiman,

Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada:

Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri

No. Telefon: 03-21479011

E-mel:

dina@dbp.gov.my (PA)

Sekian, terima kasih.

22/06/2026Lain-lain
28 Mohon pecerahan, apakah perbezaan antara Tambah ke dalam sistem Tambah pada sistem Sebagai makluman saya bukan sekadar bertanya tentang yang mana betul. Soalan saya adalah tentang Tatabahasa. Jika ke dalam menunjukkan pergerakan adakah rujukan itu termasuk elemen maya yang tidak wujud secara fizikal? Atau itu ialah tempat kepada perbuatan tambah. Harap pegawai dapat memberikan penjelasan yang teliti dengan penjelasan jelas. Terima kasih.

Frasa "ke dalam" boleh digunakan untuk menerangkan pergerakan elemen maya (digital/abstrak) yang tidak wujud secara fizikal. Kata sendi “ke” menunjukkan arah atau gerakan. Apabila digabungkan dengan kata arah “dalam”, frasa ini merujuk kepada pergerakan yang menuju ke bahagian dalam sesuatu ruang.

Contohnya:

Fizikal: Masuk ke dalam bilik, isi air ke dalam botol.

Maya/Abstrak (Ruang): Memasukkan data ke dalam sistem.

 

Kata sendi “pada” digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan, sandaran atau masa. Perkataan tidak membawa maksud "menembusi ke dalam sesuatu ruang".

Frasa "Tambah ke dalam sistem" boleh digunakan jika tujuannya adalah untuk memasukkan elemen (seperti data, pengguna, atau fail) ke dalam lingkungan/storan sistem tersebut. Elemen maya diiktiraf mempunyai "ruang" abstrak dalam tatabahasa.

Frasa "Tambah pada sistem" pula digunakan jika tujuannya adalah untuk membuat penambahan atau perubahan kepada sistem itu sendiri (seperti menambah fungsi baharu atau spesifikasi baharu).

20/06/2026Tatabahasa
29 SOALAN SAYA, ADAKAH PERKATAAN "JINJIT" ITU WUJUD? Pentadbiran kami ingin mengeluarkan satu risalah berhubung "Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Jinjit Sekali Guna". Adalah perkataan JINJIT itu ada atau hanya sekadar "Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna" atau boleh menggunakan jinjit dengan meletakkan "Jinjit" di dalam tajuk risalah itu? Mohon pencerahan penggunaan.tajuk yang betul

Perkataan “jinjit” bermaksud memegang (beg, fail, buku dan lain-lain) dengan tangan terhulur ke bawah. Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks dan tujuan penggunaannya. Walau bagaimanapun, perkataan “Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna” telah banyak dan mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 906.



19/06/2026Makna
30 Selamat sejahtera, saya nak semak adakah perkataan jinjit dan perkataan moh adalah sah dan tepat mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia?

Perkataan “jinjit” bermaksud memegang (beg, fail, buku dan lain-lain) dengan tangan terhulur ke bawah. Perkataan “moh” pula merupakan dialek Perak bermaksud ayuh.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 906 dan 1475.

19/06/2026Makna
31 Saya ingin bertanya, bagaimana dapatkan pengesahan Ejaan Pengunaan Bahasa pada visual iklan Premis?

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.

 

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

19/06/2026Lain-lain
32 Amalan tersebut semakin terpinggir oleh generasi muda kini. Perkataan terpinggir adakah boleh digunakan?

Amalan tersebut semakin terpinggir oleh generasi muda kini.

 

Perkataan “terpinggir” dalam konteks ayat tersebut adalah betul dan boleh digunakan.

19/06/2026Tatabahasa
33 Biasanya, pembelian dalam talian oleh pemuda-pemudi berpunca daripada nafsu yang timbul semasa menatal iklan menarik pada skrin telefon. Perkataan nafsu bolehkah digunakan dalam ayat ini?

Menurut Kamus Dewan Perdana, nafsu bermaksud keinginan, kemahuan dan dorongan hati yang kuat.
Namun begitu, perkataan nafsu membawa konotasi negatif dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut adalah kemahuan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1381 dan 1511.

19/06/2026Tatabahasa
34 Lanjutan daripada itu, pihak media massa yang mudah mempengaruhi segenap khalayak turut merupakan pemacu dalam menyebarkan amalan berjimat cermat. Perkataan pihak adakah boleh dikekalkan dan frasa seperti mudah mempengaruhi segenap khalayak adakah boleh digunakan?

Ayat yang betul ialah:

Lanjutan itu, pihak media massa yang mudah mempengaruhi semua khalayak turut menjadi pemacu dalam menyebarkan amalan berjimat cermat.

Frasa pihak media massa boleh digunakan dalam ayat di atas.

Frasa  mudah mempengaruhi segenap khalayak lebih sesuai digantikan  dengan mudah mempengaruhi semua khalayak.


19/06/2026Tatabahasa
35 Dear Sir/Madam, I hope you are doing well. I would appreciate your guidance on the appropriate Bahasa Malaysia translations for the following event names: Application DayHari Pendaftaran PEAK Info Day (PEAK stands for Postgraduate Empowerment and Knowledge) → Hari Pemerkasaan Pendidikan dan Pengetahuan Pascasiswazah Could you kindly confirm whether these translations are suitable and natural in Bahasa Malaysia, particularly in the context of higher education recruitment and outreach events? Or would Hari Pendaftaran dan Hari Maklumat PEAK be acceptable? Thank you for your assistance. I look forward to your advice.Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: 
1. Application Day: Hari Pendaftaran
2. PEAK (Postgraduate Empowerment and Knowledge) Info Day: Hari Informasi dan Pemerkasaan Pascasiswazah 
18/06/2026Makna
36 tolong semak penggunaan kata sendi nama dalam ayat berikut: 1. Soal jodoh dan rezeki terletak pada/di tangan Tuhan. 2.Kuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada/di tangan raja tersebut. 3.Segala harta Ali telah jatuh ke tangan Abu. 4.Tawanan yang berada di/pada tangan pihak musuh perlu diselamatkan. 5.Pemuda yang tidak berdosa itu akhirnya terbunuh di/pada tangan penguasa yang zalim.

Penggunaan kata sendi nama ayat di bawah ini dibuat dengan penambahbaikan:

1. Soal jodoh dan rezeki terletak pada takdir Allah.

2. Kuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada kuasa raja tersebut.

3. Segala harta Ali telah jatuh kepada Abu.

4. Tawanan yang berada pada pihak musuh perlu diselamatkan.

5. Pemuda yang tidak berdosa itu akhirnya terbunuh pada penguasa yang zalim.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan pada halaman 274 - 275.

18/06/2026Tatabahasa
37 saya memakai baju sekolah dengan kemas. adakah ayat ini betul.Ayat "Saya memakai baju sekolah dengan kemas." adalah betul.16/06/2026Tatabahasa
38 saya ingin bertanya tentang penggunaan daripada/kepada ayat contoh: Setelah mendengar berita tersebut, dia meminta pertolongan daripada/kepada Ali. apakah kata sendi nama yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut? 

Kata sendi nama yang sesuai digunakan ialah daripada.

 

Ayat: Setelah mendengar berita tersebut, dia meminta pertolongan daripada Ali.

 

Daripada: Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur abstrak (dalam konteks ini, pertolongan itu datang daripada Ali).

 

Kepada: Digunakan selepas kata kerja transitif yang membawa maksud sasaran, tumpuan, atau penyataan bahagian, bukannya punca sesuatu bantuan diperoleh.



16/06/2026Tatabahasa
39 Saya ingin bertanya ayat seperti "Ibu bapa berbuat demikian kerana mereka menginginkan anak mereka supaya dapat diasuh dengan nilai-nilai murni." adakah gramatis? Adakah penggunaan perkataan "menginginkan" itu adalah betul?Menginginkan bermaksud berasa ingin akan seseorang memperoleh atau melakukan sesuatu.   Berdasarkan makna tersebut, perkataan “menginginkan” boleh digunakan dalam konteks ayat dengan pindaan kepada “Ibu bapa berbuat demikian kerana menginginkan anak mereka diasuh dengan nilai-nilai murni.”15/06/2026Tatabahasa
40 Adakah frasa seperti "berkerut kusam" adakah gramatis?Frasa ‘berkerut kusam’ tidak gramatis kerana berkerut lazimnya dikaitkan dengan dahi manakala kusam dikaitkan dengan muka atau kulit.15/06/2026Tatabahasa
41 Wajahnya berkerut kusam. Adakah gramatis?

Ayat “Wajahnya berkerut kusam” tidak gramatis kerana berkerut lazimnya dikaitkan dengan dahi manakala kusam dikaitkan dengan muka atau kulit.

15/06/2026Lain-lain
42 Selamat sejahtera, Suasana di pasar raya riuh-rendah/meriah. (Guna meriah atau riuh-rendah?) Terima kasih.

Meriah –  berkenaan dengan majlis, suasana dan sebagainya, gembira atau suka ria

Riuh-rendah –  terlalu bising dengan suara atau bunyi yang kuat dan tidak tentu butirnya

Brdasarkan makna yang tersebut, perkataan yang sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah riuh-rendah. Suasana di pasar raya itu riuh-rendah. 

13/06/2026Tatabahasa
43 I)Mereka menjinjing baldi bersama-sama kerana sangat berat. Ii) Mereka menjinjing baldi itu kerana baldi itu sangat berat Soalan, atat I atau Ii betul?Bagi saya,ayat pertama betul kerana tidak perlu mengulangi baldi itu . Terima kasih Ayat yang betul ialah "Mereka menjinjing baldi bersama-sama kerana sangat berat."11/06/2026Tatabahasa
44 Sya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "daripada/dari" dalam ayat ini 1. Sebaik sahaja pulang dari pulang dari/daripada Perang Khaibar, Nabi Muhammad memperluas Masjid Nabawi. 2.Setelah pulang dari/daripada bermusafir, dia terus menziarahi kedua-dua ibu bapanya. terima kasihAyat yang betul ialah:
1. Sebaik sahaja pulang daripada Perang Khaibar, Nabi Muhammad memperluas Masjid Nabawi.
2. Setelah pulang daripada bermusafir, dia terus menziarahi kedua-dua ibu bapanya.

Perang Khaibar dan bermusafir yang hadir selepas kata sendi nama tidak merujuk tempat. Oleh itu, kata sendi nama "daripada" yang digunakan.
11/06/2026Tatabahasa
45 Nak tambahkan pendapatan dan kembangkan perniagaan anda?Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

11/06/2026Lain-lain
46 Rebut peluang untuk tembusi pasaran global harini!Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.


11/06/2026Lain-lain
47 Nak perniagaan anda disebut-disebut?Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.


11/06/2026Lain-lain
48 Adakah Pulau Langkawi, Brunei Darulsalam, Pantai Cenang merupakan kata nama khas pemajmukan? sedangkan langkawi tiada maksud. mohon penjelasan
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.

Pulau Langkawi, Brunei Darussalam dan Pantai Cenang merupakan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata majmuk.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84, 85 dan 97.

11/06/2026Tatabahasa
49 Mohon semakan penulisan jawi pada perkataan berikut 1) Abdullah bin Abdul Mutalib 2) Raja Abrahah 3) Burung Ababil 4) Mekah 5) WahabEjaan Jawi:
1. Abdullah bin Abdul Mutalib - عبد الله بن عبد المطلب
2. Raja Abrahah - راج ابرهة 
3. Burung Ababil - بوروڠ ابابيل
4. Mekah - مكة
5. Wahab - وهاب
10/06/2026Ejaan
50 Saya mohon untuk papan tanda dan pada logo ada slogan iaitu "Save Environment Without Compromise". Saya telah terjemahkan kepada "Memelihara Alam Sekitar Tanpa Kompromi" tapi pihak DBP meminta untuk tukar kepada ayat yang lebih baik. Jadi, boleh pihak tuan/puan mencadangkan ayat yang lebih sesuai untuk menggambarkan slogan tersebut. Terima kasih atas bantuan dan pertimbangan.

Terjemahan yang sesuai dengan penggunaan papan tanda/iklan ialah Memelihara Kelestarian Alam Sekitar atau Sayangi Alam Sekitar. Perkataan kompromi tidak sesuai digunakan pada papan tanda/iklan kerana  membawa maksud tindakan yang tegas, tiada tolak ansur dan tiada pengecualian. Ayat pada papan tanda/iklan bertujuan untuk memujuk atau memberikan kesedaran kepada pengguna.
10/06/2026Istilah
51 Mana yang betul 1) Guli itu jatuh di bawah meja. 2) Guli itu jatuh ke bawah meja

Ayat yang betul adalah – Guli itu jatuh di bawah meja.

·         Kata sendi “ke” berfungsi untuk menunjukkan arah pergerakan.

·         Kata sendi “di” berfungsi untuk menunjukkan lokasi atau tempat.


09/06/2026Tatabahasa
52 Adakah istilahresiliensimenurut standard Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepadadaya tahan”? Selain itu, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataanburnout”?1. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah resilience ialah ketahanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.

2. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah burnout ialah lesu upaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.
06/06/2026Istilah
53 Apakah terjemahan istilah "Erectile Dysfunction" kepada Bahasa Malaysia yang lebih tepat? Istilah "Mati Pucuk" menggambarkan keadaan dimana zakar tidak dapat ereksi langsung, tetapi "Erectile Dysfunction" merangkumi semua tahap masalah ereksi.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah erectile dysfunction ialah mati pucuk. Untuk makluman tuan, erectile dysfunction bersinonim dengan impotence yang membawa maksud mati pucuk.04/06/2026Istilah
54 1. Psychological Well Being 2. Self- Acceptance Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah psychological well-being ialah kesejahteraan psikologi, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah self-acceptance ialah penerimaan diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.03/06/2026Istilah
55 Salam sejahtera. Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. Sekian, teima kasih.
Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ialah ayat susunan biasa.
03/06/2026Tatabahasa
56 Apakah beza perkataan "fungsi" dan "peranan"? contoh : "Retorik pemerian berfungsi untuk menerangkan situasi penceritaan". atau "Retorik pemerian berperanan untuk menerangkan situasi penceritaan"?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “fungsi” membawa maksud sesuatu yang boleh dilakukan oleh sesuatu, tugas atau tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh individu atau organisasi. Perkataan “peranan” pula membawa maksud tugas atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang, negara dan sebagainya untuk menjayakan sesuatu. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang hampir sama dan boleh bertukar ganti penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Berdasarkan ayat yang diberikan, kata fungsi dan peranan boleh bertukar ganti.

31/05/2026Tatabahasa
57 Salam sejahtera tuan, bolehkah saya tanya bentuk jawabanalat-alat tulisadalah betul atau salah? Adakah alat tulis sudah membawa maksud jamak oleh sebab itualat-alat tulismerupakan bentuk jawaban yang salah? Terima kasih

Perkataan “alat-alat tulis” merupakan penggandaan kata majmuk yang melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Namun, penggunaan perkataan “alat tulis” sahaja adalah betul kerana perkataan tersebut boleh menunjukkan satu atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya.

 

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 74



29/05/2026Tatabahasa
58 Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "ditonjolkan" dan "diutarakan" bolehkah berikan contoh ayat? Sebab saya nampak maksud kedua-dua perkataan menampilkan sesuatu ke hadapan, terima kasihDalam Kamus Dewan Perdana, "ditonjolkan" (menonjolkan) ialah kata kerja pasif yang bermaksud menjadikan sesuatu jelas kelihatan, sangat nyata atau menyerlah. Contoh ayat, Pengerusi mahukan kesenian Melayu ditonjolkan di taman itu. Perkataan "diutarakan" (mengutarakan) juga kata kerja pasif yang bermaksud melahirkan atau menyatakan pendapat yang tersemat dalam hati. Contoh ayat, Banyak perkara yang diutarakan mengenai novel ini. Pandangan tuan tentang menampilkan sesuatu ke hadapan ada dalam maksud menonjolkan/ditonjolkan.  29/05/2026Tatabahasa
59 InhibitionCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah inhibition ialah penyekatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.28/05/2026Istilah
60 Assalamualaikum wbh. Mohon untuk perbetul ayat berikut supaya lebih gramatis: Kemajuan terbaru dalam bidang perubatan apakah yang anda percaya akan memberi impak terbesar terhadap bagaimana anda akan mengamalkan perubatan? Terima kasih. Ayat yang betul ialah “Apakah kemajuan terbaru dalam bidang perubatan yang akan memberikan impak terbesar terhadap cara anda dalam mengamalkan perubatan?”28/05/2026Tatabahasa
61 affirmative postmodernismCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah affirmative postmodernism ialah pascamodernisme afirmatif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.26/05/2026Istilah
62 perkasaMohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.26/05/2026Istilah
63 Istilah manakah yang betul, pascahidrokarbon atau Mohon maaf, soalan tuan/puan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.25/05/2026Lain-lain
64 Salam, saya benar-benar tidak faham adakah para pegawai membaca soalan sebelum menjawab, Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Lain ditanya lain dijawab. Pada 19/05/2026, saya bertanya. Mohon penjelasan tentang penggunaan "kemaskinian". Adakah penggunaan perkataan ini boleh diterima kerana masukan ini tiada dalam kamus. Jawapan yang diberikan: Perkataan yang betul ialah pengemaskinian. Saya bukan tanya tentang perkataan yang betul. Saya tanya tentang "kemaskinian" bolehkah diterima. Perkataan ini digunakan oleh PRPM sendiri, sila cari "kemaskinian sistem" dalam PRPM ada masukan yang dimaksudkan, jika salah, mohon penjelasan sebab masukan itu ada dalam PRPM. Perkataan ini juga semakin kerap digunakan dalam laras teknologi. Carian Google yang ringkas boleh menemukan banyak maklumat tentang penggunaan perkataan ini. Perkataan ini semakin digunakan sebagai Kata Nama dalam banyak laras. Mohon pegawai baca dan fahamkan dahulu sebelum menjawab soalan. Ini benar-benar mengecewakan.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, tiada kata terbitan “kemaskinian”. Walau bagaimanapun, padanan istilah “system update” dalam bidang komputer ialah  pengemaskinian sistem atau kemaskinian sistem. Oleh itu, frasa kemaskinian sistem hanya boleh digunakan dalam bidang komputer sahaja. 25/05/2026Ejaan
65 Adakah penggunaan frasa "merujuk kepada" betul? Setahu saya, selepas kata kerja transitifmerujuk”, kata sendi nama sepertikepadatidak perlu digunakan. Walau bagaimanapun, apa pendapat yang mengatakan bahawa, frasamerujuk kepada perkaratelah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. Mohon pencerahan pihak DBP.Penggunaan frasa yang betul ialah "merujuk perkara". Merujuk ialah kata kerja transitif. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata kerja aktif transitif perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama. Oleh itu, kata kerja "merujuk" seharusnya terus diikuti oleh objek dan bukan kata sendi nama. 25/05/2026Tatabahasa
66 Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih

Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya.

23/05/2026Lain-lain
67 Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "ditonjolkan" dan "diutarakan" bolehkah berikan contoh ayat? Sebab saya nampak maksud kedua-dua perkataan menampilkan sesuatu ke hadapan, terima kasihDalam Kamus Dewan Perdana, "ditonjolkan" (menonjolkan) ialah kata kerja pasif yang bermaksud menjadikan sesuatu jelas kelihatan, sangat nyata atau menyerlah. Contoh ayat, Pengerusi mahukan kesenian Melayu ditonjolkan di taman itu. Perkataan "diutarakan" (mengutarakan) juga kata kerja pasif yang bermaksud melahirkan atau menyatakan pendapat yang tersemat dalam hati. Contoh ayat, Banyak perkara yang diutarakan mengenai novel ini. Pandangan tuan tentang menampilkan sesuatu ke hadapan ada dalam maksud menonjolkan/ditonjolkan.  23/05/2026Tatabahasa
68 Tolong buatkan semakan terhadap jawapan saya dengan telitinya. Adakah kedua-dua jawapan tersebut sesuai dan tepat? Tukarkan ayat aktif kepada Ayat pasif 1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. ATAU Surat pelantikan telah saya terima sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. 2. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan. Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan. ATAU Para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan setelah membuat segala persiapan. 3. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. ATAU Guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu selain berbuat bising.Penggunaan ayat pasif yang betul adalah seperti yang berikut:



1. Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.


2. Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan.


3. Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga diganggu oleh pelajar-pelajar itu.

23/05/2026Tatabahasa
69 Selamat pagi. Adakah nama buku "The Taste of Love" boleh diterjemah sebagai "Cita Rasa Cinta"? Terima kasih.Terjemahan dalam bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk tajuk buku "The Taste of Love" ialah "Rasa Cinta".22/05/2026Tatabahasa
70 Salam. Adakah penggunaan kata nama khas pada ayat berikut, betul? 1. Bandar Ruili, Wilayah Yunan di *barat daya China* yang bersempadan dengan Myanmar, mengalami kerosakan akibat gempa bumi. 2. Chongqing, dikenali sebagai "Bandar Gunung" dan "Kota Sungai," ialah sebuah kota yang meriah di *Barat Daya China* (Southwestern China) yang kaya dengan sejarah 3,000 tahun. Terima kasih Dalam Kamus Dewan Perdana, “barat daya” merujuk arah mata angin antara barat dengan selatan. Oleh hal yang demikian, barat daya China tidak dieja dengan huruf besar pada huruf pertama nama am yang tidak ada kaitan dengan geografi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP: 2020) dan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (DBP: 1992).         22/05/2026Tatabahasa
71 Saya ingin mendapatkan kelulusan lesen iklan bagi perniagaan kedai makan melalui DBP Sah Bahasa. Namun,permohonan tidak lulus bagi penggunaan nama kedai. Nama kedai digunakan adalah "Pedas Manis" dan penggunaan frasa tersebut adalah sebagai identiti dan jenama komersial bagi perniagaan yang dikendalikan oleh syarikat yang berdaftar sah di SSM. Oleh itu, saya ingin dapatkan nasihat bagi penggunaan nama perniagaan dikekalkan sebagai "Pedas Manis" sebagai jenama perniagaan tersebut. Segala kerjasama amatlah dihargai.

Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang berstatus telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered / Published / Protected / Accepted) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Contohnya, Pedas dan Manis.

22/05/2026Lain-lain
72 Apakah padanan untuk "minced oath" dalam BM? "Kata ganti carutan"? "Kata ganti makian"? Takrifnya ialah eufemisme untuk mengelakkan bahasa kasar atau lucah, seperti kurang ajar -> kurang asam, goddamn -> gosh darn.Padanan bahasa Melayu bagi istilah minced oath ialah seranah halus. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.21/05/2026Istilah
73 Dalam bidang astronomi, apakah terjemahan yang sesuai untuk "Lunar standstill"? Istilah ini merujuk kepada kedudukan Bulan yang paling utara atau selatan berbanding khatulistiwa Bumi ketika ia mengorbit Bumi. Ia boleh dibandingkan dengan istilah solstis untuk Matahari. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah lunar standstill ialah pegunan bulan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.21/05/2026Istilah
74 1. Saya membaca buku cerita dengan gembira. 2. Saya membaca suka buku cerita dengan gembira. Selamat sejahtera encik/puan, ayat di atas betul atau salah. terima kasih.

1.      Saya membaca buku cerita dengan gembira. (Betul)

2.      Saya membaca suka buku cerita dengan gembira. (Salah)



20/05/2026Tatabahasa
75 Salam sejahtera, Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? Adakah "bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan" merupakan subjek manakala "tidak dapat dinafikan" merupakan predikat? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ayat “Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.” ini betul.

 

Binaannya adalah seperti yang berikut:

Tidak dapat dinafikan – Subjek

Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan –  Predikat

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 510.

19/05/2026Tatabahasa
76 Boleh terangkan mengapa jawapan salah untuk ayat aktif/pasif untuk gambar yang dilampirkan.

Ayat “Jambangan bunga itu saya gubah untuk ibu” adalah betul.

Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh (saya, aku, engkau, awak, anda) ataupun kata ringkas (ku, kau) (Tatabahasa Dewan, halaman 491-493)

19/05/2026Tatabahasa
77 Mohon penjelasan tentang penggunaan "kemaskinian". Adakah penggunaan perkataan ini boleh diterima kerana masukan ini tiada dalam kamus.
Perkataan yang betul ialah pengemaskinian.
19/05/2026Tatabahasa
78 Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM.

Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.

Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut:

Jenis huruf: Arial
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris

19/05/2026Lain-lain
79 Adakah ayat "Kombo Hangat Kembali Lagi" tepat?Frasa tersebut tidak sesuai digunakan. 19/05/2026Tatabahasa
80 bread puddingCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah bread pudding ialah puding roti. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.19/05/2026Istilah
81 Tolong semak jawapan saya. Terima kasih. Tukarkan ayat aktif ayat pasif. 1.Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Jwp: Semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 2.Kini, kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA. Jwp: Hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani kini setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 3.Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 4.Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. 5.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Jwp: Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.

Ayat pasif yang betul ialah:

  1. Semak samun di kiri dan kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
  2. Kini, hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 483 hingga 493 dan 562 hingga 566.

18/05/2026Tatabahasa
82 Tolong semak jawapan saya. ( Ayat aktif kepada Ayat pasif ) 1. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan . Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan.

Ayat aktif: Kami sekeluarga menyambut para tetamu di luar dewan, setelah membuat segala persiapan.

Ayat pasif: Para tetamu disambut di luar dewan oleh kami sekeluarga, setelah membuat segala persiapan.

18/05/2026Tatabahasa
83 Bolehkah saya tahu padanan terma yang sesuai untuk latihan kompetensi seperti "Echo Training" dan "Technical Update"?

Untuk makluman tuan/puan, secara umum, istilah 'echo training' tidak lazim digunakan dalam bahasa Inggeris dan padanan dalam bahasa Melayu tidak dapat diberikan kerana tiada konsep dan konteks yang konkrit ditemui dalam kamus antarabangsa. Sehubungan dengan itu, cadangan terjemahan langsung untuk echo training dalam bahasa Melayu ialah latihan gema, manakala technical update ialah kemas kini teknikal.

 

18/05/2026Makna
84 Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih

Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya.



18/05/2026Lain-lain
85 1.Fiza mengemop lantai dengan pengemop.Adakah perkataanpengemopbetul? Kalau perlu bina ayat dengan menggunakan peralatan,mop itu betul?atau pengemop juga boleh? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Fiza mengemop lantai. Perkataan mengemop boleh digunakan, iaitu daripada kata "mop" mendapat awalan meN-... menjadi mengemop.

Perkataan mengemop diterima dan diberikan takrif membersihkan lantai, tangga dan sebagainya dengan menggunakan mop.
17/05/2026Tatabahasa
86 Salam, yang mana penggunaan bahasa yang betul. 1.Saya pergi ke sekolah 2.Saya ke sekolah 3.Saya pergi sekolah Sekian, terima kasih

Penggunaan bahasa yang betul ialah:


  1. Saya pergi ke sekolah.
  2. Saya ke sekolah.
16/05/2026Tatabahasa
87 Dalam penulisan surat rasmi, lazimnya rujukan kehormat dan kata ganti nama diri digunakan dalam kandungan surat seperti contoh di bawah: "YBhg. Datuk/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sebagaimana pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum, pihak kami..." Mohon pencerahan dan pengesahan mengenai status penggunaan huruf besar bagi perkataan "Tuan/Puan" dalam perenggan kedua tersebut, sama ada perkataan "Tuan/Puan" dalam konteks ini perlu dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar atau ia perlu dianggap sebagai kata nama umum yang ditulis dengan huruf kecil (tuan/puan) bagi rujukan-rujukan seterusnya dalam kandungan surat tersebut, walaupun digabungkan dengan rujukan kehormat "YBhg. Datuk"?

Berdasarkan contoh yang diberikan, perkataan “tuan/puan” hendaklah ditulis dalam huruf kecil kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Hal ini, berbeza pula dengan “Datuk” yang merupakan kata nama khas, iaitu gelaran kehormatan di Malaysia kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Melaka. Oleh itu, “YBhg. Datuk” hendaklah ditulis berpangkalkan huruf besar.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 83-86 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 487, 1759 dan 2409.

15/05/2026Tatabahasa
88 1. BLOOD ORANGE (sejenis buah oren, spesis Citrus Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah blood orange ialah oren merah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.15/05/2026Istilah
89 KENAPA PERKATAAN "ADALAH" SUKACITA DIMAKLUMKAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN SURAT RASMIPenggunaan frasa "Adalah sukacita dimaklumkan" pada permulaan ayat dalam surat rasmi adalah satu kebiasaan yang sering kita lihat namun sebenarnya salah dari segi tatabahasa. Menurut Tatabahasa Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kesalahan ini berpunca daripada penyalahgunaan fungsi kata pemeri. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan pada pangkal ayat. 15/05/2026Tatabahasa
90 Saya ingin memohon pihak Dewan Bahasa & Pustaka untuk menyemak penggunaan bahasa di dokumen saya seperti di lampiran.
Visi - Menjadi peneraju utama dan pemudah cara penyelesaian palet di Malaysia dengan memacu inovasi untuk kecemerlang industri.

Misi - Memperkasakan industri palet Malaysia melalui pendidikan, piawaian dan inovasi.
15/05/2026Penyemakan dan penterjemahan
91 Saya ingin memohon pihak Dewan Bahasa & Pustaka untuk menyemak penggunaan bahasa di dokumen saya seperti di lampiran.
Visi - Menjadi peneraju utama dan pemudah cara penyelesaian palet di Malaysia dengan memacu inovasi untuk kecemerlang industri.

Misi - Memperkasakan industri palet Malaysia melalui pendidikan, piawaian dan inovasi.
15/05/2026Penyemakan dan penterjemahan
92 Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri , mesti ada kata sendi ke? Atau kita juga terima masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?Perkataan "masuk" ialah kata kerja aktif transitif. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap dan boleh juga diikuti dengan unsur keterangan (kata sendi nama). Dari aspek makna pula masuk bermaksud pergi ke dalam. Oleh itu, ungkapan yang betul ialah "Masuk  telinga kanan, keluar telinga kiri".14/05/2026Tatabahasa
93 Saya ingin mendapatkan pencerahan bagi penggunaan ayat permulaan dalam surat menyurat kerajaan, yang mana lebih sesuai digunakan: "Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas", atau "Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk ekpada perkara tersebut di atas."Penggunaan yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas".14/05/2026Tatabahasa
94 Apa beza maksud "panduan" dan "rujukan". contoh ayat : "Strategi ini menjadi panduan kepada penulis." dgn "Strategi ini menjadi rujukan kepada penulis".Merujuk Kamus Dewan Perdana, perkataan “panduan” bermaksud  pedoman, petunjuk, pimpinan; atau sesuatu yang dipakai untuk rujukan (untuk mengetahui nama, alamat, butir-butir dan lain-lain), manakala “rujukan” pula bermaksud keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk. Berdasarkan makna yang tersebut, panduan juga boleh membawa maksud rujukan bergantung pada konteks penggunaannya. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Strategi ini menjadi panduan kepada penulis".13/05/2026Makna
95 Saya mahu mengajukan apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan "anonymize" contoh ayat "Risks of Anonymized and Aggregated Data

Cadangan terjemahan bagi ayat Risks of Anonymized and Aggregated Data ialah Risiko data tanpa nama dan teragregat.

13/05/2026Makna
96 Salam sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak DBP berkenaan penggunaan frasaHari Permohonan dan Penerimaan”. Untuk makluman pihak tuan/puan, frasa tersebut pernah diluluskan dalam semakan bahasa sebelum ini. Namun begitu, semakan terkini menunjukkan bahawa frasa tersebut tidak lagi diluluskan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak DBP dapat memberikan penjelasan mengenai sebab perubahan tersebut, serta mencadangkan penggunaan frasa yang lebih tepat sekiranya perlu. Segala perhatian, bantuan dan penjelasan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Penggunaan frasa “Hari Penerimaan” tidak jelas dan mengelirukan. Sehubungan dengan itu, pihak tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 untuk perbincangan.

13/05/2026Lain-lain
97 Null

Soalan 1

Ayat yang gramatis ialah:  Saya bertanyakan keadaan dia.


Soalan 2

Saya membantu dia untuk mencari kucing.  Saya membantunya mencari kucing.

Kedua-dua ayat di atas betul kerana menggunakan kata ganti nama dalam kategori yang sama iaitu  kata ganti diri orang ketiga  "dia" dan  "-nya". Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 87.


13/05/2026Tatabahasa
98 Saya bertanya tentang penggunaan "memberi kuasa" pada 30 April 2026, tapi jawapan yang diberikan adalah tentang kucing. Dalam PRPM itu sendiri menggunakan "memberi kuasa" bukan "memberikan kuasa". Adakah pihak PRPM mahu menyatakan bahawa kuasa itu adalah objek bernyawa? Mohon pegawai yang berpengalaman memberikan jawapan.Kami bersetuju dengan tuan tentang penggunaan frasa yang betul ialah "memberikan kuasa", bukan "memberi kuasa" dan analoginya seperti contoh ayat yang kami berikan sebelum ini. Sebarang maklumat tentang frasa "memberi kuasa" dalam data Khidmat Nasihat Bahasa DBP akan dikemas kini.13/05/2026Tatabahasa
99 Saya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan PRPM, seolah-olah dijawab dengan orang yang tidak berpengalaman. Pada 1 Mei 2026 saya bertanya Apakah perbezaan antara penggunaan keterangan cara (adverbs dalam bahasa Inggeris) dalam Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif. Jawapan yang diberikan adalah definisi. Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu: Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Saya bukan tanya definisi. Saya tanya Untuk kata kerja tak transitif, manakah bentuk yang betul? This system helps you quickly see students perform best Sistem ini membantu anda melihat dengan cepat pelajar yang berprestasi baik Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat Ayat yang betul ialah “Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat” kerana “pelajar” menjadi pelengkap kepada kata kerja “melihat” dalam frasa “membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat”.13/05/2026Tatabahasa
100 Saya ingin bertanya perihal perkataan "sunroof" dalam bidang Automotif, adakah ia ditafsirkan sebagai "bumbung matahari" atau "bumbung suria" atau "bumbung langit"? Dan "panoramic sunroof" juga ditafsirkan kepada "bumbung suria berpanoramik"? Saya juga beranggapan perkataan "sunroof" juga boleh diguna pakai untuk kegunaan media sosial, betul? Terima kasih!Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah sunroof ialah bumbung matahari, manakala istilah panoramic sunroof ialah bumbung matahari panoramik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.12/05/2026Istilah
101 5. I Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. (perkataan bercondong ialah mengira)

Jawapan yang betul ialah:


I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu.

ll. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

lll. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.


12/05/2026Tatabahasa
102 Assalamualaikum, Mohon pertanyaan. Saya dari Persatuan Bekam Malaysia ingin menanyakan mengenai penggunaan: Pengamal Jurubekam berdaftar atau Pengamal Bekam berdaftar, yang manakah sesuai digunapakai untuk cetakan iklan, kad atau buku?Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. 12/05/2026Lain-lain
103 Adakah istilahresiliensimenurut standard Dewan

Padanan bahasa Melayu bagi istilah resilience ialah kebingkasan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.

12/05/2026Istilah
104 "Yang paling penting, ..." Bolehkah mulakan ayat dengan frasa ini? Yang paling penting?

Kata “yang” dikenali sebagai kata hubung pancangan relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Frasa  “Yang paling penting, ...” boleh diletakkan pada permulaan ayat. Walau bagaimanapun, frasa ini perlu ditambah dengan predikat yang sesuai untuk membentuk satu ayat yang lengkap. Contohnya, “Yang paling penting ialah keselamatan pelajar.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 252 dan 505.

11/05/2026Tatabahasa
105 Pohon nasihat berhubung terjemahan bahasa melayu bagi perkataan "undivided interest". semakan mendapati dalam kamus BM menyebut ianya sebagai "kepentingan tak bahagi". Perkataan "tak" dilihat kurang sesuai bagi maksud teks ketetapan umum dan teks rasmi. Adakah lebih sesuai disebut "kepentingan tidak terbahagi". Sekiranya sesuai, maka daftar istilah bahasa melayu dalam PRPM perlu diubah. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah undivided interest ialah kepentingan tak bahagi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. Penggunaan "tak" bagi menggantikan "tidak" adalah tepat dan boleh digunakan selaras dengan syarat pembentukan istilah yang harus bersifat ringkas. Contoh padanan istilah lain yang menggunakan "tak" ialah "tak langsung" bagi "indirect", "tak tekal" bagi "inconsistent" dan "tak lengkap" bagi "incomplete".11/05/2026Istilah
106 1. Bolehkah saya kata "Hal ini adalah mustahak kerana..."? 2. Bolehkah saya kata" Hal ini umpama sambil berdiang, nasi masak..."? 3. Bolehkah saya kata" Rata-ratanya masyarakat *dalam generasi alat milenium ini* kurang membudaya amalan gaya hidup sihat"?

Penggunaan frasa yang betul adalah seperti yang berikut:

 

1. “Hal ini mustahak kerana …”

2. “Situasi ini umpama sambil berdiang, nasi pun masak.”

3. “Kebanyakan masyarakat pada era moden ini kurang mengamalkan gaya hidup sihat.”

11/05/2026Tatabahasa
107 terjemahan "crisp" ialah "rangup". Jika saya ingin menambah imbuhan di hadapan perkataan "rangup" ini, yang membawa maksud "untuk menjadikan sesuatu itu rangup", mana satukah imbuhan yang betul? "perangup" atau "pengrangup"

Istilah “perangup” atau “pengrangup” tidak wujud dalam pembentukan kata dasar rangup. Jika ingin membawa maksud menjadikan makanan rangup, teks yang lebih sesuai ialah “merangupkan”. Contoh ayat, “Bahan ini digunakan untuk merangupkan ayam goreng.”

Sementara itu, “kerangupan” juga sesuai untuk digunakan yang membawa maksud hal atau keadaan rangup. Contoh ayat, “Kedai roti tersebut menggunakan ramuan terbaik bagi menambahkan kerangupan biskutnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1820.

10/05/2026Tatabahasa
108 Selamat pagi. Jikalau sesebuah buku itu dinamakan "Cita Rasa Cinta", apakah nama buku ini boleh diterima atau betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.

Nama tersebut boleh diterima dari segi tatabahasa tetapi kurang tepat dari aspek makna. Sila kenal pasti maksud yang hendak disampaikan dan dinyatakan dalam frasa yang tepat dari aspek makna dan tatabahasa.

10/05/2026Tatabahasa
109 SPENT CONVICTION / SPENT REGISTRABLE PARTICULARSCadangan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat bagi istilah spent ialah luput. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.08/05/2026Istilah
110 Yang mana lebih tepat, ejen perubahan sosial atau agen perubahan sosial?
Frasa yang tepat ialah ejen perubahan sosial.
08/05/2026Tatabahasa
111 Salam sejahtera, Tuan/Puan Apakah jawapan untuk soalan ini? Arahan Pilih ayat-ayat yang mengguankan perkataan berhuruf condong dengan betul. I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV. Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. Terima Kasih.

Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas kerana tiada perkataan berhuruf condong dalam contoh ayat yang diberikan.


07/05/2026Tatabahasa
112 Bolehkah perkataan Inggeris "stele" diterjemahkan kepada "batu bersurat" atau "prasasti" dalam bahasa mudah?Cadangan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat bagi istilah stele ialah batu bersurat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.07/05/2026Lain-lain
113 Dalam Kamus Dewan Perdana. hlm 796 terdapat entri ini ia, kata ganti nama diri ketiga; dia: Hari ini ia tidak datang ke pejabat. Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti Bukankah ia itu sepatutnya KGN merujuk kepada binatang mengapa KDP menyatakan sebaliknya dan menggunakan ia sebagai kata pembenda? Begitu dengan ianya, bukanlah penggunaan itu sepatutnya salah? Mohon pencerahan.

Untuk makluman puan, Kamus Dewan Perdana (KDP) ialah kamus umum ekabahasa yang menyasarkan penutur jati bahasa Melayu dan bukan penutur jati yang mahir dalam bahasa Melayu. Fungsi kamus ini adalah untuk merakamkan kosa kata dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kata ia dan ianya dirakamkan dalam KDP dan diberikan takrif berdasarkan penggunaan sebenar. Maklumat ini ada dinyatakan pada Kata Pengantar dan Pendahuluan dalam KDP.

Perlu difahami juga bahawa KDP tidak berfungsi sebagai pedoman tatabahasa. Hal yang berkaitan dengan sistem bahasa Melayu seperti tatabahasa perlu merujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian.

06/05/2026Makna
114 Boleh jelaskan penggunaan perkataan Vice Chancellor yang betul sama ada perkataan ini dieja "Vice Chancellor" atau "Vice-Chancellor" (dengan tanda sempang). Terima kasih.

DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak ejaan dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, ejaan Vice-Chancellor dalam bahasa Melayu ialah Naib Canselor.

06/05/2026Ejaan
115 Adakah ayat ini benar, "membuat kita menyedari bahawa.." atau "membuatkan kita menyedari bahawa.." boleh saya tahu yang mana satu ayta yang betul?

Frasa yang betul ialah “membuatkan kita menyedari bahawa…”

Sumber rujukan (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015, halaman 207)

06/05/2026Tatabahasa
116 1.kalau guna sekelian kalinya betul ke? kalau salah,ada cadangan perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan dalam penulisan novel? 2.buang tabiat atau buang tebiat?
  1. Ejaan yang betul ialah kesekian kali. Penggunaan ungkapan kesekian kali adalah bertujuan untuk menegaskan bahawa perkara yang sama diulang lagi. Ungkapan kesekian kali lazimnya digunakan dalam pertuturan atau penulisan kreatif.
  2. Frasa yang betul ialah buang tabiat.
06/05/2026Istilah
117 Adakah istilah berikut merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar?: Madinah Nabawi Madani Nabawi Contoh ayat: 1. Apabila membicarakan Madinah Nabawi, perhatian sering tertumpu kepada pembinaan masyarakat, penginstitusian keadilan, pengurusan kemajmukan, atau pembentukan akhlak. 2. Apabila kita berbicara tentang keantarabangsaan madani nabawi, kita sebenarnya sedang meneliti bagaimana sebuah kota yang dibina di satu kawasan geografi tertentu dapat melahirkan idea dan nilai yang melampaui geografinya. Perkataan Madinah Nabawi ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar bagi pangkal perkataan.


Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan huruf besar dan kecil, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147.
05/05/2026Tatabahasa
118 Jelaskan penggunaan "berkaitan" dan "berkaitan dengan". Tolong berikan contoh ayat dan konteks untuk kedua-dua frasa. terima kasih

Berkaitan bermaksud berkait atau berkenaan dengan seseorang atau sesuatu dan berkait dengan sesuatu yang telah disebutkan atau dinyatakan terdahulu. (Kamus Dewan Perdana, hlmn. 940)

Penggunaan yang betul ialah “berkaitan dengan.” “Berkaitan dengan” digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas. Kata kerja yang terbentuk melalui imbuhan beR-...-an ialah kata kerja tak transitif yang lazimnya menerima keterangan kata sendi nama seperti dengan, sejak, sehingga dan lain-lain. (Tatabahasa Dewan, hlmn. 199-200) 

Contoh ayat: Semua garis panduan berkaitan dengan keselamatan pekerja hendaklah dipatuhi.



05/05/2026Tatabahasa
119 Saling bermaafan , saling bermaaf, saling memaafkan, yang mana tepat dan betul?Frasa yang tepat dan betul ialah “saling bermaafan” dan “saling memaafkan”. Perkataan bermaaf tiada dalam kamus bahasa Melayu. 05/05/2026Tatabahasa
120 Assalamualaikum. Adakah penggunaan huruf besar pada ayat berikut betul? 1. Situasi ekonomi di Negara Malaysia masih stabil. 2. Jumlah pelancong di Negeri Selangor bertambah. 3. Dua buah pekan di Daerah Sepang yang dilawati ialah Pekan Dengkil dan Pekan Salak. 4. Berkenaan meletakkan kata nama khas tempat, bolehkah jelaskan juga apa yang dikatakan "...sebahagian daripada nama rasmi nama tempat" dan "menunjukkan jenis tempat". Terima kasih.
  1. Penggunaan huruf besar pada perkataan Negara Malaysia, Negeri Selangor, Daerah Sepang, Pekan Dengkil dan Pekan Salak dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  2. Dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama khas dalam bidang geografi.
04/05/2026Tatabahasa
121 Adakahiaboleh digunakan untuk selain manusia? Setahu saya, penggunaaniasama sepertidia’. Jadi, penggunaannya tak boleh untuk selain manusia. Tolong jelaskanIa ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Ia tidak digunakan untuk selain manusia.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 87. 
04/05/2026Tatabahasa
122 aerial liftCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah aerial lift ialah kren pengangkat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.04/05/2026Istilah
123 scissor liftCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah scissor lift ialah lif gunting. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.04/05/2026Istilah
124 PPD Timur Laut akan mengadakan Program Pemerkasaan Bacaan Murid Tahun 2026 pada 11 Mei hingga 15 Mei 2026 2. Saya ingin bertanya kepada pihak puan, bolehkah pihak IPG menyediakan 3 orang juri Bahasa Melayu bagi program berikut : a. Bicara Buku Sekolah Rendah (BM) - 11 Mei 2026 (Isnin) b. Bicara Buku Sekolah Menengah (BM) - 13 Mei 2026 (Rabu) b. Pengkarya Muda (Bahasa Melayu) - 14 Mei 2026 (Khamis) 3. Sekiranya pihak Tuan bersetuju, saya akan emelkan surat rasmi permohonan kepakaran juri kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di talian 019-4544933

Salam puan yang budiman,

Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada:

Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri

No. Telefon: 03-21479011

E-mel:

dina@dbp.gov.my (PA)

04/05/2026Lain-lain
125 Saya ingin bertanya tentang penggunaan "terhadap". Salah satu definisi "berkenaan dengan atau tentang". Apakah syarat penggunaan dalam konteks ini? Adakah penggunaan terhadap + abstrak seperti terhadap maklumat, terhadap tanggungjawab, adalah salah sama sekali?

Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contohnya: 


Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. 

Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan pengguna menggunakan kata sendi nama terhadap sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang. Contohnya: 

Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung. 
(seharusnya: Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung.)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 281 - 282.

03/05/2026Tatabahasa
126 Ultimate FrisbeeCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah flying disc ialah cakera terbang. Padanan istilah ini telah mantap digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kata Frisbee tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana Frisbee merupakan jenama bagi cakera terbang.02/05/2026Istilah
127 Bolehkah saya kata "meninjau ke arah rak buku"?Meninjau merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Oleh itu, frasa yang betul ialah “meninjau rak buku”.


Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 157.
02/05/2026Tatabahasa
128 Untuk kata kerja tak transitif, manakah bentuk yang betul? This system helps you quickly see students perform best Sistem ini membantu anda melihat dengan cepat pelajar yang berprestasi baik Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat Apakah perbezaan antara penggunaan keterangan cara (adverbs dalam bahasa Inggeris) dalam Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif. Mohon pencerahan.

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i)          Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut, contoh ayat “Semua orang pulang.”

ii)          Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat, contoh ayat “Mereka tinggal di Kampung Paya.”

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Contoh ayat “Adik saya masih tidur.”

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 144-148 dan 289-295.
01/05/2026Tatabahasa
129 Salam tuan, bolehkah saya mendapatkan kepastikan sama ada frasa di bawah betul atau tidak? beraneka jenis lauk-pauk ​Frasa yang betul ialah beraneka jenis lauk atau pelbagai jenis lauk.30/04/2026Tatabahasa
130 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my.

30/04/2026Lain-lain
131 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? Diharapkan dijawab dengan status yang jelas kerana editor dari bahagian buku kanak-kanak dan remaja tidak menjawab e-mel saya ataupun mengangkat panggilan telefon saya. Sekian.

Salam tuan yang budiman,

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my
30/04/2026Lain-lain
132 Mana ayat yang betul.. Haram bersalaman dengan bapa saudara dari/daripada/di sebelah bapa. mohon beri contoh yang sesuai mengikut konteks..terima kasih

Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah daripada.  Hal ini kerana kata sendi nama “daripada”  hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Ayat yang betul ialah “Haram bersalaman dengan bapa saudara daripada sebelah bapa. Walau bagaimanapun, ayat yang diberikan tidak lengkap dan hal fakta berkaitan dengan hukum hendaklah merujuk kepada pihak yang berkenaan.


30/04/2026Tatabahasa
133 Bolehkah duct/duck tape diterjemahkan sebagai "pita kanvas" ataupun "pita duk"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah duct tape atau duck tape ialah pita salur. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.29/04/2026Istilah
134 Terdapat masalah dalam soalan lepas saya dari 17 Nov 2025. Laman ini kata ia sudah diselesaikan tetapi saya tidak mendapat sebarang jawapan: Bagaimana patut nama tempat di Mesir dieja dalam sistem BM? Patutkah ejaan Melayunya berdasarkan ejaannya dalam tulisan Arab, sebutan loghat Mesir, atau ejaan bahasa Inggerisnya? Contoh tempat dalam Inggeris: Deir el-Medina, Saqqara, Gebel el-Silsila (دير المدينة، سقارة، جبل السلسلة.). Untuk rujukan, ITBM terjemahkannya menjadi Dayr al-Madinah, Saqqarah dan Jabal as-Silsilah.

Proses mengalih bahasa bagi kata tertentu dalam bahasa Melayu hendaklah merujuk sumber asalnya, iaitu bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata nama Arab "Dar al-" lazimnya menjadi "darul" seperti Darul Iman dan Darul Makmur. Walau bagaimanapun, nama Dayr al-Medinah ini merupakan nama khas yang belum ditrasliterasikan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami mencadangkan ejaan Dar al-Madinah digunakan. Bagi dua lagi lama, ejaan Saqarah (bentuk tasydid tidak divisualkan) dan Jabal al-Silsilah digunakan. 


29/04/2026Ejaan
135 Apakah maksud yang sesuai bagi "Pay-per-use" untuk digunakan di laman sesawang bagi tujuan maklumat umum. Ia adalah bertujuan penggunaan kenderaan/ laluan/ dll.Cadangan terjemahan bagi frasa pay per use ialah bayar per guna.28/04/2026Penyemakan dan penterjemahan
136 Permulaan huruf untuk fenomena halo matahari dan halo bulan perlu di eja dengan huruf besar?

Tidak, permulaan huruf untuk fenomena halo matahari dan halo bulan tidak perlu dieja dengan huruf besar.

​Ini kerana kedua-duanya dikategorikan sebagai kata nama am yang merujuk kepada kejadian alam atau fenomena cuaca yang umum seperti "hujan", "pelangi", atau "gerhana matahari". 

28/04/2026Ejaan
137 adakah perlu dalam penulisan penjodoh bilangan kepada mahasiswa atau pelajardimasukkan orang? contoh 32 orang pelajar atau 34 pelajar?
Kata bilangan tentu (32) yang menunjukkan jumlah perlu diikuti dengan penjodoh bilangan (orang) sebelum kata nama (pelajar) bagi menunjukkan bilangan manusia. Sebanyak 100 orang pelajar telah mengikuti seminar itu. 
26/04/2026Tatabahasa
138 hi, sy ingin bertanya berkenaan papan tanda, sy sudah mendapat kelulusan dbp untuk design papan tanda beberapa tahun lepas. sy bercadang untuk menukar rekabentuk signboard. adakah sy perlu submit semula artwork di dbp untuk pengesahan? detail semua sama sahaja. cuma sy ingin menukar font dan color untuk nama company di signboard baru

Salam Sejahtera.

 

Pihak tuan/puan boleh mengemukakan permohonan baharu untuk reka bentuk visual iklan yang terkini melalui portal https://dbpsahbahasa.my/. Permohonan boleh dibuat seperti biasa dengan mendaftar iklan baharu.

 

Walau bagaimanapun, pada bahagian maklumat permohonan, sila klik pada pilihan ‘Diperbaharui’ dan masukkan nombor iklan yang telah diluluskan sebelum ini untuk rujukan kami.

 

Jika iklan yang diluluskan telah melebihi tempoh dua tahun, sila klik pada pilihan ‘Kali Pertama’. Maklumat iklan yang telah melebihi tempoh dua tahun tidak lagi disimpan untuk tujuan rujukan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2147 9100 atau 03-2147 9200.

26/04/2026Lain-lain
139 Susulan pertanyan pada 13 April dan jawapan yang diterima tentang penggunaan Kata Sendi Nama dan platform maya, sejak bila "melalui" itu kata sendi nama? Penggunaan melalui tidak sesuai untuk semua konteks. Mohon pegawai yang lebih berpengalaman untuk menjawab.Mohon maaf atas kekeliruan dalam jawapan kami sebelum ini. Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan ketiga-tiga kata sendi nama tidak bersesuaian. Penggunaan ayat yang betul dalam konteks yang diberikan ialah “Pembelian Melalui Shopee”. Walau bagaimanapun, laras iklan lazimnya menggunakan ayat “Beli Melalui Shopee”. Secara morfologinya, perkataan “melalui” berfungsi sebagai kata kerja transitif. Namun, secara sintaksisnya perkataan “melalui” berfungsi sebagai perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan, memperoleh atau mencapai sesuatu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-286 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1223. 24/04/2026Tatabahasa
140 Mengadap atau menghadap? Contoh ayat: Mengadap ilahiAdap menerbitkan kata mengadap, manakala hadap menerbitkan kata menghadap. Dalam contoh ayat yang diberikan, frasa yang betul ialah "mengadap Ilahi". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan melalui laman web PRPM.24/04/2026Tatabahasa
141 Jika soalan karangan fakta yang diberikan ialah "Jelaskan langkah-langkah anda untuk menjaga kesihatan diri". Adakah jawapan saya masih boleh diterima walaupun saya menggunakan perkataan"kita" dlm setiap ayat isi. Sekiranya jawapan tersebut tidak boleh diterima, agak berapa markah akan dipotong jika markah penuhnya ialah 30%.

“Anda” tergolong dalam kata ganti nama orang kedua manakala “kita” tergolong dalam kata ganti nama orang pertama. Sekiranya soalan menanyakan “anda”, jawapannya pula hendaklah menggunakan kata ganti nama “saya” atau “kita”.

 

Walau bagaimanapun, tuan hendaklah merujuk pihak penyedia soalan atau guru bagi menjawab soalan yang seperti ini.

 

Skema pemarkahan dan pemberian markah juga tertakluk pada penyedia soalan yang menangani jawapan yang diberikan.





24/04/2026Tatabahasa
142 Salam, (i) mohon semakan nama tajuk. Adakah tajuk ini betul "Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan: Pra dan Pasca Penghakiman adalah betul? atau secara alternatif "Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan : Pra dan Pascapenghakiman" atau Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan : Prapenghakiman dan Pascapenghakiman yang lebih tepat? (ii) Mohon penjelasan mengenai kedudukan/ejaan pra dan pasca dalam satu ayat yang sama contoh sebagaimana tajuk dalam soalan (i)

Awalan “pra” dan “pasca” ditulis bersambung dengan perkataan selepasnya. Oleh itu, ayat yang betul ialah “Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan: Prapenghakiman dan Pascapenghakiman” .

23/04/2026Tatabahasa
143 spacepowerUntuk makluman tuan/puan, berkaitan dengan soalan yang diajukan, pihak DBP akan mengambil tindakan dan akan menghubungi pihak tuan/puan untuk maklumat lanjut.23/04/2026Istilah
144 Assalamualaikum. Berdasarkan contoh nama tempat yang diberi, apakah kaedah yang diguna, betul? Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, pekan Gemas, pekan Tampin dan bandar Segamat? Apakah pedoman yang digunakan untuk membezakan perkataan yang pertama itu termasuk kata nama am atau kata nama khas? Terima kasih.

Waalaikumussalam.

Kaedah yang digunakan ialah penggunaan huruf besar bagi kata nama khas.

  • Jika perkataan seperti Pekan, Kampung, Bandar merupakan sebahagian daripada nama rasmi tempat, maka huruf besar digunakan:
    Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, Bandar Segamat.
  • Jika perkataan tersebut hanya menunjukkan jenis tempat (bukan nama khas), maka huruf kecil digunakan:
    pekan Gemas, pekan Tampin.

Kesimpulannya perbezaan bergantung pada penggunaan perkataan pertama itu sama ada sebahagian daripada nama khas atau sekadar kata nama am.

22/04/2026Tatabahasa
145 Adakah Kumpulan Cerpen Takdir sudah diterima oleh Bahagian Buku Sastera untuk dinilai terlebih dahulu?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my.

22/04/2026Lain-lain
146 assalamualaikum maaf sy mengganggu... saya ingin membuat semakan berkenaan dengan gelaran bagi memo rasmi kerajaan... penerima memo adalah 4 orang pegawai lelaki...jadi, di dalam kandungan memo tersebut, panggilan perlu "tuan" sahaja atau "tuan-tuan"? saya bagi contoh ayat di dalam memo tersebut : Sehubungan itu, bagi memastikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dilaksanakan selaras dengan PPPK2.1, sukacita tuan-tuan dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi bagi Perolehan Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga Puluh Enam (36) Bulan Di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM). 4. Senarai tugasan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Spesifikasi adalah seperti di LAMPIRAN A. Pelantikan tuan-tuan selaku Jawatankuasa Spesifikasi ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Oleh yang demikian, tuan-tuan diingatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan Kerajaan ini. Bersama-sama ini dilampirkan integrity pact untuk ditandatangani dan diserahkan kembali kepada pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya. 5. Kerjasama tuan-tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. adakah penggunaan tuan-tuan yang lebih tepat atau hanya tuan sahaja? terima kasih atas maklum balas.

Kata sapaan yang digunakan hanyalah “tuan”, tidak perlu dijamakkan sebagai tuan-tuan kerana kata sapaan ini ditujukan kepada setiap seorang penerima sebagai individu yang disenaraikan bersama-sama penerima yang lain dalam satu memo.

 

Untuk makluman puan, contoh ayat yang diberikan didapati mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Mohon rujuk buku terbitan DBP seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (2016) serta buku pedoman terbitan DBP yang lain sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan dokumen rasmi.  

22/04/2026Tatabahasa
147 Salam sejahtera, Apakah kata perintah yang tepat bagi soalan-soalan di bawah. 1.()patuhi arahan yang diberikan oleh guru.(Sila/Harap) 2.()semua murid dapat memberikan kerjasama.(Harap/Minta) 3.()jalankan aktiviti ini secara kumpulan.(Sila/Minta)

Penggunaan kata perintah yang betul ialah;

1. Sila patuh arahan yang diberikan oleh guru.

2. Harap semua murid dapat memberikan kerjasama.

3. Jalankan aktiviti ini secara kumpulan.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 448 - 452.

21/04/2026Tatabahasa
148 Mohon pencerahan, jika nama standard seperti Standard Accounting System for Goverment Agencies (SAGA) yang ditulis dalam sesuatu penulisan, adakah perlu italic.

Salam puan yang budiman,

Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Selain itu, huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Huruf condong turut digunakan untuk mencetak judul buku dan penerbitan lain dalam teks.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 152 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 848.

21/04/2026Lain-lain
149 Assalamualaikum. Bagaimanakah kaedah penulisan bibliografi untuk ucapan/syarahan yang dibentangkan di Parlimen, dan ucapan/syarahan ini tidak diterbitkan?

Salam puan yang budiman,

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kaedah penulisan bibliografi karya yang tidak terbit, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 303.

21/04/2026Lain-lain
150 Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata ganti namaiadalam ayat berikut adalah tepat, atau lebih sesuai digantikan dengan kata nama sepertirayuan ituataumata itubagi mengelakkan kekaburan makna. Contohnya: 1) ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.’ berbanding ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.’ 2) ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan ia akan sembuh sepenuhnya.’ berbanding ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata itu akan sembuh sepenuhnya

Kata ganti nama “ia” tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berkaitan. Ayat yang lebih sesuai digunakan seperti di bawah.

1) xxx menolak rayuan Dr. Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

2) xxx tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata beliau akan sembuh sepenuhnya.

21/04/2026Tatabahasa
151 Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata hubungjusterudalam ayat berikut adalah tepat: ‘Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendahjusteru, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.’ Adakah penggunaanjusterusesuai dalam konteks ini, atau terdapat kata hubung lain yang lebih tepat?
Kata “justeru” boleh berfungsi sebagai kata hubung dan boleh hadir pada pertengahan ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, “justeru” dalam konteks tersebut berfungsi sebagai penanda wacana. Ayat yang betul ialah “Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendah. Oleh itu, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.”.
21/04/2026Tatabahasa
152 OmnichannelCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah omni-channel ialah pelbagai saluran atau semua saluran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.20/04/2026Istilah
153 Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang kata ganti nama diri bagi kerabat diraja. Jika ayahanda/bonda dan anakanda digunakan untuk perbualan antara raja/permaisuri dengan putera/puteri, apakah kata ganti nama diri yang sesuai bagi raja/permaisuri dengan anak saudaranya? Adakah "pak cik" dan "mak cik" sesuai digunakan?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, pak cik dan mak cik merupakan panggilan kekeluargaan bapa saudara dan ibu saudara tanpa ada pengkhususan status keluarga.

Pihak DBP tiada panduan atau tetapan untuk ganti nama gelaran kerabat diraja.  Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk pihak istana.


18/04/2026Lain-lain
154 Saya berminat untuk menerbitkan naskah ilmiah denfan DBP. Mohon makluman , cara untuk hantar naskah untuk dipertimbangkan penerbitan.

Salam puan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan Yang Mulia Tengku Fauziah binti Ku Mat, Ketua Editor, Bahagian Buku Umum melalui nombor telefon 03-21479585 atau e-mel kepada tengku@dbp.gov.my.

18/04/2026Lain-lain
155 Salam sejahtera, Pada waktu petang, Kem Keluarga Ceria telah mengadakan sesi memasak secara beramai-ramai. (Perlukah Kem Keluarga Ceria ditulis huruf besar?) Terima kasih

“Kem Keluarga Ceria” merupakan kata nama khas dan huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar.

17/04/2026Tatabahasa
156 Pilih ayat yang betul. I Guru angkat Arisa selalu memberikan nasihat tentang pelajaran kepada keluarga Arisa. II Kakak dari menara gading disambut meriah oleh seluruh ahli keluarga. III Warga sekolah yang penyayang sentiasa membantu kelas dan menyelesaikan masalah. IV Adik angkat itu saling menghormati dan bersedia untuk membantu antara satu sama lain. A. I dan III B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV Apakah jawapan untuk soalan ini? Sila memberikan penjelasan untuk ayat yang salah. Terima kasih.

Tiada ayat yang betul. Kesemua ayat yang diberikan tidak lengkap dan tidak tepat dari segi konteks ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa di bawah tajuk “Ayat” untuk melihat pembentukan ayat yang betul.

17/04/2026Tatabahasa
157 Salam sejahtera, saya nak bertanya tentang penggunaan kata nama khas. Jika perkataan pekan Umbai dalam ayat, adakah penulisannya Pekan Umbai atau pekan Umbai? Perkataan pekan tu perlu huruf besar atau kecil? Begitu juga dengan kampung umbai, daerah Segamat, adakah kampung dan daerah itu perlu huruf besar atau kecil? Soalan kedua, perkataan utara, selatan, pantai timur, yang merujuk kepada kawasan di Malaysia, adakah perlu huruf besar? Adakah ia kata nama khas?

JAWAPAN: SOALAN 1

Kata nama khas merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan lain-lain. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar.

Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contohnya:

Manusia: Hang Tuah, Fatimah, Profesor Ahmad

Bukan Manusia: Jibrail, Tompok, Kancil

Berdasarkan huraian kata nama khas ditulis meggunakan huruf besar, maka yang betul ialah Pekan Umbai, Kampung Umbai dan Daerah Segamat.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 96-97.


JAWAPAN: SOALAN 2

Kata nama khas tak hidup pula merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama-nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat dan undang-undang.

Contohnya:

Menara KL, Jalur Gemilang, Proton Saga, Kota Bharu, Malaysia, Bintulu

Perkataan yang merujuk kawasan, wilayah atau geografi di Malaysia juga perlu ditulis menggunakan huruf besar dan merupakan kumpulan kata nama khas tak hidup. Oleh itu, penulisan yang betul ialah Utara, Selatan, Pantai Timur.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 97-98.

17/04/2026Tatabahasa
158 Selamat sejahtera, 1.Melalui sukan, badan cergas , otak cerdas. 2.Melalui sukan, badan cergas otak cerdas. 3 Melalui sukan, badan cergas dan otak cerdas Yang mana satu boleh diterima? Terima kasih.Selamat sejahtera. Ayat yang betul ialah 'Dengan bersukan badan cergas, otak pun cerdas.' Terima kasih.17/04/2026Tatabahasa
159 Saya ingin menulis tesis dalam bahasa Melayu. Apakah terma yang sesuai untuk perkataan "Photoprotection" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah photoprotection ialah fotoperlindungan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.17/04/2026Istilah
160 Salam sejahtera. Adakah jawapan yang saya bagi betul? 1.Sila /Harap 2.Sila 3.Minta/Harap 4.JanganBerdasarkan semakan, ayat perintah yang digunakan dalam teks bervisual yang diberikan tersebut betul.17/04/2026Tatabahasa
161 Salam sejahtera. Adakah "extra caution must be exercised" boleh diterjemah kepada "Waspada ketat harus dilaksanakan"?

Cadangan kami, frasa "extra caution must be exercised" diterjemahkan kepada:

  • "Langkah lebih berhati-hati perlu diamalkan"
  • "Langkah waspada perlu diamalkan" sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
17/04/2026Makna
162 Bagaimana penulisan nama "al-Ghazali" yang betul? al Ghazali atau Al-Ghazali. Contoh dalam ayat: Ilmu Madani pula ialah kerangka ilmu yang menghubungkan manusia, masyarakat, dan tamadun. Ilmu ini tidak bersifat neutral dari segi nilai, tetapi mengandungi dimensi etika yang membimbing tindakan manusia (al-Ghazali, 2012).

Penulisan yang betul ialah al-Ghazali. Tanda sempang berfungsi sebagai penanda yang merangkaikan imbuhan atau kependekan dan kosa kata dengan gabungan kata nama khas atau kata nama am.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 115 – 117.

16/04/2026Lain-lain
163 Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat yang berikut: 1. Majalah sukan itu ada dengan Cikgu Ilham 2.Soraya terjatuh ke atas lantai yang licin itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Majalah sukan itu ada pada Cikgu Ilham.

2. Soraya terjatuh di atas lantai yang licin itu.

16/04/2026Tatabahasa
164 Apakah isCadangan terjemahan bagi frasa pay as guest ialah bayar sebagai pengunjung, manakala frasa proceed as guest ialah teruskan sebagai pengunjung.15/04/2026Penyemakan dan penterjemahan
165 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengguna yang tepat bagi ayat di bawah? (untuk kegunaan di papan tanda iklan) "Alor Setar (U & S)" 1. Frasa di atas merujuk kepada lokasi klinik di Alor Setar yang mempunyai 2 cawangan iaitu di utara Alor Setar dan di selatan Alor Setar. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

15/04/2026Lain-lain
166 Saya ingin mencari terjemahan atau tajuk yang seakan-akan dengan "Be a Turtle Superhero". Adakah "Jadi Wira Khazanah Penyu" tepat atau ada cadangan lain yang lebih sesuai?Cadangan terjemahan yang sesuai untuk "Be A Turtle Superhero" ialah "Jadilah Wira Penyelamat Penyu".
Terjemahan ini lebih sesuai kerana ia menyampaikan mesej mengajak individu menjadi wira yang berperanan aktif dalam melindungi dan menyelamatkan penyu. Selain itu, frasa ini juga mudah difahami dan sesuai digunakan sebagai tajuk kempen kesedaran.
15/04/2026Penyemakan dan penterjemahan
167 Macam mana nak bezakan kata majmuk rangkai kata bebas dan istilah khusus? Terima kasih

Kata majmuk rangkai kata bebas merupakan gabungan dua atau lebih perkataan yang masih membawa makna asal setiap perkataan dan boleh difahami secara umum. Contohnya, guru besar, balai raya dan kertas kerja.

 

Kata majmuk istilah khusus pula merupakan gabungan perkataan yang digunakan dalam bidang tertentu dan membawa makna khusus yang tidak semestinya sama dengan makna asal perkataan. Contohnya, daftar anjakan (shift register), spektrometri kepantulan (reflectance spectrometry) dan analisis berangka (numerical analysis).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 133 – 134.

14/04/2026Tatabahasa
168 AdakahKempen Alam Sekitardikategorikan sebagai kata nama khas?

Ya, “Kempen Alam Sekitar” dikategorikan sebagai kata nama khas. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar. 



Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 84.


14/04/2026Tatabahasa
169 StatecraftCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah statecraft ialah tataurus negara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.14/04/2026Istilah
170 Mohon pencerahan tentang penggunandi”, “dalamdanpada”. Saya lihat kebelakangan ini banyak penggunaan seperti “(Buy on Shopee - Beli di Shopee”, “Search in Lazada - Cari di Lazadauntuk platform maya. Menurut definisi, “dihanya digunakan untukmasa, tempat fizikal dan arah”. Maka adakah penggunaan seperti di atas adalah salah dan sepatutnya penggunaan kata sendi yang betul adalahBeli pada Shopee”, “Cari dalam Lazada”? Penggunaan kata sendi nama yang salah untuk konteks platform maya sungguh mengelirukan kerana terdapat banyak penggunaan yang tidak menetapi definisi Tatabahasa Dewan.

Penggunaan kata sendi nama “di”, “dalam” dan “pada” dalam contoh ayat yang diberikan salah. Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam contoh ayat ialah “Beli melalui Shopee” dan “Cari melalui Lazada”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-284.

13/04/2026Tatabahasa
171 Adakah perkataan psiko spiritual dieja rapat? bagaimana pula dengan perkataan swa?Ejaan yang betul ialah psikospiritual. Perkataan swa dieja rapat, contohnya: swafoto.13/04/2026Ejaan
172 Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, dalam ayat "Siapakah gadis yang berwajah ayu itu?", adakah subjek merupakan gadis? Dan adakah ini ayat songsang atau biasa? Bagaimana tukar ayat ini jadi ayat biasa? Terima kasih

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, susunan dasar ayat ialah Subjek (S) + Predikat (P). Walau bagaimanapun, ayat ini dikategorikan sebagai ayat songsang kerana berlaku pendepanan predikat:

  • Predikat: Siapakah (Berada di hadapan ayat untuk penekanan).

  • Subjek: Gadis yang berwajah ayu itu.


Untuk menukarkan ayat ini kepada susunan Ayat Biasa (S + P), kita perlu meletakkan subjek di hadapan semula, iaitu "Gadis yang berwajah ayu itu siapa?"
13/04/2026Tatabahasa
173 Berapa muka surat untuk kumpulan cerpen/sajak/drama/esei bagi Buku Sastera?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my.

09/04/2026Lain-lain
174 Boleh saya dapatkan perbezaan maksud perkataan berikut serta penggunaanya: 1.Keberhutangan 2.Keterhutangan Terima kasih

Keberhutangan membawa maksud hal atau keadaan berhutang. Contoh ayat, “Keberhutangan yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kewangan yang serius di samping mengganggu ketenangan hidup seharian”. Keterhutangan pula membawa maksud hal atau keadaan terhutang. Contoh ayat, ”Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya dalam keterhutangan kewangan yang serius”.

Keberhutangan dan keterhutangan terhasil daripada kata dasar “berhutang” dan “terhutang”. Penggunaan imbuhan awalan “ber” dan “ter” apabila bergabung dengan kata akar akan membentuk kata terbitan. Awalan “ber” menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dan lain-lain yang berkaitan dengan kata akar tersebut. Awalan “ter” pula menunjukkan perbuatan tidak sengaja atau tersedia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 264, 795 dan 2335.

09/04/2026Tatabahasa
175 Wan Hamidah & Co. Peguambela & Peguamcara Advoca

Pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman sesawang DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.my.

Talian Telefon Pengesahan Bahasa: 03-21479100/9200

09/04/2026Lain-lain
176 Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Remaja Senyuman Termanis?

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my.

09/04/2026Lain-lain
177 Salam sejahtera. Di dalam video atau dalam video? Terima kasih.

Kata sendi nama yang betul untuk frasa tersebut ialah dalam video.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 284 – 285.

07/04/2026Tatabahasa
178 Salam sejahtera. Saya ingin bertanya beza penggunaan "pematuhan vs kepatuhan" merujuk kepada "compliance"? Bagaimana konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini? Terima kasih.

Perkataan yang sesuai untuk merujuk "compliance" ialah “pematuhan” kerana perkataan ini digunakan untuk menerangkan perkara yang berkaitan dengan mekanisme, langkah-langkah atau prosedur untuk mencapai piawaian.

Perkataan kepatuhan pula ialah hal atau keadaan patuh yang digunakan untuk menggambarkan tahap disiplin atau kualiti ketaatan terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

07/04/2026Lain-lain
179 coaction effectCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah co-action effect ialah kesan tindakan bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Istilah
180 Salam, saya ingin bertanya boleh ke perkataan "realitikan" digunakan dalam ayat? Adakah penggunaannya betul? Kalau salah, apakah perkataan yang betul?

Salam Sejahtera.

 

“Realiti” bermaksud perkara atau keadaan yang sebenar, nyata atau bukan khayalan.

“Realiti” tergolong dalam golongan kata nama. Imbuhan -kan boleh digabungkan dengan semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas.

Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Kebiasaannya akhiran -kan akan menerima juga awalan meN- atau di-, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

Contohnya, “Wang itu pasti tidak dapat menebus kekecewaannya merealitikan cita-cita meraih pingat emas.”

Walau bagaimanapun, terdapat dua keadaan yang imbuhan -kan boleh wujud tanpa awalan, iaitu dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan ayat suruhan.

Contohnya, “Rencana tersebut saya bukukan.” dan “Berikan saya sepasang kasut.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1834 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014) halaman 183 - 185.

06/04/2026Tatabahasa
181 Mesyuarat Kick-Off Projek Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mesyuarat kick-off projek ialah mesyuarat permulaan projek. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Lain-lain
182 AstropoliticCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah astropolitics ialah astropolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Istilah
183 AstropolitikCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah astropolitics ialah astropolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.06/04/2026Istilah
184 empty speech Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah empty speech ialah cakap kosong. Istilah ini bersinonim dengan omong kosong. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.05/04/2026Istilah
185 800Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. 


Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya.

05/04/2026Lain-lain
186 1500Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. 


Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya.

05/04/2026Lain-lain
187 Ok saperlu kn bantuan ya kerjaSistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. 


Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya.

05/04/2026Lain-lain
188 Adakah sign board syarikat saya bersesuaian Panduan DBP? Bolehkah saya walk in HQ DBP untuk pertanyaan? Bolehkah HQ tolong submitkan permohonan saya?

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan  Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX berjaya akan dipaparkan. 

 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

Sekiranya ini merupakan iklan papan premis, sila buat pembetulan yang berikut:

  1. Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Contohnya KILANG BARANGAN LOGAM, KILANG BESI, PERKHIDMATAN PEMBINAAN DAN REKA BENTUK BANGUNAN dan sebagainya.
  2. Sila letakkan pemakluman pemilikan pada bahagian bawah sudut sebelah kanan visual iklan dengan No. SSM yang betul DIMILIKI OLEH: BLUESKY LAND SDN. BHD.  202501003473 (1604886-T)
  3. SDN. BHD. – Letak titik untuk singkatan dan jarakkan perkataan selepas titik.
  4. NO. 52, JALAN KUPRUM 4/KU13, MELALUI JALAN BUKIT KERAYONG, KAWASAN PERINDUSTRIAN LADANG ACOB, 42200 KAPAR, SELANGOR. – Betulkan.
05/04/2026Lain-lain
189 nyamuk Aedes. Adakah perkataan Aedes ditulis dalam huruf besar? saya keliru kerana pada bahagian khidmat nasihat ada menyatakan Aedes ialah kata nama khas dan kata nama am juga. Mohon pencerahan. terima kasih.

Perkataan aedes merujuk sejenis nyamuk dan tergolong sebagai kata nama am, maka tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat. Kekeliruan timbul kerana Aedes merupakan istilah dalam penamaan saintifik (taksonomi) dan dalam konteks tersebut dianggap sebagai kata nama khas.

Namun, dalam penggunaan umum bahasa Melayu “nyamuk aedes” dieja dengan huruf kecil.

03/04/2026Tatabahasa
190 NullCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah astrotourism ialah pelancongan astronomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.02/04/2026Istilah
191 Anatomic PathologistCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anatomic pathologist ialah pakar patalogi anatomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.02/04/2026Istilah
192 protected t testCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah protected t test ialah ujian t terlindung. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.01/04/2026Lain-lain
193 coaction effectCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah co-action effect ialah kesan tindakan bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.01/04/2026Istilah
194 Selamat pagi. AyatAyah membakar kek yang lazat di dapur." betul atau salah? Adalah istilah membakar kek betul? Terima kasih.

Istilah membakar kek adalah betul. Namun begitu, ayat yang lebih gramatis ialah “Ayah sedang membakar kek yang lazat di dapur.”.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 186 – 187.

01/04/2026Lain-lain
195 Frasa "salah satu/ seorang/ sebuah" betul ke? Atau "satu daripada/ seorang daripada/ sebuah daripada" yang betul?Kedua-duanya boleh digunakan, tetapi jika kita merujuk kepada ketepatan tatabahasa (urusan rasmi), terdapat sedikit perbezaan, iaitu: 

1. Satu daripada / Seorang daripada / Sebuah daripada
Ini ialah binaan yang paling tepat mengikut sistem Tatabahasa Dewan. Kata sendi nama "daripada" digunakan untuk menyatakan punca, asal-usul, atau menunjukkan sebahagian daripada sesuatu kumpulan.


2. Salah satu / Salah seorang / Salah sebuah
Frasa ini sangat popular dan diterima secara meluas dalam komunikasi harian serta penulisan kreatif (novel/berita). 


Maka kesemua frasa tersebut boleh digunakan berdasarkan jenis penulisan yang ingin digunakan.
01/04/2026Tatabahasa
196 1. Dia belum sampai ke/di hospital. 2. Dia sudah sampai di/ke hospital. Penggunaan ke/di, mana yang betul?

Penggunaan kata sendi nama dan ayat yang betul ialah “Dia sudah sampai di hospital.”. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contohnya: Dia akan ke hospital.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 – 268 untuk keterangan lanjut.


31/03/2026Tatabahasa
197 Value Added Tax (VAT) diterjemahkan sebagai Cukai Nilai Tambah (VAT), pertanyaan saya ialah adakah akronim VAT dikekalkan seperti teks sumber?Padanan istilah value added tax (VAT) dalam bahasa Melayu ialah cukai nilai tambah (VAT). Akronim VAT dikekalkan dalam bahasa sumber, iaitu bahasa Inggeris dan tidak ditukarkan menjadi CNT.30/03/2026Istilah
198 Population Health Management Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah population health management ialah pengurusan kesihatan populasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.29/03/2026Istilah
199 on-siteCadangan terjemahan bagi istilah on-site dalam bahasa Melayu ialah di tapak.29/03/2026Istilah
200 Selamat sejahtera tuan/puan, apakah pola ayat untuk ayat ini: Ibu tunggal itu amat tabah menghadapi dugaan hidup bersama-sama tiga orang anaknya. Jika perkataan "tabah" dalam ayat ini kata adverba, bukankah pola ayatnya akan menjadi FN +FK?

Subjek dalam dalam ayat tersebut ialah FN (ibu tunggal itu), manakala predikatnya ialah FA (amat tabah menghadapi dugaan hidup bersama-sama tiga orang anaknya). Selain itu, perkataan "tabah" menerangkan sifat "ibu tunggal", iaitu sebagai subjek dalam binaan ayat tersebut,  manakala “menghadapi dugaan hidup” berfungsi sebagai keterangan kepada sifat tabah, bukannya sebagai inti utama predikat. Oleh itu, pola ayat ayat tersebut ialah FN + FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif).

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 435 hingga 440.

29/03/2026Tatabahasa


Kembali Ke Laman DBP
© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Reka Bentuk: Abu Bakar bin Haji Buyong, Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kembali Ke Laman DBP